Sunday, May 9, 2010

pics part 2


dari k wani dan k sofia

kt bwh ni dlm labour suite

kali ni tv tak perlu bayar







midwife prepare utk sambut baby...

rendah ke heartbeat baby?
masa ni dh start drip

10 hari di kemh part2

15/04/10

Pagi, K sofea dan hisham bawa ma n abah ke spital. K wani pun dtg skali. bawa bunga, towel dan bear kecik utk baby. Well, baby masih taknak kuar lg masa ni…

Hari ni Dr. putuskan kena induce. Check jalan, cervix dh buka tp masih belum cukup so kena masuk belon dulu supaya buka hingga brape cm ye? Dh lupa la. Bila kena induce tu bergantung pada kekosongan labour suite. Mungkin mlm mungkin esok pagi.

Ma n abah stay sampai petang dan balik dgn k sofea dan k ain yg dtg sbelah ptg.

Lepas maghrib, aidya, lela n ila datang melawat.

Lepas solat isyak dlm kul 8 stengah malam baru aje siap2 nak tido, midwife dtg bgtau ada labour suite kosong. So kemas2 barang, pindah ke labour suite yg canggih itu…..

Midwife monitor heartbeat baby dan contraction selama 20 minit. Pastu ingatkan dh tak buat pape mlm ni. Dah tertido dhpun…

16/04/10

Dlm kul 12:30 malam, Dr. masukkan belon.(tiub dan di isi dgn air). Tak brape faham tp macam letak hormone utk lembutkan supaya senang buka. Bila masuk belon ni start rasa sakit sket tp bearable. Masa Dr. nk masukkn belon, midwife hulur gas (laughing gas). Bila rasa nak guna, sedut aje. So I’m bracing for pain. Tp tak sakit mana pun so tak sedut gas tu (kan saya taknak guna drug… konon). Masa midwife check jln petang smalam lagi sakit. Mungkin sebab cervix dh buka sket.

Agak kurang best berjalan dengan ada tiub kuar dari bawah. Tp utk mempercepatkan belon kuar, kena berjalan2. Midwife juga bagi belon, bounce2 kt atas belon. ;P Derang juga bagi heatpack.

Parents dtg dgn k ain n k sofea. Anak k ain, akmal dh sibuk tanya mana baby. Hehe… baby tak kuar lagi.

Selepas 12 jam, kul 11 pagi, belon belum kuar lagi. Parents stay sampai petang. Petang tu derang balik sbb tak tahu bila belon nak kuar ni. Lepas parents balik, belon kuar.

Lepas belon kuar, dr. pecahkan air ketuban. Kalau baby tak berak lagi, bleh biar uterus contract sendiri. Kalau baby dh berak, terpaksa start drip. Since baby dh berak, terpaksa la start drip.

Selepas pecah air ketuban ni, kt toilet midwife letak besen kertas. Hoho…. Agaknya takut baby terkeluar atau nak monitor air yg keluar kot. Bila gi toilet buang air kecil, kuar skali ketulan2 kuning. Hikhik najis baby ke tu?

Start induce kul 5. Bila mula drip start le sakit. Tapi takdela sampai nak mintak epidural ;P. Midwife bagi pil pain killer. Tak pasti apa benda. Panadol kot. Tiap midwife yg masuk (derang tukar shif biasanya kul 7ptg@mlm) saya tanya brape lama nak kena drip tp derang pun takleh nk bgtau… bergantung pada org. stengah org cepat. Stengah lambat.

Midwife tanya, selesa tak kalau dr pelatih lelaki ada skali masa bersalin. Saya bgtau kalau bleh taknak. Sblum ni yg masuk belon tupun dr lelaki. Tak tanya pun. Mungkin sebab itu dr yg bertugas, bukan dr pelatih.

Kul 11mlm, selepas 6 jam drip, cervix macam tak nak buka2pun. So tinggikan dosage drip. Masa ni la contraction makin kuat. Dahlah mengantuk. Kali ni dh tak tahan. There goes my plan tak nak drugs. Beria sedut gas tp tak berkesan.

Mengantuk sangat, between contraction tu tertido…dh tgh mlm. Tp yg tak bestnyer bila terjaga dengan kesakitan yg amat. Menggigil2 sedut gas tp mcm tak sedut aje… Kadang tu baru aje habis satu contraction, muncul contraction baru plak. Tak sempat nk rehat.

Saturday, May 8, 2010

pics part 1

semasa di assessment unit.
sedang monitor pergerakan dan heartbeat baby.
tiap kali baby bergerak, midwife suh tekan butang kt tangan saya ni.


dalam wad.
tv tu berbayar :(




pemandangan agak best dari bilik ni.






breakfast.
roti ngan buah saya tak makan.
kertas tu utk pilih menu tghr nnti.

10 hari di kemh part1

note: malas nak edit so minta maaf le kalau pening2 baca kisah ni ye...


14/04/10

Bangun pagi, nak solat subuh, ada darah.

First thought came to my mind was period. Hoho. (Only for one second) lepas tu barula tpikir. Ok, it’s time. Lepas solat call spital. Dia suh gi spital. Then bagitau parents.

Call k ain minta tolong hntr ke spital. Siap pesan kt dia lagi no need to rush. Breakfast dulu.

Since nothing alarming. Kuar darah aje. Tak sakitpun, so saya sorang je la yg pegi. Lagipun ingatkan check kejap pastu bleh balik smula. Tp bw aje hospital beg. Just in case.

