Sunday, February 28, 2010

nama baby

tak tahula org lain mcm mana tp saya dari awal lagi tension nak pilih nama baby.
saya mulanya nak letak nama klasik tp ada org tak brape stuju.

saya suka nama adam. hubby suka nama adib.
tp dh 3,4 org anak sepupu nama tu. takkan nk letak nama tu lagi. cm takde nama lain jek.
pastu skang ni kan org suka letak nama canggih manggih. macam mana la derang bleh jumpa nama2 yg best nih.saya tiap kali belek buku nama bayi tiap kali tu jugalah tension. takde nama yg btul2 berkenan.

akhir skali, sblum datang sini, settled ngan satu nama ni. walaupun tak brape berkenan, tp dh malas mencari. pastu dedua masing2 sibuk. kira jadilah nama tu. never told this to anyone but pernah time2 punyala tak stuju ngan nama ni sampai nangis2. blame the hormone! maksud nama tu dh bagus tp tak brape berkenan je.

pagi tadi, bila nama adrian muncul, cuba la google maksud nama tu. pastu browse jugak nama2 lain. finally found it. nama yg berkenan. apa namanya? secret. hehe... hubby dh bagi green light. so tunggu ajelah nnti ye.
hubby tanya, kalau tiba2 kuar pompuan nk letak nama apa? letak aje nama sarah. memang dh malas nk fikir.

rumah

walaupun rumah kt sini susah nk dijaga tp saya suka kebanyakan rumah kt sini. tiap kali nak gi bus top, sejuk mata tgk laman rumah jiran2 yg terjaga. walaupun panas, rumput2 hijau aje menandakan cukup air tuan rumah bagi minum ;P . suka juga tengok bunga ros kaler menyerlah mcm kaler merah terang. k wani dari hari tu nk tanam bunga ros belum berkesampaian lagi. pokok kacang yg baru ditanam dh mati. panas sangat.

lagi satu suka fly screens. kt malaysia jarang org buat benda ni. sangat best bila ada benda ni sbbnya lalat tak masuk dlm rumah (kadang tu ada la terlepas sekor dua). mungkin juga time summer lalat kt sini terlalu banyak, sbb tu tiap rumah ada fly screen.

mmm... benda yg tak suka ngan rumah kt sini ialah toilet. toilet mat saleh kn tak de paip. terpaksa la angkut air tiap kali nk gi toilet. rasa mcm zaman dulu kala plak. dulu2 kan toilet kt luar rumah dan takde paip. cuma bezanya ini toilet dlm rumah. kalau toilet skali ngan bathroom senang la sket. tapi problem jugak kalau sorang tgh mandi sorang nk guna toilet. rumah yg nak masuk nnti asing toilet n bathroom.

nama

tgh ralit buat keje tiba2 muncul nama adrian kt kepala.
hehe... nk letak nama adrian ke? ian pun sedap jugak. tp mcm xde maksud je.
;P

Friday, February 26, 2010

aircond~ aircond~

ptg tadi gi amik kunci. jln dlm 10 minit je dari rumah ke ofis agent. baru jalan sket dh rasa mcm pusing satu shopping complex. penat! tambah ngan panas lg.
lepas amik kunci, gi beli barang utk k sofia buat nasi lemak pagi esok, bekal nk gi crabbing. tak tahula kali ni dpt ketam ke tak.
masa nk kuar dari bangunan shopping, berselisih dgn sorang mat saleh perempuan yg agak berumur. dia berkemban dgn kain sarung aje! terlopong jap. memang le dress biasapun macam berkemban jugak. ramai je yg pakai dress mcm berkemban tu tp ini kain sarung yg diselit tu supaya tak terlondeh. tak tahu la kot dia pakai getah ke apa. tak sempat nk snap tadi. hehe...

on the way balik singgah umah baru jap. petang ahad nnti nk samak dapur, peti ais, microwave dan lantai dapur. tapi dari apa yg saya baca kt sini, tak perlu samak sebenarnya. cukup basuh ngan air aje. ada aircond besar. hu~~ bila kepanasan ni teringat2 aircond besar tu.

