Thursday, February 10, 2011

akif sebelum tido


favourite spot.
suka berdiri kat pintu, tepuk2 pintu, mulut membebel2


nampak ibu pegang handphone, dia pun cepat2 datang.


puas main hp, nampak buku, nak baca buku pulak


jgn main2... akif dh pandai baca buku ni....


dah habis dh baca....


bing!! penat lepas habiskan baca buku tu....

tapi masih gagah lagi...
sambung tampar2 pintu wardrobe pulak


check engsel pintu

gitu gini gitu gini.... ibu terlelap dulu
tapi terjaga bila bunyi akif berak.
lepas salin nappy, baru tido.

.
.
.


kisah sebenar di sebalik tabir...


saya suka belek buku dan keronyotkan kertas, bukannya baca


dan lambung2


dan tampar2


bukti lain:









Wednesday, February 9, 2011

gelap dan cerah

study nampak mcm cerah sket. hohoho... tapi biasala... kejap gelap kejap cerah.

walaupun minggu ni tak panas mana, masih lagi tiga puluh lebih tp takdelah cecah 37c dan rumah masih berbahang. hu~~
dan beberapa hari lepas ada tiga tempat berlaku bush fire. patutpun nampak macam berkabus aje.

hari ahad lepas masak ayam masak pedas sempena nak sambut tetamu. mula2 macam tak brape sedap tapi lepas beberapa kali di panaskan, rasa mcm sedapla pulak. hohoho....
akif takdela sunyi sangat bila ada ramai org ni... tp mereka sekeluarga dhpun dapat rumah. dekat aje dengan curtin. murah dan fully furnished. tapi tadi dpt call dari sorang member kt sini ckp kawasan tu criminal rate tinggi. pulak dah....

semalam lupa nak bawa penutup botol susu. jadi lepas perah, tak tanggalkan botol dari pam dengan harapan tak tumpah. sampai rumah, dari 3oz jadi 1oz aje. seb baik botol lagi satu agak penuh jugak. jadi takdelah sedih sangat. bukan senang tau nak pam. kalau tak sabar dan tak kena cara, dpt sikit ajela.

pengsan!! bil internet bulan ni seratus lebih. ni gara2 tak check remaining data. kat sini tak mcm broadband kt msia.kt msia kalau dh sampai limit, speed jd slow. sini tidak. speed laju aje cumanya charge mahal le...

memikirkan writing, mcm risau jugak. tulis blog pun mcm ayat tak brape lengkap. nak tulis thesis lagila susah. nnti macam mana la. pastu sini pulak takde presentation. jadi bergantung kepada penulisan kita semata2. sv i mcm baik. harap dia tolongler btulkan grammar ke.

Tuesday, February 8, 2011

not ready just yet

tak habis2 risau pasal akif tak nak makan.
kt msia hari tu paksa2 sampai muntah. pastu rasa guilty jd tak bagi dah.
sekarang ni rasa guilty sebab takut dia tak cukup zat la plak.
bila google, lega sket bila byk yg ckp breastmilk ajepun dh cukup utk sekurang2 umur setahun.
introducing solid start dari 4@6 bulan sebenarnya lebih kepada nak memperkenalkan.
kalau baby tak ready lagi tak perlu risau.
dan menurut info yg saya baca, biasanya budak yg allergic memang lambat sket nak makan.
tongue reflex akif pun blum matang lagi rasanya. tiap kali suap makan mesti nak termuntah. air liur sendiripun selalu tersedak.

gosh! sungguh tidak bersemangat utk belajar hari ni. kena buat2 rajin nih!
mungkin juga perlukan sedikit dos motivasi.
sempena azam tahun ni nak meningkatkan motivasi diri, telah beli buku motivasi NAK KE TAK NAK sebelum blk perth hari tu. tapi belum habis baca lagi. nak kena sambung baca ni.

progress report

beberapa entry lepas ada cerita pasal kena bg satu copy psd form kepada umt utk gaji.
semalam gi umah k wani, dia ckp dapat surat bgtau mulai february kena hntr prgress report melalui online plak utk pertimbangan gaji.
kepada yg berkenaan harap maklum.
tp saya tak dpt la pulak surat tu. blum smpai lg kot.

Thursday, February 3, 2011

alamak

hari ahad ni ada student baru dari malaysia nak datang. husband and wife dan 3 org anak.
saya telah meng offer tempat penempatan sementara mereka mencari rumah sewa.
dijangka smpai rumah dlm kul 5 petang. dh penat2 sampai tu mestila nak hidang nasi kan.
alamak, nak masak apa? setakat utk perut sendiri ni bolehla...
makanlah apa yg ada ye...

"don't pack, just leave"
ok, ini cerita lain pulak. statement di atas adalah arahan kepada penduduk yg bakal dilanda cyclone yasi. cyclone ni dhpun melanda. kesian queensland, lepas satu, satu.

happy cny! org lain beraya, sayapun tak gi school jugak. hehe... sekarang ni tengah sem break lagi. jadi tak ramai org. cny ni lagi la takde org. bilik postgrad yg saya duduk tu memang sah takde org. takutla pulak sorang2. blehla nak settlekan beberapa perkara hari ni.

Wednesday, February 2, 2011

benda tak betul

kalau dapat email atau benda yg forward forward ni, kena berhati2 sket. bukannya semua betul.
contohnya pasal budak kena culik dgn no plat sekian2 pastu suh phone sekian2.
bila saya google, (ni time takde keje, rajinla google benda2 kecikpun) kuar kenyataan polis ckp takde pun kejadian tu dilaporkan.
tp tak tahula kan kot benda tu btul2 berlaku tp tak dilaporkan.

contoh terbaru, dapat email pasal 'cough cpr'.
email tu mengatakan kalau rasa mcm nak kena stroke, ambik nafas panjang dan batuk. lbey kurang mcm tu la bunyi email tu...
bila google, ckp tak btul pulak.

ada satu web ni, namanya Hoax-Slayer, bertujuan utk mencari kebenaran jenis email2 yg di forward ni... ini linknyer : sini

antara petikan dari web tersebut:

Another good way to check if a message is a hoax, is to conduct an Internet search using a key phrase from the message. This will often bring up one or more reputable articles that clearly indicate if the claims in the message are true or false.

selamat bergoogle.

missing mommy

semalam start gi school.
kiranya setelah sekian lama, akif kena tinggal.
saya balik umah, taknak berenggang langsung. takut kena tinggal lagi kot. hohoho...
skang start buat keje kat school.