Sunday, May 29, 2011

mencari kasut

punyalah susah nak cari kasut akif.
of course la mula2 cari kt kedai murah. kasut utk budak memang ada tp tak de saiz dia. sama ada kecik atau besar.
bila dh cari 3,4 buah kedai pun tak de, masuk ajela kedai yg ada brand. lg pun tengah sale. jadi belilah. lega sebab akif ada kasut yg sesuai.
tak tahula sebelum ni beli yg tak kena dengan saiz dia ke apa. asyik tertanggal aje bila jalan. kan ke budak cepat besar jd beli yg besar sket tp asyik tertanggal la plak. kat kedai yg ni memang pakar kasut budak. siap ada pengukur nak check saiz tu...

malangnya... bila sampai umah, baru perasan bhgn dalam kasut tu ada pattern 3 dot. seb baik belum solat zohor lagi. kalau tak, kena solat semula...
jadi petang semalam gi pulangkan balik. kt sini bab pulangkan balik barang yg dh dibeli agak senang.

sebelum balik, masuk kmart. rupa2nya kasut utk budak kecik dia letak kt bghn girl. memangler tak jumpa.

Monday, May 23, 2011

the hard way or the easy way

saya mencari satu paper ni, cari2 kt internet mcm tak jumpa.
padahal dh tahu sv sure ada paper ni.
tapi try jugak cari sendiri.
akhir sekali, hari ni email sv.
tak sampai 5 minit dia dh reply skali ngan paper tu.
cara senang ada tp nak jugak cara susah...


Sunday, May 22, 2011

Saturday, May 21, 2011

planking

antara new craze kt sini ialah planking.
iaitu aksi meniarap yg kreatif.
nak lg faham tgk gmbr2 kt bawah ni.


ada tu kt lampu traffic light, atas landasan kete api. macam2.
baru2 ni sorang lelaki masa mabuk buat planking kt beranda rumah, jatuh dan mati.
tapi ada juga planking yg tak membahayakan.
masa baca post sorang member kt fb pasal planking, baru teringat, mat rempit kt malaysia kan dh lama planking atas motor. hohoho...


Wednesday, May 18, 2011

if broken considered sold...not

beberapa minggu lepas, kami ke bunning cari mentol.
selain tap yg selalu leaking, masalah rumah ni ialah makan mentol.
kejap2 rosak, kejap2 rosak.
masa tengah pilih2 mentol tu, ntah macam mana kaki akif terlanggar 1 pack mentol yg satu pack tu ada 5 biji. dari atas rak, benda tu jatuh ke lantai. bunyi berderai kaca. sah sah pecah benda tu.
kalau ikutkan saya, buat dek aje. hahaha.... dh keluar tanduk...
tapi sang suami insist. kalau kt kedaikan biasanya ada tulis 'if broken considered sold'.
jadi kamipun bawala kotak mentol yg pecah tu kt kaunter. 11 dolar harganya.
bila bgtau makcik kt kaunter tu, dia ckp takpe... it happens all the time...
hoho.. tak payah bayar.

akif went shopping petang tadi

semalam dapat berita ada seminar umt-msd di melbourne july ni dan semua staff umt kt australia wajib hadir. bunyi boleh berjalan memang best tapi.... adakah kos akan ditanggung? nak dahulukan duit sendiri pun rasa mcm tak mampu sekarang ni, kalau tak disponsor lagilah. apapun tunggu surat jemputan dulu...

Monday, May 16, 2011

ibu lupa

bila bawa akif ke shopping center minggu lepas, akif menggelepar nak turun.
lupa yg dia dh bleh jalan. itu dia beria nak turun tu. nak jalan sendiri.

esok patutnya ada playgroup tp tak tahu lg nak gi ke tak.
kat playgroup tu ada kawasan berpasir. dari awal lagi pelik kenapa atas pasir tu mcm ada beras.
minggu lepas, masa tengah perhatikan akif main pasir yg mcm ada beras tu, baru terlintas kt fikiran, ntah2 tahi burung. pandang kt atas, merimbun dahan pokok. sah benda yg mcm beras tu sebenarnya tahi burung. cepat2 alihkan dia ke tempat yg ada bumbung.

masih lagi cerita kat playgroup minggu lepas. sorang budak ni, kecik sket dr akif, masa dia tengah main2 pasir, dia gi makan pasir. pastu bila sorang lagi budak yg agak besar sket, stahun lbey kot, tgk budak kecik tu makan pasir, dia pun gi mkn pasir jugak. agaknya dia nak try apa rasa pasir... akif pulak tengah dia berjalan atas pasir, jatuh tersembam, masuk pasir dlm mulut dia. sedap akif?

bz ngan benda lain...

