Thursday, December 31, 2009

kek coklat

hari ni wat kek coklat.
amik resepi dari izzati.
menjadi ke tak?
hehe... blum mkn pun lagi....
tgh tunggu sejuk baru nak letak topping.
ingatkan kek ni tak naik tinggi sangat.
sekali... naik sampai cecah penutup pengukus!
patutnya buat separuh je.
well, first time buat, mana tahu banyak mana kan...
sebenarnya dari raya puasa lagi nak buat muffin coklat (resepi adunan sama), siap beli bhn2 apa sume dh tp tak terbuat...
skarang baru berjaya buat.

tp nampak gaya dh surut sket kek tu. tak tinggi mcm tgh kukus tadi.

Wednesday, December 30, 2009

good things

  • sesetengah org rambut jd makin ok bila pregnant. stengah plak makin teruk. saya? yg pasti kurang rambut gugur. kalau tak, mesti ada rambut kt cadar n bantal. kalau ambil sedikit rambut kt pangkal rambut dan tarik hingga ke hujung rambutpun takde yg tanggal (cara test kulit kepala sihat ke tak. kalau tanggal 3,4 helai tu kira normal). bila buat byk kali baru ada sehelai. i'm loving it!
  • ada 9 hari lagi kredit optus (guna international call 4 less plan) nak abes. tp kredit masih ada 16.30 dan bonus kredit 99.71. hehe... heaven rasanya bleh call m'sia lama2. (rate utk fixed line n mobile sama je) kredit lagi tahan lama banding kt m'sia ;P line pun clear. takde bunyi bising, takde lambat beberapa saat. kalau guna 3(line lg satu) kurang best sket. bising n lambat 4 saat. tak best la borak. so akan pulangkan balik simcard 3 lela tu dan guna satu nombor je. tak mampu nak guna 2 nombor. internet lagi.
semalam gi river cruise kt mandurah with k wani n k sofea. will update later...

Tuesday, December 29, 2009

mencari rumah

dh jumpa rumah yg berkenan.
selang beberapa buah rumah je dr rumah yg duduk skarang.
furnished, so tak perlu pk nk bli itu ini.
lagi dekat ke bus stop berbanding rumah sekarang.
sewa bleh dikatakan murah sbb 3bilik dan furnished.
320 seminggu. affordable bila dh dpt elaun family nnti.
tp dgn elaun single sesak le jugak.
takpela, yg penting dekat ngan k wani n k sofea.
kalau ada apa2 senang.
umah tu available hujung february. kira okla walaupun plan asal nak masuk bulan3.

tp jumpa tak semestinya dapat.
bila call agent dia ckp takde viewing sehingga new year sbb baru je lepas viewing. :(
nak cari umah sewa kt sini leceh sket. bukannya sape cepat dia dpt.
mula2 kena gi tgk umah dulu.
agent rumah akan set tarikh dan masa viewing.
lepas gi tgk kena isi application form. kena attach skali financial affidavit, bukti kita mampu byr n semua2 dokumen yg bleh support permohonan kita.
pastu kena ada referee.
hntr borang tu kena letak deposit jugak.
kalau dpt rumah tu pastu tak jadi duduk, burn la duit tu.
tuan rumah yg akan pilih dari byk2 pemohon sape yg dia nk sewa umah dia tu.

Saturday, December 26, 2009

minggu depan birthday saya

hehee... saja announce awal2.
smalam tgk calender, eh, baru perasan minggu depan bertambah umur.... ;P
rasa tua? atau rasa masih muda?
rasa sama je...
~WELCOME 27 ~
^^

kebulur la plak. skang ni cepat je lapar. kalau mkn byk pun susah jugak. perut cepat penuh. so kena mkn sket2. biskut jacob satu tin dh nak abes dh. dlm sejarah biskut habis secepat itu. masa kt tganu dekat stahun nak habiskan satu tin biskut. ;P

kt sini agak senang nak cari mknn dari malaysia. byk kedai2 oriental. of course la bukan sume ada. yg ada: kicap kipas udang, rempah, sup bunjut adabi, kari babas, maggi,...
daging halal pun sbenarnya dekat je kalau ada kete. kalau jln agak penat jugakla.
daging dan ayam lebih murah berbanding ikan. blum pegi pasar fremantle lg. jd tak tahu kt sana murah atau mahal. biasanya tgk ikan kt pasaraya je. ikan kt sini of course la tak sama ngan m'sia. itu kurang berselera nak bli ikan. hari tu beli sekor ikan besar sampai hari ni tak buat apa2 lg. ;P

k la. nk gi masak nasi. (it's 6.45am)

Friday, December 25, 2009

bosan...

semalam gi garden city. transfer duit dari maybank ke bank sini. masa buka ac kt sini ari tu tak perlu masukkn duit pun. tunggu kad, pin no, security code utk internet banking sampai baru masukkn duit dlm bank tu. tp transfer seribu dolar je dulu. limit maybank biasanya 3ribu. tp kt sini tak tahu plak brape limitnya. bank kt sini limit seribu je. lepas ni kena selalu tgk currency exchange. tukar time aud rendah untung sket.

org kt sini kebanyakannya kalau shopping byr guna kad atm. jadi tak perlu ada cash yg byk kt tangan. kalau nak keluarkan duit kt kedaipun bleh (kt kaunter). takde charge.
no pin kad atm kt sini cuma 4digit je. internet banking kt sini tak try lg.

pastu survey jugak barang2 baby. kebanyakan disposable diapers yg jumpa kt sini huggies je. gi kedai tu huggies, gi kedai ni huggies. ada juga brand store woolsworth, Select. murah le sket. brand lain ada tp tak jumpa utk newborn.
tgk baju baby kt kmart. yg murah dlm 7dolar sepasang. nasib le lahir kt sini. pakai baju kmart je la. kalau kt m'sia bleh la pkai baju ada nama sket. ;P
skang dpt elaun single je. bila baby dh lahir baru bleh minta elaun family. tunggu elaun family tak tahu brape bulan baru dpt. pengsan nak menyewa sorang2 ngan elaun single. dhla umah kt sini biasanya unfurnished. mesin basuh, peti ais n tilam wajib beli. time winter nak kena ada dryer n heater. pengsan!
elaun sebulan 1380. sewa umah 1100-1200 sebulan. mcm mana nk idup? mengharapkan gaji yg seciput itu... huk!huk!huk!
kesimpulannya dok malaysia lagi mewah dari dok sini ;P

hari ni panas! 35C. tp air tetap sejuk. menggigil bila mandi tak guna air panas.

Tuesday, December 22, 2009

dh 3 minggu

pejam celik pejam celik rupanya dh 3minggu kt perth ni. cepat la plak rasanya masa berlalu. blum belek proposal lagi. tajuk research pun dh lupa. takpe... ada dua minggu lagi sblum mengadap sv.

aduh! ganas la plak baby dlm perut ni. sblum ni takde la bergerak ganas cm ni.

dua tiga hari lepas survey cloth diapers n breast pump. hehe... mcm rajin je nak membasuh lampin nnti. cloth diapers modern ni cm senang sket banding lampin kain dulu kala. skang ada flushable liners. so liner n najis bleh flush terus dlm toilet bowl. lampin di bilas n masuk mesin. ;P cakap senang buatnya nnti? takpe, hubby dh volunteer nak basuh. tgkla nnti....
kalau jadi beli cloth diapers n breast pump nnti import dari malaysia je. kt sini lagi mahal. byk benda la plak yg nak di importnya...

sekarang ni panas. air plak kurang minum. dh dua kali sembelit. lepas ni kena minum byk air ni.

sabtu lepas gi umah k ati, bday anak dia. n hari ahad plak ikut k sofea gi meeting (saya tak masuk meeting, saya tukang makan je ;P). jadi bertambah la kenal org kt sini. k sofea wakil murdoch uni bg persatuan postgrad malaysia bhgn western australia. meeting sambil barbecue. derang plan nk wat hari keluarga bulan dua nnti.

