Monday, December 9, 2013

papa ku pulang dari kota~

bukan papa yang beli kereta, ibu yang beli. lebih tiga bulan tunggu... sabar je la. kereta pertama kt malaysia. tapi takdelah excited sangat sebab beli jenis sama dgn kereta tokma. tak test drive pun. hahaha...

pertama kali juga beli nombor. tp nombor yang nak tak dapat. akhir skali pilih nombor biasa je.... hampesh dop. beli nombor tapi nombor biasa je. huhu...

alkisahnyer, since beli kereta kt klate, bleh gi amik hari sabtu jela. lepas amik kereta, gi tinted sebab dapat voucher. pasang lock skali. lock yang tak bleh start engine kalau tak unlock tu...

lepas siap pasang, bayar dan terus blah. sampai rumah, bila tgk lock tu, baru sedar, orang tu tak tunjuk cara nak guna lock. huhu... seb baik ada nama brand kt kunci. cari video kt youtube. seb baik jumpa.





Thursday, December 5, 2013

lelah?

akif dah seminggu batuk. tahan dah tp pagi2 batuk teruk. hari ni gi klinik lagi. doktor cakap macam ada bunyi sket. dia bagi ubat kahak. kalau selepas tiga hari masih belum hilang, dia suruh datang balik. nnti dia bagi ubat lelah.  ubat batuk tak berkesan untuk lelah.

pernah dua kali akif teruk sangat batuk macam tak cukup nafas. tapi bila siang, ok. dalam family takde lelah jadi tak tahula simptom2 nya... ingatkan batuk biasa. feel bad...

EDIT:
rupa-rupanya papa akif lelah masa kecik. adik beradik dia pun sama. datuk dia rupanya ada lelah yang teruk. huhuhu... kalau papa ada ceritapun, ibu dh lupa...

Sunday, December 1, 2013

demam...

dua minggu lepas akif start demam. 2 hari je. pastu ok. seminggu lepas tu demam lagi. mula2 ok, pastu makin panas. hari ni dah masuk hari ke lima. bila bagi makan ubat, suhu turun sket. pastu naik balik. bercampur jugak dengan batuk dan selsema. nak bagi makan ubat pun susah sebab dia minum susu je, jadi perut kosong.

hari ni ada interview untuk pensyarah sementara. sem depan (bulan 2) nnti nak kena ngajar. tahu pun 3 hari lepas. terus berdebar. anak demam, takde masa nak prepare. interviewer tanya, apa chances untuk lulus phd. confident je saya cakap hingh. gelak semua org. of course la masa interview kena confident. laut mampu ku renangi, gunung mampu ku daki....

setakat ni tak pernah lagi dengar kes fail phd kt department saya. masa check email sekejap tadi baru perasan, ada email yg ditunggu2. padahal email ni dua hari lepas. tp sebab byk sangat junk mail, terlepas pandang. acceptance letter utk paper. my very own first author paper. something to celebrate. nak ajak hubby gi main salji kt korea tp dia busy memanjang.



Tuesday, November 26, 2013

story time

ingatkan akif dh kenal beberapa perkataan sebab nampak macam dia baca buku cerita. rupanya dia hafal. sebab bila saya tulis balik perkataan tu, dia tak leh sebut.

dua hari lepas dia amik buku suruh ibu baca. lepas satu, satu dia suruh ibu baca. dengan buku ibu skali dia ambik. lepas tu, dia buat-buat baca buku ibu...

considering untuk tukar taska akif. sebabnya sekarang cuti sekolah. jadi budak2 semua duduk satu rumah. ramai sangat.... kebetulan ada taska baru buka. belum gi survey lagi... nampak macam ok.

seriously considering utk buka taska. membersatu kelas masa kt jasin dulu buka taska kt seremban. nak kena menuntut ilmu ni...

Monday, November 18, 2013

makang

seperti jangkaan k baini, makan dah jadi makang. hohoho...


Saturday, November 9, 2013

perkataan baru

dua tiga minggu ni saya perasan akif ada tiga perkataan baru.
-makan
-jangan
-tangan

tiga perkataan ni lain sket dari vocab dia yg lain sebab dia sebut bahasa malaysia standard. sblum ni 'makae'. adakah dapat kt taska?


Thursday, October 24, 2013

taska

akif dh tiga minggu gi taska. minggu kedua gi kejap je sebab papa ada kt umah pastu cuti raya haji. hari ahad minggu ketiga pun tak gi sebab tokma ada kt sini. hari isnin, dia ckp tak nak gi school. tp bila nampak kawan2 dia, terus masuk tak ingat ibu dah. tp hari selasa, nangis masa nak tinggal tu. tanya cikgu dia. rupanya hari sebelum tu dia nampak spider. pastu ada cari ibu. hari rabu pun nangis jugak. tanya cikgu dia, akif ada gaduh dgn budak2 lain ke. cikgu kadang ada org usik dia. tp akfif ni garang sket, terus dia pukul budak tu. huhuhu.... nak kena cari jalan tak nak bagi dia pukul org.

tak sedap hati la bila dia nangis tiap kali nak gi taska. tp masa hantar pagi ni, dia ok. tak nangis. alhamdulillah. lega sket.

minggu depan akif tak gi taska plak. ibu nak gi seminar.

dalam didik anak, saya cuba untuk buat dua perkara ni:
1. jangan pukul anak. kalau pukul dia bila dia buat silap sama macam ajar dia pukul orang bila tak puas hati. dalam islam pun pukul anak bila 10 tahun tak solat. itu pasal solat, benda yang paling penting.
2. jangan tengking. kalau marah2, kita sendiri yg stress.

tp, kadang2 tu 'ter' jugak. tp tak bleh give up.

I noticed that, bila gi shopping dgn akif je kurang stress sket berbanding dgn papa ada skali. kalau papa ada, bleh dia main sembunyi2. mungkin sebab kalau berdua aje, saya cepat2 cari barang dan terus bayar, takut dia buat perangai.

Monday, October 14, 2013

book

hari ni akif tak gi taska. papa cuti jadi dok umah ngan papa. tp akif bersemangat bawa beg dia masuk kereta time nak gi hantar ibu gi keje.

pagi tadi masa tengah iron baju, akif spell huruf kt 'exercise book'. lepas spell perkataan 'book', dia sebut book. wah... tak sangka akif tahu perkataan book. mana dia belajar pun tak tahu. tv? ipad?phone? sekarang tengah berusaha mengurangkan benda2 tu. kalau kejap2 blehla.

seminggu kt tganu ni, aiskrim pun ibu dh tak bagi makan. kalau kt umah tok, hari2 asikrim. kadang tu sehari dua kali. umah sebelah kedai. selalu la dia ingat aiskrim. sepanjang kt sini, dia cuma makan aiskrim satu scoop (order air batu campur. ada asikrim). ni balik raya ni tak tahula...

Thursday, October 10, 2013

A dan E

masa amik ielts dulu, bila test listening tu slang australia, dia sebut  huruf A macam bunyi 'E'.

bila saya kt sana, rupanya derang pun susah nak beza bunyi 'A' kita. (dalam kes saya la. org lain tak tahu). bila saya spell nama, org sana tersalah eja. 'A' jadi 'E'.

masa balik malaysia hujung lepas, dalam flight. dh sampai klia. tunggu pintu pesawat buka, ada announcement pasal luggage bleh amik kt  isle  'A'. sorang oz kt sebelah saya tanya member dia (oz jugak) 'A' ke 'E'. me not being friendly masa tu; subuh , dengan baru bangun tido apa semua, senyap je malas nak bgtau. lagipun nnti ada tulis kt screen kt tempat amik luggage.

lagi cerita pasal luggage. kalau lebih kurang sekilo dua terlebih check in luggage, pakai baju byk lapis. masa balik bulan 7 dulu, 3 lapis baju. masa tu winter tak kisahla byk lapis.

cerita pasal luggage lagi. hampir 4 tahun lalu, masa nak gi perth first time, saya naik dari kb. bila tanya bleh tak check in terus utk flight kl-perth, staff tu ckp tak bleh sebab lebih dari 6 jam transit. masa balik for good ari tu, lebih jugak. tp bleh je check in terus utk kl-kb. tak tahula.... mungkin polisi sudah berubah.

akif start taska

semasa survey taska, ada je yg tak puas hati. tp bila fikir balik, memang susah nak cari orang yang jaga anak kita macam kita jaga atau lebih baik. jadi saya pilih yang saya rasa terbaik.

taska akif ni hanya budak umur 2-4 tahun. umur 2 tahun ada dua orang. jadi rasa ok la dia bergaul dgn budak baya dia. ada satu taska yg saya gi suvey, budak2 kecik baring tengah menyusu dan akif berlari2. risau kot terpijak budak tu.
rumah yang menempatkan budak2 tu pun luas. 16 orang sebuah rumah (ada tiga bilik). masa gi survey taska, ada yg menempatkan 20 lebih dengan ruang yg lagi kecik. overall kira ok la....

cuma jauh skit. gi hantar akif, patah balik umt amik masa 30 minit.

first day, seperti biasa, bila nampak budak baya dia, dia seronokla main. bila ibu nak balik, dia nak ikut. tp bila cikgu dia keluarkan blocks, terus ok. tengah hari saya gi jenguk. ok je. tp bila saya nak gi, dia nak ikut. jadi cikgu dia keluarkan mainan, terus tak ingat ibu. dia tak tido siang kt taska maka mlm tu tido awal. pukul 8 kira awal la. tapi budak memang kena tido awal utk perkembangan.

hari kedua, tak de dah nak ikut ibu. lagipun kt dalam taska ada slides. hari kedua tak gi jenguk.
hari ketiga gi jenguk. masa tu dia baru nak makan nasi. nampak ibu bawa roti, terus taknak makan nasi. nak makan roti. lagipun nasi tu bukan kuah kicap.

kalau orang lain moyok je pepagi bila nak kena hantar kt taska. tidak akif. mungkin jgua sebab dia dh besar.

semalam taknak bagi dia pakai nappy, nak toilet train. tp dia marah, suh pakaikan nappy. pagi tadi dia ada cakap nak berak. bila ajak gi toilet taknak. lagipun dia takut toilet cangkung. dia cakap busuk. macam mana nak buat dengan toilet ni ye?

lately,
- akif suka baca buku. suruh ibu bacakan dan kadang2 dia baca sendiri. saya perasan dia cam perkataan 'stop'.
-tak bleh kena panas mathari. kalau kena panas sket bising 'ni panas ni...'. putera lilin.

