sebelum ni rasa mcm sempat je habis 3 tahun setengah. sekarang ni dengan keadaan terkini, risau takut tak sempat. kalau tinggal writing aje, bleh la buat kt malaysia. ramai je yg balik buat writing kt malaysia. tp kalau kerja pun tak abes lagi, nak tak nak kena stay sini jugak. kalau jenis boleh buat kerja sendiri tanpa banyak supervision dari sv bolehla buat dari malaysia. tp kalau buat mcm tu lagi lambat la abes. second extension kpt bayar yuran aje. elaun dh takde. makanya kena guna duit sendiri. jadi papa dgn akif balik dulu, tinggal ibu kt sini.
harapnyer tak perlulah second extension. beberapa hari lepas masa tgh tgk cerita korea, papa akif tegur kalau buat phd concentrate mcm ni mesti cepat siap. hehe kalau fokus mcm tu buat phd dari pagi sampai petang jawabnyer sket lagi ibu tak kenal papa dan akif. phd ni bukan macam pecut 200meter. jauh perjalanannyer ni. ada masa kena pecut ada masa tak.
tahun lepas saya ada participate dlm survey sorang student phd ni pasal ibu yg belajar. semalam dpt email pasal findings sebab saya dh bgtau nak tahu findings. daripada hasil survey tu, ada tiga kategori pengalaman ibu yg belajar.
1. belajar ni satu perjuangan, menambah tekanan hidup, buat rasa bersalah terhadap keluarga sebab tak dapat luangkan masa bersama.
2. belajar memberi manfaat kepada individu. belajar ni adalah untuk diri saya, memberi kepuasan kepada saya. masa, sokongan dan anak yg dah besar memainkan peranan dlm kategori ni.
3. belajar ni memberi kebaikan kepada anak. bila ibu kembali ke sekolah (belajar), boleh tunjuk pada anak-anak untuk mengejar cita2 masing2. bagi ibu dlm kategori ni, mereka rasa belajar bukan setakat untuk diri sendiri.
macam tu lah lebih kurang. me? of course la kategori #1. rasa guilty sebab papa akif terpaksa hold his career. guilty sebab akif tak ramai kawan kt sini. bila ada gathering je akif bleh jumpa kawan. sekarang ni dengan kemungkinan terpaksa stay sini untuk second extension. ah stress!
saya pun masuk dalam kategori pertama :)
ReplyDeleteSelalu bersalah bila tgk muka suami dan anak2 bila balik lambat :(
Baik siapkan dulu sebelum balik, sbb bila balik dah terikat dgn tugasan jabatan.. risau tak dapat curi masa nak siapkan..
Katakan betul2 perlukan 2nd ext, boleh buat rayuan dgn KPT utk minta biasiswa. Biasanya KPT akan beri elaun utk 3 bulan. Ramai kwn kat sini dpt bila buat rayuan
ha ah, ada jugak member2 yg dpt elaun utk 3 bulan 2nd ext tu...
ReplyDelete