Thursday, November 29, 2012

wedding

minggu lepas ayah cik kawen. sedikit sedih sebab tak dapat hadir. masa call kak sehari lepas majlis sambut menantu, dia cerita ma dah serik (buat kenduri). hahaha... ada dua lagi...

spring tinggal esok sehari je lagi. masuk bulan 12 dah summer. dah lama nak letak gambar2 spring kt sini. bila winter, sejuk, jadi kebanyakan daun gugur, tinggal ranting aje. bila spring, bunga start keluar dulu sebelum daun keluar. pokok yg dogol tanpa daun, bila bunga keluar, sangat lawa. tahun ni sangat suka bunga purple. dan minggu lepas perasan ada pokok yg daunnya merah. kadang tu ada pokok yg tak keluar bunga tapi tumbuh pucuk baru. pucuk baru pula kaler pink. sangat lawa. malangnyer tak berkesempatan nak amik gambar. sempat amik yg kaler purple je.
bila tengok rumah org yg penuh dengan bunga, wah teringin tp dah tahu saya tak reti jaga pokok.



nak bercerita pasal akif plak. dulu 'three' dia sebut 'tee'. sekarang ada improvement 'thlee'. 'no worries', sebut  'no wees'. sekarang 'no woyees'.

budak biasala suka main air kan. tapi bila suruh berendam dalam bath tub takut. dia berdiri sambil main air. pastu pandai, nak main air, datang kt ibu/papa sebut 'bobo' (poo poo / berak). kadang sebut wash. bila check tak berak pun. nak main air sebenarnya. tiap kali saya amik wuduk, dia pun mesti sibuk sekali. saya amik wuduk dlm bathtub, jadi air tak terpercik kt dia.

hujung minggu ni nak travel jauh. dah dapat bayangkan penat mengejar dia nnti.

Monday, November 26, 2012

powerpoint dah canggih

bila dapat tahu kewujudan TexPoint, sedikit excited sebab senanglah bleh copy dari latex terus, tak payah susah2. sekali problem plak. bleh install tapi bila nak guna, keluar error ckp takleh detect latex. tak tahula nape.
seb baik powerpoint dah canggih. equation tool bleh faham kalau taip R^n_+. kalau tak susahlah tiap kali nak guna upper/subscript, nak kena klik2.

Friday, November 23, 2012

presentation for academic conference

sekarang tengah menyiapkan powerpoint.
semalam ada tengok video kt youtube. talk pasal presentation utk academic conference. sangat bermanfaat. note: ini untuk academic conference, bukan thesis defense.

antara perkara menarik yg diperkatakan ialah tak kisah english tunggang langgang. guna simple english je, asal orang faham. dalam paper yelah, tulis canggih2 tp bila kita bagi talk, kita nak audience faham.
org yg bagi talk ni american yg mengajar uni di taiwan. dia bercerita macam mana sorang pelajar dia ni, englishnyer sangat poor tp a good presenter.  jadi jangan risau guna broken english. tak perlu juga nak apologize english kita tak bagus. buang masa je.

kita juga kena buat2 confident. walaupun dalam hati gemuruh macam apa, buat2 confident.

ada juga tips macam mana nak menjawab soalan. kepada yg berminat bleh tengok kt link ni:
http://www.youtube.com/watch?v=dj7DBhGwLXQ&feature=relmfu

ada byk lagi video lain tp saya suka yg ni sebab campur dgn humor.



Wednesday, November 21, 2012

Tuesday, November 20, 2012

Derma Palestine

Saya nak share sikit pasal unicef (united nation children's fund) kt perth. diaorg selalu buka booth kt shopping complex untuk cari global parent. konsepnyer memberi bantuan berkala. tiap bulan 20 dolar atau lebih. terus debit dari akaun. dan dari masa ke semasa, unicef akan hantar newsletter mengenai macam mana fund tu diagihkan. ada juga cerita2 pasal kanak2 yg dibantu. bila ada newsletter macam ni, kita seperti sentiasa diingatkan kepada kanak2 yg memerlukan bantuan ni. kadang tu bila perang yg berpanjangan dan berlanjutan berpuluh tahun seperti kt somalia tu, berita tu dah jarang kita dengar, jadi kita lupa sebenarnya ramai lagi yg memerlukan bantuan.

kat malaysia kalau perasan bila buka website bank, ada je no akaun charity seperti mercy, zakat. kalau rajin dan mampu boleh je kita set untuk buat payment berkala. kalau rasa 50 ringgit tu membebankan kita, bolehlah buat 5ringgit tiap bulan. ada banyak lagi badan kebajikan yg lain. antaranya kat link bawah .

saya rasa macam pernah dengar/baca: kalau nak murah rezeki, derma dan sedekah banyak2.

ini adalah antara saluran yg kita boleh guna untuk bantu Palestine. saya copy paste dari fb http://www.facebook.com/#!/aqsa.syarif
-----
About


.Derma Palestin atas nama AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904. Tabung Pengurusan Aqsa Syarif : CIMB Islamic 12160000452101

Mission

Menggembleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah

Company Overview

AQSA SYARIF adalah sebuah badan bermotif kebajikan yang didaftarkan di Malaysia No. 729288P. Misi AQSA SYARIF adalah Penyebaran Maklumat tentang Palestin, Bantuan Kemanusiaan, Bantuan Kewangan dan Kerjasama. AQSA SYARIF beribu pejabat di:



No 18 Jln Damai Mewah 2,

Taman Damai Mewah,

43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

...