hidung berdarah

ini bukan hidung berdarah sebab tgk lelaki hensem ye.
ini btul2 hidung berdarah.
tapi takdela sampai mengalir2. tgk2, ada kuping darah kering. dh beberapa kali dh.
biasanya time winter kes hidung berdarah ni.
mungkin sbb pregnant kot.

tadi call agent rumah. tapi takde org angkat so tinggal voice msg.
patut start sewa rumah 2 march (selasa ni) so nk tanya bila bleh amik kunci.
ingat nk amik 1 mac (isnin).
beberapa minit lepas call, agent tu call balik bgtau bleh amik kunci petang ni kul 5.
hohoho... blehla kemas rumah tu weekend ni.
tp nk kena tanya dulu. manala tahu amik kunci aje tp tak bleh masuk lg.

Thursday, February 25, 2010

eta

i

Visitor ETA.
apa benda eta ni? copy n paste dari sini
If you are travelling for tourism or to visit friends or relatives, you should apply for the Visitor/Tourist ETA. It is valid for 12 months with stays of up to 3 months on each visit, and can be used for single or multiple entry travel. Employment is prohibited.
pendek kata kalau nk melancong ke aussie ni kena apply eta. dh pun selamat buatkan utk ma n abah. hehe... agak cuak jugak masa apply utk abah sbb amik masa lama sblum submit pembayaran, jd application tu takleh di proses segera. masa buat utk ma, klik klik klik aje. terus approved. pembayaran guna credit card. aud20 utk satu application.


ii
pagi tadi gi orientasi utk postgrad by research. lunch disediakan. halal foodpun disediakan tp masa gi ke tavern, tempat lunch tu, mmm... mcm kurang yakin aje. so kami blah je la walaupun tgh kebulur.

sesetengah org indonesia dan timur tengah derang ni mkn je daging yg tak disembelih sbb derang kira 'menyusahkan'. memang le dlm islam kalau 'menyusahkan' dibolehkan tp bagi kami takdelah rasa menyusahkan sangatpun nk cari makanan/daging halal. itu kalau dengan derang ni kena hati2 sket. jgn main belasah aje kalau derang ajak makan.

iii
tadi singgah kt southland shopping center. masa tgh berjalan merentasi parking, selisih ngan sorang mat saleh ni. dh tua, taraf datuk. tiba2 dia tanya can u speak malay? blurr jap bila mat saleh tiba2 tanya soalan cm tu. rupa2nya dia singaporean. tanya dia, visiting ke? katanya dia tinggal kt sini tp dia tak rasa dia australian. ni mesti kes lama dok singapore nih. kt tgh2 panas tu (42c), tak larat nak borak lama2. pakcik tu takpelah tgh sedap mkn aiskrim. saya dgn kebulurnya, nak gi toilet lg.
tp bila ckp ngan mat saleh otomatik ckp english. pakcik tu pulak yg ckp melayu. hehe...

ramai jugak ye


ramai jugak pengunjung blog ni ye... ingatkan dua tiga org je...

Wednesday, February 24, 2010

hari ku sangka sejuk...rupa2nya....

ingatkan hari2 yg panas dh berlalu sbb seminggu dua ni cuaca ok je...
rupa2 belum berakhir lg.. hari ni 38c. esok 42c. erk!! dh lah esok kena gi curtin. kalau berkurung dlm umah je ok gak. esok ada hari orientasi utk postgrad student. tak wajibpun tp saje nk pegi.

hari ni k wani dengan penuh semangat kebangsaannya pakai baju kurung gi lab. hehe... masa kt curtin tadipun jumpa dua org malaysian yg pakai baju kurung. hari baju kurung ke apa hari ni? saya dh nak masuk 3bulan kt sini tak pernah pakai baju kurung. dgn perut makin membesar ni tak tahula muat lg ke tak. sblum datang sini pun pakai kain dh tak zip@ zip separuh je. ada bawa gaun maternity tp pakai kt umah je. angin kt sini kadang kuat sesangat sampai bleh dengar bunyi angin. kang sexy plak. k wani cerita dia pernah pakai kain belah (tp pakai seluar fit kt dlm). masa kt traffic light tgh lintas jln, angin bertiup dgn kuatnya tahu2 la apa jadi ngan kain tu. seb baik pakai sluar.

