12/2/2009 (Day 1)
13:30
Mlm td Kinah, Along n K Wani hantar gi stesen bas. Tanya kt kaunter, org kt kaunter ckp bas blum sampai lagi tp sbenarnyer dh sampai. Naik bas sani(yg 2tingkat tu). Dok tingkat bwh. sejuk giler.dh pkai 3 lapis baju pun rasa cm beku.perut lak angin.PMS.rasa loya sampai ke tahap keluarkan beg plastik-takut termuntah.
bila dah sampai hentian putra call abby. sampai kajang dlm kul lima lebey.abby gi amik.kul 6 sampai umah abby.banyak btul kucing. jumpa ngan mak, nenek, kakak,anak sdara n adik abby. lepas mandi, solat, iron baju dan minum, kami bertolak kul 7.30 pagi. Singgah shell bli roti, air,gula2 bekal utk time dengar ceramah. Kul 9.30 sampai kem btn kt ulu sepri. k isma dh tunggu.
Lepas register dan hntr borang peribadi, amik cadar,selimut dan sarung bantal, kami masuk dorm4 dan pilih katil. Time kemas2 katil, pasang cadar, rasa excited la plak. rasa cam kt asrama dengan katil double decker berderet. kt jasin dulu sebilik 4orang je. bukan dorm mcm ni.
kul 1030 minum pagi. kul 11 start taklimat. penghulu, timbalan penghulu, ajk dan pengerusi dilantik secara rambang. i was picked as timbalan penghulunita.(ada jawatan je tp xde keje pun). abby jadi pengerusi ceramah ke4. kul 1 mkn tghr. mkn agak mewah. tiap kali makan ada 2 lauk. tiap kali minum pun ada dua jenis kuih. makanan semua dah siap dihidang dlm tray. cuma perlu bubuh nasi sendiri dan tuang air sendiri. cuma tray,cawan,sudu kena basuh sndiri dan lap sendiri dan meja kena lap sendiri. PM dan menteri yg dtg kursus sini pun agaknyer kena basuh tray sendiri sbb ada gambar PakLah basuh tray...
21:05
Asrama kat sini ada toilet dan kolah je. xde shower. so mandi kat kolah atau dlm toilet je la... so sesape yg nak datang sini dinasihatkan bawa gayung dan juga kain basahan. Ceramah mengenai isu semasa oleh en. roslan latif sangat menarik. buat rasa nak menyumbang kepada negara.beliau sempat berpesan kepada sesape yg xde tempat utk sambung blajar lagi bleh email beliau.beliau bleh tlg carikan.
13/02/2009 (Day 2)
06:40
mlm td rasa cam history crash course or cam subjek tatanegara yg pernah amik masa undergrad dulu. enlightened me of a few things yang mungkin dah lupa dan sblum ni tak tahu. and also remind me of the contract social. menceritakan tentang tanah melayu dari sblum british dtg hingga sekarang. I just knew that Brazil offer malaysia utk bangunkan 100 ribu hektar hutan kt brazil. read the news here
mlm td tdo kul 1230tghmlm dan bangun kul 445pg. aigoo... tak sampai 5jam. kul530 pg tadi sambung lagi ceramah patriotik...ngantuk sesangat...
ada 4 pregnant moms kat sini.ada yang seminggu lagi due. ada yg 2minggu lagi due... pregnant moms tak perlu buat aktiviti sukan@riadah. kalau nak wheelchair pun ada disediakan.
11:50
8-10pg tadi kami ditayangkan filem Hati Malaya. kisah benar negara mencapai kemerdekaan. movie ni tak mendapat sambutan hangat pawagam. Jd kelab under btn beli filem ni kerana mempunyai msg patriotik dan ditayangkan time kursus.Bergenang air mata bila kaum wanita melayu snggup memberi barang kemas bg manampung kos tunku ke london.lepas tayangan filem ada sesi bergambar sblum minum pagi.
14/2/2009 (Day 3)
19:00
dlm kul 7pg td kena lari 2km. patutnyer kena buat kurang dr 18 minit. tp me n abby tlebih 24saat. kira okla tu. time riadhah petang smlm wat physical test. check physical age. me? 35!! urgh~ xleh wat push up. atas tar...tu tak tahan tu...
ari ni start LDK. time ice breaking memang best.time tu baru tahu ada 9orang wat subspecialist.waa~ respectla...
