Tuesday, November 4, 2014

pengalaman bersalin di husm part 1

Hari ni hari ke 52. Baru berkesempatan untuk tulis pengalaman bersalin di HUSM. Secara ringkasnya, kelebihan bersalin di HUSM:
1. staff ok
2. dr offer ubat tahan sakit- epidural dan option lain. dengarnya memang polisi kt sana mcm tu.
3. bilik bersalin dlm bilik, bukan tirai je, mcm hospital besar.

tapi ada juga yg tak bestnyer...
1. takde air! 3 hari terakhir kt sana takde air. cleaner tolong angkut air ke toilet.
2. duduk shared ward. sakit lepas bersalin membataskan keupayaan utk jaga aurat. nak dudukpun susah apatah lagi nak betulkan kain bila kain terselak. kadang tu, bila dr nak check perut, lupa nak tarik langsir, jadi kita kena ingatkan.
3. berbanding hospital besar, kt sini strict sikit berkenaan peneman. siang hari selain waktu melawat dia suruh keluar. malam je boleh.

Atas faktor susah nak jaga aurat, mungkin saya akan consider private lepas ni. Ada juga bilik berbayar cuma tak pasti itu Usains atau yg biasa. 

dah dua kali ceaser. kalau ada rezeki next time, risiko makin tinggi kalau cuba bersalin normal. next time nak ceaser terus. tak nak dah tunggu sampai lebih 24 jam menahan sakit. contraction 3-4 minit sekali tapi after 24hrs masih 3cm. huhu...


lepas bersalin, hilang sakit2 orat. terus lupa nak berurut. huhu...