dah lama tak update. faktor utama, takleh mengadap komputer lama sket, pening.
khamis minggu lepas, email yg ditunggu2 muncul jugak. tp hari tu akif demam+batuk+cirit-birit. ibupun tak brape sihat hari tu. jadi buka email tgk gitu2 je. download attachment. yg penting examiners ada tulis benda kt bawah ni.
gi office hari ahad, buka email. tp takde pulak email sv. penat cari, takde. dlm folder trash pun takde. pelik. mimpi ke? rasa macam tak. siap member2 celebrate dh kt pantai tok jembal hari sabtu tu...
balik umah, buka laptop. seb baik dah download attachment dari email sv. kalau tak, tebalkan muka minta sv resend email. huhu...
saya syak, akif tekan2 keyboard laptop dan terdelete email tu. mungkin juga dia ter clearkan folder trash. sebab folder trash pun kosong.
Alhamdulillah... saat kritikal dh lepas. tinggal buat correction je. 4 tahun perjalanan. akhirnya sampai ke penghujung.
