Tuesday, July 31, 2012

notice yuran tak abes bayar

minggu lepas dapat notice late fees. contact orang kpt. rupanya yuran yg belum bayar tu dari 2/12/2012 hingga 31/12/2012. yuran dia ikut tahun rupanya. saya cukup 3 tahun pada 1/12/2012. extension masih dalam proses. lecehla nak mengarang ayat.... nak tahu berapa yuran sebulan tu? dua ribu dollar lebih. maka insaf le sket brape byk duit rakyat yg di spend utk diri ini. kenalah bersemangat sket...

penjelasan: hand blander triblade tu bukan dibeli guna duit elaun. ;P

haaa... nak cerita pasal bil letrik lagi ni. beberapa hari lepas dpt lagi surat dari synergy. dlm hati, alamak! bil lagi ke? tengok sepintas lalu, 68 dollar. oklah, takde la sesak nafas sangat. bila baca balik, rupanya credit. lega....

pumpkin caramel and sticky date pudding

minggu lepas buat sira labu. first time buat sendiri. malangnyer terlebih lama makanya lembik. papa akif mana makan lembik2 ni... jadi ibu sorang yg habiskan. blum habis lagi tu....

lately sticky date pudding mcm famous. hubby suh buat tp saya mcm malas. akhirnya dia buat sendiri...

kt sini baru tahu fungsi serve dessert dgn cream. utk mengurangkan manis.

baru seminggu makan herbal life tu, protein powder dah abes sebotol. wah, tinggi jugak kos nak kurus ni....

memang dh lama pasang hajat nak bli blander yg stick tu. hujung minggu lepas blander tetiba rosak. maka bli hand blander triblade. hohoho...

Friday, July 27, 2012

Thursday, July 26, 2012

demotivated

ni entry luahan perasaan berkaitan research. agak2 malas nak baca, bleh la navigate kt page lain.

beberapa minggu lepas dh prove convergence of method yg tengah 'dikerjakan' sekarang ni. tunjuk kat sv, dia ckp ok (setelah dibetulkan). maka blehla move to application. minggu lepas dia cakap prove tu tak btul plak. mungkin dia baru perasan kalau utk l1-norm blehla. tp condition benda yg saya buat ni utk lp-norm. kena prove cara lain. dia suh rujuk satu paper ni. bila tengok, hu... panjang jugak nak prove ni. terus dua tiga hari ni tak bersemangat. tambah ngan tak larat puasa, rasa malas nak pikir benda2 susah. alhamdulillah hari ni bersemangat balik. jumpa sv, dia ckp nak prove benda ni tak panjang, dua pages je. hmmm.... tp saya rasa lebih...

pada masa demotivated tu, bila buat kerja pastu rasa malas sangat, saya fikir apa benda yg senang yg tak perlu perah otak sangat tetapi bermanfaat. bulan puasa ni elokla baca quran.  bulan lain pun elok juga baca.   masa tu terfikir nak baca quran ni amatlah senang. sangat tak susah kalau nak banding dgn kerja2 phd. tp kenapa tak pernah khatam quran pada bulan puasa. niat tu ada tp tak pernah tercapai. insaf kejap.

kat sini saya nak share cara khatam quran bulan puasa. rasanya dh ramai tahu.
alquran ada 30 juzuk. ramadan biasanya 30 hari.
jadi sehari satu juzuk. satu juzuk ada 10 helai.
sehari ada 5 waktu solat. jadi tiap waktu solat 2 helai aje.

sekarangkan ada smartphone. jadi tak perlu susah2 nak bawa quran kt ofis. kt youtube pun ada.

Wednesday, July 25, 2012

progress

ni nak bercerita pasal progress penurunan berat badan ye, bukan pasal blajar. tak tahula sebab puasa ke apa tp takleh fokus, ngantuk. perlu tukar study malam ke?

semalam sempat singgah beli digital scale sebelum gi school. balik dari school, terus masak, lupa nak timbang dulu. lepas berbuka baru timbang. bila timbang guna yg biasa mcm 52kg. bila guna digital 51.7kg. hehehe.... suka suka... tpkan masa timbang tu pakai baju 3 lapis. mlm tadi sejuk sangat...

Akif shopping

Amik2 pastu distracted dgn benda lain jadinya papa tak jadi beli.



