Friday, April 22, 2011

panas dan sejuk

dalam rumah sejuk siap pakai sweater tp bila kuar umah panas aje. mcm mana tuh.
hari ni cuti. good friday. tp tak cuti dari study. sebabnyer sepanjang minggu ni kurang study.

autumn kat sini, warna daun tak lawa macam kt tempat lain. takde pinky2, merah kuning. sini terbakar terus. jd takdelah lawa mana.

Wednesday, April 20, 2011

hand luggage

air asia makin strict sekarang ni berkenaan hand luggage.
strictly 7kg dan satu beg aje. tp beg laptop tak dikira.
kt lcct nak masuk ke departure international tu ada penimbang kt situ hokey.

masa cik yuni nak balik hari tu pun kena timbang hand luggage.

harap maklum ye kengkawan.
ciao!

Tuesday, April 19, 2011

internet sewel

internet hampesh dua tiga hari ni.
laptop plak kena virus minggu lepas.
format balik. tp takde microsoft office. suh adik kt msia pos aje pirate nyer. tgh berjimat ni.

birthday akif ahad lepas tak celebrate pun. nak buat kek? akif bukannya makan kek.
buat lasagna aje. itu pun ibu n papa aje makan. kasi kt akif sikit tp dia kuarkan balik.
akif sekarang ni cuma boleh terima makanan yg cair2 aje. eg. bubur.
nak celebrate bday akif tunggu auntie wani balik sini.

akif dh pandai baca buku skang ni. dia buka buku pastu tunjuk ngan jari telunjuk, mulut berbunyi ssss... sss...
itulah bunyi dia baca buku. hikhik.

Sunday, April 10, 2011

balloon animal

poodle

dog
dog again

and pinky giraffe

inilah passion baru saya. hehehe....
tapi akif tak layan pun bila bagi belon2 ni kat dia. hohoho.
kadang2 bila beli toys, ibu yg terlebih excited dari anak.



seorang rakan di sini yg baru melahirkan bayi kedua mengalamai post natal depression.
feel bad for her.
mungkin bercampur ngan stress sebab dia ada 3@4 bulan aje lagi nak abes phd.
dah seminggu lebih kot masuk spital.
harap dia cepat pulih.

saya hari tupun stress jugak sebab nak kena hantar proposal utk candidacy.
masa hntr benda tu kt sv, pejam mata waiting for the bomb.
seb baik kena tambah sket aje. itupun sv tolong tambahkan. huhu~

Friday, April 8, 2011

taste of autumn

subuh tadi suhu jatuh 10c. sebelum tidor keluarkan heater. tapi setting tak cukup warm. malas nak gi kuatkan heater jd tidola dlm kesejukan ;P pagi esok pun dijangka 10c jugak. petang semalam beli sleeping bag utk akif. pagi2 biasanya kalau dia sedar, ibu takde, dia akan merangkak keluar tp pagi tadi takleh merangkak sebab pakai sleeping bag. hohoho. dua minggu almost literally dragging myself utk buat keje. rasa macam takut+malas. rasa intimidated dengan research yg nak dibuat ni. tapi hari ni bersemangatla pulak. nak kata pms, dah lama dah tak period. seb baik implanon ni dh tak affect period. awal2 aje. baikla tak datang daripada datang dengan kacau bilau. cik yuni dah nak balik isnin ni. then tinggallah akif dan ibu. but only for 3 days. someone special will come. can't wait!!

Thursday, April 7, 2011

sediakan wiper sebelum hujan

pagi ni hujan selepas beberapa lama dilanda kemarau sampai tasik kt sini habis kering dan kura2 pun lari cari air. dasaaat.
dan barulah rasa macam autumn sket. sejuk sket.
sebelum ni tak sejuk tak panas. sedang2 aje. time subuh tu rasala sejuk sket.

wiper kereta rosak. dah dekat sebulan kot tp sebab lama dah tak hujan jadi asyik lupa nak beli wiper baru. bila dah beli plak tak kena size. jadi belum gi beli yg baru lagi. since dh start hujan ni petang ni kena gi beli la ni.


pernah dengar telur tiruan? baca sini
nak beli telur ayam pum kena berhati2 sekarang ni.

Tuesday, April 5, 2011

playgroup again

setelah beberapa lama tertangguh, akhirnya hari ni pergi ke playgroup yg dekat dengan umah.
kebanyakan member melayu join playgroup kat bentley tp jauhla plak rasanya. lagipun sana start lewat jd tak brape kena dgn masa akif tido.

sukalah akif bila ramai org. dia bukannya reti berkawan pun tp bila ada ramai budak2 tu, galak le dia main.

ada sorang budak tu tak reti merangkak lagi, tp reti bergerak dengan tolak kaki dia (tarik dada?)
mak budak tu biar aje budak tu bergerak dari dalam bangunan sampai ke luar. habis kawasan tu dia pusing atas simen (konkrit?konkrik?) atas rumput (artificial). mak budak tu ada borak2 ngan mak2 yg lain tp biar aje anak dia. saya yg menengok ni pulak risau. memang le mak dia supervise anak dia tp selamber dia anak dia bergerak. kalau dlm bangunan tu ye lah.

pastu, (masih lagi baby yg sama) bila dh dekat nak balik tu, mak budak tu dukung le dia. pastu puting budak tu jatuh atas rumput (artificial), mak dia amik, lap2 kat baju pastu sumbat balik dalam mulut baby tu. o0o.