Saturday, September 28, 2013

submitted

plan asal konon nak hantar hari isnin. tp memang tak sempat sebab nak bold vectors. sebelum ni berbelah bagi nak bold ke tak vectors. sebabnyer supervisor saya tak de cakap pun. dlm papers dia pun dia tak bold. tapi dlm paper yg baru di review, reviewer tu suruh bold. jadi decide utk bold vectors dlm thesis.

ckp kt sv nak jumpa hari selasa.  seharian dok bold vectors tak siap2. kalau guna latex, sebenarnya ada jalan pintas. contoh: kalau guna word, kalau kita nak bold, kena highlight dan tekan butang bold atau tekan ctrl+ b. kalau guna latex, jalan lambat ialah highlight, then klik bold. (saya tak jumpa key shortcut.). jalan pintas, define awal2, \x=\textbf{x}. maka, bila kita tulis \x, x yg keluar adalah bold. awal2 rasa mcm sama je klik butang bold dengan define awal2. jadi, saya tak define. masuk chapter 2, bila run, tgk hasilnyer, agak pelik. rupanya bila di bold, symbol tu tak di italic. kena start dari awal. kali ni kena highlight dan klik italic. makanya latex file tu penuh dengan \textbf{\emph{}}. serabut dah. tapi masih malas nak define. sebab utama ialah kena define bagi setiap variable. mlm tu dok bold vectors sampai tersengguk2 depan laptop. akhirnya tak tahan ngantuk dan risau tertekan keybord time mengantuk, kacau coding. menangis air mata darah kalau tak jumpa error nnti.
bercerita pasal error. masa mula2 guna latex dulu, tak tahu kalau kita betulkan error pun kadang keluar error jugak. lepas betulkan error, run, kalau dia cakap ada error, kena tekan enter baru ok. kalau tekan enter masih ada error, maksudnyer ada error lagi la tu. ini pendapat amatur.

hari selasa, dari pukul 5 pagi lagi start. dah pukul 8pg, agak2 memang tak sempat. jadi email sv, postpon meeting ke rabu. dah masuk chapter 4 baru tergerak hati nak define awal2. makanya cepatla sket kerja. memang la kena define tiap variable yg nak di bold. tp senang keje. dan cepat. sampai buat dengan autopilot. hehe...

tapi berisiko jugak sebenarnya buat benda ni. sebab saya dh check thesis tu beberapa kali. lepas check, baru nak boldkan vectors. kalau ada silap? huhuhu... patut buat awal2. tp masa tu rasa benda ni kurang penting. betulkan mana yg penting dulu.

selasa malam, akhirnya siap jugak.

rabu, sampai kt curtin 20minit awal dari scheduled meeting with sv. sempatla nak isi borang dan print thesis. printer laju, cepat je. bila scan student card kt printer, low balance. masa ni la nak ada problem. tanya member mcm mana nak top up duit utk guna kt printer. sebelum ni guna fund fakulti (tiap research student ad fund). agaknyer dh abis la kot duit fund tu.  bgtau kt sv ada problem printing. sv plak ada meeting tghari tu. jadi dia suruh jumpa esok je.
gi library utk top up. seb baik library tak jauh.

akhirnya berjaya print. satu copy thesis tu cost dlm 13 dollars utk print. dlm 130pages je. masa tgh print, baru teringat printer ni print both sided by default. lupa nak set. hangus 13 dollar. top up 50 dolar je. jadi print semula. masa print tu, pilih 2 copies. malangnyer, printer ni gi print tiap page 2 copy. satu kerja nak asingkan benda tu. huhu...

sebelum balik rumah (tumpang umah kawan), sorang member baru sampai office. rupanya bukan fund saya dh habis. tp masalah sistem kot. semua org mcm tu. department lain pun. ingatkan sepanjang tiga tahun lebih pengajian ni, kos printing aje seibu dollar lebih ke. saya takde claim apa2 dari consumable fund  selain printing. baru ingat nak claim proof read hari tu. tp tak terclaim sebab lupa.

hari khamis, jumpa sv, sv betulkan sket 75-word abstract yg nak dimasukkan dlm graduation statement. email abstract ke thesis officer. on the way nak gi print, baru teringat tak bawa alamat tempat binding dan tempat nak hantar thesis. dlm curtin juga tp tak ingat building mana dan office apa. seb baik ingat kt website ada cakap tempat print tu sebelah tavern kt guild. so cari2 jumpa. call tanya sorang member yg nak submit hari tu juga, kt mana kena submit. phone saya dh tak bleh guna utk internet.

masa hantar bind, kena tunggu stengah jam sebelum gi amik balik. tp member saya kena tunggu sejam. masa nak bayar tu saya misunderstood. rupanya premanent bind 2 je. utk kita dan sv. library softcopy je. saya book 3 copy. bila member cakap pasal ni, dh malas nak gi betulkan balik. takpelah, extra copy.

since kena hantar softcopy, saya gi bli pendrive. rupanya dia copy je dari pendrive tu pas tu pulang balik kt kita. penat je beli baru. padahal dh ada. takpelah 5 dollar je dan comel. dapat kt akif mesti dia ingat toy sebab ada kereta.  berdebar macam nak masuk exam nak hantar thesis. yela exam jugak. lagi 3 bulan baru bleh tahu result. kalau examiners rajin, 8 minggu dh tahu result.

perasaan? lega. walaupun ada ada kemungkinan kena panggil viva tp jarang. harapnyer taklah. minor correction je. amiin....





Wednesday, September 25, 2013

kisah submit thesis

langkah-langkah hantar thesis di curtin.

1. supervisor kena isi borang nominate examiners beberapa bulan sebelum tarikh dijangka hantar thesis. bila dh approved, fakulti akan email bgtau examiners nak soft copy atau hard copy. kalau soft copy jimat le sket.
2. thesis yg biasa ni kita panggil typescript. kalau thesis by publication (  introduction chapters +compilation of published jurnals) atau creative writing , kena dapatkan approval dari co-author.
3. hantar title page ke thesis officer utk dia check format. hehe, saya ari tu silap nama university. dulu nama curtin ialah CURTIN UNIVERSITY OF TECHNOLOGY. sekarng CURTIN UNIVERSITY aje. tukar nama sebab ada byk bidang lain selain dari teknologi.
4. email abstract @ short summary of thesis yang tidak lebih dari 75 patah perkataa. benda ni akan di letak dlm graduation statement nnti.
5. isi borang copyright and release of the thesis for examination. borang ni kita dan sv kena sign.
6. bind kt guild. kena bayar utk bind temparory copy yg nak submit tu (8 dolar lebih je tiap copy) dan juga utk kulit keras nnti. yg kulit keras ni lebih 40 dollar kalau tak silap. kulit keras ni wajib 3 copy. kalau nak lebih bleh. tp takleh kurang. bilangan utk temparory bergantung pada brape examiner nak hardcopy. mcm saya 2 hardcopy dan softcopy.
7. submit thesis nnti kena submit skali copy of resit yg bayar utk bind.

Monday, September 23, 2013

last minutes

mata dah senak, kepala dah berpusing. dalam proses mem 'bold' vector. inilah keje last minutes. awal2 taknak bold.  masih di chapter 2. plan nak submit esok walaupun balik hari jumaat. kot ada apa2. kot tiba2 sv suh baiki itu ini. atau ada benda2 lain lagi.

kalau dh submit, blehla bersukaria sblum balik. hehehe...

Saturday, September 21, 2013

cacing

kt oz rasanya takde bagi ubat cacing. kalau ada pun kena gi bli sendiri kt pharmacy. mungkin pasir kt playground kt sana tak sama mcm pasir kt sini. pasir kt sini dengan mcm2 binatangnyer...

beberapa minggu lepas akif cirit birit hampir seminggu. tokma ckp mungkin cacing. jadi gi klinik. Doktor bg ubat cacing yg mcm vitamin tu. perisa oren. seperti biasa, akif akan hidu dulu. mungkin ada bau pelik sket, jadi dia taknak. jadi simpan balik ubat tu, tunggu dia nak air, hancurkan masuk dlm air.

bila dia ckp nak susu, saya tumbuk ubat tu bagi hancur, masuk dlm susu dia. tp masa tengah prepare benda tu, dia dh minum milo sepupu dia habis segelas. bila bagi susu, tak nak. jadi simpan dlm peti.  ubat cacing tu pulak tak larut dlm air. terapung. campur dengan milo sket nak cover serbuk2 ubat yg terapung tu.

esoknyer, bila dia minta susu, bagi susu yg dh campur ubat tu. masa bagi, guna straw dan cover dengan tangan takut dia nampak benda2 terapung dlm susu tu. risau juga kot rasa pelik sebab dh campur milo lagi. nasib baik dia minum tp ada la sisa ubat tu sket2. kira dia makan ubat cacing tu tak cukup dos. lepas dia makan ubat tu, benti cirit birit.

tp semalam start balik. tak tahula sebab apa.