K ain datang dlm kul 8 lbey. Makcik navigator bagi jalan ikut city. Kbetulan rush our masa tu. Org nk gi keje so jam la sket kan. Dgn jam, terlepas masuk simpang, dekat sejam jugak le baru sampai. Patutnya dlm stengah jam je. K ain ckp, mujur bukan nak bersalin lg. kalau tak dia benti kt tepi call ambulan ;P

Akhirnya sampai kt spital. Gi assessment unit. Di attend oleh teaching midwife dan student dia. So lama la sket dia check sbb sambil2 bagi penjelasan kt student dia tu. Tak kisahla kan.

Awalnya normal aje. Check spt biasa, blood pressure, urine test, monitor heartbeat baby dlm 20 minit. Darah dh tak kuar dh masa tu. Mmm… rasa mcm pernah terbaca somewhere yg kalau kuar darah kena bawa pad tu skali ke spital sbb dr nak tgk byk mana kuar darah.

Lepas monitor heartbeat baby, midwife check tgk cervix dh buka blum. Hu~ sakit jugak le… lepas check jln tu, midwife (the teaching lctrr) mcm lama termenung. Pastu dia panggil dr. Start dari sini la harapan saya nak blk umah hari tu mula ranap ;P

Nak tunggu dr datang agak lama juga. Tp akhirnya dtg jugak dr. Dia scan, kira air ketuban apa semua. dia tanya banyak mana dan warna apa darah yg kuar pagi tu. Sebabnya masa midwife check jln, midwife tu rasa more than a show. Dia terangkan (ikut yg saya faham le ni) kalau ‘show’ mucus plug kuar. Kalau bleeding tu maknanya berlaku pendarahan kt dlm. Jadi dia nak saya stay kt spital. Kalau bleeding lagi dia nk induce. Esok akan diputuskan. Hehe… masa ni dapat rasa muka saya menunjukkan muka tak puas hati. Sempat lagi tu bg alasan duedate saya ada 3 hari lagi. Dr tu dgn sabarnya menerangkan baby come to term between 37-40 weeks. Jadi baby saya ni dh dikira matang. Anytime je.

Tgh hari tu parents datang bawa makanan. Lampor… masa ni tak tahu lagi ada halal menu kt spital tu… mujur sehari sebelum tu dh bawa parents ke spital masa check up. Jadi derang dh tahu mcm mana nak pegi sendiri naik bas dan train ^^

Tunggu punya tunggu kt assessment unit tu bila la derang nak bw masuk ward. Takde bed kosong lg… akhirnya just before 6pm, saya dibawa ke wad4 dlm kerusi roda. Rasa klakar naik wheelchair sbb sihat walafiat. Tp itu procedure sbb saya bleeding. (mengikut nurse yg tolak wheelchair).

Mlm tu tido awal sbb kebosanan. Kedengaran bunyi baby nangis. Adeh, my baby tak nak kuar lagi…

Tgh mlm, selama 2 jam ada contraction selang 5-8 minit. Tp lepas tu terus takde. Bleeding lagi. Nampak gaya memang kena induce le ni…

Wednesday, May 5, 2010

birth cert



ingatkan lambat nak proses birth cert. rupanya cepat aje.
spital bagi borang utk di isi. borang tu bleh pos atau gi hntr sendiri. saya pos aje.
bayaran guna kad kredit k wani. standard birth cert 44 dolar. kalau yg bercorak 54 dolar dan free standard. yg standard plain aje, mcm kt msia.
patutnya dua2 parents kena tandatangan borang tu tp since papa budak ni takde kt sini, buat surat je explain nape the other parent tak sign. dua hari lepas, birth cert sampai by pos. tak sampai seminggu selepas hntr borang.

gangguan





org menguap pun amik gambar ye...

semalam akif aydin melalak dengan dasatnyer...
biasanya kalau dia cranky nak tido pun takdelah cm ni.
bila abah baca2, senyap jap pastu nangis balik.
pastu abah baca2 lagi, akhirnya tido...
abah dan ma ckp derang dpt rasa ada benda lain dtg ganggu sbb derang dpt rasa seriau. saya tak rasa apa, kurang sensitif sket bab2 ni. kalau mak sdara dan sepupu saya, jgn le.. cepat btul derang dpt rasa kalau ada benda2 pelik.

pagi tadi akhirnya tali pusat yg 2cm tu tertanggal. (yg clamp dh lama tanggal). lama btul, dekat 3minggu. mungkin sebab tak sapu apa2 kot.

Monday, May 3, 2010

majlis bercukur tp tak cukur pun

merujuk tajuk entry di atas, semalam,ahad, majlis berlangsung dengan meriahnya. ;P
disebabkan supply ayam dan daging yg belum tentu dapat ke tak, invitation hanya dapat dibuat pada petang sabtu. Bukannya ramai sgt pun panggil dlm 30 org je.

Biasanya kalau order ayam dan daging sampai on time. kali ni tak tahula apehal kedai tu. akhir skali minta tolong k ain gi amik kt kedai. kedai tu sukar di akses kalau takde kenderaan sendiri.

ma masak sedap2, ayam goreng berempah, kari daging, acar, tp saya makan nasi dgn ikan bakar semalam aje. hukhuk sedih tak. kalau ikan bakar hari ni ok gak. ini ikan bakar semalam! tp curi2 makan ayam. hoho...

hari tu masa bekalan ikan habis, makan aje ayam dan daging. kt spital hari tu bedal aje makanan yg disediakan (yg halal la).

ok, kembali kepada tajuk entry. masa nak baca doa baru father i teringat yg tak gunting rambut baby.