Thursday, January 28, 2010
rezeki
penat sbenarnya ni. nk tdo tp perut penuh sgt, xleh tdo lg.
I
sorang akak kt sini dh habis master dan akan blk ahad ni.
beberapa barang dia disedekahkan kepada saya ^^ rezeki. alhamdulillah.
sofa bed, microwave, tv, pinggan mangkuk dan beberapa benda lain.
kt umah sewa nnti dh ada microwave tp dh org nk bg so amik jela.
bila pindah dari rumah tu nnti dh tak perlu beli microwave ;P
jd tadi ada org hntr brg2 tu. saya tukang tgk ajela...
(mmm... nape mcm pernah tulis pasal ni? dh pernah cerita kt blog ke?)
II
k wani kegembiraan pg td sbb elaun kpt dh masuk.
saya biasa ajela sbb elaun yg saya terima sblum dtg ari tu hingga february.
mungkin hujung february baru masuk utk mac dan april.
bila check account, eh, nape mcm byk je.
o0o rupanya kpt dh masukn elaun mac dan april agaknya. dan juga elaun buku.
agaknyalah sbb semak kt website blum update lg elaun apa yg dh dibayar.
hohoho... dpt elaun buku 800 tu takdela rasa sesak sgt sementara nk tunggu elaun family.
elaun family dijangka lambat. k nizapun blum dpt2 lg. tak tahula kenapa lambat sgt nk dpt.
jadi saya dh project bajet hingga bulan 7. kalau bulan 7 pun tak dpt elaun family lg tak tahula nk ckp apa kn. ini bajet aje. kt tgh jln tak tahu apa akan jd. mcm oshc tu. ingatkan bleh byr sket2 dulu. skali kena byr penuh. claim tak tahu bila dptnya.
III
hari ni dapat call dari agent rumah.
rupanya sign kontrak sewa rumah semalam. ingatkan 27/2. rupanya 27/1. padahal dh confirm blk ngan dia ari tu. mungkin dia tgh pening2 masa tu. so reschedule blk 8/2 ni.
since transaction limit kt sini seribu je sehari, down payment rumah kena buat dua hari. hari ni dh transfer sebahagian, esok transfer lagi.
percubaan ketiga membuat kek coklat
percubaan pertama.
agak memberangsangkan. tak sangka menjadi.
sedap le jugak walau sedikit pahit. mungkin terlebih soda bikarbonat atau baking powder.
dikira berjaya sbb ada permintaan utk buat lagi. hehe...
percubaan kedua tak amik gambar sebab kek bantut. hohoho.... mungkin kurang soda bikarbonat atau baking powder. walaupun bantut tapi tetap sedap.
percubaan ketiga.
ada improvement dari segi rasa dan presentation. hohoho...
makin mendapat sambutan.
dh ramai mintak resepi nih.
resepi toppig yg saya buat sangat senang.
resepi asal di sini
tp whipping cream yg saya beli tu tak tulis gram tp tulis ml.
jadi saya guna 100ml whipping cream.
coklat plak saya guna dark cooking coklat cadbury 200gram. senang sbb cadbury kt sini dh tulis halal.
cara membuat sama mcm resepi asal.
panaskan whipping cream. tak perlu double boiling.
bila dh panas tu masukkn cooking coklat yg dh dipatah2kn.
kacau dlm 5minit.
sapu masa tgh panas sbb bila dh sejuk dia jd pekat.
baju baby
pening sbb saiz. kt sini tak tulis bulan tp saiz 00000,0000,000,00,0. adeh, bila blk rumah, google, baru tahu
00000 tu premmie (mende ni), 0000 newborn, 000 0-3months, 00 3-6months, 0 6-12months.
ni saiz 0000. newborn.
ni saiz 000. 0-3months. tp mcm besar je.
hehe... kononnya nk beli baju harga 7dolar je. tp bila tgk baju budak ni comel la plak. kalau ikut hati byk lg baju2 comel nk bli. hehe...
ha! amik ko. satu kotak baby wipes. hehe... tgh murah. 10 dolar je.