Friday, December 18, 2009

1st check up in perth

hari ni buat pregnancy check up kt health service curtin.
1st time gi sendiri ke curtin. pertama kali pegi, aidya n illa teman. 2nd time pegi, k wani n k sofea teman.

tunjuk kt dr. buku rekod pregnant kt m'sia. dlm buku tu ada ckp buat test hepatitis apa sume tu tp tak jumpa mana dia tulis result. so kena buat test lg skali. berbotol2 amik darah. mujur tak sakit. dan skali je kena cucuk. 'good vein' org lab tu ckp. yela... darah berlumba2 keluar. hohoho.... dia amik darah tak guna picagari. dia cucuk, pastu attach botol, terus darah masuk dlm botol. mula tu risau jugak tgk dia sediakan 4biji botol! tp bila tak sakit tu okla. relaks je la...
next appointment 6 januari.

on the way blk, singgah southland shopping center. wah~ sudah advance. 1st time kuar sendiri dh pandai singgah shopping. hehehee... ari tu gi tempat ni ngan k wani.
masa singgah farmasi. eh, mcm kenal. well, bukan org, tp doll kt bwh ni:-



aqila la yg slalu bercerita pasal doll.
keychain tu 5dolar lbey. yg mini tu 11 dolar. yg besar tak tgk plak harga brape. tak tahula murah atau mahal kt sini.

Thursday, December 17, 2009

doa awal n akhir tahun

esok masuk tahun baru hijrah.

jgn lupa baca doa akhir tahun n awal tahun ye kwn2.

anggur k wani ^^


stakat ni 2 pokok je. sempat mkn hasil ke tak ni?



alat berkebun k wani. warna-warni gitu...
tak tahula nape gambar ni vertical. dlm folder horizontal.

Wednesday, December 16, 2009

oshc

hari ni agak sejuk. mmm.... skali sejuk skali panas. tp ok la jugak sejuk panas sejuk panas ni. hohoho...

semalam akhirnya settled pasal OSHC (insuran). asyik tak dpt je bila nak log in kt website oshc (nak print temporary certificate). jumaat ni ada appointment ngan dr. masa register, staff kt international office ckp selepas seminggu bleh order membership card. dh dekat 2minggu masih tak dpt2. so hari isnin lepas email OSHC. pagi selasa(semalam) check email takde reply lg. bila call customer service pening lak ngan menu dia. tak tahu patut tekan no brape. so call international office. org yg jwb pun mcm tak tahu. dia suh call OSHC. jd call OSHC lg skali. kali ni tekan menu yg sepatutnya ;P . bila org oshc check, org tu ckp curtin tak bg details saya lg kt oshc. pastu call curtin balik nak ckp ngan oshc representative kt curtin. tp representative tu tak de phone kt tempat dia kot. dh tension dah. malas dh nak call international office sbb tak nak ckp ngan org yg sama yg tak tahu pape tuh. so email international office.

pastu join k wani tgk Desperate Housewives season 5. k wani sewa 1 season 10 dolar. bila petang, check email, international office reply. oshc pun reply. so dh dpt temporary certificate. settled. hari ni order membership card.

ptg semalam k wani tanam pokok anggur. nnti post gambar kebun anggur k wani. nak gi sambung tgk desperate hswvs. ciao!

Monday, December 14, 2009

panas!

semalam (ahad) adalah hari yg paling panas sejak sampai sini. ramalan ckp 38 C. suhu sebenar tak tahula brape. ini blum masuk summer lagi ni. kalau malas sapu losyen tgn jd kering, gatal dan pedih.
hari ni ramalan ckp kurang sket 28C (stengah ckp 31C).

first time tgk iklan cancer kulit kt sini nak tergelak. tunjuk pasal org tgh berjemur. pastu tunjuk dlm kulit sel cancer membiak dan jangkit ke organ lain. 'There's nothing healthy about a tan' hohoho. org kita sibuk nak putih. mat saleh plak nak gelap. ini link iklan tu.

Saturday, December 12, 2009

update

  • ahad lepas, sebelum pindah ke rumah k wani, gi main kite ngan illa, aidya n lela. angin kuat sangat. terpaksa pin tudung bhgn depan kt baju. pasir pantai halus sangat. best. tengah syok main tu sekali datang la sorang kulit hitam ni. cakap pun tak brape btul. mata merah. tak berbaju. pakai sluar pendek je. mabukla tu. cuak giler. ntah apa dia cakap pun tak brape clear. org mabuk bercakap. bila kitaorg tak layan pun dia still pot pet pot pet lagi. bila lela siap gulung tali kite tu, kitaorg blah. masa parkingpun dh nak abes. sungguhla pengalaman yg tak best.
  • parking kat sini ada limit masa. yg free pun ada limit. yg berbayarpun ada limit.
  • tak abes lagi cerita pasal org mabuk. masa gi fremantle hari selasa lepas pun jumpa ngan org mabuk dlm bas. siang hari pun mabuk. mabukla agaknya sbb mcm tak brape btul je. ataupun org tu mmg tak btul. dah lah turun sama tempat ngan kitaorg. so kamipun cepat2 jln n terus masukdlm kedai. masa nak kuar dr kedai tu intai dulu ada lg tak org tu. ;P
  • kt sini nak jumpa dr kena buat appointment dulu. dh buat appointment dh kt health service curtin. hari jumaat depan. tp nama blum ada dlm sistem oshc lg so xleh print temperory certificate health insurance lagi. kalau takde benda tu nnti kena bayar. kt sini jumpa doctor pun dh brape puluh dolar. blum ubat lg tu.
  • sekarang subuh kul 3.25pg. awal2 hari tu tak dengarpun alarm. skarang dh ok dah. kul 5 pg dh cerah :)
  • selasa lepas beli simcard baru. sbbnyer provider ni ada plan lagi murah utk international. 1sen je (aud) utk call m'sia sama ada fixed line atau mobile. flagfall (fixed start fee) 20sen.
  • dari rumah nak ke curtin naik satu bas je. hari tu amik masa 30 minit. tp bas nak ke curtin byk je. selang 15minit.
  • bas kt sini kalau tukar bas@naik bas lain (bas sama pun bleh jugak) dalam tempoh 2jam dari bas sblumnya tak perlu bayar. bas juga sangat efisyen. biasanya on time. kt setiap bus stop juga ada jadual bas. cuma weekend je jarang2. selang sejam kot.

Friday, December 11, 2009

finally connected

dah bli prepaid broadband. device sama cam broadband celcom.
akhirnya bleh online.
xleh hidup rupanya xde internet nih. tension. hikhik.
harga mahal sket banding ngan malaysia. tp bleh dikatakan murah le sbb kt sini sume barang mahal ;P dan juga sbb prepaid so bleh reload ikut bajet. hohoho....

will update later.

Sunday, December 6, 2009

hari keenam

petang semalam gi pasar kt subiaco. panas. kalau sehari dua mula2 sampai angin sejuk.skang angin tak rasa apa. mlm td lepak umah lela. tak jauh dari umah aidya. jln kaki pun tak sempat berpeluh. tgk titanic. lela masak mee goreng basah.

petang ni nak pindah masuk umah k wani. k wani ajak dok ngan dia. wah~ jd housemate balik. jauh la sket dari u. kena tukar bas. tp takpela... dok ngan org kenal senang sket. lagipun utk 4 bulan je. bulan 4 nnti nak cari umah yg dekat ngan u sket. ma n abah dtg 5hb April. mmm... bulan 3 dh bleh start cari umah.

Saturday, December 5, 2009

jalan2 kt bandar


inilah rupa soket kt australia. new zealand pun cm ni jugak rasanya.

jadi terpaksa la gi cari adaptor.

ptg td gi bandar. aidya ajar naik bas ke bandar.


amik gambar guna hp. takde flash. guna night mode. jd tak brape lawa.



Thursday, December 3, 2009

pics











aidya bersedia nak serve.




my not so new handbag n handphone.



mujur beg besar. bleh sumbat barang2 yg agak lebih muatan. hohoho



inilah rupa handset baru. sony ericson w595.
gambar2 kt tepi tasik n handbag kt atas tu diambila guna hp ni. lawa jugak gambar. 3.2megapixel.