 


Apple strudel

Makan yg agak digemari Malaysian kt sini. Org tempatan tak heran pun. Yela, derang byk choice...
Dlm gmbar dh tinggal separuh. Satu ni aud 21. Tp memang sedap...


Tuesday, July 24, 2012

PANDUAN MENDIDIK ANAK

PANDUAN MENDIDIK ANAK





1) Jangan pukul anak dari lutut keatas



2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.



3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan... refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.



Sabda Rasulullah s.a.w.



“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”



4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).



5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)



6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)



7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.

(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).



8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.



9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.



11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)



12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.



13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.



14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).



15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.



16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.



17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.



18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.



19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.



20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.



21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.



22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


sumber: http://www.flickr.com/photos/aireshwalkway/6335798211/

Monday, July 23, 2012

aqwa

tukang amik gambar tak bykla gambarnyer...
ni bulan mei masa in-laws datang.
org ckp klcc lg best

cerita disebalik gambar

kononnyer nak amik gambar saya dan hubby je. tiba2 akif berdiri kt situ makanya dptla gambar bertiga. hehe...

Sunday, July 22, 2012

singer-to-be?

susah btul nak amik video akif sebabnyer dia nampak aje kita nak amik gambar/video dia, terus dia cheese.... ataupun dia nak pegang handphone.
cuba teka akif nyanyi lagu apa?

Friday, July 20, 2012

operasi menurunkan berat badan

nak harapkan bersenam tak tahu bila la bleh kurus maka terpaksa cari jalan lain.
tengok izzati dok promote produk shaklee kt fb teringin nak cuba tapi rasanya kastam sini tak lepas. kt sini plak takde shaklee.
kebetulan ada member jual herbal life. kt sini ada herbal life. jadi beli la...
menurut pengalaman member tu, dlm masa 2 bulan dia dpt kurangkan 12kg. wah! dasat. tp saya xdelah nk kurangkn 12kg. almost underweight la....

hari ni start makan.
berat sebelum (timbang 2 hari lepas) : 53kg. kalau ikut bmi masih lg normal.

ni timbang guna scale biasa. ada baca somewhere elok guna digital. dan waktu paling sesuai timbang ialah pagi lepas bangun tido, blum mkn minum.

tahun ni kurang pening sket pasal tarikh puasa.  semua masjid start puasa sabtu.

Thursday, July 19, 2012

Bunga aiskrim

Tak tahu apa nama bunga ni tp saya panggil bunga aiskrim sebab mcm aiskrim.


Wednesday, July 18, 2012

Tempat lepak

Ni adalah tempat student Curtin lepak.  Bestnyer berjemur...

Sbelah kanan library. Td gi hntr buku yg overdue. Tp bila pulang buku, staff tu ckp x. Tgk la nnti kot2 smpi email suh byr denda. 2 dolar aje.

P/s: upload guna phone. Lawala plak gmbar. Mungkin sblum ni silap setting.


Tuesday, July 17, 2012

parking

beria konon nak jumpa sv 2 kali seminggu.
kalau kerja banyak, mana sempat.
ada 4 bulan stengah lagi, extension masih blum apply.
org ckp elaun lambat. kena guna duit sendiri dulu. maka harus bersedia....


minggu ni dh start sem baru. sem ni masih belum beli permit parking. macam malas nak beli. sebab biasanya papa akif hntr dan amik jadi macam rugi la plak. permit pun bukan murah. satu sem 95 dolar. kalau staff lagi mahal, 193 satu sem. bermula sem lepas, tempat parking student dh tukar jadi staff & student. lagilah susah nak parking.

time cuti hujung sem tak perlu permit. jadi cuti hujung sem yg lepas aka minggu lepas dan sebelumnyer, saya drive sendiri ke uni sebab parking senang. semalam masa datang uni, dh sampai baru teringat sem dh start. nampak pulak security tgh meronda. jadi gi ofis amik brg yg perlu, balik umah. 

sampai kt umah, terus masuk bilik study, akif tgh ralit tgk tv dgn papa, dia tak perasan saya balik.
tak lama lepas tu, dengar dia masuk dapur. agaknyer dia nampak lampu nyala dlm blk saya study tu terus melalak nak masuk tp papa bawa dia ke ruang tamu. hampir setengah jam dia asyik mengamuk je, papa bw dia kt ibu. dpt je duduk atas riba ibu terus senyap dan capai pensil ibu, nak menulis jugak. ibu bagi conteng kt blakang draft paper yg sv dh check. bila dia dh puas conteng, tiba2, sreeet... dh pun putus dua kertas tu...

