Friday, March 5, 2010

perkara baru

dh pun masuk rumah baru. dh 2mlm dh.
semalam bersemangat nak masak sup ayam.
potong bawang halia apa semua, defrost ayam.
bila dh siap2 semua, nak buka dapur, eh, nape tak nyala2 ni?
try berkali2 tak jadi jugak.
since dh tiba masa bersiap utk ke uni, masuk semula ayam dlm freezer.

check hot water sbb water heaterpun guna gas. buka hot waterpun tak panas. (dhlah hari ni sejuk)
bila k sofia datang tgk pagi ni rupanya paip gas turned off. bila on , selesai masalah dapur.
sup ayam tgh mendidih kt atas dapur tu... nak rasa?hehe...

water heater blum selesai lagi.

Wednesday, March 3, 2010

booked and confirmed!

2nd visit


pagi smalam kuar rumah kul 6.30pg.
mujur kali ni tak bau najis kuda kt fremantle.
last time, kuat btul bau. train station sbelah aje ngan pelabuhan. mungkin masa tu tgh mengangkut kuda masuk kapal kot.
kt spital, lepas bagi buku rekod kt midwife, kena timbang berat sendiri, check urine sendiri (glukos, protein dan satu lg apa ye? blood?) guna test strip. pastu tunggu midwife datang.
kali ni midwife lain plak attend. dlm team aqua ada 4 org midwife, gilir2 supaya kenal semua. nak bersalin nnti dh biasa ngan semua midwife dlm team ni. register utk antenatal class. 13hb mac 8.45am-3pm. next visit plak 30 mac. mujur tak kena pegi tiap minggu. mungkin juga sbb semua normal.
hehe... berat dah 58.66kg. hohohoho.... ada 45 hari lagi ni...
huhu~ saya dinasihatkan amik iron hingga lepas bersalin. tapi kalau tak selesa bleh amik selang sehari.

ptg gi uni. nyaris2 terlepas kelas.
gi ke tempat sepatutnya kelas tu berlangsung. wah~ lega tgk ramai org. skali derang sume masuk kelas lain. mana kelas optimization ni?
bila gi tanya pejabat, rupa2nya dh ubah tempat.
mungkin sbb student ada 5 org je termasuk saya jadi lectrr tu buat kt meeting room je. nape la tak terfikir nak tanya ofis sblum ni.
semua student lelaki. sorang mat saleh, 3 lg mcm chinese je. adeh, sikit sgt student ni susah la sket nak ponteng nnti. hohoho...
baby sgt aktif bergerak masa dlm kelas. dekat sejam jugak. sampai saya cover perut ngan nota taknak org prasan. heheee...

Monday, March 1, 2010

bleh wat duit



wah~ tak sangka.
register sesaje je. sbb kat blog lain ramai yg ada label nuffnang ni.
tapi still ada byk lagi nak kena kumpul sblum bleh tebus.
kalau dlm aud ok gak. ahaks!

jom ramai2 register. alaa... sesaje je...

nak wat rekod hari paling byk post

tgh hari tadi punya la bersemangat mengharung 38 C ke uni yg memakan masa lbey kurang sejam.
dhlah sekarang ni asyik rasa tak puas bernafas aje. mcm tak cukup oksigen.
baby dh amik space jantung kot. hohoho.
perutpun dh bersentuhan dengan paha bila duduk.
nampaknya anak saya membesar bagai johan. hohoho...
minggu2 terakhir ni baby mengumpul lemak. jadi pembesaran berganda berbanding sblum ni.
kaki pun bengkak tak surut2 dah.
sblum ni kalau bengkak, saya rehat jap akan surut balik. ini memang dh tak surut. kadang tu rasa kebas sampai ke betis. risau gak kot tak normal.
esok nak gi spital. tgkla apa dia ckp. appointment kul 8 pg tu.... perjalanan sejam tp plan nak kuar kul 6.30pg.
jgn risau, skang 6.30pg hari dh cerah. sunrise 6.06pg.

nak bercerita pasal kelas sbenarnya ni.
macam mana 1st class?
well...
.
.
.
TAKDE ORG PUNNN!!
.
.
.
bila check email semula
.
.
.
cet! kelas mula 2nd march! bukan 1st march!
ampesh!!

rumah

ini pandangan hadapan rumah. no.8.
tgkla betapan cerunnya nk masuk ke rumah tu.
tak tahu la berani ke tak nak park kete kt dlm garaj.
ntah2 park kt tepi jln aje nnti. (bila dh beli kete la...)


hari ni cuti umum tp uni tak cuti

hari ni cuti umum. tp tak tahula nape curtin tak tutup. kelas berjalan seperti biasa. murdoch pun sama.
petang ni start kelas. hehe... excited. tak pasti la plak ni kelas undergrad atau postgrad. masa gi minggu lepas, kelas tu muat 16 org aje.

petang semalam dan pagi tadi gi buat inventory umah. susah jugak bila terlebih furnished ni. inventory list yg diberi kepada saya plak tak di update. jadi ada barang yg takde dlm list, ada dlm list tp barangnya xde. benda2 yg lecehnya kt dapurla. pinggan mangkuk, mug, cawan, bowl, gelas, periuk, pan, n bla bla bla. barang2 tuan rumah ni taknak guna. pinggan mangkuk n mug nak masuk kotak, simpan dlm store. benda2 lain letak kt satu bhgn dlm kabinet dapur. mujur dapur agak besar.

semua barang2 dlm gambar ni tuan rumah punya.

lounge room

kitchen yg agak luas
dining area
bedroom 1
bedroom 2
bedroom 3