Pastu kami kene wat aksi conduct orchestra sambil pejam mata. Abby dpt persembahan terbaik. mana taknyer...bergoyang2 sambil conduct lagu waheeda. sorang Dr. yg akan buat subspecialist tu mcm dh menari2 dah... we really had fun... memang seronok...
bila masuk LDK, kami kena perkenalkan diri dan diberi soalan: 5 perkara yang penting dlm hidup, 5 peristiwa negara yg dekat dihati, 5 pemimpin yg dikagumi,kenapa melayu dpt hak keistimewaan tp cina dan india tak dapat sedangkan melayu pun pendatang (cth:orang jawa dtg dari jawa), bolehkan orang bukan melayu jadi PM, dan banyak lagi soalan (yang sebenarnya dh ada dlm perlembagaan. sape yg baca perlembagaan persekutuan tu akan tahu jwpnnyer)
i will not told u the answers here. nnti bocor soalan... hohoho...
ptg tu plak kami diberi case study...soalannyer lbey kurang... anda sebagai ketua jabatan (di jabatan kerajaan la ni) diminta buat program integriti dan profesionalisma. ada 3syarikat yang telah di shortlisted. a. syarikat luar negara yang mempnyai kepakaran dlm bidang ini. b. syarikat tempatan yg pro k'jaan tapi kepakaran terhad. c.syarikat tempatan yg penyokong kuat pembangkan yg amat kepakaran dlm bdg ni. syarikat mana yg anda pilih?
utk buat keputusan ni kita xbleh pikir secara idealistic tetapi kena realistic. dan juga think out of the box. sbenarnyer ini kes KLIA. bila faci bagi explaination tu... oh~rupanya aku ni tak cukup patriotik... sedangkan Tun mahathir sanggup operate jantung kt m'sia walaupun kita takde kepakaran masa tu.
waktu riadhah ptg kami wat absailing. ingatkan wat flying fox. aku dh pernah wat flying fox so okla buat benda baru plak. according tu jurulatih...flyingfox dah out of date. absailing lagi mencabar. part lagi mencabar tu yg buat ada yg sampai separuh pastu taknak turun sampai jurulatih ugut nak potong tali...huhuhu... ada gak yg dh dok dlm position pastu xjadi blk. akupun takut jugak. panjat menara tu pun dh takut.tinggi... 40kaki tak silap... 3tingkat? tp mungkin sbb masa in position tu tak pandang bawah so xdela kecut perut@gayat. sampai je kt bawah...jurulatih ckp 99% hohoho...kalau ada peluang lain kali nak wat lagi...
rugi btul tak bw camera...
16/02/2009(Day 4)
1600
LDK hari kedua(15/02) bincang pasal definisi melayu dan kontak sosial. Cara faci menerangkan tentang kontrak sosial dan ketuanan melayu sangat menarik. membuatkan orang yg mendengar walaupun bukan melayu menerima kontrak sosial dan ketuanan melayu ni... dan membuatkan orang melayu tak perlu takut... malah kita yg sepatutnyer jadi orang yg paling setuju...
LDK ni juga membuatkan aku rasa i want to have a copy of perlembagaan persekutuan.
sbelah ptg kami menari pocho2 dan the chicken dance... hehe seronok tgk pak-pak jurulatih menari chicken dance.
mlm terakhir ada persembahan dari setiap kumpulan. kami nyanyi lagi perajurit tanah air.ada juga games. then kami ditayangkan video kekejaman di palestine, ambon,... insaf sket.tgk video tu dgn tgn tutup muka. mata buka sket je...tgk kot cleah2 jari. memang dh lebih dari 18sg nih. polis pun tengok je.. bila orang tu dh berdarah habis...tangan pun dh terkulai dan tempurung kepalapun terjuntai baru orang ramai angkut gi spital (agaknyer la...). sume orang dh teresak2 tgk budak2 kt palestin yg buta mata dan terkorban. tp aku tak nangis la plak.
selesai aktiviti kul 12 tp borak2, kul 1 pg baru tdo...
Hari terakhir (16/02), sbelah pagi ada ujian. Ada 60 soalan objektif. Ada soalan senang dan ada yg susah.dengar cerita betul 12 pun dh lulus tp xtaula btul ke tak. Tak sampai sejam dah siap jawab.
Pastu gi kembara. Sakit urat lari 2kmpun tak hilang lagi...Mencabar juga kembara ni...kami kena tracking secara berkumpulan tanpa jurulatih. ada 3 checkpoint. jurulatih ada kt sana. sepanjang laluan tu memang ada anak panah tp still risau jugak sbb kami semua tak biasa ngan hutan(hutan dara) tu.masa mula2 masuk hutan tu plak laluan hampir ditutup pokok. kalau berjalan tu terpaksa tolak dahan2 pokok ngan tangan.
tp bila dh masuk dlm lagi ok sket cuma curam yg amat sangat sampai ke tahap merangkak naik disesetengah tempat. Jumpa 3 anak sungai. Jernih je air...dan sejuk. sempat juga bergambar. masa nak turun bukit lagi mencabar. terpaksa duduk dan menggelongsor turun sbb curam sgt.but me? i'm cool. orang lain sume kotor seluar dan baju sebab menggelongsor. hehe...blagak la ni...
bila dah sejam berjalan, kakipun dah tak larat...bila nampak bangunan happy dah...ingatkan dah sampai tp lebih 15minit baru sampai... kami tracking dlm sejam stengah jugala...
bila semua kumpulan sampai...majlis penutup. then gi mkn dan packing. parents abby dtg amik...