Thursday, October 10, 2013

akif start taska

semasa survey taska, ada je yg tak puas hati. tp bila fikir balik, memang susah nak cari orang yang jaga anak kita macam kita jaga atau lebih baik. jadi saya pilih yang saya rasa terbaik.

taska akif ni hanya budak umur 2-4 tahun. umur 2 tahun ada dua orang. jadi rasa ok la dia bergaul dgn budak baya dia. ada satu taska yg saya gi suvey, budak2 kecik baring tengah menyusu dan akif berlari2. risau kot terpijak budak tu.
rumah yang menempatkan budak2 tu pun luas. 16 orang sebuah rumah (ada tiga bilik). masa gi survey taska, ada yg menempatkan 20 lebih dengan ruang yg lagi kecik. overall kira ok la....

cuma jauh skit. gi hantar akif, patah balik umt amik masa 30 minit.

first day, seperti biasa, bila nampak budak baya dia, dia seronokla main. bila ibu nak balik, dia nak ikut. tp bila cikgu dia keluarkan blocks, terus ok. tengah hari saya gi jenguk. ok je. tp bila saya nak gi, dia nak ikut. jadi cikgu dia keluarkan mainan, terus tak ingat ibu. dia tak tido siang kt taska maka mlm tu tido awal. pukul 8 kira awal la. tapi budak memang kena tido awal utk perkembangan.

hari kedua, tak de dah nak ikut ibu. lagipun kt dalam taska ada slides. hari kedua tak gi jenguk.
hari ketiga gi jenguk. masa tu dia baru nak makan nasi. nampak ibu bawa roti, terus taknak makan nasi. nak makan roti. lagipun nasi tu bukan kuah kicap.

kalau orang lain moyok je pepagi bila nak kena hantar kt taska. tidak akif. mungkin jgua sebab dia dh besar.

semalam taknak bagi dia pakai nappy, nak toilet train. tp dia marah, suh pakaikan nappy. pagi tadi dia ada cakap nak berak. bila ajak gi toilet taknak. lagipun dia takut toilet cangkung. dia cakap busuk. macam mana nak buat dengan toilet ni ye?

lately,
- akif suka baca buku. suruh ibu bacakan dan kadang2 dia baca sendiri. saya perasan dia cam perkataan 'stop'.
-tak bleh kena panas mathari. kalau kena panas sket bising 'ni panas ni...'. putera lilin.

No comments:

Post a Comment