No. Telefon: 03-8733 4636;

No Fax: 03-8734 9636;

Email: admin@aqsasyarif.org.my;

Laman Web: www.aqsasyarif.org.my



See More

Description

Untuk menderma kepada Palestin atas nama AQSA SYARIF BERHAD di: Maybank Islamic 551575004299 atau Bank Islam 12092010034904. Untuk penderma antarabangsa gunakan guna TT dan swift code untuk Maybank ialah MBBEMYKL.

Borang tajaan Keluarga Miskin Palestin atau Anak Yatim Palestin sila layari http://bit.ly/borangtajaan

General Information

OBJEKTIF



1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia tentang isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.



2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

...

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.



4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan di luar negara.

Products Anda boleh membantu Palestin melalui PEMBIAYAAN BULANAN



RM35 sebulan untuk Keluarga Miskin Palestin



RM170 sebulan untuk biaya seorang Anak Yatim Palestin



Salah satu 'amal yang utama juga hari ini ialah untuk membiaya anak-anak yatim Palestine.



Salah satu 'amal yang lebih utama dari itu adalah membiaya keluarga miskin Palestine, RM2000+ per keluarga sebulan, tapi telah dipecah-pecahkan jumlahnya sehingga satu unit ialah lebih kurang RM35 sebulan.



Salah satu juga 'amal utama adalah usaha mendapatkan pembiaya untuk membiayai dua golongan di atas.



Jadi bagaimana? Hal nahnu qaumun 'amaliyyun? Adakah kita kaum yang berkerja untuk mendapat redha ALLAH?



Dapatkan maklumat dan borang online di



Keluarga Miskin dan Anak Yatim

http://bit.ly/borangtajaan





PRODUK-PRODUK JUALAN AQSA SYARIF



Barang jualan AQSA SYARIF untuk kutipan dana seperti Coklat, TShirt, Maflar, Badge dan lain-lain. Hubungi Abu Ahmad di 012-763 2741 untuk keterangan lanjut.



Contact Info

.Phone +60 3-8733 4636



--------------------------------------------------------------------------------



Email admin@aqsasyarif.org.my



--------------------------------------------------------------------------------



Website http://www.aqsasyarif.org.my

update akif

  • Sekarang subuh 3.32 pg. Beberapa hari lepas, masa bangun nak solat subuh, akif terjaga sekali. Bila saya masuk bilik air nak amik wuduk, dia masuk sekali sambil nangis (nangis sebab nak ajak ibu teman dia tidur balik). Bila papa nak amik, dia telengkup muka ke lantai (beralas lengan dia). Ibu selesai amik wuduk dia dah tertidur. Hahaha…  Masa tengah pakai telekung dia terjaga. Saya suruh dia duduk sebelah sejadah tp dia baring terus kt situ dan sambung tidur. Hahaha…

  •  tecoyo = youtube. satu hari, akif hulur handset sambil sebut 'tecoyo'. ingatkan dia nak tengok pocoyo. tp bila play pocoyo kt youtube, marah plak. kali ni sebut 'olie olie'. rupanya dia nak lagu alif ba ta.

  • ingatkan dah potong rambut ni takdelah org ingat akif ni girl. tp ada lagi yg tanya lelaki kan? hohoho... jambu sangat ke muka akif ni?

  • bila takde kawan kt umah, akif kadang2 main hide and seek sorang2. pegi tutup muka dia kt dinding pastu kira 1,2,3,...

Wednesday, November 7, 2012

annual leave

hehe... tajuk macam kita yg cuti. seperti biasa sv akan amik annual leave 2 bulan lebih tiap hujung tahun. tapi tugasan yg ditinggal byk ni... harapnyer dapat siap. nak prove convergence masih belum berjaya. tinggal sikit je lagi... hehe... dari ari tu tinggal sket je lagi tp meleret jugak. nak buat macam mana, dah benda susah. kalau senang takdelah yg fail phd. ye tak?

flafler =  flower

baru aje baik dari demam, mulut pulak sakit. ulser. sian akif, nak makan pun susah. tiap kali nak makan nangis.

akif dah potong rambut. tok bah yg potong masa balik ari tu. tp senget... hahaha...

Tuesday, November 6, 2012

back to school

sampai sini pagi ahad. semalam dah siap2 nak dtg school, pas tu tak jadi sebab mood akif tak elok. dah seminggu demam. pagi tadi pun mengamuk tp demam dah takde. ibu nak makan nasi pun susah. tp hari ni dah kena start dtg school. banyak kerja menanti....

setakat balik kampung dua minggu memang tak puas nak cuti. tambah lagi dengan akif tak sihat. bila dah tak sihat tu, mood pun tak ok. bertambah stress... nak gi pasang nose pad cermin mata yg dh tertanggal pun tak sempat. banyak benda lah tak sempat nak buat. tp masih bleh makan dengan bestnyer. semalam timbang, berat dah 54kg. hahahaha.....

curtin fee center dah berapa kali tanya pasal yuran. nak tunggu guarantee letter dari kpt. ckp je being prosessed. nak ke conference pun satu. dah lama tak bercakap depan org. belum lagi pikir akif nnti. masa balik hari tu pun rasa serik. tinggal masuk toilet dan gi solat pun melalak macam apa. padahal tiap2 hari duduk ngan papa bila ibu gi uni tp tak nampak ibu aje, dh macam apa...