Wednesday, August 29, 2012

entri bergambar



sekarang dah banyak kedai yang sediakan mesin bayar sendiri. awal2 dulu agak lambat guna mesin ni sebab tak biasa. bila dah biasa tu cepat je. kedai kt sini pun dh lanjutkan opening hour (pasaraya besar mcm coles, iga,... ). kalau dulu tutup 5.30ptg. sekarang sampai 9mlm dan kalau iga 11mlm. jadi nak keluar beli barang mlm2 blehla. kedai kecik tetap tutup awal. start buka masih 8am. kalau kt malaysiakan kul 10pg baru buka. tak tahula kot sekarang dh buka awal. 


posing tunjuk kaki.


prince akif. hehe...


happy birthday kakak fatonah. masih teringat kek yg sedap tu...

return policy

nak pulang barang yang dh beli kt sini senang.
pernah beli bantal dan quilt pastu tengok2 ada yg lagi murah jadi pulang balik yg dh beli tu. of course la belum buka lagi plastik.
pernah juga beli steam mop tp lampu indicator level air tak nyala. jadi gi pulang balik.
hari tu kan beli handblender. masa tgh2 blend bahan2 untuk marinade satay utk raya, tiba2 senyap. agaknyer motor rosak. esoknyer gi kedai tempat beli benda tu. bila hntr balik barang, dia bagi balik duit kt kita. bleh beli benda sama, bleh amik barang lain atau bleh amik balik duit. masa tu amik blender sama. tp macam nyesal plak amik benda sama. handblender ni nak kena pegang. kalau blender biasa tekan suis je tak perlu pegang. cuma yg bestnyer bleh blend terus dlm periuk.
hujung minggu lepas mesin rumput plak rosak. masih dlm waranty tp tak jumpa cari resit. kononnyer beli mesin rumput tu blehla bawa balik malaysia (mesin rumput tolak yg 4 roda tu). ntah mana la letak resit tu...

lagi best, sorang kenalan ni beli iphone. pastu rosak sebab kecuaian sendiri. bila gi kedai, dia bagi handphone baru terus. oh, sangat bagus.

Tuesday, August 28, 2012

2nd extension?

sebelum ni rasa mcm sempat je habis 3 tahun setengah. sekarang ni dengan keadaan terkini, risau takut tak sempat. kalau tinggal writing aje, bleh la buat kt malaysia. ramai je yg balik buat writing kt malaysia. tp kalau kerja pun tak abes lagi, nak tak nak kena stay sini jugak. kalau jenis boleh buat kerja sendiri tanpa banyak supervision dari sv bolehla buat dari malaysia. tp kalau buat mcm tu lagi lambat la abes. second extension kpt bayar yuran aje. elaun dh takde. makanya kena guna duit sendiri. jadi papa dgn akif balik dulu, tinggal ibu kt sini.

harapnyer tak perlulah second extension. beberapa hari lepas masa tgh tgk cerita korea, papa akif tegur kalau buat phd concentrate mcm ni mesti cepat siap. hehe kalau fokus mcm tu buat phd dari pagi sampai petang jawabnyer sket lagi ibu tak kenal papa dan akif. phd ni bukan macam pecut 200meter. jauh perjalanannyer ni. ada masa kena pecut ada masa tak.

tahun lepas saya ada participate dlm survey sorang student phd ni pasal ibu yg belajar. semalam dpt email pasal findings sebab saya dh bgtau nak tahu findings. daripada hasil survey tu, ada tiga kategori pengalaman ibu yg belajar.
1. belajar ni satu perjuangan, menambah tekanan hidup, buat rasa bersalah terhadap keluarga sebab tak dapat luangkan masa bersama.

2. belajar memberi manfaat kepada individu. belajar ni adalah untuk diri saya, memberi kepuasan kepada saya. masa, sokongan dan anak yg dah besar memainkan peranan dlm kategori ni.

3. belajar ni memberi kebaikan kepada anak. bila ibu kembali ke sekolah (belajar), boleh tunjuk pada anak-anak untuk mengejar cita2 masing2. bagi ibu dlm kategori ni,  mereka rasa belajar bukan setakat untuk diri sendiri.

macam tu lah lebih kurang. me? of course la kategori #1. rasa guilty sebab papa akif terpaksa hold his career. guilty sebab akif tak ramai kawan kt sini. bila ada gathering je akif bleh jumpa kawan. sekarang ni dengan kemungkinan terpaksa stay sini untuk second extension. ah stress!