Friday, September 13, 2013

kisah budak cerewet

akif bukan setakat makan je cerewet. benda lain pun sama. kalau selipar dia basah pun dia ckp yek (yikes) dan taknak pakai.
kalau kt umah tokma tu selalu pakai selipar dalam rumah. selipar biasanya kt dapur. saya jarang pakai. kadang dia beria bagi selipar kt saya suruh pakai. satu hari kt dapur, dia datang kt saya. pastu bising2 'yek! yek!'. rupanya kt lantai ada air. biasala lantai dekat sink basahla sket. nak tahu apa dia buat? kebetulan papa akif ada sebelah saya, satu kaki akif pijak atas kaki saya dan satu kaki lagi dia pijak atas kaki papa. gara2 geli lantai basah. sakit perut gelak.

Wednesday, September 11, 2013

pony

satu hari tiba-tiba akif cakap nak pony.
terkezut ibu. nape tiba-tiba nak pony ni. pony mainan ke nak pony betul ni...

selepas beberapa hari baru ibu faham. nak berney rupanya. nak tgk barney kt tv (download dari youtube).

Sunday, September 8, 2013

less than a month

thesis nak kena check lagi skali dan proof read.
dan masa ni lah baru nak edit utk paper conference.  format dlm word je. ok ow... satu keje nak kena edit. equation  yg tak tahan tu... leceh.

plan asal nak pindah sebahagian barang mcm tilam dan mesin basuh ke tganu khamis lepas sambil survey taska. tp adik ipar masuk wad nak bersalin. cancel plan ke tganu. sepupu akif dah bertambah dua orang.

darah istihadah tiba2 je kering beberapa minggu lepas 3 bulan tak stabil. tak tahula sebab asbab nyer. mungkin dah kurang stress phd. mungkin juga sebab amalkan makan madu.

dah kurang motivasi nak kurangkan berat badan. hampir tiap pagi sarapan dengan nasi berlauk. huhuhu... kena pulak musim durian. awal2 tu beli. lepas tu durian kt kebun tokbah dah start masak. beberapa hari lepas bawa balik dekat 100 biji. tp akif takdenyer nak makan durian. belum apa2 dh yek siap tutup mulut. takut org paksa makan.

Tuesday, August 27, 2013

wok wok

  • wok wok= bunyi mesin basuh. kalau mesin basuh tengah on, akif tak berani masuk dapur (mesin basuh kt dapur).

  • minggu lepas, tengok2, akif pegang botol vitamin yg dh kosong. patutnya ada 5-6 biji lagi. tanya dia mana vitamins dalam tu. dia tunjuk kt dada, "down". seb baik 5-6 biji je. sehari patut makan 2 biji
  • slippers dan jadi slipa.
  • akif dah pandai naik motosikal. dulu tak berani. masalahnyer bila nampak je org nak naik motosikal, dia pun nak ikut jugak.
  • ibu bawa akif gi bli basikal. tapi dia taknak basikal betul. nak basikal roda tiga utk budak2 kecik. penat pujuk, taknak jugak. cadangnyer nak beli yg murah je sebab rasanya tak tahan lama tp yg murah tu dh berhabuk. mana la budak ni nak. belila jugak yg dia nak tu. mula tu terfikir juga, abaikan apa yg dia nak, beli je apa yg saya plan nak beli. tp kadang kita kena respect pilihan anak. lagipun benda tu 55 ringgit je. masih mampu nak beli.
  • rumah sewa dh dapat. sekarang kena cari tempat utk hantar akif. bila dengar/baca kes2 kt pusat penjagaan ni, rasa mcm nak benti keje plak. akif ni plak jenis fussy eater. dua tiga hari ni tak makan nasi. harap dengan susu je. hari ni makan roti tak sampai sekeping. garang plak tu. cakap pun tak brape reti lagi... fortunately dia suka berkawan. nak kena google cara pilih taska ni. 

Saturday, August 10, 2013

kerja

baru ingat nak raya seminggu. raya kedua sv dh email. rupanya yg dia check ari tu baru sikit2. lepas betulkan dia akan check lagi.

beria nak buat kuih raya tapi baru kemas rumah sket, main ngan habuk, hidung berair dan sakit, mata gatal. masuk hari kedua baru gi cari ubat allergic. baru lega sket. nak makan kuih raya pun kurang berselera. kek secret recipe pun tak rasa sedap. berat dh byk kurang. sebelum puasa hari tu cecah 57. dh kembali ke 52kg tp dua hari raya makan tak benti maka naik ke 54 balik. huhu... atau penimbang rosak?

bawa akif jumpa dr utk refer ke speech theraphy tp dr tu suh dtg balik lagi dua bulan. dari reaksi dua org dr setakat yg dh jumpa ni mcm derang tak risaupun. sebab bukan masalah autism atau cacat pendengaran.

akif dh jadi anak maklong. kalau sepupu dia nak balik umah, akif selalu ikut sekali. sekali tu nangis2 nak maklong dia dukung sebab takut kena tinggal. ibu nk amik taknak. kalau kt umah mak mertua plak, adik ipar selalu bawa gi jln2 makanya selalu la nak gi dgn mak sedara dia tu. bagus juga. bleh ibu buat keje.

tahun ni tak sempat nak amik gambar raya family.

Friday, August 2, 2013

dh dekat 2 minggu lupa nak check official email curtin. ada reminder utk annual report. btul2 dh lupa. seb baik lambat lagi due.

sv dh email thesis yg disemak. laju la plak dia check. ingat lepas raya baru bagi. tak tahula dia ni check betul2 ke tak. mmm... tak seronok la nak raya bila dok teringat2 kerja yg tak siap.

tahun ni beraya dgn jubah.

Saturday, July 13, 2013

dup dap dup dap

sv email bgtau dua org profesor dh setuju utk jadi examiners. heheh... berdebar2 la plak. seb baikla sini bukan wajib kena present.

full draft dh siap. but far from perfect. tinggal nak check lagi sekali je. plan asal nak email kt sv isnin ni. tp dia tgh holiday. lagi 2 minggu baru masuk ofis. jadi rasanya nak baiki literature review. lainlah kalau dia rajin nak check thesis time holiday.

sesetengah lectrr ni kadang tu ckp je holiday. tp sebenarnya holiday sambil kerja.

Thursday, July 11, 2013

penghargaan

adoi... nak tulis penghargaan pun pening.

chapter discussion and suggestion blum tulis lagi tp tulis penghargaan dulu. hehe... feel mcm dh complete dh.

Wednesday, July 10, 2013

menghitung hari

i'm focusing on the good things.

- kalau rasa taknak makan dan malas masak, tak payah masak sebab sorang je.
- nak tgk cerita tak de org kacau.
- nak habiskan 3 biji novel over weekendpun tak de org kacau.
- tak perlu basuh berak akif. muahaha....

berat badan ada sedikit penurunan. saya kontrol makan (nasi tak lebih dua senduk tiap kali makan, makan sayur dan lauk lebih takpe, ayam amik isi je.  ) dan buat pilate. tak lama pun dlm 15 minit je tiap kali buat. dan takleh nak buat hari2 sebab sehari lepas buat tu abes sakit2.

sorg member bgtau tips nak cepat2 habiskan darah haid. iaitu bland 1 inci kunyit hidup. minum beberapa hari. saya try minum hari ni. nnti komen jadi ke tak.

Tuesday, July 9, 2013

sejuk dan kering

hari ni terasa sejuk. biasanya kalau kt ofis ok je. tired of the cold dan kulit kering. penat sapu losyen tiap kali lepas mandi dan amik wuduk tp kulit tetap kering jugak. ni tak sabar nak balik ni...

Monday, July 8, 2013

one week to go

seminggu je lagi tinggal. tak sempat pun kena buat juga bagi sempat.
setelah habiskan 3 biji novel over weekend sambil2 buat keje, bersemangat sikit hari isnin ni.

cakap dgn tokma semalam. bila dia tanya kt akif 'mana ibu?' akif tunjuk kt tokma dan cakap 'ibu'.
akif tak ingat ibu dah...


Wednesday, July 3, 2013

kate hill

kate hill adalah brand australia. product utama bags. dari dulu lagi berkenan dgn kate hill tp tak pernah beli. harga pun berpatutan (bawah seratus dollar. time sale dpt 40 dolar.) dan cantik2. kena dengan taste saya. brand ausralia yg lain antaranya oroton dan ugg. itu mahal sket. range harga handbag 200 dolar lebih. dan kurang menarik pada pandangan mata saya.

beberapa hari lepas pegi beli handbag kate hill untuk mak sedara. hajatnyer nak bli untuk diri sendiri satu. tp bila dh dalam kedai tu rambang mata akhir sekali tak beli. beli utk mak sedara je.

nampak gaya nak kena top up baggage allowance ni. mcm2 nak bw balik.