Wednesday, December 2, 2009

day 2 in perth

hari kedua di perth.
hari ni pegi daftar, buka akaun bank n jumpa sv. sv bgtau start tahun depan. yippee!!
buat sementara ni guna prepaid shalela (dia dh tak guna prepaid ni). tp ada problem sket. jd masih takleh call malaysia dgn murahnya. cakap tak sampai 10 minit smalam dh habis 15 dolar. kalau yg murah tu 10 dolar bleh ckp 100minit.

masa sampai smalam tak rasa cm dok oversea. hari ni rasa cm dok oversea. hohoho. kuar je rumah pg td. sejuuk~. bila kena matahari panas tp angin sejuk. ptg td ikut aidya n friends main volley ball. tukang tgk je. angin agak kuat. bila dh nak blk tu bila berckp pun dh terketar rasanya. tapak tanganpun dh pucat tak berdarah.

soket kt sini tak sama ngan m'sia. jd kena beli adaptor. tempat cucuk tak sama.

rumah pun blum dpt lg. ingat nak cari dekat2 ngan rumah aidya, shalela, aidilla. senang sket dok dekat ngan org kenal. kawasan ni agak mahal tp selamat sket. kalau dekat2 curtin murah tp kurang selamat. kalau berfamily bleh la dok dekat curtin tp kalau sorang agak bahaya.

Monday, November 30, 2009

tunehoteks.com lcct

sekarang berada di tunehotels.com lcct. bilik kecil mcm apa je. kanan kiri n depan katil kira2 1kaki tiap satu. kena solat atas katil.

flight petang tadi delayed 1jam. 6 stengah br sampai klia. pastu gi makan. then jumpa abby jap. si abby ni sampai terlebih load 20kg. sampai berbayar seribu lebih. luggage saya td 32kg. harapnya tak perlu berbayar esok. kalau tak, heret sendiri la beg tu (hand luggage).

dh book teksi ke klia esok kul 630pg. caj rm50 satu teksi. dari klia tadi naik bas ke lcct rm2 je sorang. pastu dari lcct ke tunehotel yg dekat secoet tu naik van shuttle. rm1 sorang. kalau naik teksi dari lcct ke tunehotels rm30 lbey!!!!


k la. nak naik tido dah.

6 hours

dalam 6 jam lagi sblum, bertolak.
semalam packing. barang2 sblum ni dh letak satu tempat. cuma masukkan dlm beg je. buat list awal2 sgt membantu.
bila timbang, beg besar lbey kurang 20kg. beg kecik lbey kurang 10kg. nak kena adjust supaya beg besar dekat2 25kg. so beg kecik tu bleh bawa kt tangan je. ntah apa la yg aku bawak. makanan memang tak bw.

perut makin membesar. mungkin baby dh menolak organ2 lain. jd bila perut penuh sket dh rasa stretch mcm apa dah. kena selalu sapu bio-oil ni. selera makan ok je tp itulah, takleh mkn byk2. mmm... ntah2 rasa stratch tu angin. itu yg rasa semacam je. selalu je menyucuk2.
sblum ni pergerakan baby rasa bhgn bwh pusat je. skang ni dh rasa pergerakan kt bhgn atas pusat.
namapun blum decide lagi. tension jugak pilih nama nih. kena juga prepare nama pompuan walaupun dr kata lelaki.

haish! hidung plak wat hal hari ni. pagi ni cuaca agak mendung. sempat kering ke tak bj kurung.
harapnya kt airport nnti saya tak mendung. mendung tak pe lg. jgn hujan. hehee...

Sunday, November 29, 2009

hari yg memenatkan

penat sungguh semalam.
biasala bila wat makan2 jadi host mestila penat.
adik-beradik pompuan dua org je. kekurangan org dapur ;P
mlm sbelumnya tu potong daging sampai nak betulkan jaripun sakit.. lama sangat pegang pisau.
lepas subuh terus masuk dapur dgn baju tido. kul 11 baru mandi. mujur lauk sempat siap tghari tu.
ma sempat tambah menu lagi. rendang daging. hohoho...
kan raya korban. jadi menu semua daging. daging goreng, daging singgang, rendang daging.
no pics this raya. tak tahula kot org lain ada amik gambar. nnti nak check dlm camera.
dalam kul 3 yani n iifah datang. kawan lama dari skolah rendah lagi. alhamdulillah. masing2 dh pregnant 2 dan 3 bulan. tak lama lepas tu suriani n haza kawan skolah menengah dulu sampai. su bakal kawen minggu depan.

petang tadi gi jumpa izzati. pass kunci blk tutor kt dia n amik beg (percuma book tiket). hari ni kononnya nak pack tp blum start pun lagi. sempat habiskan jahit kaki seluar n jahit kain batik pagi ni. pastu lap pinggan n gelas.

adeh. menyucuk2 angin nih!

Friday, November 27, 2009

selamat hari raya aidiladha

selamat hari raya aidiladha kepada semua ummat Islam.
pagi ni beraya kt umah in-law dulu. ptg nnti blk bachok.

belum sempat nak upload gambar handphone baru. hee... bunyi mcm busy je. memang busy. ada satu helai lagi kaki seluar belum dijahit. (nak singkatkan kaki).

claim visa n passport dh masuk. ^^ sukaa...

semalam teman hubby gi buat kad pengenalan baru. ic dia dh terbelah dua. nak buka akaun maybank kena gi pejabat pendaftaran sahkan salinan kad pengenalan dulu sbb cip kt ic tu xbleh dibaca. sampai kul 9. mungkin sbb sehari sblum raya jadi tak ramai org. amik no giliran, belumpun sempat duduk dh panggil. caj rm10. tak sampai stengah jam dh siap.
pastu gi klinik amik surat dr. utk naik flight. sbenarnya tak perlu sbb baru 5bulan. 8 bulan baru perlu amik surat dr? tak pasti. tp amik je surat kot ada apa2.
pastu gi tukar duit aud. tak tukar banyak sbb tak perlu nak buat pembayaran segera bila sampai sana. 1 AUD=3.17 MYR. duit dia jenis polimer mcm duit 5ringgit kita yg baru tu. kasi kt money changer tebal, dpt balik nipis je. hehe... dh duit kita murah.

hari ni genap 20 minggu pregnancy. dh pun separuh. tinggal separuh je lagi. sekarang mengalami masalah angin. bloating. kadang tu menyucuk2. bila minum air kosong tahan sket. pastu dtg blk. dh dua tiga hari dah. tak bleh makan byk. airpun kalau minum byk rasa cam dh penuh dah.

barang2 yg nak bwk masih blum packing sepenuhnya. baju2 yg nak bwk sumbat je dlm beg dulu. haha... lusa baru nak pack. kalau tak muat satu beg terpaksala bawa hand luggage. kalau within limit, bleh masuk cargo dua2 beg tu. tp mcm takde harapan je. beg laptop bw kt tangan.
brape ye limit check-in luggage? dlm tiket tulis 20 kg je.

Monday, November 23, 2009

handphone n handbag baru ^^

akhirnya tercapai cita2 nak beli handphone n handbag baru. hikhik. inilah fungsinya husband walaupun bleh beli sendiri. hikhik. tanduk sudah keluar. yela... lepas ni dok jauh. nak mengada2pun susah. nak merajukpun bukannya org tahu.

ingat nak beli model mcm lynn tp model tu dh tak keluar. so beli model lain. sony ericson jugak. slide. hp motorola yg guna skang ni kadang2 takleh baca simcard. tengok2 kuar emergency only. hp nokia satu lagi tu tak masuk senarai. beli dulupun second hand dengan harga seratus je. skang ni dh rosak lampu. takleh nak baca dlm gelap.

handbag plak kebetulan ada sale kt KBMall.

tgh pk cara terbaik utk pindah duit. cek kembara? withdraw je kt sana? tp ada limit. 5ribu je sehari rasanya. atau transfer ke akaun org sana dulu. tp amik masa brape hari utk transfer?

Saturday, November 21, 2009

gaji dh masuk. elaun pun dh masuk. ^________^

seminggu dua ni ntah brape kali sehari check akaun tgk elaun dh masuk ke belum. sampaikan website cimb dh naik menjadi ranking kedua kt navigation browser. hohoho...
check tadi elaun dh masuk. gaji pun dh masuk. heheee....
lbey kurang 6,7++ AUD.

