akif dah reti sebut nama dia dgn betul. dulu dia sebut 'akis'. sekarang dah betul dah.
membilang pun dah hampir btul bilang sampai 20. ada 2,3 nombor tertinggal.
semalam perasan dia dah reti bilang benda. kalau sebelum ni, katalah ada lima buah epal, dia tak reti bilang buah epal tu ada berapa. kalau suruh bilang, semua benda dia akan bilang sampai 10. pagi ahad, saya goreng fishball. dalam piring ada lima biji fishball. tengah dia main2 kt meja makan tu, dia bilang fishball tu. btul. lima. bila suruh bilang benda lain pun betul jugak. sehari sebelum tu, dengar dia tengok video mengira. bunyi macam ada berapa, take away berapa, tinggal berapa. tak tahulah kot reti kejap je lepas tu lupa balik. nnti nak kena test balik.
dua tiga hari ni suka dia main dengan stuffed toy. kat umah tu ada 3 stuffed toy yg besar sket. grey koala yg orang bagi masa ibu beli baju kt sunday market, pink monkey yg kenalan iran bagi bila dia balik for good dan elmo yg papa beli. paling dia suka main koala dan monkey. pink pun takpelah akif ye. koala tu dia panggil ted. program tv kat sini, playschool ada toy bear yg dipanggil ted. jadi koala dia pun akif panggil ted.
jumaat lepas papa potong rambut akif. kesian berpeluh2. lupa plak nak amik gambar.
hari ahad papa gi fishing. punyalah lama. ingatkan tak dapat ikan sebab hari jumaat sekorpun tak dapat. tp 3 kilo jugak dia bawa balik. tp ikan tambang je la. ada 4 ekor ikan selar. dapatlah nak merasa ikan fresh. mat saleh tak makan ikan tambang ni, derang buat umpan atau bagi makan burung. paling senang dan paling sedap nak masak ikan ni ialah rebus (garam + asam keping byk2) lepas tu goreng garing2. sedaaap~