Wednesday, March 28, 2012

soalan paling tak reti nak jawab



saya selalu rasa susah nak jawab bila org tanya saya buat research phd pasal apa. org math sendiri pun tak pernah dengar pasal tensor, org2 lain lagi lah kan.... saya sendiripun sebelum start research ni mana pernah dengar pasal tensor. tp kadang saya suka jugak tanya org lain buat apa walaupun dh dpt agak bila dh diberi penjelasan pun faham gitu2 je... hahahaha.....
kalau macam org yg buat survey tu kita tahula kan diaorang nak tahu keberkesanan perlaksanaan sesuatu benda atau pemahaman masyarakat terhadap sesuatu isu, n blablabla. research saya berkaitan nak cari largest eigenvalue/singular value of tensors. applikasinya adalah dlm medical resonance imaging, higher-order markov chains, best-rank one approximation in data analysis,etc (jawapan buku text). jawapan org awam: berguna dlm bidang2 lain. nak explain lebih2 dlm bahasa org awam ni saya tak reti...

lagi satu bila org tanya tak balik malaysia collect data? bagi org buat survey yg skopnyer malaysia memang ler kena balik collect data. pastu mathematicians ni takde lab (computer lab ade la...). org lain sesetengah tu terpaksa queue nak guna lab. alhamdulillah la kan tak perlu lalui semua tu.... cumanya.... org lain bila buat lab ni at least nampak ler hasil kerjanyer... walaupun result tak menjadi at least ada bukti dh buat. saya yg kena perah otak ni, bila dh berusaha tp tak de result takde bukti yg kita dh buat keje. mcm tak buat keje...


tak collect data, tak buat experiment, habis tu buat apa? nak explain pun susah. buat lemma, prove, buat theorem, prove. lepas tu baru buat numerical experiment. agak2 kalau jawab macam tu org faham ke? kalau ada fellow mathematicians atau kawan2 bleh bagi cadangan, amat dialu2 kan.


itu bila borak dengan satu office mate, dia ckp, kalau nak buat phd buatlah bidang lain, jangan maths. hohoho....

takpelah, nnti besok dapat Ibrahim Theorem atau Ibrahim's Method berbaloi la ye.. amiin... kenapa nama bapa? sebab biasanya amik family name atau bila ramai2 amik initial je, I.



sebenarnya buat dalam bidang mana2 pun takde yg senang. org buat experiment pun, kalau buat tak jadi, buat tak jadi susah jugak. samalah buat survey. yg penting kita lakukan yang terbaik. FIGHTING!!!

Wednesday, March 21, 2012

cut your own hair

kat sini kan nak potong rambut mahal. dan mana ada kedai gunting utk pompuan. hujung tahun hari tu plak tak balik. rambut dh panjang. rimas rimas rimas.
jadi google cara nak potong rambut sendiri. kt youtube pun banyak. jadi petang semalam nekad potong sendiri. sebenarnya potong layer lagi senang dari potong lurus (hehe.. pendapat amatur). dulu saya suka A line bob. to macam susah je nak potong sendiri melainkan ada alat.
mostly, saya ikut vid ni:
http://www.youtube.com/watch?v=Pyo7DXKT3lg

and the result not disappointing.
ada juga cara layer guna razor. tp blum try.

Tuesday, March 20, 2012

need to watch out!

minggu lepas timbang berat selepas lama tak timbang. penimbang ada je kt umah tp tak selalu guna sebab akif suka main.
gosh! agak terkezut berat dh naik 52kg. patutlah bila try baju nak beli mcm mengembang je... hahaha...
minggu lepas jugak ada org buat survey. antara soalan yg ditanya ialah aktiviti sukan. saya ckp zumba. next question, for the last 12 months, how many times berzumba. hahaha.... 4 kali aje. first time berzumba, join member2 kt murdoch. pas tu macam kesian plak tinggal akif (masa tu dia on bottle strike). then bila papa akif bli ps3, saya pun tumpang skali beli zumba for ps3. tp susah jugak sebab nnti akif sibuk nak device ps3 move tu. bila dh pindah rumah kayu ni lagi lah. kan rumah lama. takut kang tengah berzumba tgk2 dok bwh rumah. haha....

Monday, March 19, 2012

shopping spree...

saya ada seribu stengah dollars untuk dihabiskan. hahaha.... bunyi mcm apa je kan. sebenarnya saya in charge hadiah cabutan bertuah. hadiah utama dh decide 3 set pinggan corelle dan 1 set pirex. dari pengalaman yg lepas, sakit kepala jugak ni nak cari hadiah yg sesuai. nak kena fikir sesuai tak utk perempuan, utk lelaki, untuk single.

saya biasanya jarang dpt cabutan bertuah ni... hoho... tahun lepas, hanya 6 org tak dapat. saya lah salah sorang.

