Monday, January 30, 2012

visa dan oshc

nak bagi info sket utk makluman semua...

visa kt sini kalau ada sakit yg mcm cancer ke jantung berlubang ke maka susah ler nak lepas. sorang student kat sini salah sorang anaknyer ada jantung berlubang maka tak lepas lagi visa anak tu. yg lain ok. satu kes tahun lepas, sorang doktor yg dh 8 tahun kot kerja kt sini tak dapat PR sebab si wife ada cancer. bila masuk tv dh jadi isu baru dpt.

oshc plak (insuran utk student international) dh ada regulation baru tahun ni. for pregnancy ada waiting period selama setahun. maksudnyer kalau datang sini tak sampai setahun dan pregnan makanya kena bayar sendiri....

Friday, January 27, 2012

mencari rumah

semasa proses mencari rumah, pegi view beberapa buah. kalau rumah within bajet kami, saya dapati sama ada :

1) rumah yg dlm keadaan ok (baru atau cat baru atau dinding bersih takde comot2) tetapi kecil (hubby ckp rumah kotak. kita org asia yg kecik2 ni pun rasa kecik kalau mat saleh yg gabak2 tu tak tahula... dh lah ceiling sini rendah. kalau mat saleh yg tinggi bleh sentuh ngan tangan. kalau saya nk tekan smoke alarm naik atas kerusi pun dh bleh)

atau

2) rumah besar tp lama... backyard pun kira memadai. ada jugak yg backyard bleh muat sebuah rumah. tp masalahnyer rumah lama yg aircond pun idup ke tak...

nak cari rumah yg berkenan satu hal (ni kes tak terdesak itu memilih sket tu...) pastu org yg gi view plak tu naik kereta besar2. dlm hati, nak compete dengan org naik merce, bila la nak dpt umah ni... agaknyer diaorg ni gi view rumah sbb dlm gmbr nampak lawa kot... hahaha....

tp nasib kami baik sebab kebetulan ada student malaysia yg naik balik for good iklan kt email group. dia sewa terus dgn owner. jd lepas view rumah terus kami call owner. bg kt dia no fon reference (personal reference), lebih kurang sejam owner call blk ckp ok. ahad lepas dh sign contract. dpt sewa murah sket dr rumah sekarang ni.

Monday, January 23, 2012

peristiwa di pagi ahad

pagi ahad, almost 3 am.

tgh enak tidur tetiba terjaga. macam dengar org menjerit (shouting). pastu bunyi org pounding cermin tingkap. saya dan husband terus bangun. dengar suara org kat luar rumah tp tak clear. pastu bunyi macam org nak buka pintu rumah. dengan tangan menggigil terus saya call police. FIY no police dan ambulance kt sini 000. kt malaysia 999 kan?
lepas call police, bunyi mcm org tu blah sambil cakap2 (mcm ada dua orang). hubby ckp mcm sorang lg tu ckp wrong house.

bila dh bertenang, fikir balik, btul kot salah rumah. kalau nak mencuri takkan pegi ketuk tingkap dan bising2. agaknyer menjerit panggil kawan dia kot suh bukak pintu. tak brape clear apa yg dia ckp. agaknyer mabuk. biasala malam minggu...

dlm 10 minit lepas tu polis datang. kakak polis dan adik polis. muka muda lagi officer lelaki tu, hubby ckp macam baru abes skolah je. hahaha...
cerita kt polis apa yg berlaku. bgtau mungkin drunk dan salah rumah. polis tu ckp derang akan look around kot ada apa2.

itulah peristiwa nyer...
sekian. nak gi basuh berak akif ;P
akif dh pandai ajak basuh/ mandi. dia akan tarik towel dan tarik tangan ibu... dan kuat menyanyi sekarang ni... ntah lagu apa dia nyanyi....

