Friday, February 15, 2013

baiki lagi

seriously, rasa macam dah terlalu banyak masa spend utk bhgn intro. masih kena baiki lagi...
sabor je la.... nak kena menuntut ilmu writing lagi ni...

today rasa macam dh flat dah. sambung minggu depan.

Thursday, February 14, 2013

no + toksey = no se

agaknyer akif confuse kadang org sebut  'no', kadang 'tok sey (tak nak)'. jadi bila dia nak ckp tak nak, dia sebut 'no se'. bunyi mcm spanish dah. atau sebab dia dengar dlm pocoyo versi sepanyol?
tp dua tiga hari ni dah reti sebut 'tok sey'.


antara banyak2 lagu alif ba ta yg ada, saya tak sangka dia suka dengar satu video ni, sebabnyer sangat bosan bagi saya sebab takde music. cuma bunyi narator sebut huruf dan gambar huruf semata2. tp dia suka dengar yg ni. bagus la sebab takdelah dia confused. kalau yg lagu tu, huruf keluar cepat jadi dia confused beberapa huruf. ini videonyer...




sekali tu dengar dia tgk video alif ba ta yg slang mat saleh. alif jadi elif. tak lama lepas tu dengar dia sebut elif. seb baik dh tak tengok video yg tu. kalau tak lekat dengan elif.


Tuesday, February 12, 2013

down

agak sedih bila dapat balik kerja yg disemak oleh sv. saya spend masa agak lama kt bahagian introduction.  tp sv suruh baiki balik. huhuhu... tak reti nak buat....
tp bila fikir balik, kira nasib baikla. bahagian intro je kena baiki. yg lain silap sikit2 typos je.

sengsaralah writing ni...

Monday, February 11, 2013

website parenting

http://grandmajeddah.blogspot.com.au/

saya ada beli ebook yg ditulis oleh grandmajeddah ni. sangat menarik tp nak apply utk akif , bukan semua sesuai lagi sebab dia masih belum faham. kalau dia dh bleh bercakap nnti blehla...

keliru

kadang rasa sempat, kadang rasa macam tak sempat.
jalan selamat apply je utk second extension. nak isi borang satu kerja pulak ni...
ikutkan hati, memang dah taknak extend dah.
fighting!!!

nak bercerita sedikit pasal akif utk kenangan. kalau tak tulis, bila dah lama2 akan lupa...

walaupun saya tahu tiap budak tak sama perkembangan, tapi bila tgk akif masih belum cakap (ayat penuh), risau juga. tapi minggu lepas perasan dia dah start buat ayat guna 3 perkataan. tak tahulah dia faham maksud atau main sebut je. saya juga perasan vocab dia banyak dapat dari youtube berbanding dari perbualan kt umah. kadang tu dengar macam perkataan sepanyol. hahaha... kadang dia tgk pocoyo dan micky mouse dalam bahasa sepanyol.

kalau biar je, dia akan tengok youtube sampai lewat malam. kalau dah sampai pukul 12 biasanya saya akan amik simpan handphone. dia akan nangis kejap, baru tidur. lately, bila nangis, dia minta nasi, lepas makan nasi baru tido. baru terasa lapar agaknyer. sekali tu, bila amik simpan handphone, dia nangis2 sambil sebut shapes. (dia nak tgk lagu shapes). bila bangun pagi esoknyer, tgh mamai mata belum buka lagi dah sebut  'shaaapes'.

sabtu dan ahad lepas tak gi kids gym sebab panas sangat. 40-41C hingga rabu ni. khamis baru dijangka turun ke 29C. pingsan. buka aircond pun macam berpeluh lagi. tak tahula bil letrik kali ni berape. elaun kpt tak masuk lagi. lagi 3-4 bulan baru masuk kot.  UPDATE 12/02/2013: elaun dh masuk... yae yae...

