Monday, May 31, 2010

akif's day out dan cek mek ostolia

semalam bawa akif aydin jalan2. first time dia kuar dari rumah since balik dari spital.
mulanya ingat nak gi sunday market tp kuar kul 1130 dh nak tutup dah. so gi iga aje.
he's behaving nicely. ni kiranya nak try bawa dia kuar naik stroller sebab esok nak gi curtin ngan bas. takut dia taknak duduk dlm stroller.

kt iga beli ubi. hari tu tetiba rasa nak makan cek mek. dh kenyang makan baru teringat nak amik gambar. seb baik ada 3ketul lagi.


well, bukan saya yg buat ni. saya tukang makan aje...

Saturday, May 29, 2010

aci tak?

since anak breastfeed, aci tak duit susu tu kasi kt ibu? nak produce susu tu bukan senang. hikhik.


ni pada umur 4 minggu


hari ni



Tuesday, May 25, 2010

getting creative

semalam mak saya buat solok lada
terlopong jap tgk bukan stakat sumbat inti tu dlm lada tp dlm tomato dan potato skali.
mentang2 la hari2 tgk masterchef...

Monday, May 24, 2010

pantang?

beria mak saya suh makan lempeng aje skali masa nak makan tghr semalam, dia hidang kari ayam. dan saya makan dengan berseleranya....hahaha...

officially lagi dua hari nak lepas 40. mak saya cakap hari ke40 tu kena jaga ibu kaki jgn tersepak. ntahle nape. petua org dulu2...

semalam cuba cloth diaper. bila dh ada anak sndiri ni pandai pulak sental kain yg terkena najis. sblum ni mana pernah basuh berak anak sedara. hohoho... cuma belum mandikan sendiri aje lagi.

dulu, masa bawa anak sdara gi umah inlaw, inlaw yg basuh berak dia. hohoho menantu contoh. seb baik masa tu dh kawen, kalau tak mesti dh kurang point. hikhik.

proposal dh selamat diemail kepada sv. harap dapat komen membina. terseksa nak siapkan benda tu. lepas ni nampak gayanya takleh study kt umah. takleh concentrate. harapnyer bulan ogos nnti dapat cari rumah yg sesuai dekat2 curtin. dekat sket nk ulang-alik.

Saturday, May 22, 2010

multi-tasking

I have no idea mcm mana sorang kakak kt sini bleh buat satu paper masa dlm pantang. Hu~ saya ni nak siapkan proposal utk candidacy tupun tak siap2 lg ni… hari ni plak hari aydin tido2 ayam. Tido 10 minit jaga. Pastu wat gaya ngantuk. Nak tidokan dia pun satu hal. Penat tidokan, tido tak sampai 10 minit jaga balik. Hu~ bila nk siap proposal nih. Janji ngan sv nk email kt dia isnin ni…

Kete pun satu hal jugak. Panjang rupanya queue kt inspection center tu. 2minggu lagi nak kena gi klinik. Klinik kt curtin dan child center. Klinik curtin bleh la gi ngan bas. Klinik budak tu plak takleh gi ngan bas. Dhlah skang ni asyik hujan aje… Mmm… ::thinking mode::

Friday, May 21, 2010

menghitung hari

sunyi je rasa bila bertiga ni.
tak pe la, jumaat depan ada tetamu. 6 orang dan akan tinggal selama 3minggu kt sini. riuh rendah la kali ni. ^^ haha.. kalau tiba2 dapat surat dari agent rumah nk buat inspection time ni?

kononnya semalam nk siapkan proposal utk candidacy tp tak siap2. harapnya isnin ni bleh hntr ke sv utk di check.

merah2 kt muka aydin dh penuh satu muka dan juga leher dan dada. hari ni satu pipi merah. sblum ni biji2. takdelah merah satu pipi. adakah sebab makan daging semalam? mmm... sblum ni pun ada jugak makan daging. since takde lauk yg diketahui tak berbisa- kalau ada ikan pun ikan yg takde@jarang kt msia yg tak diketahui bisa ke tak- jadi mak saya suh makan lempeng aje. hu~ kalau mcm ni gayanya lepas 40 hari pun masih blum bebas.

hehe... padahal bukannya pantang mana pun. apa yg tak makan. tomyam, kari, goreng2 sume makan... cuma telur ngan sesetengah sayur yg dikatakan sejuk sangat aje tak makan.