Friday, November 20, 2009

officially pindah

kecoh bila ada anak2 sedara kt umah ni. baru 3 org dh pening kepala...

hari ni gi angkut barang2 ngan lori.
bertolak kul 8 lebih. dah dua tiga hari asyik hujan je. pagi tadi pun hujan je. sedikit risau macam mana barang2 tu nnti. alhamdulillah ptg td tak hujan dalam perjalanan balik. dah sampai umah baru hujan. itupun kejap je. selamat barang2.

elaun kpt masih blum masuk lagi. gaji bulan ni dengar cerita masuk 23hb, bukannya 25hb. check kt akaun dh ada duit gaji 0ne-day float ^____^
elaun tu yg penting. kalau ada problem lambat masuk susah le sket... harapnya takde masalah.

Monday, November 16, 2009

ultrasound week 18

inilah dia gambar ultrasound kepala. ;P
kalau ikut ukuran tu, lebih besar dari usia sebenar.
risau la plak kot ada diabetes. tp berat normal je.
masa gi timbang time wat med checkup utk visa berat 52.5kg
naik 0.5 kg je dari bulan lepas.
atau adakah sebab minum minuman sejuk? org ckp baby jd besar. ye ke?

perut makin membesar.
pusatpun sudah mula keluar. semua org pregnant pusat akan terkeluar ke?

enough bout baby. nak cite pasal hari ni.
pg2 gi court KT sbb saman jpj. sampai kt mahkamah kul 830. kul 930 baru majistret sampai. staff kt situ ckp biasanya kul 9 start. hari ni lewat sket. ramai jugak tadi. dlm 20 org kot. sorang2 akan dipanggil. bila dibaca pertuduhan, sama ada mengaku bersalah atau minta dibicarakan. bila dh mengaku bersalah, minta kurangkan denda. saya kena rm300 (2 kesalahan; takde roadtax n xde insuran). tuan punya kereta kena lg byk rm500. tuan punya kenderaan bleh digantung lesen. org lainpun sama je amaun denda.
hehee... ingatkan saya sorang yg tak perasan roadtax mati dh sebulan. rupanya akak yg dok sbelah saya 2bulan. hohoho...
adeh, melayang duit aku... lain kali kena alert la bab lesen n roadtax ni...
kul 11 selesai...

after mkn, call travel agency tanya tiket bleh send melalui email tak. bleh. tp bayaran tiket hubby la plak tak bleh byr jarak jauh (online). so nak tak nak kena gi sendiri ke sana. kalau tak pegi terus malasla plak nak ulang alik bachok-kt lagi. so call k ros tanya bila dia bleh siapkan memo. ptg tu bleh amik. jd email je kt dia itianerary tiket. dan petang tu gi amik memo. pastu terus ke travel agency.
kt sana plak, staff dia ckp ada problem sket. risau bila dia ckp cmtu. booking saya tu auto canceled. mungkin sbb dh melebihi tempoh2 tertentu. pastu tiket (kb-kl) dh abes. mujur tiket ptg ada lg. tak kisahla pg ke petang. asal ada tiket. booking kl-perth pun auto canceled tp masih ada kosong lg. so settle hal tiket. pastu terus blk klate sbb abe naik bas kul 8mlm.

Saturday, November 14, 2009

it's a baby boy!

gi scan tadi.
tak terlintaspun nak tanya dr. bayi lelaki atau perempuan.
ukur saiz kepala, saiz kaki, kedudukan uri, n bla bla bla.
pastu dr ckp bayi lelaki sambil tunjuk burung dia. heheee...
sukalah hubby.
dr. print gambar kepala. well, cm gambar tengkorak je sbb 2D kan ;P

tengahari smlm agent call bgtau visa dh dpt. alhamdulillah.
tinggal confirm tiket n tunggu duit elaun masuk.

Thursday, November 12, 2009

tido mkn tido mkn

hari2 tido mkn tido mkn bleh gemok cmni..

hari ni email curtin skali lagi tanya pasal Cultural Literacy Unit 500. bila dh lepas minimum requirements ni nak tahu jugak akan dapat official letter menyatakan tak perlu amik ke. biasanya kalau email ke sana memang cepat reply. itu antara perkara yg boleh dipuji. hari ni jugak dpt reply mengatakan yg Cultural literacy tu adalah Special Comment. jadi bila dh memenuhi syarat, tak perlu amik lagi dah cultural literacy tu. cuma perlu bawa result ielts bila nak register nnti.

mcm mana rasa baby bergerak dlm perut? dari minggu lepas lagi rasa (atau minggu sblum tu lagi? dh lupa). tp tak tahula angin atau apa. tp sblum ni tak pernah plak angin berlarutan sampai berminggu. mungkin sbb tak kuat sangat rasa pergerakan tu. smalam almost sure sbb kuat berbanding sblum ni. tp.... tak tahula...

Wednesday, November 11, 2009

tiket

semalam dh beli tiket utk ma n abah (online).
tiket sendiri blum confirm lagi. hohoho... (cepatla visa....)

kononnya hari ni nak gi check gigi.
tapi tertangguh lagi.

Tuesday, November 10, 2009

hari ini dan semalam

pg tadi gi klinik goh nak settle pasal tandatangan.
kali ni gi sorang2 sbb ma n abah ke KT bersama ngan fatin cucu manja tuh. skang ni celik mata je ajak ke kedai. mlm2 pun ajak ke kedai. kalau ngan abah dia mana berani. hehee... mcm kami adik beradik masa kecik jugakla. suka ajak arwah tok cik ke kedai. ;P
kt klinik tu, staff dia suh ikut tarikh x-ray. rasa cm pelik je tarikh tu tp ikut je la. bila dh tulis baru perasan, patutnya 7/11/2009 tapi tarikh kt situ silap. 11/7/2009. mujur perasan kalau tak, tertangguh lagi visa. cobaan...cobaan... harapnya lepas ni smooth je. penat dah.

pastu gi lhdn plak hntr borang leaver. awalnya ingatkan kena hntr kt KT. penat meredah dlm hujan semalam ke LHDN kt KT. skali staff kt sana ckp kena hntr kt kota bharu. mungkin sbb pernah keje kt klantan. itu yg hntr kt lhdn kota bharu. dh sampai aussie nnti kena hntr surat bg tau alamat utk lhdn hntr borang? ntahle....

dh settle, drive pulang ke rumah. dlm perjalanan tu terfikir, baik gi tanya pasal maxis n astro alang2 kt KB dah. blk umahpun xde org. lepas singgah mkn kt kbg kerian, hala ke kb smula. gi ke astro. rupanya ada contract 2 tahun. sehingga 3/1/2011. kalau nak potong jugak kena byr RM500. so pasang kt umah ma n abah dulula. benda tu bleh setting sendiri. kalau panggil org dia setting caj RM100. mahalnyer...
rasa cm nak potong mini pekej sbb kt umah takde org tgk pun. ma n abah suka tgk TV1.

pastu pusing 2,3 kali cari maxis center. dh lupa kt mana. tahu lebih kurang kt mana cuma specific location tu tak tahu. broadband maxispun ada contract jugak sehingga 14/12/2009. kalau nak potong jugak kena byr RM200. baikla tunggu hingga tamat contract. since saya dh takde kt sini 14/12 tu, bleh guna proxy. buat surat penyerahan kuasa. tulis tangan je atas kertas A4 menyatakan memberi kuasa pemulangan broadband maxis kepada bla bla bla no IC bla bla bla. sign. tarikh. pastu isi borang pemotongan siap2. so lepas tamat tempoh contract, org yg diberi kuasa tu bleh hntr broadband tu ke maxis.
tgk kt pamplet, kalau guna broadband sendiri takde contract tp quota bulanan sehingga 2GB je. kalau sewa skali ngan broadband max quota bleh sampai 12GB.

semalam wat mkn2 kt blk tutor. sangat happening ^-^
tukar2 hadiah. wat cabutan. start ngan k niza selaku plg senior ;P.
k niza bagi hadiah kpd niza. buku masakan gitu. lepas ni expert la memasak ye....
niza plak kasi kt huda. purse vincci.
huda plak kasi rantai kt ninie.
ninie kasi lingerie kt lynn.
lynn kasi kain pasang kt k niza.
complete satu pusingan.
tinggal saya n izati. so kami tukar sama tukar la hadiah.
saya dpt purse B.U.M ^^
izzati dpt handbeg plus sling bag. hehee... hadiah last minute. gi cari mlm sblumnya.

ntah cmne bleh lupa nak bw camera. tp xpe... org lain dh 3,4 org bw camera. tp x amik lg gambar2 tu so xleh nak upload kt sini. ninie dh upload tp blog dia private rasanya.

masih perlu ke KT 2,3 kali lagi. nak gi court sbb saman jpj, pindah barang + pulangkan kunci rumah. kunci blk tutorpun blum serah lagi. tiket pun belum amik lg. tiket tu bleh online ke?