Monday, July 1, 2013

sejak makan supplement, agaknyer hormone jadi stabil. monthly cycle yg stop sebab guna implanon (andaian sendiri), dh normal. maka effect lain pun ada skali.

kalau dulu tengok cerita selalu pelik, mcm mana derang bleh nangis. sekarang ni takde pape pun bleh keluar air mata. terfikir juga, nak balik writing kt malaysia ke. but i know, lagi byk gangguan. papa akif pun tak bagi balik.

kurang bermotivasi sekarang ni. takde perasaan dgn thesis. tp kena juga buat. kena hadirkan perasaan tu. hohoho.

i love writing.
i love my thesis.
i will do my best.

dua minggu je lagi. tp bila fikir nak goyang kaki lepas submit rasa guilty la plak. mungkin bleh cari conference.


Tuesday, June 25, 2013

seriously, akif tak kisahpun papa dan ibu tak de. beberapa hari lepas saya dtg sini ada juga sebut. ini papa pun takde, main mcm biasa je...

since in-laws keje, akif tinggal kt tokma. ok je dia main dgn sepupu2 dia. tokma cerita dia dh tahu beberapa patah perkataan klate. selalu ajuk ckp org. ibu balik ni kecek klate la akif...

Sunday, June 23, 2013

teka kamus akif

piney purple=?


berat saya pernah turun 45kg tp kulit tak anjal, jadi menggelebeh. berkedut2 mcm org tua. semalam cakap pasal ni dgn sorang kawan. dia cakap kena buat exercise utk tone. o0o... baru tahu. berat saya turun dulu sebab saya byk jalan (hantar catalog), jadi tak exercise perut. itu jadi mcm tu agaknyer.

banyak btul alasan bla nak exercise ni. lepas makan takleh exercise. kalau buat time lapar plak, pening plak.

tadi cakap2 dgn member. keluar pasal baby car seat. dia pernah buat kajian pasal perkembangan minda budak lepas kemalangan. walaupun nampak kemalangan kecik je tapi menjejaskan perkembangan otak.  budak2 pun selalukan jatuh2 dahi benjol tp kemalangan tak sama sebab melibatkan speed.

Bila kemalangan ni, biasanya akan terhantuk ke depan dan ke belakang. jadi otak akan ada dua tempat lebam. kalau terhantuk kanan kiri tak pe lagi. kalau depan sangat bahaya.

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat.


Saturday, June 22, 2013

matahari waktu malam

cerita bulan lepas. kt perth ni kami jarang keluar malam. satu malam dlm kereta ketika perjalanan balik ke rumah, tiba2 akif dok sebut2 'sun' dan 'moon'.
pelik juga. kalau 'moon' logikla. rupa2nya lampu jalan warna kuning tu dia ckp 'sun'. lampu jalan warna putih dia sebut 'moon'.

masa balik ari tu, dia dh pandai tulis no 10. makanya asyik dok tulis no 10 aje...







ada application for ipad  utk ajar budak menulis. utk android ada juga kot tp tak try cari.

dh start let go sisa2 barang yg ada. selimut dan bantal, broadband, kereta pun dh bleh start cari buyer. barang2 yg ship ari tu dh sampai port. tunggu custom clearance.

Thursday, June 20, 2013

good news

heard good news today from papa akif. cuma kesian nnti akif kena tinggal. hmm... ntah2 budak tu tak kisahpun asal ada kawan. hohoho...

teringat anak sedara masa kena tinggal dgn umi dan abah dia kt kg. duk panggil2 abah dia walaupun tahu abah dia takde. tak ingat masa tu umur dia berapa tapi dah bleh cakap. bila cakap abah dia takde, dia faham tp panggil jugak. teringat sangat kt abah dia agaknyer... seb baik akif tak panggil2 ibu mcm tu. kalau tak, sedih juga. ini tak tahula kalau dua2 takde.

saya pesan kt papa suruh gi hntr akif kt umah mak sedara dulu setengah hari utk orientation. hehe...

Wednesday, June 19, 2013

perkara yg merimaskan

perkara yg merimaskan bila jejak kaki kt malaysia ialah humidity. tambah pula sekarang tengah panas. belum apa2 dh berpeluh2. tak buat apa2 pun badan berpeluh. peluh satu hal. cuaca mcm tu juga buat badan rasa penat. tak buat apa2 pun penat. tp budak2 agaknyer tak terkesan. mcm akif tu, berpeluh2 pun galak je...

first time balik dulu sangat tak tahan. kali ni dh prepare mentally jadi oklah sikit.

tengok ramai member2 yg pregnant dan dpt baby. balik ni dh bleh buang implanon. tp nak kena turunkan berat badan dulu. sekarang beli ayam bahagian breast je. nak kena guna olive oil je ni...


Tuesday, June 18, 2013

tak kisah pun...

tiap kali call papa, tanya akif ok ke tak. hmmm... galak je main. tak kisahpun ibu takde... cakap (cakap bahasa dia yg ibu tak faham) dgn ibu kejap pastu sambung main balik.

balik ari tu mcm nak bawa akif gi speech therapy. tp tak jadi lepas dengar beberapa pendapat.  akif pun dh kt malaysia dan dh ada kawan. tak lama lagi la tu kot. tengok dulu beberapa bulan ni dan bila ibu balik nnti dh free sket kalau rajin bleh la pegi.

awal2 lagi dh plan balik nnti still nak guna carseat. faktor utama ialah keselamatan. selalu je dengar cerita baby tercampak keluar kereta bila kemalangan. malangnyer baby carseat ada satu je. bila naik kereta lain, jawabnyer tak gunala baby carseat tu. atau bila ramai penumpang. kalau takde baby carseat, belakang bleh muat 3 orang dewasa. kalau ada baby carseat, bleh muat dua dewasa je. bila tak duduk kt carseat dia, akif mulalah explore semua benda. kereta ford fiesta yg baru ni pelik sket (bukan saya punya...). walaupun dh lock, dari dalam masih bleh buka. kami plak tak tekan child lock. tengah jln2 tu bleh akif gi buka pintu. seb baik ada bunyi alarm, kereta tak berapa laju dan saya duduk kt tepi. cuba kalau dia bersandar kt pintu.

Monday, June 17, 2013

car insurance

saya amik insuran kereta ANZ.
tak tahu pula kita tak perlu bayar penuh untuk setahun. kalau nak cancel, dia akan kira hingga tarikh nak cancel tu je.

dua minggu balik malaysia tak sentuh kerja. beria bawa balik. sv suruh bagi full draft secepat mungkin sebab ogos dh start kelas. nnti dia takde masa. ckp kt dia akan bg middle of july. aduh. pingsan. tp bagus juga. bleh balik awal.

sehari sampai malaysia, leher dan dahi (sebab rambut panjang tutup dahi) akif abes ruam peluh. lepas tu kt badan, bawah lutut, punggung abes kesan garu. badan berparut2. lepas sapu ubat yg beli kt farmasi baru ok sket tp masih ada lagi.




Friday, May 24, 2013

tips writing

sebelum ni saya cuba buat summary thesis guna template 1paper 1kertas. tp rasa mcm kurang berkesan. mungkin bagi org lain ok.

beberapa hari lepas ada org share pasal 'tulis tesis cepat'. simkad utk guna internet banking malaysia dh expired. dah dua kali jadi mcm ni. gara2 lama tak guna dan lupa nak top up. jadinya tak boleh nak beli ebook. tp saya tgk kt blog penulis buku tu. kebetulan saya tengah buat chapter 1, saya terus search literature review dlm blog tu. jumpa entry yg mana artikel di summarize dlm bentuk jadual.  saya rasa bentuk ni lagi berkesan untuk saya.

ini link entry dari blog tu.




Wednesday, May 22, 2013

check list

organisasi yg perlu di notify bila pindah.

Alinta- (gas). kena bagi tahu supaya derang datang baca meter hari kita pindah dan tutup akaun. tiap kali masuk rumah baru kena buka akaun sendiri. derang takkan potong bekalan kecuali ada penggunaan tapi takde org buka akaun kt rumah tu maka dia akan bagi notis sebelum potong.

Synergy (elektrik). sama macam gas. sorang member pernah lupa nak buka akaun. dan dia tak check surat. tup tup takde letrik dahlah tgh mengejar due assignment masa tu.

bank- tukar alamat. tp kalau guna e-statement tak perlu risau sangat.

australian post -mail redirect. yang ni kena bayar. kot apa2 kitaorg buat juga. redirect ke rumah member. setahun 68 dolar. kalau nak buat sebulan pun boleh. kalau nak redirect ke luar negara bleh juga tp mahal sangat. sebulan 63 dollar. setahun 600 lebih.

optus-phone- kontrak bakal tamat bulan 6.disebabkn nak dtg lagi,buat kemudian.
vividwireless- internet- yg ni pun kemudian. nak guna lagi bila datang balik nnti.

car insurance- kena bgtau nak stop. tak pasal2 dia potong lagi.

carpet cleaning- booked.

curtin- tukar alamat. online je.

umt- tukar alamat online juga.


alkisahnyer, umt tak potong elaun saya (elaun rumah dan elaun apa lg ye?) bila saya start cuti belajar. setahu saya elaun tu sepatutnya kena potong sebab dlm biasiswa dh termasuk elaun tu semua. agaknyer bendahari baru perasan tahun ni maka sekarang tiap bulan kena potong lima ratus. hukhuk. tp kalau duit tu bukan hak saya, sayapun taknak.

mungkina ada hikmahnyer jugak. dulu2 kan agak kesempitan. sementara nak tunggu akif lahir dan dapat elaun family (berapa bulan lepas akif lahir baru dapat), nak kena bayar sewa rumah. elaun kpt habis kt sewa rumah je. lepas tu nak kena beli tiket flight utk pengasuh2 akif. sekarang dh ok. jadi tak kisahlah.