-semalam supplement yg dihantar oleh sepupu sampai. juga diperiksa dan lulus :)
-darah masih belum kering sepenuhnya. bukan org cakap kalau bedah lagi cepat kering ke?
-nak blog pasal pengalaman breastfeeding. tapi masih belum berkesempatan. bz ada budak kecik ni. skali tu pernah sampai 3 kali buat air. belum sempat minum dh nangis2 so tinggal air tu sampai sejuk. pastu buat air lain plak, minum sket, budak kecil itu memanggil2 lagi...

-masa abah ada ari tu dia yg basuh baju. baju saya pun dia basuhkan. hikhik. skang ni terpaksa la sental sendiri pakaian baby yg terkena najis. hukhuk. baby kencing masa tukar nappy atau lepas mandi tu perkara biasa. lebih2 lagi baby lelaki, kena bertindak pantas sket. biasanya letak tisu kat bird dia semasa proses nak tukar nappy. tapi kadang tu berak masa tukar nappy. ini kurang best sket. saya belum kena lagi tp mak saya masa nk lap punggung baby, masa tu la dia berak dan terkena tangan.

Wednesday, May 19, 2010

kisah org dulu

masa tgh express milk pg td terfikir, org dulu2 express jugak ke. so i asked my mom.
kuarlah cerita betapa susahnyer orang dulu2 yg mana ibu meninggal atau sakit.
dulukan mana ada susu formula. terpaksala si ayah gi cari org utk menyusukan anak.
tapi baby tahu2 la. kejap2 nak susu. jadi bagi minum air nasi atau air masak ajela.
kalau budak tu asyik nangis aje terpaksa la malam2 gi ketuk pintu rumah org.

betapa bertuahnya kita hidup zaman ni. breastmilk bleh simpan dlm freezer sampai 3 bulan. susu formula pun senang nk dpt.

Monday, May 17, 2010

opened for inspection

rupa2nya pati ikan haruan dan gamat yg hubby pos hari tu dibuka utk inspection.
petang semalam baru perasan brochure yg diletak dlm kotak tu.
brochure 'opened for inspection' dan ada tulis 'no item has been removed'.
sblum ni tak perasan sbb dlm kotak tu hubby sumbat kertas2 dan polisterin.
lepas rupanya....

izzati, tak dapat nk uploadla vid tu. tak tahu la nape.

1 month old

ahmad akif aydin is 1 month old today.
hari ni berjaya amik vid dia mengigau. hikhik.
first time dia mengigau, saya nak tergelak sampai terpaksa tutup mulut. gelak kuat2 kang terjaga.

kali ni hp ada sbelah. so bila dia mengigau cepat2 amik hp. hohoho. apalah ibu ni ye. anak mengigau excited plak.

Friday, May 14, 2010

4 minggu

mujur belum beli stroller lg, sebabnyer ada org kasi ^^
note: tak pasang tudung stroller sbb dlm rumah

baju besau
hu~ k niza, tak rasmi lg bj yg k niza bagi sbb short sleeve, sejuk~




eczema? tak kot sbb dia xnmpk cm gatal pun.

pejam celik pejam celik dh pun empat minggu... cepatnyer masa berlalu...
ahad ni abah saya balik msia. ma stay sini sampai hujung jun.
dan saya harus teruskan dengan research.
dh kena start siapkan proposal utk candidacy. seb baik submit permohonan aje, takde presentation.
dari semalam lagi bercadang nak start buat tp belum buat2 lg...

tghr tadi midwife datang. berat akif aydin dah 4.450kg!
tanya pasal bintik2 merah kt muka dia. midwife tu ckp normal, biar aje, tak perlu sapu ubat tp kalau nk sapu ubat jugak, dia suh sapu sarbolene.
kereta belum settle lagi. dah beli, dah ada dlm garaj tp tkde plate dan belum register. disebabkan dijual sebagai kereta rosak, kena gi check dulu baru bleh register apa semua. problemnyer inspection center semua penuh. dlm seminggu lagi bleh settle kot.

