Thursday, January 28, 2010

rezeki

wah~ multiple entry hari ni ye.
penat sbenarnya ni. nk tdo tp perut penuh sgt, xleh tdo lg.

I
sorang akak kt sini dh habis master dan akan blk ahad ni.
beberapa barang dia disedekahkan kepada saya ^^ rezeki. alhamdulillah.
sofa bed, microwave, tv, pinggan mangkuk dan beberapa benda lain.
kt umah sewa nnti dh ada microwave tp dh org nk bg so amik jela.
bila pindah dari rumah tu nnti dh tak perlu beli microwave ;P
jd tadi ada org hntr brg2 tu. saya tukang tgk ajela...
(mmm... nape mcm pernah tulis pasal ni? dh pernah cerita kt blog ke?)

II
k wani kegembiraan pg td sbb elaun kpt dh masuk.
saya biasa ajela sbb elaun yg saya terima sblum dtg ari tu hingga february.
mungkin hujung february baru masuk utk mac dan april.
bila check account, eh, nape mcm byk je.
o0o rupanya kpt dh masukn elaun mac dan april agaknya. dan juga elaun buku.
agaknyalah sbb semak kt website blum update lg elaun apa yg dh dibayar.

hohoho... dpt elaun buku 800 tu takdela rasa sesak sgt sementara nk tunggu elaun family.
elaun family dijangka lambat. k nizapun blum dpt2 lg. tak tahula kenapa lambat sgt nk dpt.
jadi saya dh project bajet hingga bulan 7. kalau bulan 7 pun tak dpt elaun family lg tak tahula nk ckp apa kn. ini bajet aje. kt tgh jln tak tahu apa akan jd. mcm oshc tu. ingatkan bleh byr sket2 dulu. skali kena byr penuh. claim tak tahu bila dptnya.


III
hari ni dapat call dari agent rumah.
rupanya sign kontrak sewa rumah semalam. ingatkan 27/2. rupanya 27/1. padahal dh confirm blk ngan dia ari tu. mungkin dia tgh pening2 masa tu. so reschedule blk 8/2 ni.

since transaction limit kt sini seribu je sehari, down payment rumah kena buat dua hari. hari ni dh transfer sebahagian, esok transfer lagi.

percubaan ketiga membuat kek coklat


percubaan pertama.
agak memberangsangkan. tak sangka menjadi.
sedap le jugak walau sedikit pahit. mungkin terlebih soda bikarbonat atau baking powder.
dikira berjaya sbb ada permintaan utk buat lagi. hehe...

percubaan kedua tak amik gambar sebab kek bantut. hohoho.... mungkin kurang soda bikarbonat atau baking powder. walaupun bantut tapi tetap sedap.


percubaan ketiga.
ada improvement dari segi rasa dan presentation. hohoho...
makin mendapat sambutan.
dh ramai mintak resepi nih.

resepi toppig yg saya buat sangat senang.
resepi asal di sini
tp whipping cream yg saya beli tu tak tulis gram tp tulis ml.
jadi saya guna 100ml whipping cream.
coklat plak saya guna dark cooking coklat cadbury 200gram. senang sbb cadbury kt sini dh tulis halal.
cara membuat sama mcm resepi asal.
panaskan whipping cream. tak perlu double boiling.
bila dh panas tu masukkn cooking coklat yg dh dipatah2kn.
kacau dlm 5minit.
sapu masa tgh panas sbb bila dh sejuk dia jd pekat.

baju baby

semalam gi beli baju baby. adeh, nk beli beberapa helai ni pun dh pening kepala.
pening sbb saiz. kt sini tak tulis bulan tp saiz 00000,0000,000,00,0. adeh, bila blk rumah, google, baru tahu
00000 tu premmie (mende ni), 0000 newborn, 000 0-3months, 00 3-6months, 0 6-12months.


ni saiz 0000. newborn.


ni saiz 000. 0-3months. tp mcm besar je.
hehe... kononnya nk beli baju harga 7dolar je. tp bila tgk baju budak ni comel la plak. kalau ikut hati byk lg baju2 comel nk bli. hehe...


ha! amik ko. satu kotak baby wipes. hehe... tgh murah. 10 dolar je.

Wednesday, January 27, 2010

bad news

minggu ni dapat 2 berita yg kurang menyenangkan.

pertama pasal gaji. by this time rasanya semua org dh tahu. tp kalau mengikut surat kpt tu, kementerian telahpun mengemukakan rayuan kpd jpa. tak tahula berita selanjutnya macam mana.
tak bestla kan. sblum ni diberi janji manis. tup2 lain plak. dh ada dh org wat lawak nk migrate. not me ok ;P best cmne dok oversea, tetap nk blk msia.

kedua pasal satu universiti local ni yg desperate sangat nk dpt research university, offer kursus yg blum diiktiraf dan skarang kpt dh marah2 sape yg nk bg pengiktirafan. inipun tak tahula pecite. tunggu je la berita selanjutnya.
UPDATE: DENGAR CERITA TERBARU, KURSUS TU XDE MASALAH. HABIS TU CMNE BLEH TIMBUL CERITA SEBALIKNYA. KALAU BTUL XDE PROBLEM, BAGUSLAH.


bad news aje. bila nk dtg goodnews nih.

