Thursday, December 31, 2009

kek coklat

hari ni wat kek coklat.
amik resepi dari izzati.
menjadi ke tak?
hehe... blum mkn pun lagi....
tgh tunggu sejuk baru nak letak topping.
ingatkan kek ni tak naik tinggi sangat.
sekali... naik sampai cecah penutup pengukus!
patutnya buat separuh je.
well, first time buat, mana tahu banyak mana kan...
sebenarnya dari raya puasa lagi nak buat muffin coklat (resepi adunan sama), siap beli bhn2 apa sume dh tp tak terbuat...
skarang baru berjaya buat.

tp nampak gaya dh surut sket kek tu. tak tinggi mcm tgh kukus tadi.

Wednesday, December 30, 2009

good things

  • sesetengah org rambut jd makin ok bila pregnant. stengah plak makin teruk. saya? yg pasti kurang rambut gugur. kalau tak, mesti ada rambut kt cadar n bantal. kalau ambil sedikit rambut kt pangkal rambut dan tarik hingga ke hujung rambutpun takde yg tanggal (cara test kulit kepala sihat ke tak. kalau tanggal 3,4 helai tu kira normal). bila buat byk kali baru ada sehelai. i'm loving it!
  • ada 9 hari lagi kredit optus (guna international call 4 less plan) nak abes. tp kredit masih ada 16.30 dan bonus kredit 99.71. hehe... heaven rasanya bleh call m'sia lama2. (rate utk fixed line n mobile sama je) kredit lagi tahan lama banding kt m'sia ;P line pun clear. takde bunyi bising, takde lambat beberapa saat. kalau guna 3(line lg satu) kurang best sket. bising n lambat 4 saat. tak best la borak. so akan pulangkan balik simcard 3 lela tu dan guna satu nombor je. tak mampu nak guna 2 nombor. internet lagi.
semalam gi river cruise kt mandurah with k wani n k sofea. will update later...

Tuesday, December 29, 2009

mencari rumah

dh jumpa rumah yg berkenan.
selang beberapa buah rumah je dr rumah yg duduk skarang.
furnished, so tak perlu pk nk bli itu ini.
lagi dekat ke bus stop berbanding rumah sekarang.
sewa bleh dikatakan murah sbb 3bilik dan furnished.
320 seminggu. affordable bila dh dpt elaun family nnti.
tp dgn elaun single sesak le jugak.
takpela, yg penting dekat ngan k wani n k sofea.
kalau ada apa2 senang.
umah tu available hujung february. kira okla walaupun plan asal nak masuk bulan3.

tp jumpa tak semestinya dapat.
bila call agent dia ckp takde viewing sehingga new year sbb baru je lepas viewing. :(
nak cari umah sewa kt sini leceh sket. bukannya sape cepat dia dpt.
mula2 kena gi tgk umah dulu.
agent rumah akan set tarikh dan masa viewing.
lepas gi tgk kena isi application form. kena attach skali financial affidavit, bukti kita mampu byr n semua2 dokumen yg bleh support permohonan kita.
pastu kena ada referee.
hntr borang tu kena letak deposit jugak.
kalau dpt rumah tu pastu tak jadi duduk, burn la duit tu.
tuan rumah yg akan pilih dari byk2 pemohon sape yg dia nk sewa umah dia tu.

Saturday, December 26, 2009

minggu depan birthday saya

hehee... saja announce awal2.
smalam tgk calender, eh, baru perasan minggu depan bertambah umur.... ;P
rasa tua? atau rasa masih muda?
rasa sama je...
~WELCOME 27 ~
^^

kebulur la plak. skang ni cepat je lapar. kalau mkn byk pun susah jugak. perut cepat penuh. so kena mkn sket2. biskut jacob satu tin dh nak abes dh. dlm sejarah biskut habis secepat itu. masa kt tganu dekat stahun nak habiskan satu tin biskut. ;P

kt sini agak senang nak cari mknn dari malaysia. byk kedai2 oriental. of course la bukan sume ada. yg ada: kicap kipas udang, rempah, sup bunjut adabi, kari babas, maggi,...
daging halal pun sbenarnya dekat je kalau ada kete. kalau jln agak penat jugakla.
daging dan ayam lebih murah berbanding ikan. blum pegi pasar fremantle lg. jd tak tahu kt sana murah atau mahal. biasanya tgk ikan kt pasaraya je. ikan kt sini of course la tak sama ngan m'sia. itu kurang berselera nak bli ikan. hari tu beli sekor ikan besar sampai hari ni tak buat apa2 lg. ;P

k la. nk gi masak nasi. (it's 6.45am)

