Monday, August 15, 2011

panic attack

banyak benda lagi yg nak dibuat tapi masa tinggal setahun 3 bulan je lagi...
kena kerja keras lagi ni... dan juga kena lebih organized...
susah buat benda yg tak nampak depan mata ni.

hoho tiket ma dan abah utk raya haji dh beli. derang cakap bleh dok 2 minggu aje. since saya tukang beli tiketnyer (tukang beli aje, bukan sponsor. haha...) saya book utk 20 hari. hohoho.... dulu tak sempat nak bawa jalan2 tengok kangaroo and koala jadi harapnyer kali ni dapat le bawa pusing2.

beberapa bulan yang lepas, ada seorang mak mertua kepada student curtin datang sini pastu terkena strok la plak. lama jugak masuk spital. tahula kos spital kt sini. sehari seribu dolar lebih. pastu makcik tu tak amik travel insurance. jadi bila book tiket utk ma dan abah kali ni amik travel insurance airasia. itu valid utk sebulan stay aje.

Wednesday, August 3, 2011

tahun kedua puasa

ni tahun kedua puasa di perth.
hari ni first time berbuka kt murdoch uni. k wani n k sofea selalu bercerita pasal makanan berbuka kt murdoch. teringin jugak. semalam lagi plan nk gi, tapi ada hal lain la plak last minute. semalam saya berbuka dgn telur masin aje.
tadi, seb baik ada volunteer nak tgkkn akif kt worship center tu. bleh la ibu solat berjemaah. kalau tak, berbuka ajela kt situ, balik solat rumah. paling risau dia suka sangat pegi kt heater, nak sentuh heater tu.

sebelum puasa lagi saya dh buat tapai beras. kena practice ni, biar raya nnti menjadi. tadi gi kedai nak cari ragi, habis la pulak. kalau buat guna yeast serbuk jadi ke? tahun ni rasa macam nak makan nasi dagang. jadi sebelum raya, kena practice jugak ni... dan rasa mcm nak buat kuih. wah~ semangat raya membuak2 ni.... dan sedang kempen parents saya spy datang raya haji kt sini. hoho...

batuk ibu masih belum hilang. batuk akif pun belum hilang. tiap2 malam, batuk smpai muntah. penat nak membasuh. dahlah asyik hujan aje. takde dryer.

pasal study: benda yg sv suh buat 3minggu lepas masih belum ada idea nak buat mcm mana. nak kena baca balik paper rujukan utama. kena faham btul2.

Saturday, July 30, 2011

stressful week

minggu ni dan minggu sebelumnya sangat stress. akif demam dekat 6hari.
bila dh demam tu, cranky le... asyik merengek dan nk duduk atas dukung aje... tidopun atas bahu. sakit pinggang dok mendukung budak tu... bila tido plak kejap2 sedar. langsung takleh study maka bertambah ler stress. akif nangis nak ibu, ibu pun mcm nak nangis i want my mummy...
dua tiga hari leaps, demam akif dh kebah.... lega... tp batuk dan selsema masih ada.

Tuesday, July 19, 2011

update gambar aje


Akif dh pandai stacking...

Wednesday, July 13, 2011

wah wah atah bukit budok buah bulih nyakit

dua minggu lepas akif jatuh dh mulutnya berdarah (rasa mcm ada cerita kt blog)
semalam, jatuh dan hidungnya berdarah. bukan sikit darahnya. byk. lap lap, kuar lagi. tp akhirnya stop. abes baju dia, baju ibu kena darah.
lepas tu dia ok. galak mcm biasa tp sebab dlm hidung yg tak nampak (mulut bleh nmpak), bawa dia gi after hour gp kt fremantle. doktor ckp luka sket je. akan sembuh sendiri. cuma jgn picit @ cuci hidung dia. harapnya tak selsema sebelum sembuh.

Sunday, July 10, 2011

sebutan

dah lama tak update gambar kt blog...tiap kali nk update selalu aje tak jadi.
akif semakin aktif. minggu lepas, dia masukkan berus gigi dia dlm heater. terkena kipas. seb baik heater dh tutup tp kipas masih bergerak. tadi dia nk masukkan hanger plak.
jumaat lepas, saya tertido masa susukan dia. sedar2 dia tengah pegang spek yg dh patah. dhlah hari tu nak gi jumpa sv. pinjam spek hubby. seb baik power lbey kurang. sekarang pakai spek yg diikat dgn getah. siang tadi dh gi buat spek baru. seminggu lebih baru siap. amik lense biasa aje.

perjumpaan dengan sv jumaat lepas adalah tidak memberangsangkan. ntah ape dia suh buat. tak brape nak faham. bila tanya, dia suh try buat dulu. okla.. try la pikir dulu apeke bendanya...
ada satu perkataan yg sebelum ni saya tak berapa pasti apeke benda sv sebut tp bleh agak maknanya. baru2 ni baru tahu. rupanya dia sebut algorithm. bunyi mcm igory. ;P

Friday, July 1, 2011

persimmon

ahad lepas kami pergi ke kebun persimmon atau melayu nyer pisang kaki. tak tahula kenapa dlm bm nama pisang kaki.
tapi sekarang ni dh abes musim. pokok persimmon pun dh dogol. patutnya pegi awal2 tp sebab buahnya takdelah sedap mana pun (tapi manis), jadi takdelah bersemangat sangat nak pegi.
ladang persimmon yg kami pegi ni sebenarnya tak buka hari ahad tapi pakcik yg baik hati tu buka utk kami. itupun kejap aje sebab dia ada hal.
sepanjang dok sini, dh 3 ladang saya pegi; anggur, strawberry dan persimmon. tiga2 tokey ladang bukan org local.

akif tengah cuba gigit kepala lutut saya jadi takleh tulis panjang2...