Wednesday, January 27, 2010
bad news
pertama pasal gaji. by this time rasanya semua org dh tahu. tp kalau mengikut surat kpt tu, kementerian telahpun mengemukakan rayuan kpd jpa. tak tahula berita selanjutnya macam mana.
tak bestla kan. sblum ni diberi janji manis. tup2 lain plak. dh ada dh org wat lawak nk migrate. not me ok ;P best cmne dok oversea, tetap nk blk msia.
kedua pasal satu universiti local ni yg desperate sangat nk dpt research university, offer kursus yg blum diiktiraf dan skarang kpt dh marah2 sape yg nk bg pengiktirafan. inipun tak tahula pecite. tunggu je la berita selanjutnya.
UPDATE: DENGAR CERITA TERBARU, KURSUS TU XDE MASALAH. HABIS TU CMNE BLEH TIMBUL CERITA SEBALIKNYA. KALAU BTUL XDE PROBLEM, BAGUSLAH.
bad news aje. bila nk dtg goodnews nih.
Tuesday, January 26, 2010
australian day
yg tak best supermarket kt sini pantang cuti umum sket tutup. hari ahad tutup. weekdays biasanya kul 5 dh tutup. bosan!
skarang dh masuk 3rd trimester. persiapan baby? baru beli stokin. hohoho. esok nk gi bli baju. adeh, nk beli bajupun pening. cadang nk beli saiz 3bulan ke atas terus. saya dinasihatkan beli beberapa helai shj saiz 3bulan. selebihnya beli 6bulan. tp tak tahula kot bila tgk baju baby yg comel terbeli lebih plak ;P. nk import dari m'sia lg ;P. cuba bygkan kalau kt sini 10dolar baju biasa2 aje. kalau convert ke rm dh 30ringgit. kalau beli time sale kt m'sia dh bleh beli yg berjenama sket.
minggu lepas dapat surat dari king edward memorial hospital. surat appointment. minggu depan hari selasa. petang. siap tulis dh kt situ 'whilst every effort will be made to accommodate requests for female caregivers, we cannot guarantee the availability of a female doctor. Patients will be seen according to medical need. Your safety is our prime concern.'
ye... paham.
mmm... blum google lg nk naik bas mana gi sana.
minggu lepas, kt pasaraya, tunggu k wani masuk dlm kedai, lalu sorang pompuan ni ngan anak dia. kecik sgt lg. tak sampaipun sebulan rasanya. terlopong tgk. laju aje pompuan tu jln. tak lama lepas tu jumpa sorang lagi pompuan lain juga dgn anak yg masih kecik. ckp kt k wani, baru brape bulan dh bw jln anak dia. k wani: bukan brape bulan tp brape hari. ;P
satu lg perkara yg menarik; org tua kt sini juga sgt independent. selalu je jumpa nenek2 naik bas gi shopping sorang2. ini memang taraf nenek. bukan taraf makcik. ntah2 dh ada cicit. siap bertongkat lg.
Saturday, January 23, 2010
tahniah!
tak lama lagi akan jadi ibu.
siapakah dia?
biarlah tuan punya diri yg umumkan.
hehe...
hint: brape org je kawan2 umt yg dh kawen? cuba teka sape.
dh dpt umah sewa
lagi satu perkara menarik, org kat sini, strategi nk dpt umah sewa adalah dengan menaikkn sewa rumah. hehee... tp saya plak mintak kurang tp minta long lease. kt sini biasanya kontrak sewa rumah paling lamapun 6bulan. lepas 6bulan tuan rumah akan review balik. kalau tuan rumah taknak kita menyewa lg terpaksa la cari umah lain. tp biasanya sewa akan naik.
alkisahnya rumah tu 320 seminggu. furnished. siap ngan peti, mesin basuh, dapur, oven, microwave, meja mkn, katil, meja , kerusi. rumah kt sini bukan semua furnished. kebanyakannya tak. saya apply 300 seminggu utk 12bulan. petang td agent call. ingatkan nk bgtau tak dpt. rupanya dia nk bercakap ngan org yg saya duduk skarang sbb dlm borang saya tulis temporarily living with a friend. jd bg dia ckp ngan k sofia. dia tanya satu soalan je. how is she keeping the house. apa lagi, k sofia ckp le very well. ;P
tak lama lepas tu agent call blk, bgtau tuan rumah setuju tp harga 310 seminggu tp utk 6bulan. saya tak bg keputusan terus. k sofia suh negotiate lg. sebenarnya 6bulan lg bagus. manala tahu lepas ni jumpa rumah lebih baik ;P yg penting harga tu nak dikurangkan. hohoho. so call agent tu blk. minta dia talk to the owner again utk 12bulan dengan harga 300. tak sangka plak owner stuju ngan harga 300 tp still 6bulan kontrak dulu. lepas tu sambung blk dgn harga 320. hohoho. untung ada mentor yg pernah mengajar subjek tawar menawar nih. ;P
akan masuk rumah tu 2nd march. sain kontrak 27 februari. adeh, lepas ni kenala berjimat cermat....