selepas 4minggu, dah bleh menyesuaikan diri sket ngan ada baby. awal2 hari tu, tgk muka dlm cermin, nampak muka kepenatan. (skarangpun muka penat lg tp dh ok sket) inipun my parents dh byk tolong.
hu~ bukan baby patutnyer tdo byk ke... ini mcm sama byk je tido ngan jaga. kadang tu penat dodoi, lelap beberapa minit, jaga balik. kalau time dia tido lena plak, bila tukar nappy, terus luas mata. itu belum lg time dia meragam nk tido. nk tertanggal *bleep* dia tarik. akhirnya bg pacifier. kalau ikutkan memang taknak guna pacifier.

Thursday, May 13, 2010

pics part 3

tak puas ati la ngan gambar ni... nape muka saya terlindung??

tangan yg kembang. bukan selalu tangan bleh kembang mcm ni ;P

gambar baby yg midwife kasi


melawat baby pada hari kedua di special nursery.

masih di special nursery. masa ni agak risau nape mata baby buka sbelah aje...

Tuesday, May 11, 2010

10 hari di kemh part3

17/04/2010

Dh pun masuk hari due. Bersamaan juga ngan bday k wani…

Selepas 2-3 jam dosage drip ditinggikan, minta pain killer. Tak tahan dh. Ini baru 2-3 jam. Nak tunggu cervix buka ntah bila. Ingatkan dia nk bagi pill biasa tp dia offer morphine atau epidural. Memandangkan morphine macam lagi rendah berbanding epidural, saya minta morphine. Midwife dtg balik dgn dr. pompuan. muslim la kot sbb pakai tudung. Macam arab aje. Dia bgtau heartbeat baby rendah jadi berisiko kalau amik morphine. Dia cadangkan amik epidural sbbnyer kalau heartbeat baby tak naik2 mungkin end up ceaser, still kena amik epidural jugak. Saya ok aje la. Dh sakit2 tu, tak peduli apa dah.

So salin kepada gaun spital. Sblum ni pakai baju sendiri. Baju tshirt n kain batik sarung aje. Ramai yg tegur kain batik. Indonesian batik lawa…

Tak sakitpun masa dia masukkn epidural tu. Rasa mcm needle pain kt blakang dgn kt paha. Lepas tu terus hilang rasa sakit dan saya akhirnya dapat tido dengan amannyer… masa ni sangat mengantuk. Bila dr dtg atau midwife tanya apa2 sedar kejap pastu terus tido. Dh start nk demam kot masa ni.

Lepas masuk epidural masih bleh berjalan gi toilet lagi, sambil bertongkatkan tiang letak drip. Dan masih boleh buang air kecil. Cuma kaki rasa kebas.

Hampir kul 4 pagi, dr dh puas hati ngan bukaan cervix. Ntahle brape cm. Dlm hati; FINALLY… Tp pas tu dr mengkhabarkan berita kurang gembira. Heartbeat baby masih rendah dan temperature saya tinggi. Pastu dr ada cakap pasal infection. Dr amik sample kulit kepala baby sket utk check infection. A bit blury. Tp lbey kurang cm tula. Tp kesimpulannya berisiko kalau bersalin normal. Kena ceaser jugak. Lepas inform kt parents n hubby, lelap balik. Ngantuk sebab epidural ke? Kalau ngantuk skalipun dlm keadaan kritikal nak kena operate takkan bleh tido ngan nyenyaknyer… masa midwife shave sedikit kt bwh (antara perut dan tulang) tupun sedar tak sedar… ;P

Masa dr amik sample kulit kepala baby tu sempat lg dia ckp baby rambut hitam. Nk tgelakpun ada. Kalau mat saleh yela nk tahu rambut kaler apa. Kita org melayu ni kalau bukan hitam tu pelik la.. hehe…

Cincin dan rantai dh kasi kt ma hari sblumnyer so tak perlu risau dh pasal tu.