Sunday, May 19, 2013

what we gonna miss the most

balik malaysia nnti rasanya ketiadaan inilah yg paling terasa. unilimited wireless.
sangat reliable. connection sgt stable.
sebelum balik kena dowload cerita akif byk2.




Thursday, May 16, 2013

colours of autumn


tahun lepas tak sempat nak amik gambar ni. dinding berhampiran dengan building 314. warna yang macam ni  yg saya suka. ada hijau, kuning, merah, purple. sket lagi semua merah pastu semua daun gugur. harap dapat amik gambar daun berubah warna setiap hari. lepas ni tak tahu bila lagi dpt tgk ni...

semalam tuan rumah datang dgn new tenants. wah~ banyak tenants baru nak repair. buang wallpaper, plaster dinding, bilik air ganti bath tub dan sink dan cabinet. tile jugak kot. syiling lagi... tak tahula derang nak share ke mcm mana kos repair. dua tenants sebelum ni semua malaysia. kami nak duduk kejap je jadi tak kisah sangat. yang bestnyer owner return semua bond. dia cuma minta kami buat carpet cleaning je. standard la tu.

lepas ni takdelah stress sgt nak kemas rumah. bleh concentrate writing. progress chapter 1 ni slow sgt. nak kena buat kerja cepat sket ni...

Tuesday, May 14, 2013

final inspection

kami bakal keluar dari rumah yg duduk sekarang ni hujung bulan nnti. tp tuan rumah pulak tak de kt sini masa tu jadi dia nak buat final inspection dan sign borang release bond hujung minggu ni. tup tup semalam msg ckp nak dtg petang rabu plak. cakap kt dia, kami tak sempatla nak bersihkan rumah betul2. dia balas takpe, dia percayakan kitaorg.

patutnya lepas final inspection, owner/agent akan tolak apa yg patut dari bond. contoh kalau dia tak puas hati kita bersihkan rumah atau ada benda rosak yg tak termaktub dlm kontrak, dia akan tolak dari bond. masa kami masuk rumah tu dulupun bukanlah spotless. tp yg susahnyer akif conteng dinding. wallpaper plak dh lama. bila lap, dengan wallpaper skali tertanggal. takleh nak buat pape.

Friday, May 10, 2013

autumn

daun pokok maple dh byk bertukar warna tp masih belum rajin untuk gi amik gambar.

dua hari lepas download application alif ba ta (arabic alphabets). tp disebabkan developer bukan arab agaknyer, sebutan tak brape betul. yg patut bunyi 'o' bunyi 'a'.
 lagi satu apps, mat saleh agaknyer. 'hamzah' jadi 'hemza'. 'ya' 'ye'. dulu akif sebut 'elif'. sekarang dh berjaya betulkan. ada byk lagi apps alif ba ta yg blum try. nak kena survey lagi ni.

lately akif suka tgk program dari uk. numtums dan mr. tumble. sebutan pun dh lain. 'up' bunyi mcm 'op'. thanks dh bunyi baku.

Wednesday, May 8, 2013

penajaan separa penuh

hari ni dapat surat kelulusan extension kedua dari umt. kpt bayar yuran je. takde elaun. gaji jalan. harapnyer cepat2la dapat surat dari kpt.  malas nak berbalas email dgn fee center.

ada tiga minggu je lagi sebelum balik bercuti. balik 2minggu aje tp dlm kepala plan mcm2.

Wednesday, May 1, 2013

perasaan bila nampak bayangan hasil kerja tiga tahun lebih

kemain panjang tajuk. ini cerita beberapa minggu lepas.
awal2 saya taip chapter thesis asing2.  risau juga masa nak combine tu takut timbul masalah. saya bukannyer pandai sgtpun latex.  guna template thesis org sblum ni yg dh grad. bila try combine semua chapter yg dh siap, alhamdulillah semua error kecik2 berjaya diselesaikan. tp masalah dengan reference. susunan first, second and third author tunggang-langgang. tp akhirnyer berjaya diselesaikan. rupanya kalau ada 3 atau lebih author, between authors semua kena letak 'and'. tak boleh letak simbol ','.

bila tgk ada rupa thesis dengan tajuk, isi kandungan apa semua tu, waah... happy. baru nampak rupa thesis sket. of course ada lagi benda2 yg belum selesai. benda yg macam sikit je tp amik masa lama juga nak siapkan ni. chapter 5 masih belum siap. sebelum sv puas hati takleh nak cakap kerja research dh abes. chapter introduction dan conclusion pun belum. chapter lain2 pun masih nak kena touch up lagi. tiba2 rasa nyesal tak apply 6 bulan untuk 2nd extension. takut tak sempat.

Seb baikla sini tak wajib viva. Kalau examiner tak puas hati baru dia panggil utk oral defense.

Monday, April 29, 2013

code cracked

semalam papa berjaya pecahkan code 'elembus'.
masa tu akif tgh exicted dengan kek birthday yg saya letak lilin nombor 3 kt atas. dia sebut 'elembus three'. rupanya 'elembus' tu 'numbers'.



Friday, April 26, 2013

Restless

Hati kurang tenang seminggu ni. kerja research yg tinggal sedikit tu masih takde progress. sv pulak menghilangkan diri. hari ni pun takde. kena email ni.
chapter introduction masih blum start. not sure how to start. masa tulis ni baru teringat pasal nonlinear writing. start mana2 je dulu. mungkin saya start dengan thesis layout. sebab dh tahu kandungan utama apa.

bila guna latex ni sangat senang. tak perlu nak buat isi kandungan, list of table apa semua sebab akan keluar automatik bila letak command
\tableofcontents
\listoffigures
\listoftables .

kalau dulu2 tulis guna word, tiap kali edit thesis, kena edit semua2. paling senang equation number, dulu kemain leceh nak edit benda tu.

Wednesday, April 24, 2013

autumn's concerto

sekarang middle of autumn. bukan semua pokok maple kt sini bertukar warna dengan cantik. depan building department saya, dari summer lagi daun abes kering. mcm dh nak mati je pokok2 tu. tp kt technology park, pokok maple bertukar warna dengan cantik sekali. pagi ni masa datang uni, perasan daun dh start bertukar warna.

autumn's concerto ialah nama drama taiwan yang popular.

setelah beberapa lama fikir kenapa akif sebut 'thank you' sebagai 'funk you'. sebelum ni dia sebut 'TQ'. baru tahu semalam sebabnyer. . malam tadi akif tgk cerita Mr Tumble, rancangan kanak2 dari UK. terdengar Mr tumble tu sebut 'thank you' bunyi baku. jadi akif tiru dia.
ada satu perkataan yg akif sebut dah dekat 2 bulan rasanya tapi ibu dan papa masih tak dapat figure out apa benda. 'elembus'. biasanya dia suruh buka youtube sambil sebut 'elembus...elembus'. nak kata 'eleven' bukan sebab dia sebut 'elembem/elebem'.

not (English) vs nok (Kelate. bahasa melayu standard: nak).
rasanya akif dah confused penggunaan dua perkataan ni. kalau maksud sama takpe. ini maksud berlawanan. saya pun kadang tak tahu dia sebut not ke nok..




Tuesday, April 23, 2013

akif's clues

satu hari, akif sebut 'blue'. ada benda yang dia nak warna biru la tu. tak dapat agak dia nak apa, saya tanya dia nak apa. kali ni dia buat tutup/clap dgn tangan, sebut 'shut'. okay, dia nak roti sapu nutela dan roti tu kena lipat dua. kaler plastik roti tu warna biru.  padahal dia bleh je sebut roti. lupa agaknyer...

awalnyer plan lepas balik hujung bulan mei ni, nak dtg kejap2 je jumpa sv. tp dengan progress sekarang terpaksa buat keputusan untuk duduk sini sampai submit full draft kepada sv. minggu lepas check tiket ke perth rm429. hari ni rm269, ada promotion. wah murah. tiket balik raya nnti mesti mahal.


Monday, April 22, 2013

weekend

happy birthday akif!!

bukan selalu bleh tekan2 ni. selalu strapped kt carseat

tolong ibu buat cake

cake pops yg tak brape jadi

sempat rasa sikit je. 

pegang aje. tak makan pun..


cari brg utk packing. marah bila nak tolong dia steer. nak buat sendiri. seb baik tak langgar org.
hadiah birthday. kebetulan ada train sale.

Friday, April 19, 2013

more works

adoila.... ingatkan dah ok. tp bila tunjuk kt sv, kena baiki lagi....  ni rasa nak gi terapi shopping ni... beli barang buat kek? papa akif ckp nak beli baru set cake pop tu. kesian akif dok sebut cake.

Thursday, April 18, 2013

3 tahun

semalam akif genap 3 tahun.
bila nyanyi lagu happy birthday kt dia, terus dia 'cake!! cake!!'
alamak, ibu tak buat kek la. sebenarnya terlupa. dh tghr baru ingat.
mungkin sebab dok teringat pasal kerja. takde idea mcm mana nak buat.
semalam baru dapat idea. hari ni jumpa sv dia ckp ok. harapnyer takdelah masalah lain plak timbul lepas ni...

dua tiga hari lepas tiba2 dengar mcm akif sebut perkataan tak elok. bila check apa benda dia tgk , rupa2nya 'fox'. US English kan 'o' bunyi mcm 'a'.  mmm... macam-macam.