Monday, January 9, 2012

silap timing

kononnyer nak cuti dulu pastu baru buat keje.
ni bila nak kembali ke sekolah, sibuk ngan nak cari rumah pulak.... rumah kt sini kena gi view dulu baru bleh apply. kena pulak view tgh hari dan petang jawabnyer habes macam tu je seharian. sebabnyer rumah dgn uni at least 20minit. kalau time rush hour mestilah lebih. dh 4buah rumah view tp baru apply satu aje. dua tiga hari nnti baru dapat tahun berjaya ke tak.

harga rumah pulak biasala makin mahal... minggu lepas kuar dlm local newspaper cakap ramai penduduk wa ni stress pasal nak bayar sewa rumah. bila sewa lebih 30% dari pendapatan maka org tu dikategorikan sebagai rental stress. kalau mcm ni kami postgrad student dari malaysia dh terlebih stress dh. sewa rumah yg saya duduk sekarang ni lebih separuh dari elaun umt dan kpt.

Friday, January 6, 2012

Beg la pulak

Semalam lepas hulur tudung, hulur beg pulak. Nak ajak kuar la tu...
Ni gambar beberapa minggu lepas. Sekarang rambut dh pendek. Bila potong rambut muka pun dh nmpak lain.



Friday, December 30, 2011

potato goreng

potato goreng utk budak2

cara2:
1. peel kulit potato. basuh dan lap dgn tisu. potong dadu 1cm.
2. tabur serbuk lada hitam dan sedikit garam.
3. goreng dengan api sederhana sehingga kekuningan. angkat dan tos.

akif tak makan sangat nasi. kalau makan pun sikit aje. yelah, yg masuk lagi sikit dari yg jatuh. ibu nak suap tak kasi. jadi potato lah hari2. lauk taknak. tp kalau ikan bilis goreng suka.

dan lately suka ajuk cakap orang dan juga tiru perbuatan org.
time tengah borak2, nnti dia sebut apa yg kita sebut. tp sekali ajelah dia sebut. jd tak dikira vocab dia lg lah ;P

antara perkataan baru akif ialah
1. nana (banana)- ni buah favourite akif. seb baik pisang dh murah. 2 dollar aje sekilo. sebelum ni 13 dollar hokeh. since pisang murah, blehla selalu buat jemput pisang. yum yum...
2. teku (thank you)- biasanya kita sebut thank you bila kita dpt barang dari org lain. tp akif sebut thank you bila dia bagi barang kt orang lain. hoho...

sekarang ni kan panas jd malas la kadang tu nak keluar rumah. sebelum ni kalau akif ajak keluar, mula2 dia hulur tudung kt ibu. merenget2 suh ibu pakai tudung. kalau ibu tak nak amik tudung tu, dia akan tarik tangan suh pegang. pastu berdiri atas riba ibu suh dukung. lepas dukung, tangan tunjuk kt pintu. lately ada perkembangan. lepas hulur tudung, hulur baju pulak. hahaha.... tahu pulak tu baju mana ibu pakai bila kuar jalan2.

the other day, masa susun toys dia atas rak buku, terfikir ini kan akif boleh tarik papan rak ni. jd saya try la tarik nak tgk susah ke tak nak tarik. tp buat benda tu depan akif. dia pun apa lagi, tarik la jugak. adeh ler....

toys dia yg kecik2 saya simpan semuanya dalam bilik. tinggal toys yg besar2 aje... penat nak kemas. paling tak larat nak kemas bila dia angkut barang2 dari dapur ke ruang tamu. ini baru sorang...

Wednesday, December 21, 2011

summer 2011

sv dh 3 minggu bercuti maka anak buah pun turut cuti jugak. hahaha....
tp sv cuti selama 3 bulan anak buah dia takleh la nak ikut cuti 3 bulan. cukuplah tiga minggu aje. tp tak gi manapun. dok umah aje... marathon tgk drama korea.
semenjak summer ni adalah beberapa hari yg btul2 panas. hari2 lain boleh tolerate lagi la. biasanya btul2 panas bulan 2. dh ada aircond ni rasanya kurang terseksa la sket...

minggu lepas ada thunderstorm. tiang letrik tak jauh dari rumah ni kena panah petir. dan amik masa dekat 26jam utk sambung balik. kt malaysiapun takdela amik masa sampai lebih sehari. tsk tsk tsk... tp dapat claim up to 70 dollars kira ok la. hohoho...