Friday, December 25, 2009

bosan...

semalam gi garden city. transfer duit dari maybank ke bank sini. masa buka ac kt sini ari tu tak perlu masukkn duit pun. tunggu kad, pin no, security code utk internet banking sampai baru masukkn duit dlm bank tu. tp transfer seribu dolar je dulu. limit maybank biasanya 3ribu. tp kt sini tak tahu plak brape limitnya. bank kt sini limit seribu je. lepas ni kena selalu tgk currency exchange. tukar time aud rendah untung sket.

org kt sini kebanyakannya kalau shopping byr guna kad atm. jadi tak perlu ada cash yg byk kt tangan. kalau nak keluarkan duit kt kedaipun bleh (kt kaunter). takde charge.
no pin kad atm kt sini cuma 4digit je. internet banking kt sini tak try lg.

pastu survey jugak barang2 baby. kebanyakan disposable diapers yg jumpa kt sini huggies je. gi kedai tu huggies, gi kedai ni huggies. ada juga brand store woolsworth, Select. murah le sket. brand lain ada tp tak jumpa utk newborn.
tgk baju baby kt kmart. yg murah dlm 7dolar sepasang. nasib le lahir kt sini. pakai baju kmart je la. kalau kt m'sia bleh la pkai baju ada nama sket. ;P
skang dpt elaun single je. bila baby dh lahir baru bleh minta elaun family. tunggu elaun family tak tahu brape bulan baru dpt. pengsan nak menyewa sorang2 ngan elaun single. dhla umah kt sini biasanya unfurnished. mesin basuh, peti ais n tilam wajib beli. time winter nak kena ada dryer n heater. pengsan!
elaun sebulan 1380. sewa umah 1100-1200 sebulan. mcm mana nk idup? mengharapkan gaji yg seciput itu... huk!huk!huk!
kesimpulannya dok malaysia lagi mewah dari dok sini ;P

hari ni panas! 35C. tp air tetap sejuk. menggigil bila mandi tak guna air panas.

Tuesday, December 22, 2009

dh 3 minggu

pejam celik pejam celik rupanya dh 3minggu kt perth ni. cepat la plak rasanya masa berlalu. blum belek proposal lagi. tajuk research pun dh lupa. takpe... ada dua minggu lagi sblum mengadap sv.

aduh! ganas la plak baby dlm perut ni. sblum ni takde la bergerak ganas cm ni.

dua tiga hari lepas survey cloth diapers n breast pump. hehe... mcm rajin je nak membasuh lampin nnti. cloth diapers modern ni cm senang sket banding lampin kain dulu kala. skang ada flushable liners. so liner n najis bleh flush terus dlm toilet bowl. lampin di bilas n masuk mesin. ;P cakap senang buatnya nnti? takpe, hubby dh volunteer nak basuh. tgkla nnti....
kalau jadi beli cloth diapers n breast pump nnti import dari malaysia je. kt sini lagi mahal. byk benda la plak yg nak di importnya...

sekarang ni panas. air plak kurang minum. dh dua kali sembelit. lepas ni kena minum byk air ni.

sabtu lepas gi umah k ati, bday anak dia. n hari ahad plak ikut k sofea gi meeting (saya tak masuk meeting, saya tukang makan je ;P). jadi bertambah la kenal org kt sini. k sofea wakil murdoch uni bg persatuan postgrad malaysia bhgn western australia. meeting sambil barbecue. derang plan nk wat hari keluarga bulan dua nnti.

Friday, December 18, 2009

1st check up in perth

hari ni buat pregnancy check up kt health service curtin.
1st time gi sendiri ke curtin. pertama kali pegi, aidya n illa teman. 2nd time pegi, k wani n k sofea teman.

tunjuk kt dr. buku rekod pregnant kt m'sia. dlm buku tu ada ckp buat test hepatitis apa sume tu tp tak jumpa mana dia tulis result. so kena buat test lg skali. berbotol2 amik darah. mujur tak sakit. dan skali je kena cucuk. 'good vein' org lab tu ckp. yela... darah berlumba2 keluar. hohoho.... dia amik darah tak guna picagari. dia cucuk, pastu attach botol, terus darah masuk dlm botol. mula tu risau jugak tgk dia sediakan 4biji botol! tp bila tak sakit tu okla. relaks je la...
next appointment 6 januari.

on the way blk, singgah southland shopping center. wah~ sudah advance. 1st time kuar sendiri dh pandai singgah shopping. hehehee... ari tu gi tempat ni ngan k wani.
masa singgah farmasi. eh, mcm kenal. well, bukan org, tp doll kt bwh ni:-



aqila la yg slalu bercerita pasal doll.
keychain tu 5dolar lbey. yg mini tu 11 dolar. yg besar tak tgk plak harga brape. tak tahula murah atau mahal kt sini.