Monday, August 27, 2012

perkataan paling best

akif kan ada perkataan yg paling selalu disebut.
'ok ow' 'oopsy' 'oh no'
dah terbaru, paling best setakat ni. 'ok aloh'. nak tergelak tiap kali dia sebut.

budak akif ni kan tengah ganas. ibu selalu aje kena. bila terkena, ibu cakap kt dia 'sakit' pastu suh dia tiup. sekali tu tak ingat apa dia buat, baling toys kot terkena kepala. saya menjeritla sakit. pastu dia tiup sampai bersembur air liur abes muka ibu.  pernah sekali tangan dia sakit, dia sebut 'sikit'. agaknyer confuse sakit dengan sikit.

kadang dia sebut 'ibu' bunyi betul tp kadang tu 'ebu' (e tu mcm sebut ekor).

semalam pegi beraya. kemain dia galak bila jumpa kawan. balik tu ingat nak singgah park. bila dh sampai, dia baru tertidor, seharian tak tidur. makanya cancel singgah park.

dua tiga hari ni dia suka tengok gambar baby (dia masa kecik). adalah dua keping gambar yg letak dlm frame. dia suka la pegang sambil sebut baby baby. sudahnyer gambar tu dh keronyok.

takde jalan mudah

hari tu kan berat dh turun bawah 50kg.
agaknyer happy sebab dh bawah 50kg, maka makan dengan bestnyer. time raya lagilah.
bila timbang, dh 51-52. adeh. memang takde jalan pintas. maka exercisela jugak. buat sit up je. 10 kali. esoknya, sakit macam apa perut (overused mucles). gosh, nampak gayanya sangat unfit sebab buat sit up 10 kali pun sakit macam apa dah. tp semalam buat jugak. agak hairan sebab rasa sakit lebih dari biasa. terfikir entah2 sebab parut ceaser. bila google, lepas ceaser patutnya after 3 months dh bleh buat sit up. agaknyer parut tu yg buat lagi sakit. just my speculation.

Thursday, August 23, 2012

posing

- beberapa hari sebelum raya, akif terpijak toys dia. ntah macam mana sampai boleh berdarah.
jadi saya snap gambar kaki luka tu. the next time bila nak amik gambar dia, dia angkat kaki. padahal ibu nak snap muka dia. ^^

- masa kt luar rumah, saya nak amik gambar akif. supaya camera sama paras dengan ketinggian dia, saya duduk. bila dia nampak saya duduk, dia pun duduk jugak. bila dia duduk, saya baring sket. tp diapun turut baring jugak. akhirnya snap gambar akif hampir terbaring. hahaha...



Tuesday, August 21, 2012

aidilfitri 2012

 raya pertama

raya kedua.
 org lain dh masuk ofis tp saya masih nak beraya lagi...



Friday, August 17, 2012

selamat bercuti

adoi... pening baru lepas jumpa sv. 3-4 kali sv ulang benda sama baru nak faham. dahlah tgh mood nak raya ni...

buat nota sikit apabenda nak kena buat supaya tak lupa. then kita pegi beli barang utk perap satay...
ada beli kuah satay dan satay marinade cap ayam. tp gosh! sangat tak sedap. baik buat sendiri.

lately my patience is wearing thin. asyik menyinga aje. tak tahula atau memang akif makin kuat sepahkan dapur. semalam dia makan biskut yg tak masak lagi. bagi yg dh masak taknak. agaknya dia ingat benda tu coklat sebab kaler koko dan bulat2.

kt sinikan takde kad raya jd hantar poskad je la utk family. tp asyik lupa aje nak pos. harapnyer hari ni sempat pos.

selamat berhari raya semua. maaf zahir batin...

