thesis nak kena check lagi skali dan proof read.
dan masa ni lah baru nak edit utk paper conference. format dlm word je. ok ow... satu keje nak kena edit. equation yg tak tahan tu... leceh.
plan asal nak pindah sebahagian barang mcm tilam dan mesin basuh ke tganu khamis lepas sambil survey taska. tp adik ipar masuk wad nak bersalin. cancel plan ke tganu. sepupu akif dah bertambah dua orang.
darah istihadah tiba2 je kering beberapa minggu lepas 3 bulan tak stabil. tak tahula sebab asbab nyer. mungkin dah kurang stress phd. mungkin juga sebab amalkan makan madu.
dah kurang motivasi nak kurangkan berat badan. hampir tiap pagi sarapan dengan nasi berlauk. huhuhu... kena pulak musim durian. awal2 tu beli. lepas tu durian kt kebun tokbah dah start masak. beberapa hari lepas bawa balik dekat 100 biji. tp akif takdenyer nak makan durian. belum apa2 dh yek siap tutup mulut. takut org paksa makan.
No comments:
Post a Comment