Friday, April 29, 2011

bottle strike

almost 3 weeks tak gi curtin. study kt umah aje. 2minggu lepas bawa akif skali ke school masa nak jumpa sv. jumpa sv kejap aje. dlm 15minit.
minggu lepas tak jumpa sv sbb cuti good friday.
minggu ni pulak, isnin dan selasa cuti easter dan anzac day. rabu settle pasal lease contract rumah. semalam baru gi uni. kul 12 hubby call. akif taknak minum susu. bubur dia pun makan sikit aje. ibu balik kul 3 baru menyusu. sian akif.
hari ni pun sama. masih taknak botol. macam mana nih.

minggu lepas cadang nak gi wave rock, pinnacle n lancelin. tiba2 tak jadi pulak. dah dua kali dah plan pastu tak jadi.
since tak jadi gi, plan picnic kt kings park hari ahad. malangnya hujan. jadi berkurung kt umah aje.
ahad ni plan nak gi rottnest island. harapnya smooth aje.

Thursday, April 28, 2011

tv

akif makin pandai tgk tv sekarang.
kalau sebelum ni tgk tak sampai seminit pastu sambung main.
sekarang ni ada sampai 5minit. ntah2 lebih.
tv tak bagus utk budak2 kecik mcm dia ni sebab kurang rangsangan.
nnti dia tgk aje tv tapi takde buat apa2.
kalau main tu dia boleh pegang, boleh sentuh, boleh baling, boleh berjalan.

tp setengah ada yg ckp apa yg penting sebenarnya kena ada interaksi antara kita dgn anak.


utk kurangkan anak tgk tv, mak pun kena lah kurangkan jugak. pilih program yg btul2 nak tgk aje.

Monday, April 25, 2011

the royal wedding

tak tahula kat malaysia macam mana tp kt sini hari2 ada cerita/berita pasal will n kate.
29hb nnti memang akan ada siaran langsung. kalau ada masa nak tgk jugak.
harapnya derang kekal lama.

pernah dengar princess mary?
rasanya kat sini baru dengar pasal princess marry.
kat sini glemer sebab marry tu org oz. kawen ngan crown prince of denmark.
baru2 ni dapat anak twin.

semalam video call melalui ym ngan tokma.
dia risau tgk akif jalan mengangkang. ntahle... rasa mcm takde mende. tgh nak belajar berjalan...
akif baru belajar berjalan. tp paling jauhpun 5,6 langkah.

Friday, April 22, 2011

panas dan sejuk

dalam rumah sejuk siap pakai sweater tp bila kuar umah panas aje. mcm mana tuh.
hari ni cuti. good friday. tp tak cuti dari study. sebabnyer sepanjang minggu ni kurang study.

autumn kat sini, warna daun tak lawa macam kt tempat lain. takde pinky2, merah kuning. sini terbakar terus. jd takdelah lawa mana.

Wednesday, April 20, 2011

hand luggage

air asia makin strict sekarang ni berkenaan hand luggage.
strictly 7kg dan satu beg aje. tp beg laptop tak dikira.
kt lcct nak masuk ke departure international tu ada penimbang kt situ hokey.

masa cik yuni nak balik hari tu pun kena timbang hand luggage.

harap maklum ye kengkawan.
ciao!

Tuesday, April 19, 2011

internet sewel

internet hampesh dua tiga hari ni.
laptop plak kena virus minggu lepas.
format balik. tp takde microsoft office. suh adik kt msia pos aje pirate nyer. tgh berjimat ni.

birthday akif ahad lepas tak celebrate pun. nak buat kek? akif bukannya makan kek.
buat lasagna aje. itu pun ibu n papa aje makan. kasi kt akif sikit tp dia kuarkan balik.
akif sekarang ni cuma boleh terima makanan yg cair2 aje. eg. bubur.
nak celebrate bday akif tunggu auntie wani balik sini.

akif dh pandai baca buku skang ni. dia buka buku pastu tunjuk ngan jari telunjuk, mulut berbunyi ssss... sss...
itulah bunyi dia baca buku. hikhik.

