semalam call ma, dia baru balik dari beijing. rupanya ada je tempat yang jual barang dengan murah kt sana. baju kulit harga dalam 60 ringgit je. tempat saya pegi tempat paling mahal, wangfujing street. hahaha.. pegi wangfujing st tu pun sebab dekat, jalan kaki je dari hotel. itupun pegi dalam sejam je sebab mlm tu dh nak check out.
dapat mesej dari member kt sana,zahrah, 3 hari lepas saya balik, start snow. huhu... masa ma kt sana, dapatlah merasa snow. huhu... jeles.
hari keenam di beijing, kami melawat great wall seperti yg diceritakan di entry sebelum. petang tu kami check out dari hotel kt changping, pindah ke bandar beijing. Hotel kt changping tu katanya 5 bintang. memang lawa la interior. Hotel kt bandar beijing tu tak tahu berapa bintang tp tetap puas hati. 50 dolar aje semalaman. tv dia bukan setakat ada channel, siap ada movie lagi. hotel ni nama Days Inn Fobidden City. Kami amik budget (basement), ada tingkap kecik je. tak kisahlah sebab bukannyer nak dok lama pun. Staff kt sini bleh cakap fluently in english. Masa naik teksi nak ke hotel tu agak risau sebab gps bagi jalan lorong kecik. papa akif dah risau, macam setinggan je. hohoho...
Esoknyer kami gi forbidden city. jalan kaki aje ke sana. tp agak confuse juga sebab takde signboard. tanya org, geleng2 kepala. seb baik ada polis, bleh speaking. sampai kt jalan nak masuk pun confused jugak. kami ikut je kebanyakan org. rupanya org2 yg ramai2 kt situpun nak ke forbidden city jugak. walaupun suhu masih lagi sejuk, tp lepas merasa kesejukan kt great wall, rasa mcm dh bleh tahan sejuk ;P . satu gloves saya dah hilang masa ni. malas nak beli lain sebab dah last day. rupanya walaupun tak pakai gloves, kalau kepal tangan, dan sembunyi dalam lengan baju winter jacket, lagi warm dari pakai gloves. zahrah cerita, kt sana trend berenang musim winter. tak tahula mcm mana derang bleh tahan sejuk.
rupanya nak sampai ke pintu masuk ke forbidden city kena jalan jauh lagi. by this time agaknyer akif dh biasa dengan sejuk sebab dia dah tak nak dukung, tp main naik turun tangga. dalam forbidden city ada byk kedai cenderahati tp kami beli satu keychain je sebab ingat kt tempat lain lagi murah.
forbidden city ni pintu masuk belah selatan dan pintu keluar belah utara. sebelum sampai pintu keluar, ada garden tp by this time dh kepenatan berjalan. seminggu kt sana rasa macam kurus, asyik berjalan aje. akif pun dah ngantuk. dari pintu keluar north gate ke hotel agak jauh. kami decide amik teksi. tapi kt tempat macam ni teksi pun charge mahal. tp kami amik je sebab dah penat. kalau jalan kaki dekat sejam juga kot. kt luar forbidden city, ada org jual cendera hati. dia jual 4 keychain 20 yuan (10 ringgit). kami tawar 8 keychain 20 yuan. dapat je. lepas beli tu, realized benda tu kayu, takut kastam australia tak lepas, tp nasib baik kastam tak check. kat forbidden city juga nampak sungai beku.
balik hotel, tanya kt receptionist mana kedai halal. dia bgtau niujie. lepas solat zohor, amik teksi ke sana. niujie adalah nama jalan. niu nie= ox street. ada nampak banyak kedai muslim sepanjang jalan tu. cam sebab tulis bismillah dalam bahasa arab. lepas turun teksi, confused juga nak gi mana tp jalan je. nampak ada pompuan pakai tudung, terus tegur, tanya kedai makan halal. seb baik org tu bleh cakap in english. dia bgtau atas pasaraya muslim tak jauh dari situ ada kedai makan. mula2 sampai dulu kami tak cam bangunan pasaraya sebab tak sama mcm kt malaysia. juga taksama mcm kt perth. mungkin juga sebab takde tulisan rumi.
kedai makan kt pasaraya muslim tu macam foodcourt. risau juga, halal ke semua kedai ni. kami gi ke kedai yg ada org pakai kopiah. tanya 'halal?' sambil tunjuk kt makanan. dia tak faham. tanya lagi 'muslim food' dia angguk2. itulah, macam ayam dan itik bercakap. order tunjuk2 je. seb baik sempat belajar beberapa perkataan 'mi fan' =nasi. nampak pau dia macam sedap, beli 6 biji. tp pau kt malaysia lagi sedap. beli juga beberapa pastry. pastry ni kira nak makan sebeblum balik tp ada byk. tawakal je bawa balik perth. tuhan nak tolong, kastam kali ni langsung tak check. tp tak sedap sangat pun. kt pasaraya tu juga ada jual strawberry celup gula cair. ada nampak kt tempat lain tp tak yakin. since kali ni jual kt pasaraya muslim, jadi bleh la beli. agak mahal juga. satu cucuk strwbry dan satu cucuk ubi celup gula, 19 yuan. mungkin strawberry kt sana mahal. kami makan nasi dengan 4jenis lauk sorang, utk dua org baru 20 yuan. hujung minggu lepas try buat strawberry celup gula tp tak jadi. kena search cara buat dulu kot.
mulanya hasrat nak ke masjid niujie tp macam dah lewat jadi kami balik. winter maka maghrib awal, sebelum pukul lima dah maghrib . punya la susah nak dapat teksi. susahnyer bila tak tahu mana tempat nak tunggu teksi. dalam teksi plak, akif tak duduk diam. driver tu asyik pandang belakang je. akif plak nak makan. bila bunyi mcm saya keluarkan makanan, dia ckp apa entah, agaknyer tak bagi makan dlm teksi dia kot.
sampai hotel, tanya receptionist mana tempat shopping, dia bgtau wangfujing st, jalan kaki dalam 15 minit kot. since ada masa lagi, lepas asar, kami keluar ke wangfujing street. kalau kt kl tak tahula nak banding dengan apa tp kalau kt perth, lebih kurang murray st, hay st. barang kt sini barang branded, memangla mahal. pastu kedai semua jual winter coat. tak de pilihan sangat. pastu ada lorong yg jual makanan. ada nampak org jual sea horse bakar, cucuk2 kt buluh, buat macam satay. tak tengok sangat sebab geli. kot ada jual katak ke apa kt situ. takut lewat, kami patah balik. singgah beli baju, shawl dan fridge magnet kt kedai tak jauh dari hotel. jurujual tu bleh speaking maka senang la nak berurusan. pastu minta free toy utk akif. hikhik.
flight kami malam tu 1:30 pagi. sampai airport dah tak larat. akif pulak jumpa budak2 besar sket dari dia, galaklah main. yang kelakarnya, ada satu budak perempuan kecik sikit dari akif dok main dengan dia. masa saya nak amik dukung akif, dia siap pegang saya, tak bagi amik akif. sian, agaknyer anak tunggal jugak la tu, tak de kawan.
kami transit di klia, flight dari kl ke perth kami tak dapat duduk sekali. kt klia, masa nak masuk ke bilik menunggu, kt tempat staff akan amik boarding pass , bgtau staff kt situ, nak minta duduk sekali, seb baik dia bleh arrange.
sekian entry trip ke beijing. kalau rajin saya update gambar.