Dr beberapa kali tanya pernah ke luar negara tak dlm tempoh tiga bulan atau sape2 yg ke luar negara. Risau pasal demam tu kot. Petang tu abah saya ada ckp mcm nak demam tp tak jadi demam.

Seterusnya kadang2 aje sedar… tgk2 dh kt dewan bedah. Pastu kejap2 ada dr bgtau apa benda ntah… dh lupa. Then sedar2 midwife bgtau baby dh kuar. Ada kain tabir kt dada so tak nampak apa yg berlaku. Sedar2 midwife suh pakai oxygen sbb lost byk darah. Sedar2 midwife suh take a look at the baby. Masa ni dh dimandi dan dibedung elok2 dah. Hehe… first thought tgk baby: ok, tak hitam. Hoho…. Masa akhir2 pregnancy kan suka makan kicap. ::myth busted:: ;P

Dalam rekod, baby lahir pukul 0451. Dlm tempoh sejam aje dari masa dr ckp kena operate. Wah~ efisyen. Atau memang dh bersedia?

Pastu di bawa ke wad adult special care unit. Masa nak dibawa masuk wad tu baru nampak my parents. Sblum peration kalau ada jumpa pun tak ingat. What happened during operation, either derang tgk melalui viewing room ke tak, tak tahula. Tak tanya.

Baby plak masuk special nursery sbb infection dan heartbeat perlu di monitor dan juga perlu guna oxygen.

Seharian tu on dan off. Dan juga pening. Pening tu effect epidural rasanya. Masa ni saya masih kena pakai oxygen, dr masuk air so abes kembang tangan, kena guna urethra (tube air kencing, sungguh handy, tak perlu gi toilet. Hikhik). Sbelah kanan tangan plak ada epidural yg bleh dikontrol sendiri. Midwife pesan tiap kali nak bergerak tekan aje (mcm picagari tp takde jarum). Tp takdela rasa sakit sangat. Cuma tak selesa aje. Yela, I major operation ni. Kira okla tu sbb menurut org lain sakit tak ingat kalau ceaser. Disebabkan tak sakit sangat, agak jarang guna epidural tu.

Midwife tanya bleh kasi formula tak kt baby. Saya angguk aje sbb masa ni pun sedar tak sedar nk breastfeed cmne. Susu pun tak kuar.

Saya juga ingat pada hari ini saya muntah beberapa kali, masih blum makan hari ni. Masa ni baru tahu ada menu halal. Midwife yg bgtau. Tp tak makan pun sbb pening dan loya. Sbelah petang, kak yan, k wani n my parents datang melawat. Baru aje derang datang bunyi fire alarm. Ingatkan false alarm sbb kalau kt skolah dulu dan juga kt umt kan slalu aje ada false alarm. Tp ini spital. Tak lama lepas tu ada announcement derang kosongkan spital berperingkat. Masa nipun sedar tak sedar. Apa yg saya ingat, disorong keluar banguan. Masa tu cerah lagi. Sempat juga merungut dlm hati sbb ingatkan panas kt luar tu. Bila sedar lg skali dh nk gelap dh. Pastu dengar k wani “ya Allah! Ya Allah” lepas tu mcm bunyi comel2. Sah dh ada org bersalin kt luar spital tu dh.

Note: kisahnyer ada org nk bersalin. Dr angkat masuk dlm bangunan pastu dlm 15 minit kemudian keluar balik dgn baby kt dada mak dia. Baby tu senyap aje sambil mata berkelip2 sambil hisap jari.

Bila dh malam, tak pasti kul brape, saya disorong masuk ke bhgn emergency. K wani sorang je teman masa ni. Kemudian akhirnya dibawa masuk smula ke wad adult special care unit.

Since saya belum jumpa baby sejak operate, dan special nursery masih in chaos selepas kebakaran, ada midwife yg baik hati suh nursery amik gmbar baby. Dan dia letak gambar tu kt katil saya. Very nice of her.

18/04/2010

Finally selepas tgh mlm the drugs wore of kot sbb dh tak pening2 dh dan dua tiga kali terjaga. Dh lama sangat tido…

Pagi ni mandi sambil di bantu oleh midwife. Change to gaun spital lg. dan gi lihat baby.

