Thursday, February 26, 2009

sambutan hangat

bawa breakfast ari ni. roti telur mendapat sambutan hangat daripada penghuni bilik tutor 2 nih. hik hik hik

up date pasal sambung blajar:
since quota dh abes, sama ada tunggu sampai quota ada ataupun wat local tp kena ada attachment ngan u oversea.

mmm... cm ne? rasa mcm nak tunggu je tp penantian tu kan satu penyiksaan....


i'm off to jb tonite. abby hantarkan kt stesen bas nnti. baru je plan nk tgk cite underworld sabtu ni tp ada kul 6.50 je. humpff!!

Monday, February 23, 2009

cultural literacy

mmmph!! dah call kpt. since cultural litaracy ni english course, kpt xkan bayar. so i email international ofis minta pengecualian since master dulu in english. attached jugak confirmation letter dari sps.harap2 xperlu amik kelas tu. kalu free ok gak. ini nak kena bayar sendiri...susah la sket...

Wednesday, February 18, 2009

Catatan Kursus Kenegaraan ke Luar Negara

12/2/2009 (Day 1)
13:30

Mlm td Kinah, Along n K Wani hantar gi stesen bas. Tanya kt kaunter, org kt kaunter ckp bas blum sampai lagi tp sbenarnyer dh sampai. Naik bas sani(yg 2tingkat tu). Dok tingkat bwh. sejuk giler.dh pkai 3 lapis baju pun rasa cm beku.perut lak angin.PMS.rasa loya sampai ke tahap keluarkan beg plastik-takut termuntah.

bila dah sampai hentian putra call abby. sampai kajang dlm kul lima lebey.abby gi amik.kul 6 sampai umah abby.banyak btul kucing. jumpa ngan mak, nenek, kakak,anak sdara n adik abby. lepas mandi, solat, iron baju dan minum, kami bertolak kul 7.30 pagi. Singgah shell bli roti, air,gula2 bekal utk time dengar ceramah. Kul 9.30 sampai kem btn kt ulu sepri. k isma dh tunggu.

Lepas register dan hntr borang peribadi, amik cadar,selimut dan sarung bantal, kami masuk dorm4 dan pilih katil. Time kemas2 katil, pasang cadar, rasa excited la plak. rasa cam kt asrama dengan katil double decker berderet. kt jasin dulu sebilik 4orang je. bukan dorm mcm ni.

kul 1030 minum pagi. kul 11 start taklimat. penghulu, timbalan penghulu, ajk dan pengerusi dilantik secara rambang. i was picked as timbalan penghulunita.(ada jawatan je tp xde keje pun). abby jadi pengerusi ceramah ke4. kul 1 mkn tghr. mkn agak mewah. tiap kali makan ada 2 lauk. tiap kali minum pun ada dua jenis kuih. makanan semua dah siap dihidang dlm tray. cuma perlu bubuh nasi sendiri dan tuang air sendiri. cuma tray,cawan,sudu kena basuh sndiri dan lap sendiri dan meja kena lap sendiri. PM dan menteri yg dtg kursus sini pun agaknyer kena basuh tray sendiri sbb ada gambar PakLah basuh tray...

21:05
Asrama kat sini ada toilet dan kolah je. xde shower. so mandi kat kolah atau dlm toilet je la... so sesape yg nak datang sini dinasihatkan bawa gayung dan juga kain basahan. Ceramah mengenai isu semasa oleh en. roslan latif sangat menarik. buat rasa nak menyumbang kepada negara.beliau sempat berpesan kepada sesape yg xde tempat utk sambung blajar lagi bleh email beliau.beliau bleh tlg carikan.