Monday, April 15, 2013

pack

akif nak tolong pack

orang kirim yg banyak ni..
awal2 hari tu saya silap kira. jadi ingatkan mahal shipping. byk toy akif dh let go. kalau tak, agaknyer lagi byk saya bawa balik.

Friday, April 12, 2013

menulis

bukanlah nak cerita pasal writing thesis tp pasal akif.
semalam akif start menulis. sebelum ni bila suruh tulis, dia tak nak/tak reti. conteng2 bolehlah.
beberapa hari lepas saya buka Word. set saiz font besar2 dan bagi dia taip. seronok dia bila tekan keyboard, keluar huruf/nombor. ajar dia kalau nak no 10, tekan 1 then tekan 0. lepas tu asyik type 10 je.
malam tadi, time saya guna laptop dia sibuk nak tekan2 keyboad. jadi saya amik magnetic drawing board, bagi dia main benda tu. tak lama lepas tu dia tulis huruf H,I,M,A. yang kelakarnyer cara dia tulis. masa nak tulis huruf H, dia tulis 'I   I' dulu. lepas tu '-'. tapi dia buat jarak sangat jadi 'I--------I'. hohoho.
huruf I plak dia buat atas bawah dulu. masa nak tulis huruf M pun dia buat kanan kiri mcm huruf H juga, baru buat tengah.
lepas tu dia lukis shapes. circle dia of course la tak perfect. ibu happy sebab dia dh berani cuba. untuk rectangle, dia ikut shape drawing board tu, jadilah perfect rectangle ^^

hasil creativiti akif



Thursday, April 11, 2013

tak kena lagi

haaa... kan dh cakap. hari ni bila jumpa sv, ada benda lagi tak kena dengan benda yg tunjuk kt dia ari tu. mmm...

Wednesday, April 10, 2013

Tinggal Kenangan


dua hari aje hayat set buat cake pops ni.
mlm tadi masa saya nak amik wuduk utk solat maghrib, akif main dengan penutup tray ni. kalau perhatikan dlm gambar tu, penutup try tu ada lubang kt atas untuk letak stick. akif masukkan jari dia dlm lubang tu takleh nak keluar. bila try guna sabunmasih tak boleh juga nak keluarkan, dia dh melalak dh masa ni. saya suruh dia tunggu dulu, saya nak solat.  lepas solat try lagi. takleh jugak. try guna minyak masak plak. sampai tertido akif. memang dia dh ngantuk dari awal lagi.
bila jari dia dh berdarah, takutlah plak nak cuba lagi. jari dia pun mcm dh bengkak. kali ni try potong tray tu guna cutter pokok tp tray tu keras jugak. lagipun bila dekat dengan jari nnti susah juga sebab cutter tu tak brape sesuai. confuse jap nak bawa gi hospital atau nak call bomba. kebetulan papa akif ada kawan pediatrician. lepas call dia, decide utk gi princess margaret hospital (hospital khas untuk kanak2).
sampai kt hospital, saya bawa akif masuk kt bhgn emergency sebab papa kena gi cari parking. bila dh angkat masuk bhgn emergency tu baru akif terjaga dari tido. ramai la plak org kt emergency tu. tak lama lepas tu ada nurse panggil masuk. seb baik kawan papa ada. dptlah cepat. tak pasal2 doktor jadi handyman. kebetulan derang ada cutter yg sesuai.
lepas berjaya potong benda tu, baru isi borang register. tunggula invoicenyer berape. harap oshc bayar semua. dlm kereta, terus akif nanyi2.

Monday, April 8, 2013

"You have a healthy weight for your height"

dah lama tak timbang. sekali dh 55kg. tp masih dlm range bmi yg ideal lagi. semalam konon nak jogging. bila sampai kt mill point road mcm ada program je. ramai yg lari pakai nombor. terus tak jadi. nak lari kt park dekat rumah byk anjing. park tu memang tempat org bawa anjing utk exercise.  walaupun orang kt sini peraturannya kena kutip najis anjing kalau berak, takut ada yg tercicir.

tengah hari semalam gi beli corelle yang mak2 sedara kirim. kt kedai tu, akif nampak set utk buat cake pop. kotaknya warna warni, jadi agaknya akif ingat itu toy. dok pegang kotak tu dlm kereta. nntila ibu buat cake pop untuk akif ye... nak kena cari barang utk buat kek dulu.

AMARAN: JANGAN BACA JIKA ANDA TENGAH MAKAN. satu hari masa dlm kereta kt jln raya, ternampak sekor anjing saiz agak besar dlm satu kereta ni. seperti biasa, anjing suka letak muka kt tingkap. masa tu berhenti kt traffic light. bila lampu hijau, kereta bergerak, terus air liur kt mulut anjing tu berterbangan. eewww!!!!  semalam masa kt traffic light, kereta depan ada anjing. bila lampu hijau, terus kami naikkn cermin. suh papa akif drive pelan2 sket. biar kereta tu gerak dulu.

Wednesday, April 3, 2013

8 pages

bangga dapat cecah 8 pages. mwahahaha...
alhamdulillah sv ok bila tunjuk kt dia tadi. oklah tu kot proof tu. tak tahula kan kot2 minggu depan dia suruh baiki lagi ke apa. nak kena generalized utk dua kes lagi. then finish keje.


Tuesday, April 2, 2013

tips bila nak travel jauh

bila travel jauh yg perlu bermalam, kami biasanya akan bawa barang mentah untuk masak. selain susah nak cari makanan halal, harga kt kedai makan juga agak mahal. sekali sekala makan kt luar bolehlah.
biasanya bawa makanan yg boleh tahan lama seperti sambal bilis, telur dan sardin. accomodation biasanya siap dengan dapur, peti ais dan microwave. senanglah nak masak.
hujung tahun lepas, setelah diberitahu oleh member yg travel skali, rupanya lagi senang kalau masak siap2 dan frozenkan. masa nak bertolak, masukan makanan tu dlm cooler bag dan letak icepack. bila sampai kt tempat penginapan, makanan tu masih beku lagi. jadi tak perlu penat2 masak. tinggal panaskan aje.

kalau kt malaysia tak perlulah susah-susah macam ni.

Monday, April 1, 2013

holiday dlm ofis

baru aje cakap nak makan red velvet, sabtu lepas dapat makan. alhamdulillah. thanks k umi!!! dapat juga rasa kurma cina dan laksa. dh lama tak makan laksa. nak buat sendiri minta maap le. hehehe...

hari ahad join member jogging kt burswood. dia buat 8km. saya baru start ni tak larat le... buat 15 minit je. itupun asyik tgk jam je. dari burswood terus ke belmont sunday market. tp tak ramai org sebab easter kot. akif pantang nampak clock mesti nak. beli windmill je utk dia. padahal kt umahpun dh ada.

tinggal 2 bulan je lagi. fighting!!!

Thursday, March 28, 2013

becoming birthday


lagi tiga minggu birthday akif. hadiah dh sampai...
masa google kt internet, ada yg harga lagi murah tp takde tulis toxic free. yg ni ada tulis toxic free jadi amikla yg lagi selamat. dlm dolar takdelah mahal tp kalau convert ke rm mahal jugak.

terfikir juga nak buat makan2 ke sempena birthday akif ni tp memikirkan tengah bekerja keras siapkan kerja macam tak sempat. selera tiba2 datang nak order red velvet. tp akif suka kek coklat. nak ikut selera akif atau selera ibu?

hampir lupa jumaat hingga selasa cuti easter. biasanya jumpa sv hari jumaat. jadi sempatlah siapkan draft chapter sebelum jumpa sv rabu minggu depan. hopefully.

benda yg tak best bila datang uni time cuti ialah toilet kotor. kadang tu kuning2 kt seat. tak paham. padahal toilet pompuan.


Tuesday, March 26, 2013

sebutan yg betul

bila ajar akif alif ba ta baru perasan susah juga huruf hijaiyah ni berbanding abc. rasanya dia bleh sebut semua huruf a-z dgn betul.
hehe... macamlah kita org dewasa ni dh betul sebutannyer... especially huruf dhod. rasanyer ramai tak tahu cara sebut yg betul. sila tambah ilmu di sini:  http://www.youtube.com/watch?v=YbrS-qp-XCY

masuk bab akif balik. huruf yg dia tak reti sebut ialah dzal (dia sebut dal) , tsa dan kho. huruf lain seperti sod & dhod, sin & shin dia confused. bila betulkan dia bleh sebut. paling best dengar dia sebut huruf hamzah.

saya guna flashcard ni: http://www.ad-duha.org/Arabic_Flash_Cards4.pdf
cuma takde baris. baris bleh buat sendiri guna marker. kalau kt malaysia bleh order dari http://www.duniasusuibu.com/shop/index.php?route=product/product&path=34&product_id=384


ok. sambung keje.

I LOOOVE LOOOVE LOOOOVE WRITING.

Monday, March 25, 2013

kwok

semalam (ahad), plan asal nak gi uni tp masa tengah bersiap ubah fikiran. gi sunday market. dh lama tak pergi. tujuan utama nak cari twin troller untuk ayah cik. ayah cik bakal dapat twin. twin stroller kt malaysia mahal katanyer walaupun 2nd hand.
sampai kt sunday market, akif taknak jalan. nak dukung. dgn papa taknak. nak ibu. penatla ibu dukung. tp bila dapat toy, terus bleh jalan sendiri.

akif and his kwok (clock)
bangun pagi tadi terus cari kwok.


