Monday, September 28, 2009

misteri bilik tutor 2

jeng.. jeng.. jeng..
telah berlaku dua kejadian misteri di bilik tutor II

kejadian 1
khamis lepas huda masuk ofis, ada sebekas biskut raya di atas mejanya.
mungkin pemberian student kerana di atas bekas itu terdapat kad raya dari student.
walau bagaimanapun apabila dia masuk ofis hari ahad (semalam), bekas itu telah kosong.
tikus? takkan tikus pandai buka bekas biskut kot.
dan juga tiada sisa2 keritan tikus.
siapakah yg telah makan biskut itu?
jeng.. jeng.. jeng..

kejadian 2
headphone nini yg disimpan dalam drawer juga telah hilang.
headphone mahal plak tu.
curi headphone murah buat apa kan?
barang2 lain setakat ni tak de yg hilang.
juga tiada tanda2 pecah masuk.
angkara siapakah ini?
jeng.. jeng.. jeng..

Sunday, September 27, 2009

ielts

org lain sume dh tahu result.
saya sorang yg lambat tahu.
sebabnyer wat alamat kt ofis.
sampai ofis pagi tadi terus gi check pg hole.
tapi tak de lagi. surat blum sampai fakulti lagi.
after breakfast singgah pendaftar amik pos ekspress.
berdebar2 nak buka smpul tu.
.
.
.
alhamdulillah.
lepas sume syarat minimum.
selamat duit aku.
tak perlu la buat loan.
rasa cam nak buat kenduri kesyukuran je.

kepada kawan2, teruskan usaha! jangan putus asa!!
fighting!!!

Saturday, September 26, 2009

raya part 2

dari semalam lagi cuba upload gambar tp internet slow.
akhirnya berjaya upload.

tak abes lagi cerita pasal raya.

kali ni first time try buat lemang.
ada yang masak, ada yg tak cukup masak.
yg tak cukup masak tu sambung bakar dlm oven pagi raya ;P

first time jugak amik gambar satu family.
sblum ni tak pernah amik gambar family.
ini pun penat menunggu sume ready.
itulah.. inilah..
my sister's family

fatin, mimi n danial
mimi

kali ni beraya di bachok dulu.
since datuk dan nenek sume dh takde, gi beraya umah mak sedara n pak sedara.
lepas zohor bertolak ke pasir hor.
biasala raya, makan macam2 so mlm tu berulang ke toilet 5 kali.
mujurlah bila dh pagi ok.

raya ketiga, bersemangat pepagi lagi gi mahkamah tinggi nak translate sijil lahir n sijil nikah.
tapi interpreter cuti.
esoknya baru masuk keje.
since pegi pagi so jalan tak jam lagi.
amik peluang ni pusing bandar kb.
kb trade center (yg ada giant n parkson tu) kt tengah bandar tu dh siap.
heh, kalau org yg lama tak masuk bandar akan pening sket sbb dh byk jalan sehala.
wakaf n dataran depan the store/kwsp tu dh tak de.
jadi jalan sehala dah. 4 lane jadinya jalan tu.
depan pustaka seri intan pun dh jadi jalan sehala.

petang raya ketiga balik ke bachok semula.
jem dari traffic light kubang kerian hingga jambatan wakaf stan.
dari traffic light hingga jambatan tu biasanya 5minit je tapi stengah jam lekat kt situ.
inipun mujur rumah inlaw kt pasir hor je.
kalau lagi jauh tak sanggup rasanya nak meredah jam.

berbuka puasa di 'Bbeteng, TTI 16 Sept 09





Tuesday, September 22, 2009

anniversary

semalam 2 syawal.
kalau dikira ikut bulan hijrah, dh setahun kami kahwin.

memulakan pagi raya pertama dengan mood yg tak brape baik.
sebabnyer muntah time berus gigi.
terus sedih.
kesian ngan diri sendiri. ahaks!
menangis dalam toilet.
tak ikut org lain gi solat raya.
pastu sambung lagi nangis sambil makan kuih raya.
sambil makin kuih raya sambil kesat air mata.
adeh!

emotional turmoil ni normal masa pregnancy.
nothing to worry about.

"The hormones raging through your body can wreak havoc on your emotional sanity, so be prepared to spend the next few months swinging from one end of the emotional pendulum to the other. If you're feeling especially sad or depressed, talk to your doctor because prenatal depression is actually quite common."

will upload photo raya later.

Saturday, September 19, 2009

selamat hari raya

selamat hari raya kepada semua.
maaf zahir dan batin jika ada salah silap.


sekarang dh pukul 11pg.
esok dh raya.
tapi masih lagi kt tganu.
sedang menunggu adik ipar sampai dari kl then barulah bertolak ke klate...
bila bleh bertolak nih?

Thursday, September 17, 2009

yay yay abe balik ^-^

he departed at 4am this morning.
may be he will arrive at 2 this afternoon.

my parents n brother dropped by yesterday on their way home.
parents gi amik adik kt utem.
skang kan musim h1n1.
so tak digalakkan naik kenderaan awam.
mlm td masa gi terawih kt masjid udm, ma jumpa kawan lama.
lepas terawih singgah umah kawannya tu dulu. tak jauh je dari rumah sewa saya. masuk lorong yg sama.
masa sampai kt pintu pagar rumah makcik tu, tiba2 beberapa ekor bab1 melintas.
o0o
rupanya banyak je haiwan tu kt kawasan tu. mujur tak pernah sampai kt umah sewa.

hu~ hari ni agak teruk sket loya. dari lepas sahur sampai sekarang masih terasa...
berus gigipun bleh bahagian luar je. pastu kumur ngan listerin.