Friday, March 16, 2012

cuti2 perth

bukan kami kt sini yg bercuti tp minggu ni kan cuti sekolah kt malaysia. maka berduyun2 lah org malaysia bercuti kt sini termasuklah one of my bestfriend kt utm dan juga kawan parents. kawan parents datang dengan travel agent. tgk dia punya itianery, pergh... pack jugak. tp byk benda bleh lawat. saya tak bleh la nak bawak my bff ke semua tempat mcm dlm itianery tu...

tp saya nak bagi nasihat sikit kalau ikut travel agent ni, tanya btul2 apa yg included dan apa yg not included. seperti makan pg, tgh, mlm adakah semua di sediakan. pastu tempat penginapan tu macam mana. adakah toilet/shower dlm bilik atau mcm hostel kena kongsi ramai2. ada shower ke tak. tanya awal2 kalau dh last minute leceh la kan...

ada peristiwa lawak masa gi tgk kangaroo. lawak tp risau jugak. will update later with photos.

hurmm.. printer kt common room tukar baru. jadi nak kena register dulu baru bleh pakai. selamber je email kt sv minta tlg print. (benda2 tu nk tunjuk kt dia jugak)..

Saturday, March 10, 2012

visit from utm

14 february lepas, jabatan maths & stat menerima lawatan dari postgrad fakulti sains utm. wah~ baguskan. zaman saya dulu mana ada nak berjalan oversea. utm ada global reach program ke apa nama nya. dorang ada dana utk aktiviti oversea. tp still kena tambah duit sendiri jugak. utk mencukupkan duit, derang anjur conference/seminar dan juga bengkel. mcm bengkel matlab ke apa ke... baguskan. cara cari duit berakademik. dan lecturer pengiringnyer adalah bekas pensyarah saya dulu. beliau juga penasihat akademik. tp... saya ni kan low profile jd bila jumpa, dia tak ingat. ;P



with dr. niza yg awet muda ;P

masa tahun 1, mula2 tu ada perjumpaan dengan penasihat akademik, nampak mcm muda rupa2 anak dh 2 masa tu.



senyum macam paksa ni kes byk kali snap, tak larat nak sengih dah... satu camera dua tiga kali snap, kena 3 camera penatlah nk senyum... ;P (menjawab komen k niza ali)


masa lawatan ni, ada student/adik tanya, best tak blajar kt sini.


kalau nak jawapan pendek; biasa ajer...


ni jawapan panjang:


best:


1. antara oversea yg dekat dengan malaysia. 5 jam aje flight.


2. malaysian ramai. sampai jumpa muka melayu pun tak bertegur sapa. kalau jumpa dgn org yg excited jumpa malaysian itu tandanya org tu baru sampai. hahaha...


3. makanan malaysia berlambak. cari aje kt kedai oriental. budu pun ada. durian tak yah cakap. biskut raya pun ada jual kt oriental.


4. kt sini sempoi jer... ko nak gi kelas pakai short pun tak pe. cuba kalau kt malaysia. mana bleh gi kelas pakai selipar jepun (tp ada je yg buat). dlm gambar ramai2 yg ada 4 org kt atas tu, sbelah dr niza sbenarnyer ada head of department. kalau org tgk takkan sangka dia ketua jabatan. mesti org ingat pakcik2. lectrr kt sini pun ada dtg keje pakai short.


5. takde tol. tak tahula negeri lain. kalau sini memang tak de tol. jalan pun ok. sangat jarang jumpa jalan rosak. mungkin sebab jarang hujan .


6. bleh cuci mata. hoho... sila jgn salah faham. cuci mata bagi sape yg suka kereta. kalau mampu blehla beli tp bagi saya yg tak brape mampu ni, cukuplah cuci mata aje... hummer, ferrari, ...



tak best:


1. sewa rumah mahal. kt curtin ni ok lagi. nak cari bilik (bg yg single) bawah 150 dolar berlambak. tp kalau kt uwa, silap hari bulan 200 dollars per week. sebulan dh 869. elaun kpt hanya 1380. tu belum tolak bil gas, bil letrik yg tiap tahun naik melambung2.


2. susah nak jumpa doktor. kena appointment dulu. kalau ada kosong bleh la jumpa dr hari yg sama. tp kalau afterhour bleh gi terus, tak perlu apppintment. agaknyerlah.


