Monday, December 14, 2009

panas!

semalam (ahad) adalah hari yg paling panas sejak sampai sini. ramalan ckp 38 C. suhu sebenar tak tahula brape. ini blum masuk summer lagi ni. kalau malas sapu losyen tgn jd kering, gatal dan pedih.
hari ni ramalan ckp kurang sket 28C (stengah ckp 31C).

first time tgk iklan cancer kulit kt sini nak tergelak. tunjuk pasal org tgh berjemur. pastu tunjuk dlm kulit sel cancer membiak dan jangkit ke organ lain. 'There's nothing healthy about a tan' hohoho. org kita sibuk nak putih. mat saleh plak nak gelap. ini link iklan tu.

Saturday, December 12, 2009

update

  • ahad lepas, sebelum pindah ke rumah k wani, gi main kite ngan illa, aidya n lela. angin kuat sangat. terpaksa pin tudung bhgn depan kt baju. pasir pantai halus sangat. best. tengah syok main tu sekali datang la sorang kulit hitam ni. cakap pun tak brape btul. mata merah. tak berbaju. pakai sluar pendek je. mabukla tu. cuak giler. ntah apa dia cakap pun tak brape clear. org mabuk bercakap. bila kitaorg tak layan pun dia still pot pet pot pet lagi. bila lela siap gulung tali kite tu, kitaorg blah. masa parkingpun dh nak abes. sungguhla pengalaman yg tak best.
  • parking kat sini ada limit masa. yg free pun ada limit. yg berbayarpun ada limit.
  • tak abes lagi cerita pasal org mabuk. masa gi fremantle hari selasa lepas pun jumpa ngan org mabuk dlm bas. siang hari pun mabuk. mabukla agaknya sbb mcm tak brape btul je. ataupun org tu mmg tak btul. dah lah turun sama tempat ngan kitaorg. so kamipun cepat2 jln n terus masukdlm kedai. masa nak kuar dr kedai tu intai dulu ada lg tak org tu. ;P
  • kt sini nak jumpa dr kena buat appointment dulu. dh buat appointment dh kt health service curtin. hari jumaat depan. tp nama blum ada dlm sistem oshc lg so xleh print temperory certificate health insurance lagi. kalau takde benda tu nnti kena bayar. kt sini jumpa doctor pun dh brape puluh dolar. blum ubat lg tu.
  • sekarang subuh kul 3.25pg. awal2 hari tu tak dengarpun alarm. skarang dh ok dah. kul 5 pg dh cerah :)
  • selasa lepas beli simcard baru. sbbnyer provider ni ada plan lagi murah utk international. 1sen je (aud) utk call m'sia sama ada fixed line atau mobile. flagfall (fixed start fee) 20sen.
  • dari rumah nak ke curtin naik satu bas je. hari tu amik masa 30 minit. tp bas nak ke curtin byk je. selang 15minit.
  • bas kt sini kalau tukar bas@naik bas lain (bas sama pun bleh jugak) dalam tempoh 2jam dari bas sblumnya tak perlu bayar. bas juga sangat efisyen. biasanya on time. kt setiap bus stop juga ada jadual bas. cuma weekend je jarang2. selang sejam kot.

Friday, December 11, 2009

finally connected

dah bli prepaid broadband. device sama cam broadband celcom.
akhirnya bleh online.
xleh hidup rupanya xde internet nih. tension. hikhik.
harga mahal sket banding ngan malaysia. tp bleh dikatakan murah le sbb kt sini sume barang mahal ;P dan juga sbb prepaid so bleh reload ikut bajet. hohoho....

will update later.

Sunday, December 6, 2009

hari keenam

petang semalam gi pasar kt subiaco. panas. kalau sehari dua mula2 sampai angin sejuk.skang angin tak rasa apa. mlm td lepak umah lela. tak jauh dari umah aidya. jln kaki pun tak sempat berpeluh. tgk titanic. lela masak mee goreng basah.

petang ni nak pindah masuk umah k wani. k wani ajak dok ngan dia. wah~ jd housemate balik. jauh la sket dari u. kena tukar bas. tp takpela... dok ngan org kenal senang sket. lagipun utk 4 bulan je. bulan 4 nnti nak cari umah yg dekat ngan u sket. ma n abah dtg 5hb April. mmm... bulan 3 dh bleh start cari umah.

Saturday, December 5, 2009

jalan2 kt bandar


inilah rupa soket kt australia. new zealand pun cm ni jugak rasanya.

jadi terpaksa la gi cari adaptor.

ptg td gi bandar. aidya ajar naik bas ke bandar.


amik gambar guna hp. takde flash. guna night mode. jd tak brape lawa.



Thursday, December 3, 2009

pics











aidya bersedia nak serve.




my not so new handbag n handphone.



mujur beg besar. bleh sumbat barang2 yg agak lebih muatan. hohoho



inilah rupa handset baru. sony ericson w595.
gambar2 kt tepi tasik n handbag kt atas tu diambila guna hp ni. lawa jugak gambar. 3.2megapixel.












Wednesday, December 2, 2009

day 2 in perth

hari kedua di perth.
hari ni pegi daftar, buka akaun bank n jumpa sv. sv bgtau start tahun depan. yippee!!
buat sementara ni guna prepaid shalela (dia dh tak guna prepaid ni). tp ada problem sket. jd masih takleh call malaysia dgn murahnya. cakap tak sampai 10 minit smalam dh habis 15 dolar. kalau yg murah tu 10 dolar bleh ckp 100minit.

masa sampai smalam tak rasa cm dok oversea. hari ni rasa cm dok oversea. hohoho. kuar je rumah pg td. sejuuk~. bila kena matahari panas tp angin sejuk. ptg td ikut aidya n friends main volley ball. tukang tgk je. angin agak kuat. bila dh nak blk tu bila berckp pun dh terketar rasanya. tapak tanganpun dh pucat tak berdarah.

soket kt sini tak sama ngan m'sia. jd kena beli adaptor. tempat cucuk tak sama.

rumah pun blum dpt lg. ingat nak cari dekat2 ngan rumah aidya, shalela, aidilla. senang sket dok dekat ngan org kenal. kawasan ni agak mahal tp selamat sket. kalau dekat2 curtin murah tp kurang selamat. kalau berfamily bleh la dok dekat curtin tp kalau sorang agak bahaya.