13/02/2009 (Day 2)
06:40

mlm td rasa cam history crash course or cam subjek tatanegara yg pernah amik masa undergrad dulu. enlightened me of a few things yang mungkin dah lupa dan sblum ni tak tahu. and also remind me of the contract social. menceritakan tentang tanah melayu dari sblum british dtg hingga sekarang. I just knew that Brazil offer malaysia utk bangunkan 100 ribu hektar hutan kt brazil. read the news here

mlm td tdo kul 1230tghmlm dan bangun kul 445pg. aigoo... tak sampai 5jam. kul530 pg tadi sambung lagi ceramah patriotik...ngantuk sesangat...

ada 4 pregnant moms kat sini.ada yang seminggu lagi due. ada yg 2minggu lagi due... pregnant moms tak perlu buat aktiviti sukan@riadah. kalau nak wheelchair pun ada disediakan.

11:50
8-10pg tadi kami ditayangkan filem Hati Malaya. kisah benar negara mencapai kemerdekaan. movie ni tak mendapat sambutan hangat pawagam. Jd kelab under btn beli filem ni kerana mempunyai msg patriotik dan ditayangkan time kursus.Bergenang air mata bila kaum wanita melayu snggup memberi barang kemas bg manampung kos tunku ke london.lepas tayangan filem ada sesi bergambar sblum minum pagi.

14/2/2009 (Day 3)
19:00

dlm kul 7pg td kena lari 2km. patutnyer kena buat kurang dr 18 minit. tp me n abby tlebih 24saat. kira okla tu. time riadhah petang smlm wat physical test. check physical age. me? 35!! urgh~ xleh wat push up. atas tar...tu tak tahan tu...

ari ni start LDK. time ice breaking memang best.time tu baru tahu ada 9orang wat subspecialist.waa~ respectla...
Pastu kami kene wat aksi conduct orchestra sambil pejam mata. Abby dpt persembahan terbaik. mana taknyer...bergoyang2 sambil conduct lagu waheeda. sorang Dr. yg akan buat subspecialist tu mcm dh menari2 dah... we really had fun... memang seronok...

bila masuk LDK, kami kena perkenalkan diri dan diberi soalan: 5 perkara yang penting dlm hidup, 5 peristiwa negara yg dekat dihati, 5 pemimpin yg dikagumi,kenapa melayu dpt hak keistimewaan tp cina dan india tak dapat sedangkan melayu pun pendatang (cth:orang jawa dtg dari jawa), bolehkan orang bukan melayu jadi PM, dan banyak lagi soalan (yang sebenarnya dh ada dlm perlembagaan. sape yg baca perlembagaan persekutuan tu akan tahu jwpnnyer)
i will not told u the answers here. nnti bocor soalan... hohoho...

ptg tu plak kami diberi case study...soalannyer lbey kurang... anda sebagai ketua jabatan (di jabatan kerajaan la ni) diminta buat program integriti dan profesionalisma. ada 3syarikat yang telah di shortlisted. a. syarikat luar negara yang mempnyai kepakaran dlm bidang ini. b. syarikat tempatan yg pro k'jaan tapi kepakaran terhad. c.syarikat tempatan yg penyokong kuat pembangkan yg amat kepakaran dlm bdg ni. syarikat mana yg anda pilih?

utk buat keputusan ni kita xbleh pikir secara idealistic tetapi kena realistic. dan juga think out of the box. sbenarnyer ini kes KLIA. bila faci bagi explaination tu... oh~rupanya aku ni tak cukup patriotik... sedangkan Tun mahathir sanggup operate jantung kt m'sia walaupun kita takde kepakaran masa tu.

waktu riadhah ptg kami wat absailing. ingatkan wat flying fox. aku dh pernah wat flying fox so okla buat benda baru plak. according tu jurulatih...flyingfox dah out of date. absailing lagi mencabar. part lagi mencabar tu yg buat ada yg sampai separuh pastu taknak turun sampai jurulatih ugut nak potong tali...huhuhu... ada gak yg dh dok dlm position pastu xjadi blk. akupun takut jugak. panjat menara tu pun dh takut.tinggi... 40kaki tak silap... 3tingkat? tp mungkin sbb masa in position tu tak pandang bawah so xdela kecut perut@gayat. sampai je kt bawah...jurulatih ckp 99% hohoho...kalau ada peluang lain kali nak wat lagi...
rugi btul tak bw camera...