sebenarnya tadi gi curtin sbb nak hntr borang claim oshc. borang tu bleh pos je sbenarnya tp sbb takde borang kena la jugak pegi. (nyesal lak tak amik byk2 borang claim tadi). masa menunggu giliran, ternampak muka mcm lee jung ki versi pompuan. muka mcm lee jungki tp budak ni pompuan. hehehehe... tiba2 rasa nk tgk balik drama time between dog and wolf.

abah msg td. dia n ma dh renew passport. seratus utk 2tahun. paling minimum la tu. next step kena apply eta. bleh apply online je.

Tuesday, February 23, 2010

iron

ini kisah beberapa minggu yang lalu.
saje taknak citer awal2 nnti takut ada yg terlebih risau ;P
masa gi spital 1st time ari tu, midwife bgtau iron kurang. so dia suh amik iron. dia bg nama ubat tu.
seperti biasa, ubat kena beli sendiri kt farmasi.
masa beli, org kt farmasi dh bgtau, sesetengah org takleh amik pil tu masa perut kosong. akan menyebabkan loya2. antara kesan lain juga ialah sembelit.

ingatkan loya sket2 aje. so amik ajela time perut kosong.
mula2 tak rasa apa lagi. bila dh petang, start loya dan muntah.
lepas muntah tu lega...
ingatkan dh abes. tak lama lepas tu muntah lagi...

cukup tiga kali dh takde isi dh dlm perut. kuar air je.
call spital. since takde benda2 pelik: baby masih bergerak, takde contraction, takde cecair keluar kot bwh, n bla bla, dia tak kasi gi spital. dia suh gi klinik kalau tak reda jugak.

mujurla lepas tu dh ok.
pengajarannya jgn berlagak kuat kalau org kt famasi tu dh bg warning. heheh...
yela, dia ckp nausea je. takde plak ckp vomit.

Monday, February 22, 2010

no title

  • hari ni bersemangat gi school. 1st class hari ni. tunggu punya tunggu takde sorangpun datang. biar btul sv nih. hari tu dh tanya ada perubahan ke? confident je ckp takde perubahan. ni mesti tak confirm ngan lctrr yg ngaja nih. penat tau. gi sejam blk sejam.
  • sabtu lepas hari keluarga mypsa-wa. buat kt coogee beach. dlm 15 minit je dari rumah. sebelum bertolak pagi tu k yan n k wani beria ckp tak nak main. nak rileks2 aje. taknak pakai sport shoes sbb taknak main. hehe... tgk2 muka tu la yg masuk tarik tali. tp yg datang tak seramai yg dijangka. bajet 200 org tp yg datang kurang 100 je kot tak termasuk kanak2. jadi makanan byk yg bleh tapau. makan sampai perut rasa sebu. hehe... paling best ada yg bawa aiskrim asam boi. cuacapun ok. tak panas. tak berpeluh pun.

Saturday, February 20, 2010

reward yourself

sakit takleh nk tdo. tiap kali nk tido kena cari posisi yg sesuai.
mlm2 slalu terjaga. tp takpe sbb i have no problem going back to sleep.
bengkak kaki, kadang rasa tak puas bernafas,tulang rusuk ditendang2, bladder dipijak2...
semua ni takpe lagi.

tapi bila tengok stretch mark makin menjalar.... i think i should be rewarded for bearing this.
sblum ni bghn bwh perut je. ini dh hampir separuh dh... kt paha lagi. kt breast pun macam nk ada.
hu~ penat sapu bio oil. dh abes sebotol dh pun.

when i told this to my hubby.
his reply: nk upah apa? anak sorang lg?

humpf!

