Berangan konon time cuti sem nak gi jalan2. tapi dari start cuti sampai dh nak start sem baru ada je kerja. lepas satu, satu. hu... akif dah lama ajak naik airplane. cadangnyer nak gi kl hujung bulan ni. tp papa outstation. takpelah, ikut ibu gi lawat student latihan industri bulan depan.
ni 1st time lawat student buat LI. tahun lepas tak sebab dh dekat tarikh due. hehe lecturer dari nervous dari student ni. disebabkan papa tak dapat ikut, ajak tokma and poksu me. tak berani drive jauh sorang2.
cerita pasal akif pulak. satu hari dia cakap kt ibu, "ibu, akif degang". pelik ibu dengar. ape benda. pastu dia sambung lagi "akif nak milk". okaaay... baru faham. nak sebut 'dage' (dahaga) agaknyer...
berat rifqi tak berubah sejak 2 bulan lepas. beza dlm 0.1kg je kot. at 11month berat 6.8kg. dah masuk line kuning. dia kurang menyusu berbanding akif dulu. tapi makan ok je. ibu kena rajin suap. gigi pun tak tumbuh lagi. akif dulu 8 bulan dh tumbuh. tapi setiap budak tak sama. asal sihat je....
tapi selalu je demam batuk selsema. ni telinga berair tak berenti lagi... akif pulak lelah teruk 3 hari lepas. hari ni nampak rifqi selsema balik. mmm...