Sunday, November 8, 2009

esok hari last kt umt

well, 3 tahun lagi akan pulang kembali ke umt... insya-Allah.
patutnya lusa hari last. pastu cadang nak dtg jugak ke ofis hari rabu n khamis dan blk kg hari jumaat.
tapi tadi klinik goh tempat wat medical check up call.
borang radiology saya tak sign. patutnya kena sign depan staff kt pakar perdana sbb wat x-ray kt situ tp staff tu tak suh sain. saya sendiripun lupa. borang tu pulak bila dipulangkan kembali kpd saya telah di sealed. so saya takleh nak check.
akan dtg pindah barang mungkin seminggu sebelum raya. tunggu adik2 blk. kerahan tenaga ;P

Friday, November 6, 2009

dh ada coverage hsdpa kt kg...

merangkak drive dlm hujan blk kg ptg semalam.
hujan skali lebat skali renyai2...
time lebat tu tak bleh drive laju2... tak nampak apa.
tension jugakle... zero visibility (well, almost ;P)
rasa mcm lepas ni dh tak nak drive blk kg dlm hujan dah.
amik masa 2jam stengah. biasanya 2jam je...

mlm td dengan berat hati cucuk broadband maxis.
surprise! surprise! dh ada coverage hsdpa...
kalau tak, lembab mengalahkan siput. rasa cm nak ketuk2 je tiap kali online. buat sakit ati je.
tak tahula celcom plak cmne. hubby guna celcom.

my agent said she will lodge in my visa application today.
so esok blehla wat med check up.
hope everything will go smoothly.

isk! nape asyik lapar je ni? dh 2 kali mkn nasi.

Thursday, November 5, 2009

blk kg...

ari ni blk kg.
agent aku ni mana? tak nak lodge in visa aku lagi ke? nnti bleh wat med check up sabtu ni kt pakar perdana.

dh book hotel.
gi booking tiket flight tak berdebar. nak book hotel ni berdebar la plak. adakah sebab guna duit sendiri? hikhik!
tgk kt itinerary tiket flight ada tulis status confirmed. risau gak kot tiket tu dh confirm. visa blum dpt lg ni. kot tiba2 kena tunda la.
bila call tanya, ooo... rupa2nya itu baru confirmed booking, blum confirm tiket lg. pasni bila dah siap visa, kasi itinerary kpd k ros then k ros akan kuarkan memo. pastu bw memo tu ke travel agent utk amik tiket. dh dpt memo tu baru travel agency akan confirm tiket.

Wednesday, November 4, 2009

finally... dpt jugak coe

setelah hampir sebulan menunggu, akhirnya dpt jugak...
nak nangis je rasa.... betapa lamanya menunggu...
harap visa nnti xde masalah.
cepat2la dpt. tak sedap duduk selagi tak lepas sume...

cuti dh lulus (cuti rehat).
tiket flight dh book.
niza ckp pn laili pesan suh book business class.
bleh ke? tak tahu plak. nnti la call travel agency esok.

30 nov: kb-kl
1 dec: kl-perth
harap takde org lain hntr kt klia nnti. biar hubby sorang je... banjir susah plak. harapnya time nak gi tu mood ok.
kena sediakan spek hitam yg besar ni. hohoho...

nampak gaya kena book hotel awal2 nih.
kalau nak tunggu dpt visa baru nak book takut hotel dh penuh. atau harga makin bertambah.
tiket ma n abah ke perth april tahun depan pun dh bleh book ni. makin mahal je tiap kali check harga tiket. skarang gi blk utk 2 org baru seribu lebih.
tp nnti kang tiba2 airasia wat promosi rugi plak.
cm ne ek?

Tuesday, November 3, 2009

khabar angin

masa jaga exam hari tu, borak ngan akak dari fpe ni.
dia ada dengar cerita yg sorang staff ukm wat phd kt australia pastu kpt suh balik bersalin kat malaysia sbb pregnant kt malaysia.
itupun dia dengar dari org lain. bukan dari staff tu sendiri. so baik confirmkan ngan kpt.

heran gak sbb ramai je yg pregnant kt m'sia pastu bersalin kt oversea. termasuklah kt aussie.
bila call kpt tanya pasal hal ni, tergelak pegawai tu...
so kiranya tak betul la khabar angin tu.
kalau tangguh pengajian tu mungkin lain cerita.

tghr td gi travel agency nak book tiket tp system ada problem.
jadi tinggal details je nnti dia akan contact balik.
minta book tiket hubby skali sbb dia akan hntr sampai klia.
tp tiket dia tu kena bayar sendiri. saya punya umt bayar.

Monday, November 2, 2009

baby boy or baby girl?

saya rasa mcm baby girl.
hubby rasa mcm baby boy.
tgkla nnti pompuan ke laki...

minggu 14 dh bleh tahu gender apa kalau wat amniocentesis.
tp org tak buat semata2 utk tahu jantina sebab berisiko.
lainlah kalau ada keperluan lain spt nak check down syndrome ke.
kalau terpaksa buat bleh la amik kesempatan tahu jantina.

kalau check guna ultrasound biasanya minggu ke 20.
bergantung pada baby jugak.
kalau baby tu memberi kerjasama, bleh tahu lagi awal.
ada jugak tekaan yg tak betul.
ada jugak yg ingatkan sorang skali keluar dua org. :)
me? singleton je... pengsan kalau dpt twin.

loya2 sudah kurang bila dh masuk 2nd trimester.
lepas mkn dh tak loya.
time berus gigi je ada lagi sket2.

junior sudah menunjukkan diri.
masa jaga exam ari tu dh ada org tegur pregnant ke?
;P

Sunday, November 1, 2009

...

best jaga pekse.
bleh makan free. hahaha...
lepas ni dh tak perlu bertugas dah.
dh ada org ganti. ^_^

sangat tak de mood skang ni.
patutnya dh bleh packing benda kecik2 kt umah tu.
rasa cm takde benda tp store penuh juga.
sampah je yg banyak kot ;P

dh apply cuti rehat. baki cuti 12 hari tu...
masa nak apply cuti td rasa cm nak klik kt keewangan.
rupa2nya ada check. yg btn tu kot sbb ielts baru hntr result. masa claim tak tahu plak kena hntr salinan result skali.
EDIT: KALAU YG BERKAITAN NGAN CUTI BLAJA AKAN DI BANK IN. SO TAK PERLU GI AMIK CHECK.

nak basuh kete
nak gi shopping- tudung, baju, make up, apa lg ek?
nak book tiket
nak tutup akaun astro
nak tutup akaun broadband
tp malas...
sungguh tak bersemangat...

Wednesday, October 28, 2009

kena jaga pekse...

ingat nak blk kg hujung minggu ni.
tp smalam ma call ckp nak dtg esok n blk hari jumaat.
nak blk jugakla hari jumaat tu....

minggu lepas (atau 2minggu lepas? dh lupa) dapat surat lantikan pembantu pengawas peperiksaan.
tp jadual periksa tak dpt plak.
pg td ada org call suh jaga periksa hari jumaat ni.
bila check email, ada email pasal jadual bertugas peperiksaan. (email pg smalam)
rupa2nya dh dua hari kena bertugas.
manalah tahu...

ada 4hari lagi kena jaga periksa. jumaat ni, isnin n selasa depan dan selasa skali lagi (hari last day kt umt tuh).

ada 13hari je lagi kt umt nih sblum cuti...
so kwn2, bleh la plan farewell party ye... hohoho... take note hari2 saya kena jaga pekse tu... ;P

kalau takde aral, majlis doa selamat hari raya haji kedua. kawan2 yg bleh dtg tu datangla ye.

