Saturday, September 28, 2013

submitted

plan asal konon nak hantar hari isnin. tp memang tak sempat sebab nak bold vectors. sebelum ni berbelah bagi nak bold ke tak vectors. sebabnyer supervisor saya tak de cakap pun. dlm papers dia pun dia tak bold. tapi dlm paper yg baru di review, reviewer tu suruh bold. jadi decide utk bold vectors dlm thesis.

ckp kt sv nak jumpa hari selasa.  seharian dok bold vectors tak siap2. kalau guna latex, sebenarnya ada jalan pintas. contoh: kalau guna word, kalau kita nak bold, kena highlight dan tekan butang bold atau tekan ctrl+ b. kalau guna latex, jalan lambat ialah highlight, then klik bold. (saya tak jumpa key shortcut.). jalan pintas, define awal2, \x=\textbf{x}. maka, bila kita tulis \x, x yg keluar adalah bold. awal2 rasa mcm sama je klik butang bold dengan define awal2. jadi, saya tak define. masuk chapter 2, bila run, tgk hasilnyer, agak pelik. rupanya bila di bold, symbol tu tak di italic. kena start dari awal. kali ni kena highlight dan klik italic. makanya latex file tu penuh dengan \textbf{\emph{}}. serabut dah. tapi masih malas nak define. sebab utama ialah kena define bagi setiap variable. mlm tu dok bold vectors sampai tersengguk2 depan laptop. akhirnya tak tahan ngantuk dan risau tertekan keybord time mengantuk, kacau coding. menangis air mata darah kalau tak jumpa error nnti.
bercerita pasal error. masa mula2 guna latex dulu, tak tahu kalau kita betulkan error pun kadang keluar error jugak. lepas betulkan error, run, kalau dia cakap ada error, kena tekan enter baru ok. kalau tekan enter masih ada error, maksudnyer ada error lagi la tu. ini pendapat amatur.

hari selasa, dari pukul 5 pagi lagi start. dah pukul 8pg, agak2 memang tak sempat. jadi email sv, postpon meeting ke rabu. dah masuk chapter 4 baru tergerak hati nak define awal2. makanya cepatla sket kerja. memang la kena define tiap variable yg nak di bold. tp senang keje. dan cepat. sampai buat dengan autopilot. hehe...

tapi berisiko jugak sebenarnya buat benda ni. sebab saya dh check thesis tu beberapa kali. lepas check, baru nak boldkan vectors. kalau ada silap? huhuhu... patut buat awal2. tp masa tu rasa benda ni kurang penting. betulkan mana yg penting dulu.

selasa malam, akhirnya siap jugak.

rabu, sampai kt curtin 20minit awal dari scheduled meeting with sv. sempatla nak isi borang dan print thesis. printer laju, cepat je. bila scan student card kt printer, low balance. masa ni la nak ada problem. tanya member mcm mana nak top up duit utk guna kt printer. sebelum ni guna fund fakulti (tiap research student ad fund). agaknyer dh abis la kot duit fund tu.  bgtau kt sv ada problem printing. sv plak ada meeting tghari tu. jadi dia suruh jumpa esok je.
gi library utk top up. seb baik library tak jauh.

akhirnya berjaya print. satu copy thesis tu cost dlm 13 dollars utk print. dlm 130pages je. masa tgh print, baru teringat printer ni print both sided by default. lupa nak set. hangus 13 dollar. top up 50 dolar je. jadi print semula. masa print tu, pilih 2 copies. malangnyer, printer ni gi print tiap page 2 copy. satu kerja nak asingkan benda tu. huhu...

sebelum balik rumah (tumpang umah kawan), sorang member baru sampai office. rupanya bukan fund saya dh habis. tp masalah sistem kot. semua org mcm tu. department lain pun. ingatkan sepanjang tiga tahun lebih pengajian ni, kos printing aje seibu dollar lebih ke. saya takde claim apa2 dari consumable fund  selain printing. baru ingat nak claim proof read hari tu. tp tak terclaim sebab lupa.

hari khamis, jumpa sv, sv betulkan sket 75-word abstract yg nak dimasukkan dlm graduation statement. email abstract ke thesis officer. on the way nak gi print, baru teringat tak bawa alamat tempat binding dan tempat nak hantar thesis. dlm curtin juga tp tak ingat building mana dan office apa. seb baik ingat kt website ada cakap tempat print tu sebelah tavern kt guild. so cari2 jumpa. call tanya sorang member yg nak submit hari tu juga, kt mana kena submit. phone saya dh tak bleh guna utk internet.

masa hantar bind, kena tunggu stengah jam sebelum gi amik balik. tp member saya kena tunggu sejam. masa nak bayar tu saya misunderstood. rupanya premanent bind 2 je. utk kita dan sv. library softcopy je. saya book 3 copy. bila member cakap pasal ni, dh malas nak gi betulkan balik. takpelah, extra copy.

since kena hantar softcopy, saya gi bli pendrive. rupanya dia copy je dari pendrive tu pas tu pulang balik kt kita. penat je beli baru. padahal dh ada. takpelah 5 dollar je dan comel. dapat kt akif mesti dia ingat toy sebab ada kereta.  berdebar macam nak masuk exam nak hantar thesis. yela exam jugak. lagi 3 bulan baru bleh tahu result. kalau examiners rajin, 8 minggu dh tahu result.

perasaan? lega. walaupun ada ada kemungkinan kena panggil viva tp jarang. harapnyer taklah. minor correction je. amiin....





4 comments:

  1. Byk nye dugaan ko fadilah...insyaallah berjaya..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Fadhilah dh nk grad., scrol dlm tgn dah tu,hehee. Cpt jgk habis ontime. Lega kan.Perjlnn sy br bermula,huhuuu.Rindu Perth...rindu sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks. Selamat berjuang. you can do it ^-^

      haha, bila tengok gambar kawan2 kt perth rindu jugak....

      Delete