Thursday, December 17, 2009

doa awal n akhir tahun

esok masuk tahun baru hijrah.

jgn lupa baca doa akhir tahun n awal tahun ye kwn2.

anggur k wani ^^


stakat ni 2 pokok je. sempat mkn hasil ke tak ni?



alat berkebun k wani. warna-warni gitu...
tak tahula nape gambar ni vertical. dlm folder horizontal.

Wednesday, December 16, 2009

oshc

hari ni agak sejuk. mmm.... skali sejuk skali panas. tp ok la jugak sejuk panas sejuk panas ni. hohoho...

semalam akhirnya settled pasal OSHC (insuran). asyik tak dpt je bila nak log in kt website oshc (nak print temporary certificate). jumaat ni ada appointment ngan dr. masa register, staff kt international office ckp selepas seminggu bleh order membership card. dh dekat 2minggu masih tak dpt2. so hari isnin lepas email OSHC. pagi selasa(semalam) check email takde reply lg. bila call customer service pening lak ngan menu dia. tak tahu patut tekan no brape. so call international office. org yg jwb pun mcm tak tahu. dia suh call OSHC. jd call OSHC lg skali. kali ni tekan menu yg sepatutnya ;P . bila org oshc check, org tu ckp curtin tak bg details saya lg kt oshc. pastu call curtin balik nak ckp ngan oshc representative kt curtin. tp representative tu tak de phone kt tempat dia kot. dh tension dah. malas dh nak call international office sbb tak nak ckp ngan org yg sama yg tak tahu pape tuh. so email international office.

pastu join k wani tgk Desperate Housewives season 5. k wani sewa 1 season 10 dolar. bila petang, check email, international office reply. oshc pun reply. so dh dpt temporary certificate. settled. hari ni order membership card.

ptg semalam k wani tanam pokok anggur. nnti post gambar kebun anggur k wani. nak gi sambung tgk desperate hswvs. ciao!

Monday, December 14, 2009

panas!

semalam (ahad) adalah hari yg paling panas sejak sampai sini. ramalan ckp 38 C. suhu sebenar tak tahula brape. ini blum masuk summer lagi ni. kalau malas sapu losyen tgn jd kering, gatal dan pedih.
hari ni ramalan ckp kurang sket 28C (stengah ckp 31C).

first time tgk iklan cancer kulit kt sini nak tergelak. tunjuk pasal org tgh berjemur. pastu tunjuk dlm kulit sel cancer membiak dan jangkit ke organ lain. 'There's nothing healthy about a tan' hohoho. org kita sibuk nak putih. mat saleh plak nak gelap. ini link iklan tu.