Tuesday, January 26, 2010

australian day

hari ni australian day. cuti.
yg tak best supermarket kt sini pantang cuti umum sket tutup. hari ahad tutup. weekdays biasanya kul 5 dh tutup. bosan!

skarang dh masuk 3rd trimester. persiapan baby? baru beli stokin. hohoho. esok nk gi bli baju. adeh, nk beli bajupun pening. cadang nk beli saiz 3bulan ke atas terus. saya dinasihatkan beli beberapa helai shj saiz 3bulan. selebihnya beli 6bulan. tp tak tahula kot bila tgk baju baby yg comel terbeli lebih plak ;P. nk import dari m'sia lg ;P. cuba bygkan kalau kt sini 10dolar baju biasa2 aje. kalau convert ke rm dh 30ringgit. kalau beli time sale kt m'sia dh bleh beli yg berjenama sket.

minggu lepas dapat surat dari king edward memorial hospital. surat appointment. minggu depan hari selasa. petang. siap tulis dh kt situ 'whilst every effort will be made to accommodate requests for female caregivers, we cannot guarantee the availability of a female doctor. Patients will be seen according to medical need. Your safety is our prime concern.'
ye... paham.
mmm... blum google lg nk naik bas mana gi sana.

minggu lepas, kt pasaraya, tunggu k wani masuk dlm kedai, lalu sorang pompuan ni ngan anak dia. kecik sgt lg. tak sampaipun sebulan rasanya. terlopong tgk. laju aje pompuan tu jln. tak lama lepas tu jumpa sorang lagi pompuan lain juga dgn anak yg masih kecik. ckp kt k wani, baru brape bulan dh bw jln anak dia. k wani: bukan brape bulan tp brape hari. ;P

satu lg perkara yg menarik; org tua kt sini juga sgt independent. selalu je jumpa nenek2 naik bas gi shopping sorang2. ini memang taraf nenek. bukan taraf makcik. ntah2 dh ada cicit. siap bertongkat lg.

Saturday, January 23, 2010

tahniah!

tahniah kepada sorang member ni.
tak lama lagi akan jadi ibu.
siapakah dia?
biarlah tuan punya diri yg umumkan.
hehe...

hint: brape org je kawan2 umt yg dh kawen? cuba teka sape.

dh dpt umah sewa

alhamdulillah, dh dpt umah sewa. selang 5 buah rumah dari umah skarang. tak sangka sebenarnya dpt. submit borang semalam hari ni dh tahu result. not badla sbb baru hntr 2 application dan so far gi tgk 3buah rumah je. kat sini kn susah sket nk cari umah sewa. sesetengah tu sampai 2,3 minggu baru dapat. mungkin juga sekarang permintaan kurang. rumah utk disewa plak byk sbb uni blum buka lg. tgh@akhir bulan 2 baru buka.

lagi satu perkara menarik, org kat sini, strategi nk dpt umah sewa adalah dengan menaikkn sewa rumah. hehee... tp saya plak mintak kurang tp minta long lease. kt sini biasanya kontrak sewa rumah paling lamapun 6bulan. lepas 6bulan tuan rumah akan review balik. kalau tuan rumah taknak kita menyewa lg terpaksa la cari umah lain. tp biasanya sewa akan naik.

alkisahnya rumah tu 320 seminggu. furnished. siap ngan peti, mesin basuh, dapur, oven, microwave, meja mkn, katil, meja , kerusi. rumah kt sini bukan semua furnished. kebanyakannya tak. saya apply 300 seminggu utk 12bulan. petang td agent call. ingatkan nk bgtau tak dpt. rupanya dia nk bercakap ngan org yg saya duduk skarang sbb dlm borang saya tulis temporarily living with a friend. jd bg dia ckp ngan k sofia. dia tanya satu soalan je. how is she keeping the house. apa lagi, k sofia ckp le very well. ;P
tak lama lepas tu agent call blk, bgtau tuan rumah setuju tp harga 310 seminggu tp utk 6bulan. saya tak bg keputusan terus. k sofia suh negotiate lg. sebenarnya 6bulan lg bagus. manala tahu lepas ni jumpa rumah lebih baik ;P yg penting harga tu nak dikurangkan. hohoho. so call agent tu blk. minta dia talk to the owner again utk 12bulan dengan harga 300. tak sangka plak owner stuju ngan harga 300 tp still 6bulan kontrak dulu. lepas tu sambung blk dgn harga 320. hohoho. untung ada mentor yg pernah mengajar subjek tawar menawar nih. ;P

akan masuk rumah tu 2nd march. sain kontrak 27 februari. adeh, lepas ni kenala berjimat cermat....