16/02/2009(Day 4)
1600

LDK hari kedua(15/02) bincang pasal definisi melayu dan kontak sosial. Cara faci menerangkan tentang kontrak sosial dan ketuanan melayu sangat menarik. membuatkan orang yg mendengar walaupun bukan melayu menerima kontrak sosial dan ketuanan melayu ni... dan membuatkan orang melayu tak perlu takut... malah kita yg sepatutnyer jadi orang yg paling setuju...
LDK ni juga membuatkan aku rasa i want to have a copy of perlembagaan persekutuan.

sbelah ptg kami menari pocho2 dan the chicken dance... hehe seronok tgk pak-pak jurulatih menari chicken dance.

mlm terakhir ada persembahan dari setiap kumpulan. kami nyanyi lagi perajurit tanah air.ada juga games. then kami ditayangkan video kekejaman di palestine, ambon,... insaf sket.tgk video tu dgn tgn tutup muka. mata buka sket je...tgk kot cleah2 jari. memang dh lebih dari 18sg nih. polis pun tengok je.. bila orang tu dh berdarah habis...tangan pun dh terkulai dan tempurung kepalapun terjuntai baru orang ramai angkut gi spital (agaknyer la...). sume orang dh teresak2 tgk budak2 kt palestin yg buta mata dan terkorban. tp aku tak nangis la plak.

selesai aktiviti kul 12 tp borak2, kul 1 pg baru tdo...

Hari terakhir (16/02), sbelah pagi ada ujian. Ada 60 soalan objektif. Ada soalan senang dan ada yg susah.dengar cerita betul 12 pun dh lulus tp xtaula btul ke tak. Tak sampai sejam dah siap jawab.

Pastu gi kembara. Sakit urat lari 2kmpun tak hilang lagi...Mencabar juga kembara ni...kami kena tracking secara berkumpulan tanpa jurulatih. ada 3 checkpoint. jurulatih ada kt sana. sepanjang laluan tu memang ada anak panah tp still risau jugak sbb kami semua tak biasa ngan hutan(hutan dara) tu.masa mula2 masuk hutan tu plak laluan hampir ditutup pokok. kalau berjalan tu terpaksa tolak dahan2 pokok ngan tangan.

tp bila dh masuk dlm lagi ok sket cuma curam yg amat sangat sampai ke tahap merangkak naik disesetengah tempat. Jumpa 3 anak sungai. Jernih je air...dan sejuk. sempat juga bergambar. masa nak turun bukit lagi mencabar. terpaksa duduk dan menggelongsor turun sbb curam sgt.but me? i'm cool. orang lain sume kotor seluar dan baju sebab menggelongsor. hehe...blagak la ni...

bila dah sejam berjalan, kakipun dah tak larat...bila nampak bangunan happy dah...ingatkan dah sampai tp lebih 15minit baru sampai... kami tracking dlm sejam stengah jugala...

bila semua kumpulan sampai...majlis penutup. then gi mkn dan packing. parents abby dtg amik...

pening2 lalat.

k yani ym bgtau offer letter dh sampai. surat aku asyik masuk dlm pg hole kak ina je...

ym ngan aidya bincang pasal special condition tu. dia dulupun international office suh amik course tu tp setelah aidya bagi reason2... so dia xperlu amik. kalau kpt nk tanggung course cultural literacy tu, aku amik je... tp kalau kena bayar sendiri, aku akan email international ofis dan attach skali surat dari postgrad utm yg ckp master degree conducted in english. pasal ielts tu plak according to her, sebenarnya kena bagi result ielts yg dh dpt tu dlm tempoh setahun. bukannya kena lulus requirement tu dlm tempoh setahun.

ari ni dapat email yang mengatakan quota slab umt oversea dh abes. so kena tunggu bulan jun utk makluman lanjut... dan ini menyebabkan aku tidak bersemangat utk buat proposal tuh...
dan menyebabkan aku bersemangat untuk shopping hujung minggu ni walaupun gaji tak masuk lagi...

