Thursday, October 24, 2013

taska

akif dh tiga minggu gi taska. minggu kedua gi kejap je sebab papa ada kt umah pastu cuti raya haji. hari ahad minggu ketiga pun tak gi sebab tokma ada kt sini. hari isnin, dia ckp tak nak gi school. tp bila nampak kawan2 dia, terus masuk tak ingat ibu dah. tp hari selasa, nangis masa nak tinggal tu. tanya cikgu dia. rupanya hari sebelum tu dia nampak spider. pastu ada cari ibu. hari rabu pun nangis jugak. tanya cikgu dia, akif ada gaduh dgn budak2 lain ke. cikgu kadang ada org usik dia. tp akfif ni garang sket, terus dia pukul budak tu. huhuhu.... nak kena cari jalan tak nak bagi dia pukul org.

tak sedap hati la bila dia nangis tiap kali nak gi taska. tp masa hantar pagi ni, dia ok. tak nangis. alhamdulillah. lega sket.

minggu depan akif tak gi taska plak. ibu nak gi seminar.

dalam didik anak, saya cuba untuk buat dua perkara ni:
1. jangan pukul anak. kalau pukul dia bila dia buat silap sama macam ajar dia pukul orang bila tak puas hati. dalam islam pun pukul anak bila 10 tahun tak solat. itu pasal solat, benda yang paling penting.
2. jangan tengking. kalau marah2, kita sendiri yg stress.

tp, kadang2 tu 'ter' jugak. tp tak bleh give up.

I noticed that, bila gi shopping dgn akif je kurang stress sket berbanding dgn papa ada skali. kalau papa ada, bleh dia main sembunyi2. mungkin sebab kalau berdua aje, saya cepat2 cari barang dan terus bayar, takut dia buat perangai.

No comments:

Post a Comment