Friday, March 22, 2013

Frustrated

bulan lepas saya telah tetapkan hujung bulan 3 ialah duedate utk siapkan kerja2 chapter last ni. 
tinggal seminggu aje lagi. mcm tak sempat. saya tahu 'benda' tu tp sukar nak present the idea in writing. macam mana nak tulis.  frustrated sebab rasa benda ni bleh siap dlm masa yg singkat tp dh berlanjutan.

saya ada baca satu buku pasal writing. kata penulis tu, antara masalah utama untuk menulis ialah takut. takut kerja kita tu dikritik. jadi kena tolak tepi perasaan takut org komen teruk2. 

apa nak buat lepas ni? tulis je dulu apa yg ada dlm kepala. dengan menulis sebenarnya buat kita lagi nampak dan dapat organize idea tu. jia you!!! (lately layan taiwanese drama. so, add oil!!!)

Sunday, March 17, 2013

weekend

for the first time datang uni pukul 7.30. hari ahad pulak tu.
papa akif lagi bersemangat suruh ibu gi uni sabtu ahad berbanding ibu.
hari rabu ni ada perjumpaan dengan rombongan dari umt. dh burn satu hari kt situ jadi kena cover la utk hari rabu tu.

kita hilangkan mengantuk dengan update blog. kali ni nak bercerita pasal habit akif bila makan.
kadang tu rasa mcm mengalahkan raja. kalau kupas kulit pisang tak kena cara menyebabkan penyet sket bghn hujung, dia tak kan makan pisang tu. terpaksala kupas yg lain. bila dh kupas, bagi kt dia, dia akan belek dulu. kalau dia puas hati baru dia makan. sama la dengan epal atau buah lain. epal kadang lebam.  lebam sikit je pun tak boleh jugak. pernah saya kupas kulit epal. kawasan lebam agak banyak. bila buang tempat lebam tu, dh tak bulat mcm epal. itupun tak boleh jugak.

kalau ada gathering makan2, biasanya org lain akan suap anak dulu. walaupun dh tahu biasanya dia taknak makan lebih2 lagi kalau jumpa geng, saya akan offer juga kt akif. mostly dia memang tak kan makan. kalau makan pun mcm keropok ke. tp dia suka kek coklat. hujung tahun lepas saya ada buat kek dua kali. kadang tu dia keluarkan sendiri kek dari peti, letak atas meja. nak makan agaknyer.


Thursday, March 14, 2013

warning


pagi ni, bila log in oasis (portal curtin), ada notice kt atas ni. adoi... gara2 yuran dari disember tahun lepas masih belum dibayar. bila baca instruction, kena apply permohonan untuk tangguh bayaran. tp bleh tangguh sampai 13 April je. hari ni 13 mac. kalau tak boleh bayar by 13 april, kena tulis surat rayuan 3 working days before due date.

Jadi apply permohonan tangguh bayaran dulu. Call hotline, staff yg angkat bgtau paling awal 3 minggu derang akan buat bayaran. paling lewat? sebulan? dua bulan? nak buat kerja pun tak senang.

bestnyer permenant resident dan citizen sini. master dan phd free. kami international student ni 1sem 15 ribu dolar.

Wednesday, March 13, 2013

pening pening

pening-pening datang lagi. dh dua tiga hari dah. tp malas nak gi klinik. mcm mana tuh...

ari ni plak ada sanction bila log in web curtin. kpt tak bayar lagi yuran tahun lepas. dh overdue. pastu tulis census date 29 march 2013. risau nih sebab member kt uwa dh dapat warning kalau tak byr by sekian hb, kena terminate. member tu dh hntr dh thesis. kepala makin pusing (tp sempat update blog ;p). esoklah email kpt. rasanya bukan saya sorang ni...

Monday, March 11, 2013

job job

petang semalam main bola dgn akif kt belakang rumah.
tengah main tu dengar org belakang rumah main electric guitar. jiran belakang rumah tu cikgu music. selalu je dengar org main instruments. bila bunyi guitar tu berhenti kejap, akif tepuk tangan, "job job" (good job).


bulan depan birthday akif. rasa macam nak beli wooden blocks. akif suka build tower. jd oklah kalau wooden blocks. tahun lepas beli toy yg agak fragile utk dia. seminggu je kot tahan.

Wednesday, March 6, 2013

12 weeks

kurang 12 minggu lagi first extension tamat. dlm proses nak apply 2nd extension.
berat hati juga nak amik 2nd extension. dengan ramai yg masih menunggu2 keputusan dari penaja, dengan ramai hadapi masalah yuran tertunggak. tapi terpaksa apply jugak sebab memang tak sempat.


Wednesday, February 27, 2013

pelat

busy mengejar dateline tp sempat update blog. hihi...

kisahnyer sejak beberapa minggu lepas akif selalu sebut 'found you'.
budak2 biasalah kan tak boleh sebut betul2. masa mula2 dia sebut, bunyi macam swearing yg start dgn huruf f. dalam hati, abeslah... kena betulkan cepat2 ni, nnti kalau org lain dengar, susah...

dulu pernah baca dalam blog, blogger ni dengar anak dia mengeluarkan kata2 tak elok dengar, terus dia gi tampar anak dia, padahal anak dia pelat. sebut benda lain bunyi benda lain.

sekarang akif masih tak boleh sebut betul lagi tp dh ok sikit berbanding mula2 dulu.

Monday, February 25, 2013

drama

kadang2 akif suka berdrama. terbaru, overused word dia ialah 'look!' dengan nada terkejut. padahal nak cakap 'look! a house'.

dua tiga hari ni dia dah pandai letak 'a'. semua 'a'. a house, a triangle, paling tak tahan 'a cars'. tak tahu nak betulkan macam mana 'a cars' tu.

lagi satu 'and'.  sambil main kereta mainan , dia sebut colour kereta, 'white and blue and red and green ...'
beberapa bulan lepas dia confused green dan red. risau juga kot budak ni rabun warna. tp lepas tu ok, dia kenal green dan red.

Wednesday, February 20, 2013

baru ku tahu...

ini saya amik dari fb.



ceritanya, masa mula2 sampai perth lebih tiga tahun lalu, saya agak pelik kenapa ada member sebut 'hi' atau 'hello' bila jumpa. biasanya kalau kt malaysia sebut 'assalamualaikum'.

bila dah lama kat sini, jadi kepada diri sendiri. melainkan dengan kawan2 yg muslim, pegi mana2 atau bila jumpa sape2 mestilah say 'hello' atau 'hi'. tiap kali nak bayar kt kaunter, staf tu akan tegur. bila dah lama2, bila jumpa dengan kawan2 yg muslim pun autometik keluar 'hi' atau 'hello'. sebab sebut 'hello' atau 'hi' lagi kerap berbanding 'assalamualaikum'.

bila dh sedar benda ni, maka tiap kali jumpa kawan2 muslim, ingatkan diri sendiri utk sebut 'assalamualaikum'.
The end.

ini nak bercerita pasal akif pula. peramah budak ni. kalau berselisih dengan org suka tegur 'hello'. selalu je kalau gi shopping, jumpa budak besar dari dia, mesti nak join main atau ajak borak (borak dlm bahasa akif).    kalau pegi kt playground, kalau budak2 yg gentle sket mesti lari dari dia sebab suara dia kuat. hahaha... masa pegi kids gym, ada parent nak amik gambar anak2 dia, akif tanpa segan join skali sambil buat symbol peace. ^^
tak tahula kot bila besar sket nnti jadi pemalu pula. hahaha...

breakfast

basement cafe, engineering building, curtin uni.
suka cara dia design.
design kotak2 kt dinding tu pun cantik. dlm gambar ni tak nampak lawa.

dalam gambar ni akif baru bangun. semalam tak tahula tidur pukul berapa. ibu tertidur dulu. 
beli hashbrown utk dia tp taknak. dua tiga minggu ni dia kurang makan. minum susu je banyak. tp kalau nampak timtam (coklat), makan le. nugget pun bentuk dinasour je makan. itupun dia makan tepi je, pastu tinggal. pisang pun dh tak makan. nasi tak tahu bila last dia makan. try buat carrot juice sebab sayur lagilah dia tak makan. dia try juice tu sket dh tak nak. nnti nak try buat aiskrem carrot plak.




comel kerusi ni.. kelakarnyer, kerusi ada 4 tp meja secoet. hahaha...

Monday, February 18, 2013

first sentences

antara ayat pertama akif.

1. tengah main dengan monkey dan ted (soft toys), tiba2 cari elmo. 'elmo, where are you?'

2. shopping kt kedai, papa dan akif gi kt bhgn air, ibu gi amik pisang utk akif. (agaknyer sebab queensland banjir lagi, harga pisang dah naik). akif cari ibu, 'ibu, where are you?'

hari sabtu, masa dia tgk mickey mouse clubhouse, tiba2 akif jerit 'teeeeen', siap kuar air mata lagi. rupanya nombor '10' kena ikat dan ditarik masuk dlm kandang. tiap kali dia nangis sebab tgk cerita, mesti tergelak. ibu kena berusaha utk tak gelak ni. kena tunjukkan empathy.

malam tadi plak, ekor goofy kena gigit dengan ketam. dia dah sedih 'lalu...'.  tp tak nangis. (nota: watak anjing dlm pocoyo, namanyer 'lula', tp akif tak reti sebut. dia sebut 'lalu').

gambar kt bawah ni kat kids gym semalam. ni time budak2 yg hadir utk birthday party masuk dlm bilik utk tiup kek, itu tak ramai dlm gambar. masa datang sebelum ni tak ramai sangat. kali ni lagi ramai. dan bising. lepas balik dari tempat ni, akif suka terpekik2. agaknyer sebab dia dengar budak2 kt sini terpekik2.



akif tak berani nak explore bhgn atas. dia suka main kt dlm bola tu..