3. kedai tutup awal dan hari ahadpun kedai tutup. tp bermula oktober ni kalau tak silap, hari ahad pun kedai bleh buka tp start kul 11pg. biasanya kul 8 supermarket dh buka. selain kedai besar mcm iga, kmart, coles,... kedai kecik2 biasanya tutup kul 5.30ptg. nak shopping pun tak sempat.


4. had laju hanya 70km kt jalan biasa. kalau freeway (freeway ni mcm highway kt malaysia) bleh la 100km. selalu dengar org ckp takde guna drive ferrari kt perth. sebab takleh bawa laju. hahaha... tak brape hokey nak speeding. kalau saya, takut kena saman. kalau mat saleh yg kaya2 tu sebab takut kena potong merit la kot... tp sebenarnya had laju tu dibuat bukan saje2. utk keselamatan. dan pemandu kt sini secara umumnyer lebih bersopan dari malaysia. jarang dengar bunyi hon. kalau ada reckless driverpun ada la sorang dua...


5. no nightlife. kalau ada kedai bukak pun bar. jadinyer kami jarang keluar malam. kalau kt malaysia, 24jam.

Friday, March 9, 2012

selsema......

hu~ selsema... sakit kepala.... mula2 papa kena. pastu akif. pastu ibu... sekarang ni tiga2 tak sihat. seb baik tak demam. sekarang ni memang musim selsema kot. member2 pun ramai kena. mungkin sebab berubah musim. sekarang dh masuk autumn. tp hari ni smpai isnin suhu dijangka 38-39c. tak sabar dh nak sejuk ni....

kt rumah ni, ruang tamu panas bila petang sebab mengadap matahari. jadi saya berkurung dalam bilik aje... tak tahan panas. hubby pulak boleh dia duduk dgn tak pasang kipas....

Thursday, March 8, 2012

mari pakat2 buat survey ni...

kawan2, boleh tolong kawan saya ni buat survey phd dia? survey pasal online spam. 10 minit aje...

Dear all,

In an effort to assess public awareness, knowledge and perception of online spam, I am conducting a research study on Internet users. I would appreciate if you could share your thoughts about online spam by filling in an online survey. This survey will only take approximately 15 minutes of your time. Simply click on the link below, or cut and paste the entire URL into your browser to access the survey:http://curtinbusiness.asia.qualtrics.com/SE/?SID=SV_bmgR4yPIIm4si8s I would appreciate if you could submit your response within one week.
Your input is very important and will be kept strictly anonymous and confidential (used only for the purposes of research for this project). Your answers will be combined with others, and will never be linked to you personally. If you have any questions or experience technical difficulties accessing the survey, please call me at +61 8 9266 9855 or email me at farida.mohdridzuan@postgrad.curtin.edu.au. Please feel free to distribute the link and this message to anyone you know. Thank you in advance.
Sincerely,Farida Mohd RidzuanDoctoral Research StudentSchool of Information SystemsCurtin UniversityPerth, Western Australia

Monday, March 5, 2012

unpack

rabu lepas serah kunci rumah lama. hu~ nak cuci rumah tu lagi penat dari pindah.... tambah pulak dengan akif. tgk papa lap dinding dia pun rajin jugak nak lap dinding tp guna berus yg kotor. adeh... kena lap balik....org vaccum diapun nak vaccum jugak.... blind yg rosak tak sempat nak cari spare part. tak tahula dapat brape bond. bukan sikit. lebih dari sebulan gaji... ni penat2 cuci kalau dapat kurang dari separuh memang melampau la kan....

selesai rumah lama, rumah baru pulak. bila sewa dengan owner ini pulak masalahnyer. kalau dengan agent nak kena spotless kalau tak nanti duit bond kena potong. owner ni pulak tak kisah sangat. masa masuk rumah tu awal2 memang tak perasan. tp bila dh duduk, nampak la blind dan cabinet tak dibersih betul2. dapurpun ada part2 berminyak. tp takpelah, dh kita masuk mcm ni, nak keluar nnti tak perlula penat2 cuci.

minggu depan ada member nak datang. bilik tamu penuh dengan kotak. ni silap hari bulan nak balik malaysiapun tak habis unpack.

masa kat rumah lama, cabinet kaler putih. biru putih mcm tu. mat saleh ni memang suka rumah kaler putih. dulu saya tak brape suka la kan. sebab cepat nampak bila kotor. rumah sekarang ni cabinet kaler brown. barulah saya tahu kenapa agaknyer mat saleh suka kaler cerah. bila kaler cerah ni, kita nampak kotornyer kt mana. senanglah cuci. bila kaler gelap, bau ada tp tak tahu kt mana....