Thursday, August 16, 2012

biskut raya

semalam buat biskut raya. buat dua jenis je. biskut yg sama tahun lepas. hehe...
kalau rajin ingat nak buat semprit. papa akif ckp biskut cornflake pun senang jugak nak buat.
raya nnti nak buat satay dan nasi impit.

berat dh macam statik je. mana taknyer... walaupun makan nasi sikit, banyak mkn benda lain. papa rajin sangat buat kuih. hohoho...
semalam berbuka dengan maggie sebelum makan ayam kurma yg papa masak. akif nak jugak tapi panas, jd dia pegang je garfu sambil kacau je. jadi ibu ngap ngap ngap. bila dh tinggal sikit dia bising 'no no no' bila ibu nak kaut dgn garfu. tp ibu makan jugak sampai habis. hahaha...

semalam masa basuh berak akif, adalah satu binatang terbang, tak pasti apa benda tp lagi kecik dari nyamut.  akif punya nangis macam apa. haish..

Wednesday, August 15, 2012

bila mat saleh celup cakap melayu

english kan bila ada 't' atau 'k' kt belakang perkataan, bunyi 't' atau 'k' t jelas kan. cth: think.
jadi bila anak2 ni cakap melayu, takut jadi takutt. ada juga kes rama-rama jadi rama-ramas.  ;P


papa akif makin rajin. beberapa hari lepas buat kuih sagu. semalam kuih ketayap. hari ni dia masak ayam kurma.


Tuesday, August 14, 2012

nami nami

susah betul budak payah makan ni...
kadang tu dia macam nak makan, bawa makanan (nasi biasanya) ke mulut. pastu letak balik. amik bau dulu agaknya. kadang tu dia tiga kali macam tu baru masuk mulut. kalau dia rsa ok, baru laju makan. kadang tu langsung tak masuk mulut, amik bau je. kalau org nak suap lagilah taknak.

semalam goreng ayam. ayam yg dh masak letak atas meja. sambil tu basuh pinggan. tengok2 dia tgh ratah ayam. hahaha... bila bagi nasi, tolak ke tepi. kalau dh makan ayam tu mana nak nasi. akif tak reti makan nasi dan lauk. dia makan satu2.

nam nam = yum yum
nami nami = yummy yummy
asey = tok sey/ tak nak

Thursday, August 9, 2012

tax

tax pendapatan kt sini sngatlah tinggi berbanding kt malaysia.  kat kalau malaysia bayar kemudian [edit: kt malaysiapun tolak dari gaji jugak], kt sini pulak  tax ditolak awal2 dari gaji. kiranya yg masuk ke akaun tu selepas tolak tax. bila dh cukup setahun, masa isi borang tax tulah, kita bleh claim. saya tak pasti percentage tax dia kira macam mana. tp pernah dengar sampai 45%. ini mungkin bagi gaji yang berpuluh ribu. kalau taraf cleaner , tax setahun lebih kurang 4-5 ribu dollar. kalau claim balikpun paling banyak bleh dapat tak sampai seribu dollar. tax lecturer biasa kt malaysia ada sampai 5 ribu ringgit? banyak kan? sebab itu kat sini orang upah agent untuk isi borang tax. kalau silap isi, tak pasal2 langsung tak dapat balik.

semalam papa akif buat tart telur. wah~ makin rajin papa akif buat kuih ye...

sekian entry nak hilangkan mengantuk.

Wednesday, August 8, 2012

jumong and kingdom of the winds

daripada 7 results yg nak kena generalized, baru satu berjaya tp blum tunjuk kt sv lagi. lagi 2 dh 80%.  yg lain2, proof utk tensor pun tak faham apatah lagi nak generalized. masa untuk mengadap sv.

dulu pernah tengok cerita legend (actor bae yong jun, winter sonata). sangat suka cerita tu. jadi cari2 cerita yg lebih kurang sama. jumpa jumong (kdrama). historical drama. drama ni dh lama, 2006 kot. sangat best... tp panjang. 81 episod. mula tu malas nak start tengok sebab panjang sangat tp bila review bagus, tengokla jugak. disebabkan panjang sangat, tempat2 agak2 bosan tu skip aje. abes jumong sambung kingdom of the winds plak (same actor). now i'm a fan of song il guk.hehehee...

lepas tengok legend dulu, beria download winter sonata kononnyer nak tengok balik tp bila dh siap download, tengok episode akhir je. sekarang takde masa nak ulang tonton. novelpun sama.

drama yg tunggu2 lepas ni ialah Arang and the Magistrate. lee jun ki (my girl, iljimae) dan shin mina (my girlfriend is a gumiho). 