Tuesday, February 17, 2009

dh dpt offer letter...heeeheeee...

pagi tadi sampai stesen bas kul 5. sakinah n along gi amik. sampai umah tu dah tak ngantuk... so tunggu subuh. lepas subuh sambung tido...
check email pagi td rupa2nya email offer letter dh dapat. offer letter yg btul akan sampai by pos nnti. cuma ada benda yg tak brape puas hati sket....



maknanyer aku kena amik dan lulus english requirement tu dlm tempoh setahun la kan? mmm... aidya kena amik jugak ke cultural literacy ni? kpt tak bayarkan ke?

hoho... proposal tak siap lagi tapi offer letter dh dpt...hohoho... next jklb meeting 24hb ni...tak sempatla nak masuk apply utk bulan ni... k niza ckp quota utk oversea sume dh abes...so tak kisah la aku apply jklb lewat sket pun... biasanya bulan 5 ada balik quota tu... so no sweat... aku kan nak gi lewat... hukhukhuk...

Wednesday, February 11, 2009

Jom ramai2 ke pulau redang

jom kita gi ke pulau redang.. gi ramai2 best sket...
plan nak gi bulan 5 time cuti sem. sekolah blum cuti lagi time tu... so xla crowded sangat harap2nyer...

cadangan tarikh: 10 mei 2009 @ 25 mei 2009 (gaji baru masuk best sket gi jln2)
cadang nak amik pekej 3hari 2mlm.
harga 295.00 je sorang kalau gi ramai2... kalau gi dua orang je 335.00 sorang

DAY 1

A.M.

Meet our representative at Merang Jetty
Ride speed boat from Merang Jetty to Redang Island
Check in at Redang Lagoon Chalet
At leisure

P.M.
Lunch
Snorkeling trip
Afternoon tea
At leisure
Dinner

DAY 2

A.M.
Breakfast
Snorkeling trip to Marine Park, Pulau Redang

P.M.
Lunch
Snorkeling trip
Afternoon Tea
Dinner/BBQ

DAY 3

A.M.
Breakfast
Depart to Merang

PACKAGE INCLUDES
Speed boat transfer from Merang Jetty / Redang Island / Merang Jetty
All meals and non alcoholic, hot / cold beverages
One Barbeque
3 Snorkeling trips
Clean wooden accommodation with air-conditioned and attached bathroom

Half price for children below 12 years old.


check out redang lagoon chalet

sape yg nak join bgtau ye...

bercucuk tanam

sabtu lepas wat mkn2 tp lupalak nak amik gambar... thanks everyone for coming...
petang tu kak wani tanam sawi dan kangkung. sawi dh tumbuh dah tp kangkung tak tumbuh2... penat dah siram...

mlm ni naik bas ke kajang. baju dah pack. dah pesan kat hubby n my parents kat sana mungkin xde line hp. dah bagi emergency no.

Monday, February 9, 2009

persiapan btn

td gi bli tiket utk ke btn 12-16hb ni. dan juga bli tiket utk ke jb 27/2-1/3 ni...
malas nak amik cuti lebih time btn tu...
tiket 11hb kul 10 mlm- minta sakinah tlg hntr ke stesen bas. sampai kat klang nnti, abby dtg amik gi umah dia, refresh, solat. pastu kul 6.30 bertolak ke US(ulu sepri)...

gi btn ni kena pakai baju putih kain gelap... pinjam baju kurung kak wani sepasang, pinjam blouse putih kak niza, tp kain hitam kak niza singkat la plak. kalau kain tu longgar blehla turunkan sket tp itupun muat2 je, so dh xbleh nak turunkan lagi kain tu... so gi bli kain hitam kt giant... bila dh bli tu baru tahu.... kak gee rupanya ada kain gelap...mmm...xabes tanya rupanya...

urgh... kenapa malas sangat nak gi btn nih... it's not that bad right?...

mmm...minggu depan nak blk umahlah...