Tuesday, October 27, 2009

dah sampai...

akhirnya sampai jugak 5buah majalah edisi khas yg diorder dari karangkraf.
kalau tgk kt slip pos tu 25hb lagi sampai.

selagi ada dia dh abes baca.
walaupun tak best cm sehangat asmara tp berbaloi baca. ;P
hehe... baca novel macam gaya tak de masalah.
padahal coe tak dpt2 lagi nih!
grrr....
apa masalahnya nih?
ckp ngan agent smalam dia akan follow up lagi.
kpt tak byr deposit lagi ke?

setengah universiti tak perlu byr deposit.
curtin ni, kena byr deposit dulu.

Sunday, October 25, 2009

novel dh sampai...

dapat panggilan ckp ada parcel kt pej am fakulti.
yippee...
hehehe...

Friday, October 23, 2009

hehehe...



harapnya sampai minggu depan...

internet shopping can be addictive ;P

UPDATE:
dh sampai di pej pos KT?
PPL tu apa ye?

BAJET 2010

Penjawat awam Gred 41 hingga 54 dapat bayaran khas RM500.


Ok la tu drpd tak dpt langsung kan? :(

Thursday, October 22, 2009

buku dan majalah

plan asal nak gi makan nr cafe ngan nini.
skali sampai ke batu burok ngan nini, niza n lynn.
beli burger kt napi corner, beli air kt a&w and makan2 kt bt burok.
(cerita malam tadi)

alang2 gi bandar tu, singgah kedai buku.
masih lagi belum putus asa mencari novel selagi ada dia.
cari kt pustaka seri intan kt bandar. XDE!
tp beli novel jauh versi english.
gi cawangan lagi satu kt stesen bas pun xde.
mmm... sold out ke? stock baru tak sampai lagi?
malas nak tanya org kedai tu.
pesan kt hubby suh beli.
tak tahula kot kt sana pun abes.
harapnya ada.
UPDATE: MPH JUSCO TMN U PUN XDE JUGAK!

setelah beberapa kali tertangguh sbb busy+lupa, akhirnya call langganan karangkraf.
tanya pasal pesanan edisi khas pa&ma yg dh berkurun tak sampai2 lagi tu.
dia ckp dh pos. belum sempat tanya bila pos nya tu org tu dh letak.
gi ofis tanya, takdela plak. ingatkan di pos bulan lepas lagi sbb order bulan 8.
bila call skali lagi tanya bila di pos, laa.... rupanya baru pos.
minggu depan kot sampai.

Wednesday, October 21, 2009

Modified Oral Glucose Tolerance Test

As expected, kena buat mogtt.
tapi bukan sebab berat naik.
tapi sebab minggu lepas nurse tu baca salah.
blame the nurse!!

minggu lepas saya nampak 52kg.
hari nipun nampak 52kg jugak.
saya duduk (berdiri) pada posisi yg sama.
so tak mungkin ada ralat pada bacaan saya kan?

mmm... looking for alternative.
taknak minum air gula.
stengah dr. tak bagi minum air gula tp suh breakfast cam biasa.

tghr tadi blk umah.
ada bil air.
biasanya brape ringgit je... 6,7 ringgit je. time tangki bocor ari tupun 8 ringgit je.
baru2 ni kepala paip air dlm toilet dh loose.
tak bleh tutup rapat. makin lama makin besar air yg kuar.
so bil kali ni 24.61.
terus pegi pasang apa benda ntah namanya yg pasang kt hose tu...
so settle problem.
kalau tak kerana bil air naik berganda, biar cm tu je agaknyer. ;P

menghitung hari

setelah ditolak tambah, tinggal 20 hari je lagi kt umt ni.
cuti sblum start blajar 4 hari, pastu tambah ngan cuti rehat ada lagi 12 hari.
so 11 nov dh bleh start cuti :)
tp 11 nov tu kena gi check kt klinik kesihatan,
14 nov plak appointment kt klinik intan.
15 nov plak nak gi court nak byr saman (roadtax dh sebulan mati tp dgn confidentnyer redah sekatan jpj).
tarikh pindah rumah tak tahu lagi bila... mungkin 16 nov.
ada org cari rumah sewa? kalau berminat saya bleh bagi no fon tuan rumah.

Tuesday, October 20, 2009

turned off

dua tiga hari ni rasa mcm nak baca novel melayu.
dh lama hilang minat baca novel.
novel melayu dan juga english.
last time beli death angel by author pujaan hati pun tak abes baca.
tak tahula. mungkin novel tu kurang menarik. awal2 best pastu dh kureng.

smalam dengan bersemangatnya gi bli novel.
hajat di hati nak beli selagi ada dia by aisya sofea tp takde la plak.
so bli novel by a new author.
big mistake. baca novel tu telah memadamkan sisa2 keinginan utk baca novel ;P
patutkah saya teruskan niat utk baca=beli Selagi ada dia by aisya sofea?

Monday, October 19, 2009

"I'm too sexy for this pregnancy, too sexy for this pregnancy. ..."

the title is not what i'm thinking... hehe... tak rasa sexy pun dgn perut yg membuncit. tp tak cukup besar utk org ingat pregnant. nnti org ingat buncit sbb mkn byk. of course la ada tempat lain jugak yg membesar ;P sblum ni flat je...

dh masuk 2nd trimester. dh melalui satu per tiga. tinggal dua per tiga je lagi... harapnyer smooth je...

Wednesday, October 14, 2009

ampesh punya penimbang

ingat kan berat tak naik.
penat je risau.
padahal penimbang kt umah tu tak betul.
gi klinik tadi rupa2nya berat dh 52kg. dh lebih dari sepatutnya.
tp nurse dok depan so dia nampak 51kg.
minggu depan kena gi timbang lagi.
kalau naik kena minum air gula ke?

lagi satu ampesh- tgh best2 mkn sandwich skali ada semut. ampesh!

Tuesday, October 13, 2009

entry ni utk nini.. ;P

hehe... pagi tadi nini suh update.

ok, nak citer goodnews dulu atau badnews?
badnews dulula sbb bleh berakhir ngan goodnews ;P

badnews:
1.petang semalam agent email senarai dokumen yg diperlukan utk wat visa.
antaranya salinan passport (depan & belakang) mine and also my husband (since he will follow me next year), dan juga sijil nikah (malay & translated).
salinan ni cuma bleh disahkan oleh pesuruhjaya sumpah, lawyer and notary public SAHAJA.
pagi tadi pegila mahkamah tinggi...
yg geramnya org ni tak pernah certify dokumen ke?
salinan pasport tu saya staple salinan muka depan dan salinan blakang. tapi dia cop yg depan je.
sijil nikah pun gitu jugak. translated dia cop. yg jawinya dia tak cop. adeh! penat!

actually, kalau org tu nice takdelah berat sangat nak gi balik. tp bila dia pulangkan dokumen tu dia ckp Pegawai kumpulan A pun bleh cop. ntah apa dia cakap pasal leceh.
kalau ikut hati nak je cakap HELLO~ sayapun tahu pegawai kumpulan A bleh cop. kt umt ni pun berlambak. kalau tak terpaksa takde keje nak gi mintak cop kt sana.
emosional la plak. am i being too sensitive? diapun bukannya tahu kan saya perlukan cop 3 golongan tu je?

goodnews:
1.looks like i don't have to go to kl for visa application.
wat bank draft, isi borang application, pos kepada agent. pastu med check up wat kt klate. kt tganu pun bleh tp bleh wat kt spital besar je. (=lambat)
kt klate bleh wat kt pakar perdana atau klinik goh (kt ne ye?). dgn assumption tak ramai org=cepat.