Midwife bagi brestpump letrik. Penat pump kuar brape titik aje. A bit worried.

Sbelah malam pindah ke ward 3.

Epidural ditanggal, saya diberi painkiller dlm bentuk pill plak dan juga panadol sbbnyer lagi berkesan kalau amik ngan panadol. Masa mula2 dia suh amik panadol tu agak reluctant jugak sbb tak rasa sakit sgt. Biasala ada rasa kurang selesa tp takdela sampai sakit. Tp midwife suh amik jugak. Derang bagi ubat tahan sakit ni alasannya, supaya kita bleh bergerak dan cepat sembuh. Hari ketiga, saya digalakkan berjalan2 dlm wad dan pergi sendiri tgk baby kt special nursery. Sblum ni naik wheelchair. Saya aras 3, baby aras 1.

Selepas tiga hari, baby bleh kuar dari special nursery dan diletak dlm ward. Hu~ first night baby duk dlm ward skali ngan saya… terpaksa la bangun mlm dan tukar nappy sendiri. Dhlah katil spital agak tinggi jd susah le sket nak naik turun. Masa ni susu dh kuar so bila baby diletak dlm wad dah fully breastfeed. Risau jugak takut tak cukup tp midwife bgtau kalau baby berak mcm biasa maknanya cukup la tu.

Seterusnya terpaksa tunggu infection pada baby clear baru bleh kuar. Sian baby masih lagi ada tiub kt tangan utk suntik antibiotic. Sayapun awalnya ambik antibiotic melalui injection juga pastu tukar kpd pill. Akhirnya 23 april bleh kuar. Hu~ 10 hari tu dok spital.

Bila balik umah, agak risau takut sakit sbb kt spital midwife asyik kasi painkiller aje. Saya dh siap2 simpan sekotak panadol dlm bilik. Hehe… tp tak buka pun. Awal2 balik tu cepat breathless tiap kali lepas minum air. Tak puas bernafas. Lama2 ok.

Monday, May 10, 2010

pati ikan haruan

5hari lepas pati ikan haruan yg dipos oleh hubby sampai.
gamble aje pos tu sbb menurut staff pej pos, semua jenis makanan dh tak bleh pos ke sini. tak tahula sejauh mana kebenarannya tu.
kalau tak sampai, redha ajela... tp selepas seminggu pos, sampai jugak. mungkin juga nasib baik kali ni.

jadi dh 4 botol minum stakat ni. hari ni belum minum lagi. hubby beli brand maslati. pati ikan haruan dan gamat. rasanya macam kacang rebus tp tak best mcm kacang rebus. so bila minum tu imagine kacang rebus ajela...

takde rasa papepun perubahan yg baik. cuma tiga hari lepas rasa lebih 'sakit' dari biasa. (sakit ada ' ' sebab tak sakit mana pun. ;P) mungkin bila rasa mcm sihat ni, ganas le sket pergerakannya... sekarangpun dh pandai menggeliat padahal masih rasa kurang selesa bila menggeliat tu... masa baru2 hari tu pandai plak tak menggeliat...

sekarang dlm proses membeli kereta. kereta yg dilelong akibat terkena hujan batu. body kemik sket tp dlm masih ok. member kt sini tolong uruskan. sadly, parents saya dedua tak bawa lesen derang ke sini dan saya plak, mengikut instruction spital, lepas 6minggu baru bleh drive.

Sunday, May 9, 2010

pics part 2


dari k wani dan k sofia

kt bwh ni dlm labour suite

kali ni tv tak perlu bayar







midwife prepare utk sambut baby...

rendah ke heartbeat baby?
masa ni dh start drip

10 hari di kemh part2

15/04/10

Pagi, K sofea dan hisham bawa ma n abah ke spital. K wani pun dtg skali. bawa bunga, towel dan bear kecik utk baby. Well, baby masih taknak kuar lg masa ni…

Hari ni Dr. putuskan kena induce. Check jalan, cervix dh buka tp masih belum cukup so kena masuk belon dulu supaya buka hingga brape cm ye? Dh lupa la. Bila kena induce tu bergantung pada kekosongan labour suite. Mungkin mlm mungkin esok pagi.