Jumaat lepas, semasa dalam perjalanan ke curtin, kt tengah2 kwinana freeway (kt sini highway dipanggil freeway, mungkin sebab free tak perlu bayar tol ;P), terpandang meter temperature. terkezut!! jarum dh 3/4 dah. jadi benti kt emergency lane.
call sv, reschedule meeting kepada hari isnin. tunggu sejam lebih kurang. bila meter dh turun, buka bonet depan nak isi air (seb baik memang sentiasa sediakan air in case benda mcm ni jadi), tapi air masih byk lg.... sah rosak benda lain.
jadi drive pelan2 balik umah. masa tgh drive tu, dh dekat nak cecah tanda merah dah, kebetulan sampai kt traffic light yg tengah merah. tutup engine. bila lampu hijau, on balik. sepanjang perjalanan tu dupdap dupdap. yg peliknyer meter kejap tinggi pastu turun sket pastu naik balik.
bila panggil pomen, rupanya thermostat rosak.
cadangnyer petang tu nak bawa akif cucuk immunisation. ini dh dekat sebulan terlewat dh. nak kena tengok jadual clinic mana yg buka. nk buat appointment rasanya lagi lambat.hmmm...
[edit: just called curtin health service. o0o rupanya bleh get vaccination kt situ. jadi dh buat appointment jumaat ni. akif jgn demam ye...]

Saturday, May 14, 2011

akif tolong vacuum



tak reti nak embed byk2 vid dlm satu post so jd le 3 post.

akif on the phone

akif main xylophone

Thursday, May 12, 2011

sambutan birthday akif

hari sambutan birthday akif sabtu lepas adalah hari yg sangat mencabar kesabaran.
dari tengahari akif bergayut kt kaki takleh nak buat kerja. nak berjalanpun susah.
seb baik bihun kak wani yg tolong buat.
saya bakar ayam aje. desertpun dh ada volunteer nak buat. pastu beli buah.
kt sini kalau buat makan2 tak perlu buat desert byk2 sebab nnti tetamu yg datang akan bw makanan jugak. ^^

majlisnya sebelah petang.
baru aje akif start tido petang, tetamu sampai jadi dia terjaga.
tak cukup tido agaknya. campur ngan riuh. taknak gi ngan org lain.
bila nampak ramai budak2 dia sukalah. pastu bila budak2 tu main kat luar rumah, dia pun nak join skali tapi budak2 lain tu dh besar. dia ni berjalan sikit2 jatuh. kang tak pasal2 kena langgar.

enjoy the pics....

tak reti dokdiam. nk amik gmbr pun susah. ni time ralit main belon.
muka tak sempat nak touch up.

beria beli lilin tp lupa nak letak. lgpun papan tanda besar sgt memang tak muat...

kek black forest sebelum dipotong. sebelum dipotong.


since akif tak reti potong lg, auntie wani sorang aje yg potong.







dalam ramai2 ni hanya sorang yg ikut husband. yg lain semua student. terfikir jugak adakah sebab saya pompuan jadi ramai kawan pompuan atau memang student pompuan (phd student from malaysia) lebih ramai daripada lelaki. tak check la plak statistic.
akak yg dok sbelah saya tu dia n husband dia dua2 buat phd. tak tahula macam mana derang handle the stress.
dan 4 org (dari gambar kt atas ni, tak termasuk saya) husband tak ikut sini. dan ada yg anak2 pun tinggal kt msia.