Sunday, February 8, 2009

stressed out

-stress nak wat proposal
-stress nak gi btn
-stress nak isi borang
-stress ngan stress

grrr...

Thursday, February 5, 2009

MIROTIC

"Mirotic" is a newly coined term, created by Hero Jaejoong, that combines the Korean MIRO (미로), meaning "maze", and the English suffix "-tic".


ni pasal album dbsk ke-4, mirotic. dah lama dah kuar cuma baru sibuk2 nak cari...
mmm... ingatkan dh abes demam korea...rupanya blum lagi...hikhikhik




시작은 달콤하게, 평범하게 나에게 끌려
언제나 그랬듯이 먼저 말을 걸어와
모든 가능성, 열어둬 Oh-

사랑은 뭐다? 뭐다! 이미 수식어 Red ocean
난, breakin’ my rules again 알잖아 지루한걸?
조금 다쳐도 넌, 괜찮아 Oh-

넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
헤어날 수 없어 I got you- Under my skin
넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
넌 나의 노예 I got you- Under my skin

네 머릿속을 파고드는 날카로운 눈빛
나 아니고선, 움직이지도 않는 Chrome heart
네가 선택한 길인걸 Oh-

혈관을 타고 흐르는 수억 개의 나의 Crystal
마침내 시작된 변신의 끝은 나
이것도 사랑은 아닐까? Oh-

넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
헤어날 수 없어 I got you- Under my skin
넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
넌 나의 노예 I got you- Under my skin

한 번의 키스와 함께-날이 선듯한-강한 이끌림
두 번의 키스, 뜨겁게 터져버릴 것 같은 네 심장을
Yeah~ 너를 가졌어 You know you got it!
Yeah~ Come on! Come on! I got you- Under my skin

네 꿈 속에 난 널 지배하는 마법사 내 주문에
넌 다시 그려지고 있어 I got you-Under my skin
My devils ride, 더는 숨을 곳이 없잖아 그렇다면
이젠 즐겨보는 게 어떨까 I got you-Under my skin
넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
헤어날 수 없어 I got you- Under my skin

넌 나를 원해 넌 내게 빠져 넌 내게 미쳐
넌 나의 노예 I got you- Under my skin

jom blaja hanguel...

Translation
From the start, you were sweet and simply attracted to me
You'd stay always like that,
you said when you first walked up to me
All the possibilities opened up Oh~

What is love? What! right now it is Red Ocean
I'm breaking my rules again. You know it's getting boring?
You do get hurt a little bit, it's all right Oh~

* You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You can't break out, I got you~ Under my skin
You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You are my slave, I got you~ Under my skin

It nests in your head, the sharp stare
It's not me, my unmoving Chrome heart
This is your choice Oh~

Flowing through your veins running through you
are millions of my Crystal
Finally, the end of the transformation
This must be love? Oh~

* You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You can't break out, I got you~ Under my skin
You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You are my slave, I got you~ Under my skin

With a single kiss~ the day revitalizing~ a powerful pull
The second kiss, it sent a blow to your heart and it feels hot
Yeah~ I have you! You know you got it!
Yeah~ Come on! Come on! I got you- Under my skin

In your dreams i order you under my magic spell
You want to do it again, I got you~Under my skin

My devils ride, you now don't have a place to breathe
Let's have fun now that i have you~ Under my skin

* You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You can't break out, I got you~ Under my skin

You want me, you've fallen for me, you're crazy for me
You are my slave, I got you~ Under my skin


Wednesday, February 4, 2009

The Land of Ekam Eveileb

sape pernah jumpa orang yang ada imaginary friends? imaginary friends ni biasanya dlm cite omputeh je... budak2 melayu xde imaginary friends ke?

sebenarnya dua tiga hari lepas abes baca if u can see me now by cecelia ahern. skang nak baca a place called here plak.

update bout my study: dah dapat email mengenai tajuk research n supervisors. blum start wat proposal lagi sbb supervisor ckp nak email dua tiga hari lagi draft proposal tu...