Friday, January 22, 2010
Gtt challenge
pada hari rabu lepas rasanya nurse bgtau kena puasa dari midnight sbb nk buat test ni. Jadi tak mkn pape la .
bila gi hari khamis, semalam, nurse lain ckp nonfasting mode. Kena makan minum cm biasa. Siap tunjuk manual lg yg ckp utk pregnant, perkataan nonfasting telah di bold.
Bila nk amik darah, tgk vein, nurse tu ckp ni kurang air ni. Nnti susah nk amik darah. O0o baru tahu. susah nk amik darah sbb kurang air ke…. Memangpun. Bila nurse tu cucuk jarum, darah tak nak kuar. tarik2 picagari tu pun tak nak kuar. tak mcm hari tu. cucuk je terus kuar. So nurse tu suh minum air kosong dulu. Lepas 10minit, dia masih tak puas hati lagi tgk keadaan vein saya yg tak cukup timbul. So dia bagi botol air glukos dan suruh gi mkn. Jadi dia tak amik darah sblum minum air glukos. Dlm manual dia pun tak ckp kena amik darah sblum. Selepas je.
Kebetulan memang bawa biskut. So go ofis dulu. Bila nk minum air tu tgk2 dh expired. Call health service. Dia suh gi blk sana amik yg lain. But since taknak ulang-alik, siapkan keje kt ofis, baru gi health service semula. Mungkin juga sebab penat berjalan dari ofis ke health service, minum air glukos tu dgn bestnyer. Seriously, it’s not that bad. Manis macam minum the tarik kt kedai. takdela rasa nk termuntah. Dan bergas. Dlm ingredient ada tulis karbonat.mmm... bukan pregnant tak bagus ke minum carbonate drink? skali skala xpe... ;P Ada juga flavor. Sungguh considerate kementerian kesihatan aussie buat air glukos yg tak buat org rasa nk muntah ;P.
Sambil tunggu cukup masa (kena tunggu sejam lepas minum baru bleh amik darah), baca pamphlet pasal cervical cancer vaccination. Wah~ bagus btul kjaan aussie bagi vaccine percuma kepada perempuan berumur 18-26 tahun. Masa kursus kawen dulu doctor yg bg ceramah pernah bgtau harga vaccine tu rm900. Kalau kjaan msia wat cmtu jugakn bagus. Hehee…
Sad news- permohonan sewa apartment kt gilbertson road tak berjaya. Takpela. Takdela naik turun tangga sbb apartment tu tingkat 2. Ptg td gi submit application lain plak.
Good news- rupanya broadband three dh dua hari lepas sampai. Tadi baru check mail box ada slip suh gi amik kt post ofis. Hohoho. Suka~
Wednesday, January 20, 2010
pening ngan oshc
gi klinik wat check up. sume ok. bgtau dr skang ni kalau duduk lama sket, nak bgn berjalan sakit kt paha. tp bila jln 2,3minit, hilang. dr bgtau itu normal. sbb nerve apa ntah. takpelah kalau normal.
esok buat gtt challenge. hehe... kt klinik tu panggil gtt challenge. alaa... mogtt test yg saya ngelat hari tu. kali ni takleh ngelat.
pagi td lupa bawa smart rider card, kad bas. kalau guna kad tu dpt murah. gi uni dlm satu dolar brape sen je. td masa pegi kena $2.40. lebih dua kali ganda tu. pastu masa balik lagi hampeh. $3.40. eh, tak sama ke harga? dh lah duit kecik tak cukup. ada $2.75 je. manalah tahu harga tak samakn. penat tanya org kt stesen bas tu tak de tukar jugak. akhirnya driver tu amik je $2.75.
pastu gi jumpa oshc representative. semalam ckp bleh kala nk upgrade utk 12 bulan. hari ni ckp ngan org lain kena upgrade 3 tahun terus. smalam ckp kalau upgrade 3 tahun kena byr seribu stengah. hari ni ckp seribu dua puluh lima dolar plak. pening! huk!huk! liatnya nk dahulukan duit sendiri dulu. lambat lg bleh claim nih.