Friday, February 15, 2013

baiki lagi

seriously, rasa macam dah terlalu banyak masa spend utk bhgn intro. masih kena baiki lagi...
sabor je la.... nak kena menuntut ilmu writing lagi ni...

today rasa macam dh flat dah. sambung minggu depan.

Thursday, February 14, 2013

no + toksey = no se

agaknyer akif confuse kadang org sebut  'no', kadang 'tok sey (tak nak)'. jadi bila dia nak ckp tak nak, dia sebut 'no se'. bunyi mcm spanish dah. atau sebab dia dengar dlm pocoyo versi sepanyol?
tp dua tiga hari ni dah reti sebut 'tok sey'.


antara banyak2 lagu alif ba ta yg ada, saya tak sangka dia suka dengar satu video ni, sebabnyer sangat bosan bagi saya sebab takde music. cuma bunyi narator sebut huruf dan gambar huruf semata2. tp dia suka dengar yg ni. bagus la sebab takdelah dia confused. kalau yg lagu tu, huruf keluar cepat jadi dia confused beberapa huruf. ini videonyer...




sekali tu dengar dia tgk video alif ba ta yg slang mat saleh. alif jadi elif. tak lama lepas tu dengar dia sebut elif. seb baik dh tak tengok video yg tu. kalau tak lekat dengan elif.


Tuesday, February 12, 2013

down

agak sedih bila dapat balik kerja yg disemak oleh sv. saya spend masa agak lama kt bahagian introduction.  tp sv suruh baiki balik. huhuhu... tak reti nak buat....
tp bila fikir balik, kira nasib baikla. bahagian intro je kena baiki. yg lain silap sikit2 typos je.

sengsaralah writing ni...

Monday, February 11, 2013

website parenting

http://grandmajeddah.blogspot.com.au/

saya ada beli ebook yg ditulis oleh grandmajeddah ni. sangat menarik tp nak apply utk akif , bukan semua sesuai lagi sebab dia masih belum faham. kalau dia dh bleh bercakap nnti blehla...

keliru

kadang rasa sempat, kadang rasa macam tak sempat.
jalan selamat apply je utk second extension. nak isi borang satu kerja pulak ni...
ikutkan hati, memang dah taknak extend dah.
fighting!!!

nak bercerita sedikit pasal akif utk kenangan. kalau tak tulis, bila dah lama2 akan lupa...

walaupun saya tahu tiap budak tak sama perkembangan, tapi bila tgk akif masih belum cakap (ayat penuh), risau juga. tapi minggu lepas perasan dia dah start buat ayat guna 3 perkataan. tak tahulah dia faham maksud atau main sebut je. saya juga perasan vocab dia banyak dapat dari youtube berbanding dari perbualan kt umah. kadang tu dengar macam perkataan sepanyol. hahaha... kadang dia tgk pocoyo dan micky mouse dalam bahasa sepanyol.

kalau biar je, dia akan tengok youtube sampai lewat malam. kalau dah sampai pukul 12 biasanya saya akan amik simpan handphone. dia akan nangis kejap, baru tidur. lately, bila nangis, dia minta nasi, lepas makan nasi baru tido. baru terasa lapar agaknyer. sekali tu, bila amik simpan handphone, dia nangis2 sambil sebut shapes. (dia nak tgk lagu shapes). bila bangun pagi esoknyer, tgh mamai mata belum buka lagi dah sebut  'shaaapes'.

sabtu dan ahad lepas tak gi kids gym sebab panas sangat. 40-41C hingga rabu ni. khamis baru dijangka turun ke 29C. pingsan. buka aircond pun macam berpeluh lagi. tak tahula bil letrik kali ni berape. elaun kpt tak masuk lagi. lagi 3-4 bulan baru masuk kot.  UPDATE 12/02/2013: elaun dh masuk... yae yae...

Tuesday, February 5, 2013

photo update




nangis nak handset 


toys akif pun nak main slides
dah beberapa minggu ibu tak bersosial, makanya akif pun tak bersosial juga. kesian tgk dia excited bila jumpa budak baya dia kt shopping. lepas google kt internet, ada private kindy utk 2tahun stengah ke atas (government punyer umur 4/5 tahun) tp tempat tu agak jauh. tempat dekat plak nak toilet trained. akif belum lagi. play group hanya ada weekdays. susahla plak kalau ibu kena tunggu.  bila check kids gym (jungle gym)(yg ni private),  juga buka weekdays je. seb baik jumpa yg ni: tumblers kids gym. yg ni community punyer, buka 7 hari seminggu kecuali christmas dan new year. ahad lepas bawa dia gi sana. suka datang tempat macam ni sebab takdelah budak2 berebut toy la apa la. lain kali kalau pegi sana lagi, saya amik gambar.



hehe gaya macam penat main bola. elok2 main ngan papa, bila tgk ibu tanggal selipar, duduk atas rumput, dia pun tanggal sandal, duduk juga. lepas tu malas dah main.



Saturday, February 2, 2013

dilanggar scooter

ini kisah bulan lepas. masa jalan2 kt perth, murray st. kt murray st and hay st tgh2 bandar tu kereta takleh lalu. pejalan kaki aje. kadang2 basikal dan skaterboard.

masa tu lalu tepi kedai sushi. antara kedai dan meja kt luar kedai,  jadi saya biar akif jalan sendiri. bila biar dia jalan sendiri, biasalah lambat. byk distraction. seperti biasa saya akan berjalan ke depan sikit baru dia jalan. masa tu jarak dia dgn saya dlm 1-2 meter. saya dok pandang dia jadi tak perasan sekeliling lgpun kami kt kaki lima kedai. kira tak perlula nak fikir basikal ke apa.

husband masa tu dah berjalan ke depan tp dia berenti, tunggu akif bergerak. tiba2 dia bagi warning (dh lupa dia ckp apa). kebetulan masa tu akif yg tengah berjalan, baru lepas kawasan meja makan. meja2 kt luar kedai tu di kelilingi pokok bunga yg lagi tinggi dari akif. jadi dia terlindung. rupa2nya ada dua beranak (ayah dan anak) naik scooter laju menuju ke arah akif. mereka dari arah kanan akif, jadi mungkin tak nampak akif awal2 sebab terlindung dgn pokok bunga . si ayah sempat brake btul2 depan akif tp sebab brake mengejut+momentum, scooter dan dua penunggang terbalik atas akif. melalak la budak akif tu. saya dah risau kot apa2 tp kejap je dia nangis. lebih kepada terkejut rasanya. sebab masa jatuh si ayah tu sempat pusing jadi tak jatuh btul2 atas akif. scooter je la.

hehe... ini scooter yg budak2 main tu, yg tolak ngan kaki tu, bukan motosikal.

rasanya musim panas kali ni paling cepat berlalu. sebabnyer... mengejar masa nak siapkan kerja. tak lama dah rasanya nak balik. kt umah asyik bercakap topic packing, shipping, let go barang, barang mana nak bawa balik. novel2 semua dh let go. bagi free je semua. tinggal dua tiga buah je yg nak bawa balik. toy akif pun dah banyak di clearkan.

bercerita pasal toy, bila beli toy yg branded macam fisher&price ni, baru tahu quality nyer macam mana. memang sepadanla kalau harga mahal. jatuh/ terhempas brape kalipun ok lagi. toy akif bukan semua beli baru. ada yg beli kt sunday market (2nd hand) dan ada juga yg org bagi. ada satu yg paling impressed sekali, kereta hadiah birthday dia. di sebabkan hadiah birthday, awalnyer tak tahula harga berapa kan. tp masa kami kt kedai toy, ada kereta ni, jadi tgkla harga, wah $40-50 dollar. tapi sangat tahan lasak. dan kalau 'pintu' dia tertanggal, bleh pasang balik. design dia memang allow utk tertanggal. biasanya kalau toy kereta, pintu akan patah/tertanggal. tayarpun tak tahan lama.

satu hari, ibu tengah basuh pinggan kt sink, tiba2 akif datang hulur pinggan. wah~ bagusnyer akif. rupa2nyer dia nak main kereta dia atas meja makan. jadi dia kena clearkan pinggan atas meja tu dulu. hahaha... seb baik dia bagi kt ibu. pernah dia nak main toy dia atas meja kecik dia tp laptop ibu ada atas meja kecik tu. dia tolak je laptop ibu. sabor je la....

Tuesday, January 22, 2013

photo update::kawan2 akif dan hasil tangkapan

dari kiri: elmo, monkey, akif, ted (koala )

suka suruh lukis kaki dan tangan dia

makanan org sakit. bubur nasi dan ikan tambang (hasil tangkapan papa akif ahad lepas)

hasil tangkapan papa ahad lepas. nak dapat ikan ni tak perlu guna umpan, guna mata kail mcm tu aje. tabur je dedak, nnti ikan2 tu datang.