Thursday, February 18, 2010

house inspection

menyewa rumah kt sini biasanya tiap 3bulan ada house inspection.
agent akan datang tgk keadaan rumah. rumput terjaga ke tak, dinding bersih ke tak, lampu kalau ada serangga mati kena buang, n bla bla bla.
kalau report tak best susah la nak sambung kontrak nnti. dan juga, utk sewa rumah lain, agency rumah baru tu akan contact agent lama, tanya mcm mana kita jaga rumah.
that's why kak sofia ckp menyewa kt sini kena jadi cinderella, kena jaga rumah btul2.

itu baru house inspection yg biasa2. bila nak kuar nnti lagi teruk. carpet cleaning benda wajib. setengah agency tu mewajibkan professional carpet cleaning yg derang approve je. sekali carpet cleaning beratus la jugak. so kalau selalu pindah, dh brape byk abes kt situ. pastu kalau kena agent yg cerewet, benda kecikpun dia nampak. silap hari bulan bond sebanyak 4weeks rent satu sen pun tak dapat.

hari ni ada house inspection. dh balik dh pun agent tu. dtg tak sampaipun 5minit. risau jugak kalau dia byk tanya sbb ada 3org kt umah ni. dlm kontrak 2 org je. kebetulan dia dtg tadi saya baru masuk toilet. wrong timing or right timing? right timing la kot. kalau dia jumpa saya kang byk plak soalnya. sayapun lagi 2minggu dh nak pindah.

apa perasaan nk pindah? bercampur2. gembira tp nnti dok sorang2 tak bestnya. sebulan dok sorang tuh sementara ma n abah nk dtg. takkan hari2 nak bertandang umah k wani n k sofia kot. hehe... terpaksala membusykan diri nnti.

dah dua kali experience dok sorang2 nih. 1st time masa extend wat master. sblum tu ada akmal. walaupun masing2 dok bilik single, tp bilik dekat je. member2 lain dok block lain. ada yg dok kolej lain.

kali kedua masa kt tganu. time ni tak terasa sangat sbb siang keje. bila mlm n weekend la tak brape bestnya. tapi ada juga time2 best dok sorang. cthnya time khusyuk tgk drama bersiri atau time baca novel. takde org kaco. taknak makan taknak tdopun xde org peduli. pastu kepala pening sbb mengadap laptop @ buku lama sgt ;P

Wednesday, February 17, 2010

dup! dap! dup! dap!

i
nervous tiap kali dapat surat.
hari ni dapat invoice dari spital.
ultra sound hari tu aud156.
ini kalau takde oshc dah lama lari balik. tak mampu....
tak tahula yg ni oshc bayar penuh atau tak.
tgkla nnti.
buat gtt hari tu pun blum dpt invoice lagi.
money money money...
upgrade ke family plan ari tu pun lepas bersalin baru bleh claim. lambat lagi laaa....

ii
beberapa minggu lepas nampak iklan promosi aiskrim nestle lifesavers.
teringin nk makan. tak pernah rasapun aiskrim ni tp dlm novel yg saya pernah baca ada sebut lifesavers ni. tp bila gi cari kt kedai xde la plak.
minggu lepas masa gi shopping terjumpa... so belila sekotak since takde jual satu-satu. 8potong je sekotak tu.
akhirnya tercapai le impian nk rasa lifesavers tu. harapnya baby nnti tak meleleh air liur. hehehehee...

Monday, February 15, 2010

birth plan

ini adalah birth plan yg saya kena isi.

Please tick as many choices as you wish and then add further requests in the space provided.

During my labour,

My support will be:
my husband of course (if he can make it la). if my husband can't make it, walaupun my mom ada, rasanya dia taknak. hehee.. walaupun seorang pompuan yg pernah experience melahirkan anak, bukan semua sanggup masuk labour room.

I wish to use:
  • birth ball
  • shower
  • bath
  • dim lights
  • music which my partner and i will provide with our own operated player
yg ni blum pilih lagi.

For pain relief i would like to use:
  • the T.E.N.S. machine
  • Relaxation and breathing techniques, massage, bath, shower and hot packs
  • Pethidine injection
  • Epidural with control by myself (patient control)
  • Nitrous Oxide
amende T.E.N.S. machine ni? nitrous oxide ni mcm gas aje.
yg nipun tak pilih pape. i'm planning to have natural birth. cecece.... ntah2 blum apa2 dh mintak drug. hohoho

During the birth I may like to be in one of these positions:
  • squat
  • kneel on all fours
  • stand
  • lie on my side
  • use the birth stool
inipun blum pilih.