UPDATE:
dapat call dari oshc representative. dia bgtau kena update 3 tahun terus (32 bulan je sbb start update dari April 2010) sbb saya sponsored student. hu~ $1026 tu. plan nk beli kete kena postpone dulu.
Tuesday, January 19, 2010
panas! panas! panas!
semalam gi hntar borang permohonan sewa rumah utk apartment kt gilbertson road. thanks izzati sbb tolong scan n email financial affidavit.
khamis ni bleh tahu dpt ke tak.
pg tadi gi jumpa sv. kejap je jumpa sbb takde mende lagi... dia bg 3 jurnal utk dibaca. hohohoho... dia siap pesan no rush. hehe... lagila aku rileks ;P
jumpa ngan beberapa postgrad student dari indonesia yg dok dlm blk yg sama ngan saya. hehe... k dijah tension sbb takde org melayu. saya plak ramai sgt org malayu+indonesia. bila nak blajar slang aussie nih. sv pun bukan mat saleh ;P
hu~ stretch mark mcm makin byk je. penat sapu bio oil tp ada jugak. kesimpulannya bergantung pada jenis kulit. tak sapu papepun kalau kulit ok, takde stretch mark. ma n kak xde pun. hu~
tak sabar2 tunggu broadband 3 . nak sambung tgk citer you are beautifull. baru tgk smpai ep 11. pastu nk dl matlab.
Sunday, January 17, 2010
weather
41C bleh dia ckp 28C.
kalau28C takdela aku kepanasan mengalahkan cacing kepanasan!
cepatlah summer berlalu....
jeles ngan org sbelah utara yg bermain ngan salji.
dahlah kt perth takde salji. tp manala tahu kan tiba2 tahun ni turun salji. ahaks!
tp tgh panas terik cmni, time tghari plak tu ada org jogging. tak paham.
Saturday, January 16, 2010
broadband three
kontrak 24bulan. device free. takde byrn pendaftaran. byr bulanan terus.
harga biasa 39dolar permonth. skarang ada promosi half price (19.50 dolar je sebulan) utk 6bulan pertama.
6GB permonth. kalau guna lebih 6GB, caj agak mahal. jd kena agak2la. meter penggunaan bleh check online.
kalau nak banding ngan maxis(since dulu pakai maxis) pun mcm lg murah je ;P
kt m'sia dulupun jarang sampai 6GB sebulan. rasanyala... ;P
masa beli optus broadband prepaid bulan lepas tak jumpa lagi broadband three.
masa tu masih baru. masih pening2. jadi tak cukup survey. masa jumpa broadband optus tu rasa dh cukup murah. rupanya ada lg murah... prepaid broadband three pun lg murah.
so tunggu broadband baru tu smpai baru sambung upload gmbar gi margaret river.
tata~
Friday, January 15, 2010
sv n house viewing
sv bg jadual kelas. sit in only. itupun start 22 february nnti. dua kali seminggu.
pastu bagi tajuk buku. later, check online buku tu dh dipinjam. so book buku tu. tak tahula bila akan dipulangkan. patutnya dlm tempoh 2minggu lepas di book.
pastu sv bagi nota matlab. kena refresh balik matlab. dhlah matlab aku tak seberapa. huhu~
pastu sv ada ckp pasal parental leave, cuti bersalin nnti. tp nk kena tanya org berpengalaman dulu pasal benda ni. sbb berkaitan ngan scholarship. uni bleh je bg cuti sampai 6bulan tp kalau kpt tak bg elaun takde guna amik lama2.