2.kpt call. kalau sblum ni kpt bagi check kepada sape yg nak sambung luar. skang ni masuk akaun terus. so fax muka depan buku akaun jelah. tak perlu la gi kpt amik check. tunggu duit masuk je.... dan jugak jimat le duit tiket.hoho

badnews 1 : goodnews 2
kira ok la tu. walaupun masih geram ngan pasal cop tu.

CoE bleh dapat dlm minggu ni. so.... minggu depan wat med check up. amik cuti panjang sket la minggu depan. hehe... bertugas luar kampus :) kerja jugak nii....

Wednesday, October 7, 2009

perjumpaan dgn vc

semalam ada perjumpaan antara felo & tutor bersama vc.
antara perkara penting daripada perjumpaan itu:

1. felo yg dh ada master bleh apply jadi tutor. tp jawatan tutor ada 16 je kekosongan lagi (kalau tak silap).

2. abby telah menyuarakan cadangan supaya umt buat kelas persediaan ielts. (abby lagi...hehe...) zasss... (ayat niza) terus vc arahkan supaya kelas teknik menjawab ielts diadakan pada bulan oktober ni jugak. hohoho... dulu umt pernah buat semua ni kat sini. malah buat exam pun kt sini.

3. tutor & felo yg balik dari phd yg menunggu viva dan mengajar bleh apply pensyarah sambilan. so dapat la gaji lebih sket sementara nak tunggu dpt phd. yg mengajar shj.

4. dan yg paling penting; felo & tutor yg agak2 dh nak masuk 2 tahun kt sini cepat2 la gi sambung blajar. masuk tahun baru ni sape yg dh masuk 2 tahun tapi blum cuti blajar lagi... bleh cari kerja lainla...

5. quota tahun depan lagi sikit dari tahun ni. skarang ni quota local ada 80 lebih lagi...

Tuesday, October 6, 2009

the joy of being pregnant

I consider myself lucky since i don't have severe case of morning sickness.
Biasanya loya bila lapar n lepas makan. Tapi takdela smpai muntah.
Time berus gigi la teruk sket.
My mom setiap kali pregnant morning sickness sangat teruk sampai airpun tak bleh minum.
Morning sickness biasanya akan hilang selepas 3bulan.
Tapi my mom sampai dekat nak bersalin pun ada lagi.

Asked my sister dia wat cmne utk mengatasi gagging and throwing up masa berus gigi.
Jeles bila dia bgtau dia xde masalah time berus gigi. isk!
Skarang ni apa yg saya buat ialah berus cepat2.
Berus sket kumur, berus sket kumur.
Satu trick yg dapat menghilangkan rasa sakit after gagging and throwing up ialah humming.
Sangat berkesan. To me lah. Org lain tak tahu.
Tapi takleh nak humming kuat2. Org sbelah dgr malu plak. ;P
Harapnya lepas 3 bulan ni hilang la raya loya tu.

Sekarang ni jugak rasa asyik nak buang air kecil aje.
walaupun tak minum air.
agaknya rahim dh menekan pundi kencing.
ni baru 12 minggu...

Sunday, October 4, 2009

anniversary lagi

tengah hari tadi baru perasan.
dah dua hari terlepas baru teringat anniversary.
menunjukkan masing2 sibuk. (yelah tu...)
at least dua2 lupa. kalau sorang ingat sorang terlupa mesti ada yg merajuk.

setelah beberapa call akhirnya berjaya hubungi agent yg direkomen oleh aidya.
skarang tunggu ecoe dari curtin.
dh dapat ecoe baru proceed ngan visa.

plan awal nak ajak adik kt unikl teman gi wat visa.
tapi sibuk la plak dekat2 hujung sem ni.
berderet test n presentation.
hubby pun sama.
nak gamble gi sendiri ke?
mmm...

Monday, September 28, 2009

misteri bilik tutor 2

jeng.. jeng.. jeng..
telah berlaku dua kejadian misteri di bilik tutor II

kejadian 1
khamis lepas huda masuk ofis, ada sebekas biskut raya di atas mejanya.
mungkin pemberian student kerana di atas bekas itu terdapat kad raya dari student.
walau bagaimanapun apabila dia masuk ofis hari ahad (semalam), bekas itu telah kosong.
tikus? takkan tikus pandai buka bekas biskut kot.
dan juga tiada sisa2 keritan tikus.
siapakah yg telah makan biskut itu?
jeng.. jeng.. jeng..

kejadian 2
headphone nini yg disimpan dalam drawer juga telah hilang.
headphone mahal plak tu.
curi headphone murah buat apa kan?
barang2 lain setakat ni tak de yg hilang.
juga tiada tanda2 pecah masuk.
angkara siapakah ini?
jeng.. jeng.. jeng..

Sunday, September 27, 2009

ielts

org lain sume dh tahu result.
saya sorang yg lambat tahu.
sebabnyer wat alamat kt ofis.
sampai ofis pagi tadi terus gi check pg hole.
tapi tak de lagi. surat blum sampai fakulti lagi.
after breakfast singgah pendaftar amik pos ekspress.
berdebar2 nak buka smpul tu.
.
.
.
alhamdulillah.
lepas sume syarat minimum.
selamat duit aku.
tak perlu la buat loan.
rasa cam nak buat kenduri kesyukuran je.

kepada kawan2, teruskan usaha! jangan putus asa!!
fighting!!!

Saturday, September 26, 2009

raya part 2

dari semalam lagi cuba upload gambar tp internet slow.
akhirnya berjaya upload.

tak abes lagi cerita pasal raya.

kali ni first time try buat lemang.
ada yang masak, ada yg tak cukup masak.
yg tak cukup masak tu sambung bakar dlm oven pagi raya ;P

first time jugak amik gambar satu family.
sblum ni tak pernah amik gambar family.
ini pun penat menunggu sume ready.
itulah.. inilah..
my sister's family

fatin, mimi n danial
mimi

kali ni beraya di bachok dulu.
since datuk dan nenek sume dh takde, gi beraya umah mak sedara n pak sedara.
lepas zohor bertolak ke pasir hor.
biasala raya, makan macam2 so mlm tu berulang ke toilet 5 kali.
mujurlah bila dh pagi ok.

raya ketiga, bersemangat pepagi lagi gi mahkamah tinggi nak translate sijil lahir n sijil nikah.
tapi interpreter cuti.
esoknya baru masuk keje.
since pegi pagi so jalan tak jam lagi.
amik peluang ni pusing bandar kb.
kb trade center (yg ada giant n parkson tu) kt tengah bandar tu dh siap.
heh, kalau org yg lama tak masuk bandar akan pening sket sbb dh byk jalan sehala.
wakaf n dataran depan the store/kwsp tu dh tak de.
jadi jalan sehala dah. 4 lane jadinya jalan tu.
depan pustaka seri intan pun dh jadi jalan sehala.

petang raya ketiga balik ke bachok semula.
jem dari traffic light kubang kerian hingga jambatan wakaf stan.
dari traffic light hingga jambatan tu biasanya 5minit je tapi stengah jam lekat kt situ.
inipun mujur rumah inlaw kt pasir hor je.
kalau lagi jauh tak sanggup rasanya nak meredah jam.

berbuka puasa di 'Bbeteng, TTI 16 Sept 09





Tuesday, September 22, 2009

anniversary

semalam 2 syawal.
kalau dikira ikut bulan hijrah, dh setahun kami kahwin.

memulakan pagi raya pertama dengan mood yg tak brape baik.
sebabnyer muntah time berus gigi.
terus sedih.
kesian ngan diri sendiri. ahaks!
menangis dalam toilet.
tak ikut org lain gi solat raya.
pastu sambung lagi nangis sambil makan kuih raya.
sambil makin kuih raya sambil kesat air mata.
adeh!

emotional turmoil ni normal masa pregnancy.
nothing to worry about.

"The hormones raging through your body can wreak havoc on your emotional sanity, so be prepared to spend the next few months swinging from one end of the emotional pendulum to the other. If you're feeling especially sad or depressed, talk to your doctor because prenatal depression is actually quite common."

will upload photo raya later.

Saturday, September 19, 2009

selamat hari raya

selamat hari raya kepada semua.
maaf zahir dan batin jika ada salah silap.


sekarang dh pukul 11pg.
esok dh raya.
tapi masih lagi kt tganu.
sedang menunggu adik ipar sampai dari kl then barulah bertolak ke klate...
bila bleh bertolak nih?