Friday, May 6, 2011

jadi

asyik tertangguh2 nak buat makan2 sempena bday akif ni, akhirnya kira jadi la petang esok.
tp ajak tak ramai. tak larat nak masak (tak reti nak masak utk ramai2.). ini pun cadangannya menu yg senang aje.

mula tu nak order kek yg bleh letak gambar. tp last minute booking mana sempat. kek biasa aje la....

Thursday, May 5, 2011

is it me?

tak tahula silap saya atau kebetulan.
setahun dok umah ni dh 5kali paip bermasalah. tp bukan paip sama.
mula2 masuk umah, dh perasan dlm toilet ada bocor sket.
pastu shower. pastu laundry.
masa plumber datang baiki tap dlm shower, lupa nak suh baiki dlm toilet skali sbb leaking nya sket aje. dan air tu masuk ke toilet bowl. jadi tak bermasalah sangat.
pastu sebulan lepas plumber datang baiki dlm toilet dan laundry.
seminggu lepas tu, sinki dlm bathroom plak. yg ni bocor dlm kabinet bwh sink. tp air menitik sket2. jd letak gelas kt bawah tu. masalahnyer skang makin laju air yg menitik.
ahad lepas pulak, tap kt bath tub la pulak. mula2 sket aje. lama2 bila buka tutup buka tutup, makin banyak smpai terpaksa tutup paip utama kt luar rumah. tiap kali nak guna air kena gi buka pastu tutup balik. tak ke penat. dh email agent rumah. tp takde respon lg. call semalam, tinggal msg kt secretary dia (agaknya la. ataupun front desk). katanya akan call balik tp takde pun.
agaknya tuan rumah malas nak baiki sbb baru aje plumber datang. tak tahula caj plumber kt sini brape. kalau jenis service mcm ni rasanya mahal jugak. seratus lebih?

mlm tadi, luckily, masa tutup tap kt bath tub tu lepas mandikan akif, dh tak leaking. jadi sekarang dh tak guna tap tu.

Tuesday, May 3, 2011

rottnest island

hari ahad lepas kami ke rottnest island. pulaunya tak besar mana. lawa pantainya cuma selain pantai dekat main terminal, pantai2 lain tak banyak tempat utk duduk2 picnic. kebanyakannya, dari jalan tar, kena turun tangga utk ke pantai. dan kawasan pasir tak banyak. terus air laut. sepanjang kt sana, tak nampak pun dolphine atau whale.

naik aje feri, dah loya2 pening dah. mabuk. seb baik tak teruk. pastu dok melayan akif jd tak terasa sangat. akif sangat suka tengok air laut. dari feri blum gerak, sampaila rottnest island, dia berdiri tepi tingkap. balik pun mcm tu jugak. 30minit aje perjalan dari fremantle ke rottest island.

kalau beli tiket kt terminal dlm 75 dolar tp kalau book online bleh jimat sampai 30%. kalau gi hari selasa 35 dolar aje sorang. kami amik family package. bleh 4 org. 99 dolar aje. kat sana tak bleh bawa kereta. tp ada bus. tiket bas 13 dolar tapi boleh guna sepanjang hari. ramai yg naik basikal. bleh sewa kt sana atau bawa basikal sendiri. naik basikal pun bahaya juga sebab jalan sempit.



off we go

welcome to rottnest island






kat pantai ni kami jumpa ikan buntal yg dh mati.
ada amik gambar tp malas nak post kt sini. mcm geli.



byk quokka kt sini. masa ni akif geram nak sentuh.




masa ni tak larat dh nak jalan. jd duduk aje.
tunggu masa nak naik feri balik ke fremantle.


malangnya akif mana reti duduk diam2. penat la papa dia mengutip.
ni nak kejar burung.



burung lari. taknak kawan dgn akif.


itulah feri yg kami naik. yg colour merah tu.






dalam perjalanan balik



gambar2 kt bawah ni masa kt umah.

akif makan apple.
masih lagi tak nak minum dlm botol.
papa dia bagi dlm sip bottle minum la skit.
bubur pun dh kurang. suap tengah kebulur memangla taknak. nak susu jugak.


posisi tido favorite akif.