Saturday, March 10, 2012

visit from utm

14 february lepas, jabatan maths & stat menerima lawatan dari postgrad fakulti sains utm. wah~ baguskan. zaman saya dulu mana ada nak berjalan oversea. utm ada global reach program ke apa nama nya. dorang ada dana utk aktiviti oversea. tp still kena tambah duit sendiri jugak. utk mencukupkan duit, derang anjur conference/seminar dan juga bengkel. mcm bengkel matlab ke apa ke... baguskan. cara cari duit berakademik. dan lecturer pengiringnyer adalah bekas pensyarah saya dulu. beliau juga penasihat akademik. tp... saya ni kan low profile jd bila jumpa, dia tak ingat. ;P



with dr. niza yg awet muda ;P

masa tahun 1, mula2 tu ada perjumpaan dengan penasihat akademik, nampak mcm muda rupa2 anak dh 2 masa tu.



senyum macam paksa ni kes byk kali snap, tak larat nak sengih dah... satu camera dua tiga kali snap, kena 3 camera penatlah nk senyum... ;P (menjawab komen k niza ali)


masa lawatan ni, ada student/adik tanya, best tak blajar kt sini.


kalau nak jawapan pendek; biasa ajer...


ni jawapan panjang:


best:


1. antara oversea yg dekat dengan malaysia. 5 jam aje flight.


2. malaysian ramai. sampai jumpa muka melayu pun tak bertegur sapa. kalau jumpa dgn org yg excited jumpa malaysian itu tandanya org tu baru sampai. hahaha...


3. makanan malaysia berlambak. cari aje kt kedai oriental. budu pun ada. durian tak yah cakap. biskut raya pun ada jual kt oriental.


4. kt sini sempoi jer... ko nak gi kelas pakai short pun tak pe. cuba kalau kt malaysia. mana bleh gi kelas pakai selipar jepun (tp ada je yg buat). dlm gambar ramai2 yg ada 4 org kt atas tu, sbelah dr niza sbenarnyer ada head of department. kalau org tgk takkan sangka dia ketua jabatan. mesti org ingat pakcik2. lectrr kt sini pun ada dtg keje pakai short.


5. takde tol. tak tahula negeri lain. kalau sini memang tak de tol. jalan pun ok. sangat jarang jumpa jalan rosak. mungkin sebab jarang hujan .


6. bleh cuci mata. hoho... sila jgn salah faham. cuci mata bagi sape yg suka kereta. kalau mampu blehla beli tp bagi saya yg tak brape mampu ni, cukuplah cuci mata aje... hummer, ferrari, ...



tak best:


1. sewa rumah mahal. kt curtin ni ok lagi. nak cari bilik (bg yg single) bawah 150 dolar berlambak. tp kalau kt uwa, silap hari bulan 200 dollars per week. sebulan dh 869. elaun kpt hanya 1380. tu belum tolak bil gas, bil letrik yg tiap tahun naik melambung2.


2. susah nak jumpa doktor. kena appointment dulu. kalau ada kosong bleh la jumpa dr hari yg sama. tp kalau afterhour bleh gi terus, tak perlu apppintment. agaknyerlah.


3. kedai tutup awal dan hari ahadpun kedai tutup. tp bermula oktober ni kalau tak silap, hari ahad pun kedai bleh buka tp start kul 11pg. biasanya kul 8 supermarket dh buka. selain kedai besar mcm iga, kmart, coles,... kedai kecik2 biasanya tutup kul 5.30ptg. nak shopping pun tak sempat.


4. had laju hanya 70km kt jalan biasa. kalau freeway (freeway ni mcm highway kt malaysia) bleh la 100km. selalu dengar org ckp takde guna drive ferrari kt perth. sebab takleh bawa laju. hahaha... tak brape hokey nak speeding. kalau saya, takut kena saman. kalau mat saleh yg kaya2 tu sebab takut kena potong merit la kot... tp sebenarnya had laju tu dibuat bukan saje2. utk keselamatan. dan pemandu kt sini secara umumnyer lebih bersopan dari malaysia. jarang dengar bunyi hon. kalau ada reckless driverpun ada la sorang dua...


5. no nightlife. kalau ada kedai bukak pun bar. jadinyer kami jarang keluar malam. kalau kt malaysia, 24jam.

1 comment:

  1. setuju dgn point no 5 dan 6 bg sebab yang best.. jalan kat sini pun cantik dan xde tol... mcm2 model kereta yg tak pernah tgk boleh jumpa kat UK ni.. heheheehe

    mahalnya sewa rumah kat sana... tu tak tambah utility lagi... mmg kena usik duit gaji la ek?

    mmg kat sini pun xde nightlife... hujung minggu pun kedai buka beberapa jam jer... mmg xbest... kalau nak shopping malam jugak kena gi supermarket yg besar2 mcm tesco.. kira ok lagi la :)

    ReplyDelete