To increase our feeling of involvement in the birth I would like:
  • a mirror to see the birth
  • to touch my baby's head to encourage efficient bearing down
  • my baby placed on my abdomen immediately if all is well
  • my partner to cut the umbilical cord
so far tick #3 dan #4 je.

cadang nk request to breastfeed within the first hour.
nk request apa ye lagi?

pregnancy update

Petikan dari sini:

Your mind may not be anywhere near ready for your baby to arrive but your body is already making preparations. One of the ways it's getting ready is by "practicing" for labor in the form of Braxton Hicks contractions. Luckily, these are generally painless, although somewhat annoying as they can occur frequently (the middle of the night, during an important meeting, while you're trying to focus on
Access Hollywood, etc).

Braxton Hicks contractions feel like a sudden tightening of your uterus. This is just a little preview of what real contractions will feel like. They usually start to become noticeable around the eighth month and can become very strong by the end of your pregnancy.

While you can't get rid of Braxton Hicks contractions, there are some things you can do to make yourself more comfortable, like gentle exercise (such as walking) or taking a warm, relaxing bath.

tak tahula gemuk atau bengkak tp perasan tapak tangan dan tapak kaki makin besar. heh, tak mengaku gemuk.

emosi makin kurang stabil. tak tahula hormon atau stress atau kedua2nya sekali. rasa mcm bleh jadi pelakon air mata.

kaki dan tangan cepat kebas. takleh study lama2 kt meja. bila study kt katil end up tertido...

tak kirapun 10 pergerakan sbbnya rasa mcm dh terlebih2 bergerak. mlm td agaknya baby bergerak2 masa tido sampai termimipi2 nampak tangan baby. hahaha... ntah hape hape.

Sunday, February 14, 2010

webcam

setelah 2bulan lebih kt sini, hari ni baru ber webcam ngan org kt kg.
alkisahnya laptop mymom dh rosak. since diapun dh pencen, takde keperluan nk guna komputer. komputer kt umahpun dh kena angkut ke melaka sbb my bro's laptoppun dh rosak.

semalam my sis gi beli laptop. akhirnya berjayala berwebcam. hohoho rambut fatin makin panjang dan rambut shamimi makin lebat. tp tgh demam dua2 tu.

hu~ sedikit homesick la plak.

Saturday, February 13, 2010

kenapa tak de org bw blk kete dari aussie?

sorang kakak kt sini akan blk ke msia bulan depan.
dia dh beli kete 2tahun lepas.
syarat AP 1 tahun. (btul ke?)
nak tahu kos bw balik kete dia brape? 65 ribu ringgit.
itu blum lagi kos kontena. satu kontena paling murah seribu dolar lebih kalau tak silap.
dia beli kete tu 18ribu (dolar la kot. takkan ringgit plak kn?)

tak tahula kos apa benda mahal sgt tu. patutla xde org bw balik kete dari sini.
jadi, sebelum beli kete utk bw blk, sila la risik2 dulu proses dan kos bw balik.
kang penat2 beli sekali kos bw balik lg tinggi dari harga kete.

Thursday, February 11, 2010

kenapa pregnant mom suka letak tgn kt perut?

i'm supposed to be studying right now tp bleh buat 2 soalan pertama je. tu pun kena google dulu definition2. dh lupa la positive definite dan hubungannya dgn stationary point. so, take five!

berkenaan tajuk di atas, sape yg pernah pregnant sila jawab.

as for me, saya suka rasa bila baby bergerak ;P. who can resist?
kadang tu suka tgk perut bergerak2. mcm benda dlm karung yg bergerak2.
those who don't get it, try amik kucing masukkn dlm karung. tp jgn salahkan saya jika kucing anda mati kelemasan.

tp bila baby hiccups, dengan kita skali penat. rasa mcm kita plak yg hiccup.

