jumaat lepas kami pegi crabbing. sebenarnyer ikut org crabbing. saya jaga akif je. kiranya kali ketiga ikut org crabbing sepanjang 3 tahun di perth ni. dulu gi tempat crabbing guna sauk. gi pagi sampai tghr. kali ni gi malam, lepas maghrib sampai pukul 1 pagi. kali ni guna net kt jeti. kalau guna sauk tu, nampak ketam, sauk dgn penyauk. kalau guna net ni, ikat umpan (ayam atau ikan) kt net, baling/turunkan net tu ke dalam air. dlm 5-10 minit angkat. kira luck juga la. kalau time angkat tu ketam ada, dapatla. kalau ketam tu makan umpan dgn kenyangnyer dan dah blah baru kita nak angkat, takdela ketamnyer. setakat ni tak de jumpa yg mcm sangkar yg bleh trap ketam.
disebabkan kami crabbing kt jeti, kena jaga akif dengan penuh waspada. baru je beberapa minggu lepas ada budak umur 2 tahun lemas jatuh ke dalam laut kt jeti malam hari. agaknyer parents dia gi crabbing/fishing la tu. mungkin sebab dah beberapa hari tak ke mana kecuali hntr ibu gi uni, maka akif sangat seronok malam tu. mulut dia tak berenti bercakap dan menyanyi.
dari pemerhatian saya, crabbing cara net di malam hari lebih senang dari guna sauk di siang hari. sebabnyer tak panas dan rileks je. cuma kena sediakan net byk2. satu net dlm 12 dolar kot. kami guna 2 net je. dpt 4 ekor. first time angkat, wah~ gumbira nampak ketam besar tp ada telur jadi kena lepas balik. lama juga nak dapat. tp bila dapat, 2 ekor terus. hohoho. pastu yg lain semua kecik2 tak cukup saiz jd kena lepas. member kami siap dapat ikan yg muncung tajam yg mcm tondak tu...
bermula semalam, akif nak minum fresh milk dalam botol susu. teringat susu ibu agaknyer jd guna botol pun jadilah. kebetulan ada satu botol susu dlm almari. yg lain semua dah bw balik msia. bila dia nampak botol tu, terus nak minum fresh milk dlm botol. biasanya dlm cawan aje.
No comments:
Post a Comment