Sunday, April 10, 2011

balloon animal

poodle

dog
dog again

and pinky giraffe

inilah passion baru saya. hehehe....
tapi akif tak layan pun bila bagi belon2 ni kat dia. hohoho.
kadang2 bila beli toys, ibu yg terlebih excited dari anak.



seorang rakan di sini yg baru melahirkan bayi kedua mengalamai post natal depression.
feel bad for her.
mungkin bercampur ngan stress sebab dia ada 3@4 bulan aje lagi nak abes phd.
dah seminggu lebih kot masuk spital.
harap dia cepat pulih.

saya hari tupun stress jugak sebab nak kena hantar proposal utk candidacy.
masa hntr benda tu kt sv, pejam mata waiting for the bomb.
seb baik kena tambah sket aje. itupun sv tolong tambahkan. huhu~

Friday, April 8, 2011

taste of autumn

subuh tadi suhu jatuh 10c. sebelum tidor keluarkan heater. tapi setting tak cukup warm. malas nak gi kuatkan heater jd tidola dlm kesejukan ;P pagi esok pun dijangka 10c jugak. petang semalam beli sleeping bag utk akif. pagi2 biasanya kalau dia sedar, ibu takde, dia akan merangkak keluar tp pagi tadi takleh merangkak sebab pakai sleeping bag. hohoho. dua minggu almost literally dragging myself utk buat keje. rasa macam takut+malas. rasa intimidated dengan research yg nak dibuat ni. tapi hari ni bersemangatla pulak. nak kata pms, dah lama dah tak period. seb baik implanon ni dh tak affect period. awal2 aje. baikla tak datang daripada datang dengan kacau bilau. cik yuni dah nak balik isnin ni. then tinggallah akif dan ibu. but only for 3 days. someone special will come. can't wait!!

Thursday, April 7, 2011

sediakan wiper sebelum hujan

pagi ni hujan selepas beberapa lama dilanda kemarau sampai tasik kt sini habis kering dan kura2 pun lari cari air. dasaaat.
dan barulah rasa macam autumn sket. sejuk sket.
sebelum ni tak sejuk tak panas. sedang2 aje. time subuh tu rasala sejuk sket.

wiper kereta rosak. dah dekat sebulan kot tp sebab lama dah tak hujan jadi asyik lupa nak beli wiper baru. bila dah beli plak tak kena size. jadi belum gi beli yg baru lagi. since dh start hujan ni petang ni kena gi beli la ni.


pernah dengar telur tiruan? baca sini
nak beli telur ayam pum kena berhati2 sekarang ni.

Tuesday, April 5, 2011

playgroup again

setelah beberapa lama tertangguh, akhirnya hari ni pergi ke playgroup yg dekat dengan umah.
kebanyakan member melayu join playgroup kat bentley tp jauhla plak rasanya. lagipun sana start lewat jd tak brape kena dgn masa akif tido.

sukalah akif bila ramai org. dia bukannya reti berkawan pun tp bila ada ramai budak2 tu, galak le dia main.

ada sorang budak tu tak reti merangkak lagi, tp reti bergerak dengan tolak kaki dia (tarik dada?)
mak budak tu biar aje budak tu bergerak dari dalam bangunan sampai ke luar. habis kawasan tu dia pusing atas simen (konkrit?konkrik?) atas rumput (artificial). mak budak tu ada borak2 ngan mak2 yg lain tp biar aje anak dia. saya yg menengok ni pulak risau. memang le mak dia supervise anak dia tp selamber dia anak dia bergerak. kalau dlm bangunan tu ye lah.

pastu, (masih lagi baby yg sama) bila dh dekat nak balik tu, mak budak tu dukung le dia. pastu puting budak tu jatuh atas rumput (artificial), mak dia amik, lap2 kat baju pastu sumbat balik dalam mulut baby tu. o0o.