Thursday, September 17, 2009

yay yay abe balik ^-^

he departed at 4am this morning.
may be he will arrive at 2 this afternoon.

my parents n brother dropped by yesterday on their way home.
parents gi amik adik kt utem.
skang kan musim h1n1.
so tak digalakkan naik kenderaan awam.
mlm td masa gi terawih kt masjid udm, ma jumpa kawan lama.
lepas terawih singgah umah kawannya tu dulu. tak jauh je dari rumah sewa saya. masuk lorong yg sama.
masa sampai kt pintu pagar rumah makcik tu, tiba2 beberapa ekor bab1 melintas.
o0o
rupanya banyak je haiwan tu kt kawasan tu. mujur tak pernah sampai kt umah sewa.

hu~ hari ni agak teruk sket loya. dari lepas sahur sampai sekarang masih terasa...
berus gigipun bleh bahagian luar je. pastu kumur ngan listerin.

Wednesday, September 16, 2009

dh buat kad merah

gi klinik batu rakit utk wat kad merah.
sampai kul 9.30pg blk 12.30tghr.
itupun tak jumpa dr.
lepas raya nnti kena gi blk utk jumpa dr.

sebenarnya saya kena gi klinik seberang takir sbb tinggal di gong badak.
tp nurse kt batu rakit ckp nak wat check up kt batu rakit pun takpe tapi kena gi minta no pendaftaran kt seberang takir. esoklah gi sberang takir.
kalau nurse tu tak kasi wat check up kt batu rakit memang aku wat kt annisa je la.
lagipun tiga kali je sblum start cuti blaja. blk klate pun tiap bulan.

nurse mintak kad nikad tp mana bawa.
kad pun tak siap lagi.
blame pej. agama bachok.
lepas raya ni baru bleh gi amik.
setahun!

due date kt kad merah nurse tulis 03.04.10.
gi klinik masa scan smalam tulis 16.04.10
check kt internet (byk website yg ada due date calculator) pun 16.04.10 jugak.
mana satu nih!
nurse tu kira ngan tangan kt atas kertas. so agak was2 dgn pengiraannya tu.

2biji jerawat batu naik kt muka.
hu~

Tuesday, September 15, 2009

inside me



lepas zohor tadi gi scan.
nampak tak?
sbelah kanan yg besar tu kepala.
first time tgk pun tak tahu apa2 bila dr cakap mana kepala mana tangan barula nampak sket2.
tunggu dh masuk 3 bulan nnti clear la sket.

esok nak gi wat kad merah.

facebook dh kena block?

adakah majikan kami sudah mengetahui bahawa kami semua petani modern yg gigih bercucuk tanam?

hu~ dh 2hari tak bleh buka facebook kat ofis.
lepas ni kena bawa broadband kt ofisla...

tiba2 bersemangat nak wat popia.
serunding dh ada. so bli kulit popia je.
called my sister, she told me my mom dh buat almond london n tart nenas.
ni tak sabar2 nak blk nih.

Monday, September 14, 2009

mak buyung dh meletop

msg dari k niza yg di forward dari niza
"Dh selamat kuarkan sorang lg pahlawan kul 3.38pm. Berat 2.91kg.."


semalam k niza, nini, lynn, abby and i berbuka puasa di restaurant taman tamadun islam.
pics will be uploaded later.
lepas berbuka, singgah giant.
beli sandal dan barang2 nak wat muffin.

hari ni gi wat medical check up kpt setelah tertangguh beberapa kali ;P
tapi nasib kurang baik masa gi tu dr tak de. dr tgh sambut baby. ada org nak bersalin.
terpaksala menunggu agak lama.
amik darah je dulu. lepas raya kena gi blk klinik tu.
dr. cakap salur darah kecik jadi susah nak amik darah.
lepas cucuk lengan kanan, cucuk lengan kiri.
at least kali ni 2 kali je. masa wat thalasemia test sampai 3 kali.hehe... my precious blood tak nak kuar.
biasanya salur darah kecik ni org gemuk (according to the doctor la)
adeh, rabu ni nak gi wat kad merah nnti kena amik darah lagi.

esok plan nak gi scan baby ngan k norbaini.

Saturday, September 12, 2009

kepada peminat yoon eun hye

rupanya eun hye ada drama baru.
itupun tahu bila tgk episode last drama partner.
kat hujung citer ada trailer drama my fair lady@take care of the young lady@ lady castle.
citer korea ni suka ada byk tajuk.
dh 2 tahun rupanya selepas coffee prince.
kepada sape yg nak tgk bleh la tgk kt vikii


sakit kepala terlebih tido...

kononnyer nak gi sabasun pagi ni nak bli kerepek n bahan2 nak wat muffin.
tp mlm td tdo lewat.
bangun sahur kul5. nasi blum masak lagi. kali ni taknak amik risiko masak guna dapur. so masak je guna periuk letrik. tak sampai 20 minit dh masak. makan tak sampai 10 minit. sempat juga la sahur.
lepas subuh tido blk. bangun dh lewat. malasla plak nak gi sabasun.

setelah beberapa hari berjaya menghabiskan lebih 1.5 liter air, sudah tidak sembelit lagi. hohoho...
pisang dan tembikai dlm peti yang tidak berjaya dimakan telah dibuang.
kalau tak loya sah abes buah tu. tapi nak wat cmne.

esok plan nak gi wat medical check up kat intan.
dh call kpt. kalau pregnant tak perlu wat x-ray.
dan jugak nak gi scan skali. tak tahu la dh bleh nampak ke blum.
rabu nnti nak gi wat kad merah.
harap kt sini tak ramai orang.

Thursday, September 10, 2009

kempen 2 liter air setiap hari

mlm td juga berjaya minum lebih dari 1.5 liter air mineral.
pastu minum air soya 2 gelas. total takdela sampai 2 liter.
nak pengsan rasanya nak abeskan 1.5 liter air tu.
blumpun stengah jam gi toilet, rasa nak terkencing lagi.
bangun sahur sakit perut. bladder dh penuh.

lepas bulan puasa ni kena buat kempen one cup of water for me, one for the baby, every hour. so 48 cawan air sehari. ahaks! mampu ke?

Wednesday, September 9, 2009

k syara, keropok dh pos!

baru je balik dari post office ni, pos keropok utk k syara.
minta maaf ye k syara lambat pos.
sblum ni hati tak tenang teringat ielts.
so dh lepas ielts ni dh selamat pos.
masa bli, packaging keropok tu tak brape elok.
seal tu tak betul2 tertutup.
so terpaksa la saya buat ngan lilin.

mlm td berjaya menghabiskan 1.5 liter.
lepas ni kena berusaha minum lebih dari 2 liter.
petua dari izzati, makan buah naga.
alemak, buah dlm peti pun tak abes makan lagi.
ada buah mangga, pisang, tembikai, pear.
tembikai and pisang tu bakal masuk tong sampah agaknyer.
sblum ni makan buah pear keluar blk.
itu yg malas nak makan tu.

Tuesday, September 8, 2009

jelajah shopping complex

before take off

after speaking test apa lagi, aktiviti kami ialah jelajah shopping complex.
since speaking test kat wisma selangor dredging, gi klcc dulu.
belum pun terasa sejuk dok dalam tu niza ajak gi alamanda.
the proof that i have lost interest in books- kt klcc tu tak singgah pun kinokuniya.
kat alamanda, niza n lynn bgtau waffle n popia kt sini best.
memang sedap~

dh nak abes baru teringat nak amik gambar...



sampai je gi book utk berbuka kat kenny rogers tp dh full.
so kami book utk 2nd reservation.
pastu gi tgk movie.
berbuka dlm cinema.hohoho

the next day, berbuka kat johny.
steamboat!!
tak order side dishes pun. mkn ini je...
rasmi tudung baru.
beli 2helai je.

hari terakhir sblum blk berbuka ngan burger king.
kt airport sblum blk amik gambar abby sorang je.
abby, nak i letak gambar u kt sini ke? hikhikhik