single digit

tinggal 9minggu je lagi.
hu~ stretch mark makin banyak. jeles ngan model pregnant mom. licin aje kulit.
perut makin membesar. 2 bulan terakhir ni lagi cepat membesar.
gi spital minggu lepas, berat dh 56.58kg.

beberapa hari lepas dpt reminder bill ujian darah ari tu.
dh hntr borang claim tp oshc lambat byr kot.
bila gi jumpa oshc representative kt uni, dia bgtau oshc byr sebahagian je. ada 50 dolar lg kena byr sendiri. tp bila call lab yg berkenaan, saya diberitahu oshc dh byr semua. adeh. pening. jgn nnti dtg lg reminder dh.

semalam gi hospital lagi. buat gtt lagi. tak tahula pecite kt gtt test yg buat kt curtin hari tu. hospital blum terima result kot. itu suh buat baru. procedure tak sama ngan kt curtin hari tu. kali ni suh puasa dari kul 1030mlm. air kosong bleh minum.
kuar rumah sblum kul 8 lg. sampai sana kul 9. sbbnyer kena naik bas dulu pastu naik train plak. kalau ngan kete stengah jam je. tp kt situ mcm takde parking aje. masa gi 1st time ari tu nampak ada org tgh menyaman.

ok, back to gtt test. kul 9.20 amik darah. pastu minum air glucose. tunggu sejam amik darah blk. ingatkan dh bleh blk. rupanya kena tunggu sejam lg utk amik darah kali ketiga. dh lah dh kebulur time tu. buka nota kononnya nk baca. baru beberapa baris dh ngantuk ;P. sekarang ni cepat ngantuk. naik bas gi n blk dari school pun bleh tertido.

Tuesday, February 9, 2010

aktiviti hari minggu


sabtu lepas gi tgk movie avatar 3D.
harga tiket 20.50 dolar. mahal!!
spek 3D 1 dolar.

spek 3D.
harga tiket mahal sket sbb 3D.
sblum ni tgk cerita it's complicated 14.50 je. harga student.

hari ahad gi swan valley memetik anggur. seronok~

kt swan valley tu ada byk ladang anggur.
tempat yg kami pergi ni kecik aje ladangnya.
tuan punya ladang sgt nice dan peramah.
kami sampai lewat. org lain dh nk blk.
kami diberi sebiji bakul dan gunting.
mkn kt ladang tu free.
bw balik kenala bayar
red grape 5dolar sekilo.
saiz anggur ni lebih kecil dari anggur biasa.
tp sbb seedless, tak kisahla kecik. mkn mcm mkn kacang. ngap ngap ngap. tgk2 dh abes.

dlm satu gugus tu ada yg dh kecut. kononnya taknak rugi berat so buang la yg dh kecut. buang masuk mulutla. membazir plak buang kt tanah sbb benda tu bleh mkn lg, cuma kecut je.
rupa2nya yg kecut tula yg paling manis. yg segar pun manis tp yg dh kecut lg manis dan rasa mcm kismis. kismis memang dibuat dari anggur kn?
yg kelakarnya, manis sgt sampai tercari2 anggur yg masam sket. ;P


Wednesday, February 3, 2010

3d scan

nape tiba2 kuar kt sini tbalik ni?
upload kt fb ok je. try 3kali dh cm ni jugak.

semalam gi spital.
nurse kt situ nk written report ultra sound. since takde, dia suh gi scan. downstairs je.
untung jugak. bleh scan 3d. ^^
org yg scan tu print 7keping. 2d 4 keping, 3d 3keping.
tp upload satu je sbb internet kt umah tinggal seratus MB lbey je. ada spuluh hari lg sblum billing baru. ini upload kt school.

will update selepas 10hari. ;P

Monday, February 1, 2010

i've got mail

blk dr school
.
.
.
wah! surprised! ada bungkusan dari stirling.
takpelah nama salah eja. asalkan alamat betul.


7 helai tu...
thanks k niza!
luv u too :-*
bila la nk tercapai impian nk gi uk nk tgk castle...
budak2 kt sini plan nk gi tour europe nnti.
saya lmbt lg la kot...