sv takdela plak ckp suh wat keje kt school. so assume dia tak kisahla wat keje kt mana2pun. ;P
sebelum jumpa sv, since dtg awal, masuk bilik postgrad dulu. ada sorang je masa tu. tgk muka mcm chinese. kt sini memang ramai student chinese. so tegur dia. rupa2nya malaysian jugak. staff uthm. borak2 ngan dia, bila tgk jam, eh, dh lewat 5minit dari waktu sepatutnya jumpa sv. mujur bilik sv bertentangan dgn bilik tu je. lepas jumpa sv, masuk bilik tu smula. on komputer. kena masuk student id n password baru bleh guna. limit internet 1GB je sebulan. kedekutnya!
sebelah petang gi tgk umah kt east victoria park. ada sorang akak ni akan blk m'sia bulan 3. murah je rumah tu.260 seminggu. tp agak kecik. 2bilik. dekat je ngan curtin. 10minit naik bas. setelah difikir2, kiv dulu lah rumah tu atas alasan keselamatan. rumah sebelah pernah dimasuki org. org tu pecahkan sliding door. rumah tupun pernah cuba dimasuki. tp tak berjaya.
hari ni gi tgk rumah lagi. tak jauh dari rumah yg duduk sekarang. jln kaki je. secure apartment. pintu pagar guna remote ;P ada swimming pool. mcmla nk gi swimming tempat terbuka cm tu kan. 3 bilik. agak selesa. drawback nya takde laman sbb apartment. heh, mcm le rajin nk jaga kalau ada laman. dan juga jauh dari curtin. tp rumah tu dh dikira murah. 290 seminggu. masa nak masuk rumah tu, agent suruh tanggal kasut. terfikir, muslim ke yg sedang menyewa skarang? rupa2nya kawan k sofea, student dari iran. rumah ni available late march. sesuai sgt dh timing tu.
minggu depan pun nak gi tgk rumah lg. juga tak jauh dari rumah yg duduk sekarang, pernah cerita pasal rumah ni. tp lg prefer apartment tu dari rumah ni sbb apartment tu jauh lg murah walaupun rumah ni furnished.
Thursday, January 14, 2010
sunset at Prevelly Park
Monday, January 11, 2010
cape naturaliste lighthouse & cape leeuwin lighthouse
thgr
dari busselton, kami naik ke atas menuju ke cape naturaliste lighthouse.
pegang kuat2 takut melayang.
dari cape naturaliste kt atas skali, kami turun ke cape leeuwin kt bwh skali tu.
sila rujuk peta di bawah.
dalam perjalanan ke cape leeuwin, kami melalui karri forest, boranup.
k wani ckp dlm hutan tu ada perasaan zaman dinasor ;P
pokok tinggi2 semua.
lagi lama dari cape naturaliste dan lagi tinggi. dan jugak kawasan ni pun lagi lawa dan menarik.
kali ni kami tak naik ke lighthouse.
tinggi sangat dan tak larat dh.
Busselton
10/01/10
Pagi
Our first stop is Busselton Jetty.
Skali ada sunday market plak. so singgah jap.
takdela besar manapun sunday market ni.
tp menurut kak sofea sunday market kardinya lg kecik. blum pernah gi lg sunday market kardinya.
cm biasala tepi pantai ngan bikini n trunks.
tp bukanla pemandangan yg menyedapkan mata.
sbb bukan semua badan slim n tough cm model @ kt dlm tv tu.
yg byknyer menggelebeh je. ;P
yg kt blakang muda2 tu tak menggelebeh ;P
photos update:: crabbing, kangaroo and koala
crabbing
tgk le keadaan foreshore yg tak brape menarik tu... yg berbau tu sbenarnya rumpai laut yg mati. menurut k wani, bila dh kt tengah sket, tak bau dah. air pun clear aje.
kerja saya sepanjang pagi tu mengadap makanan ni sementara tunggu org gi mencari ketam ;P
hasil tangkapan k wani n k sofea.
ketamnya byk cuma yg menepati saiz tu tak byk.
dalam sebulan dua lagi besar la kot ketam2 yg kecik tu. derang plan nk dtg lg bulan 2. tak puas hati kali ni dpt sikit je.
kalau amik jugak ketam yg kurang dr saiz yg dibenarkan, kalau ranger dtg check kena saman. beribu saman dia.
dh kembang sengat dia tu tgh marah tu...
time ni saya dh terlena dah...
then petang tu kami gi tgk kangaroo n koala
tak berani nk gi dekat....
kangaroo tgh menggaru ;P
bye kangaroo...
ada byk jugak koala kt sini.