Tuesday, February 5, 2013

photo update




nangis nak handset 


toys akif pun nak main slides
dah beberapa minggu ibu tak bersosial, makanya akif pun tak bersosial juga. kesian tgk dia excited bila jumpa budak baya dia kt shopping. lepas google kt internet, ada private kindy utk 2tahun stengah ke atas (government punyer umur 4/5 tahun) tp tempat tu agak jauh. tempat dekat plak nak toilet trained. akif belum lagi. play group hanya ada weekdays. susahla plak kalau ibu kena tunggu.  bila check kids gym (jungle gym)(yg ni private),  juga buka weekdays je. seb baik jumpa yg ni: tumblers kids gym. yg ni community punyer, buka 7 hari seminggu kecuali christmas dan new year. ahad lepas bawa dia gi sana. suka datang tempat macam ni sebab takdelah budak2 berebut toy la apa la. lain kali kalau pegi sana lagi, saya amik gambar.



hehe gaya macam penat main bola. elok2 main ngan papa, bila tgk ibu tanggal selipar, duduk atas rumput, dia pun tanggal sandal, duduk juga. lepas tu malas dah main.



Saturday, February 2, 2013

dilanggar scooter

ini kisah bulan lepas. masa jalan2 kt perth, murray st. kt murray st and hay st tgh2 bandar tu kereta takleh lalu. pejalan kaki aje. kadang2 basikal dan skaterboard.

masa tu lalu tepi kedai sushi. antara kedai dan meja kt luar kedai,  jadi saya biar akif jalan sendiri. bila biar dia jalan sendiri, biasalah lambat. byk distraction. seperti biasa saya akan berjalan ke depan sikit baru dia jalan. masa tu jarak dia dgn saya dlm 1-2 meter. saya dok pandang dia jadi tak perasan sekeliling lgpun kami kt kaki lima kedai. kira tak perlula nak fikir basikal ke apa.

husband masa tu dah berjalan ke depan tp dia berenti, tunggu akif bergerak. tiba2 dia bagi warning (dh lupa dia ckp apa). kebetulan masa tu akif yg tengah berjalan, baru lepas kawasan meja makan. meja2 kt luar kedai tu di kelilingi pokok bunga yg lagi tinggi dari akif. jadi dia terlindung. rupa2nya ada dua beranak (ayah dan anak) naik scooter laju menuju ke arah akif. mereka dari arah kanan akif, jadi mungkin tak nampak akif awal2 sebab terlindung dgn pokok bunga . si ayah sempat brake btul2 depan akif tp sebab brake mengejut+momentum, scooter dan dua penunggang terbalik atas akif. melalak la budak akif tu. saya dah risau kot apa2 tp kejap je dia nangis. lebih kepada terkejut rasanya. sebab masa jatuh si ayah tu sempat pusing jadi tak jatuh btul2 atas akif. scooter je la.

hehe... ini scooter yg budak2 main tu, yg tolak ngan kaki tu, bukan motosikal.

rasanya musim panas kali ni paling cepat berlalu. sebabnyer... mengejar masa nak siapkan kerja. tak lama dah rasanya nak balik. kt umah asyik bercakap topic packing, shipping, let go barang, barang mana nak bawa balik. novel2 semua dh let go. bagi free je semua. tinggal dua tiga buah je yg nak bawa balik. toy akif pun dah banyak di clearkan.

bercerita pasal toy, bila beli toy yg branded macam fisher&price ni, baru tahu quality nyer macam mana. memang sepadanla kalau harga mahal. jatuh/ terhempas brape kalipun ok lagi. toy akif bukan semua beli baru. ada yg beli kt sunday market (2nd hand) dan ada juga yg org bagi. ada satu yg paling impressed sekali, kereta hadiah birthday dia. di sebabkan hadiah birthday, awalnyer tak tahula harga berapa kan. tp masa kami kt kedai toy, ada kereta ni, jadi tgkla harga, wah $40-50 dollar. tapi sangat tahan lasak. dan kalau 'pintu' dia tertanggal, bleh pasang balik. design dia memang allow utk tertanggal. biasanya kalau toy kereta, pintu akan patah/tertanggal. tayarpun tak tahan lama.

satu hari, ibu tengah basuh pinggan kt sink, tiba2 akif datang hulur pinggan. wah~ bagusnyer akif. rupa2nyer dia nak main kereta dia atas meja makan. jadi dia kena clearkan pinggan atas meja tu dulu. hahaha... seb baik dia bagi kt ibu. pernah dia nak main toy dia atas meja kecik dia tp laptop ibu ada atas meja kecik tu. dia tolak je laptop ibu. sabor je la....