entry nak hilangkan mengantuk. kalau nak kira, winter memang cukup tidur berbanding summer. subuh sekitar 5.51pg. berbanding summer, subuh 3pg. kiranya waktu summer, tidur terganggu sebab kadang lepas subuh dh tak ngantuk.
sebenarnyer nak share resepi. since dok sini, dari tak reti buat sambal tumis, sekarang buat nasi lemak org asyik puji aje. hehehe.... balik nnti bleh buka kedai ni...
antara sebab dulu fail buat sambal tumis ialah bawang tak masak. rupanya kena tumis sampai garing. dan kalau sambal nasi lemak, guna gula melaka supaya kaler menarik.
resepi yg nak di share kali ni ialah ayam bakar cara mat saleh. kalau org melayu, rempah yg biasa diguna ialah garam kunyit. mat saleh guna garam dan lada hitam.
bahan2: ayam (potong 4), 4 biji lemon, garam, serbuk lada hitam, thyme (tak pasti thyme ni senang ke tak nak cari kt malaysia).
cara2: perah lemon, gaul ayam dengan air perahan lemon, tabur/sapu ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan thyme secukup rasa. perap (lagi lama lagi sedap).
bakar. saya bakar dlm pan aje. tudung sket supaya cepat masak.
sorang member cakap macam ayam nandos dah.
makan dengan hummus dip, wah~ marbeles!!!
resepi hummus dip: http://allrecipes.com.au/recipe/6888/hummus-dip.aspx
sebelum ni beli je hummus dip, tak pernah try buat sendiri lagi...
No comments:
Post a Comment