Ma n abah stay sampai petang dan balik dgn k sofea dan k ain yg dtg sbelah ptg.

Lepas maghrib, aidya, lela n ila datang melawat.

Lepas solat isyak dlm kul 8 stengah malam baru aje siap2 nak tido, midwife dtg bgtau ada labour suite kosong. So kemas2 barang, pindah ke labour suite yg canggih itu…..

Midwife monitor heartbeat baby dan contraction selama 20 minit. Pastu ingatkan dh tak buat pape mlm ni. Dah tertido dhpun…

16/04/10

Dlm kul 12:30 malam, Dr. masukkan belon.(tiub dan di isi dgn air). Tak brape faham tp macam letak hormone utk lembutkan supaya senang buka. Bila masuk belon ni start rasa sakit sket tp bearable. Masa Dr. nk masukkn belon, midwife hulur gas (laughing gas). Bila rasa nak guna, sedut aje. So I’m bracing for pain. Tp tak sakit mana pun so tak sedut gas tu (kan saya taknak guna drug… konon). Masa midwife check jln petang smalam lagi sakit. Mungkin sebab cervix dh buka sket.

Agak kurang best berjalan dengan ada tiub kuar dari bawah. Tp utk mempercepatkan belon kuar, kena berjalan2. Midwife juga bagi belon, bounce2 kt atas belon. ;P Derang juga bagi heatpack.

Parents dtg dgn k ain n k sofea. Anak k ain, akmal dh sibuk tanya mana baby. Hehe… baby tak kuar lagi.

Selepas 12 jam, kul 11 pagi, belon belum kuar lagi. Parents stay sampai petang. Petang tu derang balik sbb tak tahu bila belon nak kuar ni. Lepas parents balik, belon kuar.

Lepas belon kuar, dr. pecahkan air ketuban. Kalau baby tak berak lagi, bleh biar uterus contract sendiri. Kalau baby dh berak, terpaksa start drip. Since baby dh berak, terpaksa la start drip.

Selepas pecah air ketuban ni, kt toilet midwife letak besen kertas. Hoho…. Agaknya takut baby terkeluar atau nak monitor air yg keluar kot. Bila gi toilet buang air kecil, kuar skali ketulan2 kuning. Hikhik najis baby ke tu?

Start induce kul 5. Bila mula drip start le sakit. Tapi takdela sampai nak mintak epidural ;P. Midwife bagi pil pain killer. Tak pasti apa benda. Panadol kot. Tiap midwife yg masuk (derang tukar shif biasanya kul 7ptg@mlm) saya tanya brape lama nak kena drip tp derang pun takleh nk bgtau… bergantung pada org. stengah org cepat. Stengah lambat.

Midwife tanya, selesa tak kalau dr pelatih lelaki ada skali masa bersalin. Saya bgtau kalau bleh taknak. Sblum ni yg masuk belon tupun dr lelaki. Tak tanya pun. Mungkin sebab itu dr yg bertugas, bukan dr pelatih.

Kul 11mlm, selepas 6 jam drip, cervix macam tak nak buka2pun. So tinggikan dosage drip. Masa ni la contraction makin kuat. Dahlah mengantuk. Kali ni dh tak tahan. There goes my plan tak nak drugs. Beria sedut gas tp tak berkesan.

Mengantuk sangat, between contraction tu tertido…dh tgh mlm. Tp yg tak bestnyer bila terjaga dengan kesakitan yg amat. Menggigil2 sedut gas tp mcm tak sedut aje… Kadang tu baru aje habis satu contraction, muncul contraction baru plak. Tak sempat nk rehat.

Saturday, May 8, 2010

pics part 1

semasa di assessment unit.
sedang monitor pergerakan dan heartbeat baby.
tiap kali baby bergerak, midwife suh tekan butang kt tangan saya ni.


dalam wad.
tv tu berbayar :(




pemandangan agak best dari bilik ni.






breakfast.
roti ngan buah saya tak makan.
kertas tu utk pilih menu tghr nnti.