Monday, August 27, 2012

perkataan paling best

akif kan ada perkataan yg paling selalu disebut.
'ok ow' 'oopsy' 'oh no'
dah terbaru, paling best setakat ni. 'ok aloh'. nak tergelak tiap kali dia sebut.

budak akif ni kan tengah ganas. ibu selalu aje kena. bila terkena, ibu cakap kt dia 'sakit' pastu suh dia tiup. sekali tu tak ingat apa dia buat, baling toys kot terkena kepala. saya menjeritla sakit. pastu dia tiup sampai bersembur air liur abes muka ibu.  pernah sekali tangan dia sakit, dia sebut 'sikit'. agaknyer confuse sakit dengan sikit.

kadang dia sebut 'ibu' bunyi betul tp kadang tu 'ebu' (e tu mcm sebut ekor).

semalam pegi beraya. kemain dia galak bila jumpa kawan. balik tu ingat nak singgah park. bila dh sampai, dia baru tertidor, seharian tak tidur. makanya cancel singgah park.

dua tiga hari ni dia suka tengok gambar baby (dia masa kecik). adalah dua keping gambar yg letak dlm frame. dia suka la pegang sambil sebut baby baby. sudahnyer gambar tu dh keronyok.

No comments:

Post a Comment