tahun ni tak bersemangat nak buat biskut raya, tak bersemangat nak buat tapai beras. dengar lagu raya pun tak. iklan raya pun tak tengok. baju raya yg ma kirim pun dah rasmi masa member kawen ari tu. weekend ni hubby ajak gi cari baju raya. upah orang ikut kena ada. heheee... hubby yg beria nak buat kuih raya. minggu lepas dia buat lompat tikam. yg nak makan 2 org aje. sabtu ni ada majlis khatam quran dan berbuka anjuran persatuan postgrad tp mcm malas nak pergi sebab dari asar sampai ke mlm. pikir nak kena kejar akif tu yg tak larat tu.... org buat photoshoot utk salam perantauan pun tak join. malasla puasa2 ni gi park.

Tuesday, August 7, 2012

sowee

sowee = sorry

akif dh tak sebut 'ok ow oopsy'. terbaru 'ok ow sowee'


phone ibu =  toy akif.
nak tido kena pegang handphone ibu. bangun tido cari handphone ibu. ibu call sesape pun tak aman. dia sibuk nak bercakap jugak. kalau call tokma, tak sempat nak bercerita, akif nak bercakap. kalau paham takpelah.

semalam papa pasang upin ipin. maka akif dh dapat bahasa baru.

Monday, August 6, 2012

below 50


separuh dari target dh tercapai. berat dh turun bawah 50kg. hehe... ini timbang time perut kosong dan selepas keluar toilet. kalau timbang lepas makan tak tahula brape....

peringatan kepada kawan2 seangkatan, bila buat paper tu jangan lupa letak nama umt ye, kalau tak umt tak kira paper tu...

UPDATE:  rasanya macam ni... (kalau tak betul bagitau ye...).

Friday, August 3, 2012

guidelines utk extension

ni saya amik dari pekeliling kt portal mohe utk rujukan sape2 nak mintak extension.

haish- biasanya lepas jumpa sv bersemangat. ni down plak. hormon kot.

nampak gayanya bertambah banyak benda nak kena buat. nak kena generalize 4-5 result dari tensor kepada polynomial. silap haribulan bertambah lagi. uwaa... nak nanges dah ni... ingatkan tinggal sket je lagi untuk chapter ni. dah lah semalam berejam nak cari error. errornya satu aje. berpinar mata tengok screen.

balik umah, ruang tamu mcm tongkang pecah. kemain akif sepahkan rumah. kalau setakat toys tu takpe lagi. ini dengan biskut hancur berterabur... bila tengok rumah sepah makin stress. lepas isyak kemas rumah, masuk dlm selimut, mengadap jumong (kdrama).

semalam jugak, masa berbuka, bawa handphone ke dapur. belum pun abes makan sepotong kek nature call. tinggal handphone atas meja makan. lepas keluar toilet terus gi amik wuduk. masa amik wuduk tu dh dengar keletung keleting akif kt dapur. bila gi jenguk, handphone ibu dh basah. akif celup dlm air. bila check, hidup lagi. cepat2 off, buka backplate dan bateri. lap2. sampai sekarang masih blum pasang lagi. seb baik temperature ibu tahap rendah masa tu. handphone tu tak abes contract lagi akif wei.... agaknya akif nak papa belikan s3 utk ibu.

Thursday, August 2, 2012

tekiu no wees

dulu pernah cerita akif kalau dia terima barang dari org pun dia sebut tekiu (thank you) dan kalau bagi barang kt org pun dia sebut tekiu.
kalau kita biasanya akan balas 'your welcome'. org oz biasanya akan sebut 'no worries'.
jadi akif lepas di ajar sebut 'no worries' bila org ckp thank you, dia akan sebut 'tekiu no wees' tiap kali bagi barang kt org dan terima barang dari org.

Baru lepas siapkan plan of study utk apply extension. takdelah susah sangat. edit dari progress report sblum ni je. annual progress report curtin pun dh siap. nak kena buat surat justifikasi plak. nak bagi alasan apa ye? 1. surat tawaran dari curtin uni menyatakan tempoh pengajian adalah 4 tahun. (hehe... curtin takkan lepas senang2 tiga tahun sebab yuran student international tinggi dan bagi tiap student uni dpt duit dari kerajaan. ini dengar daripada org. tak tahula btul tak. )
2. ??