Saturday, December 12, 2009

update

  • ahad lepas, sebelum pindah ke rumah k wani, gi main kite ngan illa, aidya n lela. angin kuat sangat. terpaksa pin tudung bhgn depan kt baju. pasir pantai halus sangat. best. tengah syok main tu sekali datang la sorang kulit hitam ni. cakap pun tak brape btul. mata merah. tak berbaju. pakai sluar pendek je. mabukla tu. cuak giler. ntah apa dia cakap pun tak brape clear. org mabuk bercakap. bila kitaorg tak layan pun dia still pot pet pot pet lagi. bila lela siap gulung tali kite tu, kitaorg blah. masa parkingpun dh nak abes. sungguhla pengalaman yg tak best.
  • parking kat sini ada limit masa. yg free pun ada limit. yg berbayarpun ada limit.
  • tak abes lagi cerita pasal org mabuk. masa gi fremantle hari selasa lepas pun jumpa ngan org mabuk dlm bas. siang hari pun mabuk. mabukla agaknya sbb mcm tak brape btul je. ataupun org tu mmg tak btul. dah lah turun sama tempat ngan kitaorg. so kamipun cepat2 jln n terus masukdlm kedai. masa nak kuar dr kedai tu intai dulu ada lg tak org tu. ;P
  • kt sini nak jumpa dr kena buat appointment dulu. dh buat appointment dh kt health service curtin. hari jumaat depan. tp nama blum ada dlm sistem oshc lg so xleh print temperory certificate health insurance lagi. kalau takde benda tu nnti kena bayar. kt sini jumpa doctor pun dh brape puluh dolar. blum ubat lg tu.
  • sekarang subuh kul 3.25pg. awal2 hari tu tak dengarpun alarm. skarang dh ok dah. kul 5 pg dh cerah :)
  • selasa lepas beli simcard baru. sbbnyer provider ni ada plan lagi murah utk international. 1sen je (aud) utk call m'sia sama ada fixed line atau mobile. flagfall (fixed start fee) 20sen.
  • dari rumah nak ke curtin naik satu bas je. hari tu amik masa 30 minit. tp bas nak ke curtin byk je. selang 15minit.
  • bas kt sini kalau tukar bas@naik bas lain (bas sama pun bleh jugak) dalam tempoh 2jam dari bas sblumnya tak perlu bayar. bas juga sangat efisyen. biasanya on time. kt setiap bus stop juga ada jadual bas. cuma weekend je jarang2. selang sejam kot.

Friday, December 11, 2009

finally connected

dah bli prepaid broadband. device sama cam broadband celcom.
akhirnya bleh online.
xleh hidup rupanya xde internet nih. tension. hikhik.
harga mahal sket banding ngan malaysia. tp bleh dikatakan murah le sbb kt sini sume barang mahal ;P dan juga sbb prepaid so bleh reload ikut bajet. hohoho....

will update later.

Sunday, December 6, 2009

hari keenam

petang semalam gi pasar kt subiaco. panas. kalau sehari dua mula2 sampai angin sejuk.skang angin tak rasa apa. mlm td lepak umah lela. tak jauh dari umah aidya. jln kaki pun tak sempat berpeluh. tgk titanic. lela masak mee goreng basah.

petang ni nak pindah masuk umah k wani. k wani ajak dok ngan dia. wah~ jd housemate balik. jauh la sket dari u. kena tukar bas. tp takpela... dok ngan org kenal senang sket. lagipun utk 4 bulan je. bulan 4 nnti nak cari umah yg dekat ngan u sket. ma n abah dtg 5hb April. mmm... bulan 3 dh bleh start cari umah.

Saturday, December 5, 2009

jalan2 kt bandar


inilah rupa soket kt australia. new zealand pun cm ni jugak rasanya.

jadi terpaksa la gi cari adaptor.

ptg td gi bandar. aidya ajar naik bas ke bandar.


amik gambar guna hp. takde flash. guna night mode. jd tak brape lawa.



Thursday, December 3, 2009

pics











aidya bersedia nak serve.




my not so new handbag n handphone.



mujur beg besar. bleh sumbat barang2 yg agak lebih muatan. hohoho



inilah rupa handset baru. sony ericson w595.
gambar2 kt tepi tasik n handbag kt atas tu diambila guna hp ni. lawa jugak gambar. 3.2megapixel.












Wednesday, December 2, 2009

day 2 in perth

hari kedua di perth.
hari ni pegi daftar, buka akaun bank n jumpa sv. sv bgtau start tahun depan. yippee!!
buat sementara ni guna prepaid shalela (dia dh tak guna prepaid ni). tp ada problem sket. jd masih takleh call malaysia dgn murahnya. cakap tak sampai 10 minit smalam dh habis 15 dolar. kalau yg murah tu 10 dolar bleh ckp 100minit.

masa sampai smalam tak rasa cm dok oversea. hari ni rasa cm dok oversea. hohoho. kuar je rumah pg td. sejuuk~. bila kena matahari panas tp angin sejuk. ptg td ikut aidya n friends main volley ball. tukang tgk je. angin agak kuat. bila dh nak blk tu bila berckp pun dh terketar rasanya. tapak tanganpun dh pucat tak berdarah.

soket kt sini tak sama ngan m'sia. jd kena beli adaptor. tempat cucuk tak sama.

rumah pun blum dpt lg. ingat nak cari dekat2 ngan rumah aidya, shalela, aidilla. senang sket dok dekat ngan org kenal. kawasan ni agak mahal tp selamat sket. kalau dekat2 curtin murah tp kurang selamat. kalau berfamily bleh la dok dekat curtin tp kalau sorang agak bahaya.