mmm... on second thought, kena beli jugak permit sebab nnti papa nak parking masa solat jumaat kt curtin...

akif ada expression baru.
'oh, dear!'
sebabnyer dlm pocoyo, narrator selalu sebut 'oh, dear'.

dulu ibu ingat akif main sebut je mano (mana/where).
rupanya dia tahu. kalau cari barang nnti dia sebut mano mano...

dlm pocoyo juga ada episode umbrella. cerita pasal payung.
berbelit lidah akif nak sebut umbrella. kadang tu bunyi mcm 'vella'
bila nampak payung terus nak main, suh buka.
rumah plak style rumah mat saleh yg ada hallway. payung besar mana muat.
kena plak time tu mood dia tak elok, mengamuk le...


Thursday, July 12, 2012

carbon tax

gara2 carbon tax, bil letrik naik lagi. since dok sini ntah brape kali naik...
2 bulan lepas kan dpt bil letrik dekat 400 dolar. (bil letrik tiap 2 bulan) agak terkejut bila bil bulan ni 29 dolar aje. jadi saya speculate previous bil tu dia estimate je. sebenarnya takdelah sampai 400. agaknyer separuh aje. sekarang dh start guna heater jadi amat mustahil bil hanya 29 dolar aje. jangan dia salah baca meter utk bulan ni dah. pingsan nak membayar tunggakan. nak kena check meter ni...

Tuesday, July 10, 2012

akis

siapakah akis?
hehe... akif sebut nama dia akis.

semalam  lagi sebiji piring pecah. dah lama dia tak buat perangai baling barang dari atas meja makan. jadi ibupun lupa nak clearkan brg atas meja. tambah pulak tengah busy siang ikan kt sink, tak nampak dia. sekali bunyi piring pecah. hangin...hangin...

Wednesday, July 4, 2012

kesunyian

beberapa hari lepas saya post pasal sorang member satu ofis dh submit thesis.
hari ni member satu ofis yg lain dari indonesia dh dpt result. 8 minggu submit dh tahu result. melompat2 dia. sape tak happy...
tak lama lagi sunyila ofis ni... dh lah sebelum ni pun memang sunyi....
okla kan, ada member2 kt fakulti lain cerita workstation derang selalu bising. takdelah bising sesangat tp bila dh dlm ofis, org lain borak pun kita terdengar.

Tuesday, July 3, 2012

ayam bakar style mat saleh

entry nak hilangkan mengantuk. kalau nak kira, winter memang cukup tidur berbanding summer. subuh sekitar 5.51pg. berbanding summer, subuh 3pg. kiranya waktu summer, tidur terganggu sebab kadang lepas subuh dh tak ngantuk.

sebenarnyer nak share resepi. since dok sini, dari tak reti buat sambal tumis, sekarang buat nasi lemak org asyik puji aje. hehehe.... balik nnti bleh buka kedai ni...
antara sebab dulu fail buat sambal tumis ialah bawang tak masak. rupanya kena tumis sampai garing. dan kalau sambal nasi lemak, guna gula melaka supaya kaler menarik.

resepi yg nak di share kali ni ialah ayam bakar cara mat saleh. kalau org melayu, rempah yg biasa diguna ialah garam kunyit. mat saleh guna garam dan lada hitam.

bahan2: ayam (potong 4), 4 biji lemon, garam, serbuk lada hitam, thyme (tak pasti thyme ni senang ke tak nak cari kt malaysia).
cara2: perah lemon, gaul ayam dengan air perahan lemon, tabur/sapu ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan thyme secukup rasa. perap (lagi lama lagi sedap).
bakar. saya bakar dlm pan aje. tudung sket supaya cepat masak.

sorang member cakap macam ayam nandos dah.  

makan dengan hummus dip, wah~ marbeles!!!

resepi hummus dip: http://allrecipes.com.au/recipe/6888/hummus-dip.aspx

sebelum ni beli je hummus dip, tak pernah try buat sendiri lagi...