Monday, May 31, 2010

akif's day out dan cek mek ostolia

semalam bawa akif aydin jalan2. first time dia kuar dari rumah since balik dari spital.
mulanya ingat nak gi sunday market tp kuar kul 1130 dh nak tutup dah. so gi iga aje.
he's behaving nicely. ni kiranya nak try bawa dia kuar naik stroller sebab esok nak gi curtin ngan bas. takut dia taknak duduk dlm stroller.

kt iga beli ubi. hari tu tetiba rasa nak makan cek mek. dh kenyang makan baru teringat nak amik gambar. seb baik ada 3ketul lagi.


well, bukan saya yg buat ni. saya tukang makan aje...

Saturday, May 29, 2010

aci tak?

since anak breastfeed, aci tak duit susu tu kasi kt ibu? nak produce susu tu bukan senang. hikhik.


ni pada umur 4 minggu


hari ni



Tuesday, May 25, 2010

getting creative

semalam mak saya buat solok lada
terlopong jap tgk bukan stakat sumbat inti tu dlm lada tp dlm tomato dan potato skali.
mentang2 la hari2 tgk masterchef...

Monday, May 24, 2010

pantang?

beria mak saya suh makan lempeng aje skali masa nak makan tghr semalam, dia hidang kari ayam. dan saya makan dengan berseleranya....hahaha...

officially lagi dua hari nak lepas 40. mak saya cakap hari ke40 tu kena jaga ibu kaki jgn tersepak. ntahle nape. petua org dulu2...

semalam cuba cloth diaper. bila dh ada anak sndiri ni pandai pulak sental kain yg terkena najis. sblum ni mana pernah basuh berak anak sedara. hohoho... cuma belum mandikan sendiri aje lagi.

dulu, masa bawa anak sdara gi umah inlaw, inlaw yg basuh berak dia. hohoho menantu contoh. seb baik masa tu dh kawen, kalau tak mesti dh kurang point. hikhik.

proposal dh selamat diemail kepada sv. harap dapat komen membina. terseksa nak siapkan benda tu. lepas ni nampak gayanya takleh study kt umah. takleh concentrate. harapnyer bulan ogos nnti dapat cari rumah yg sesuai dekat2 curtin. dekat sket nk ulang-alik.

Saturday, May 22, 2010

multi-tasking

I have no idea mcm mana sorang kakak kt sini bleh buat satu paper masa dlm pantang. Hu~ saya ni nak siapkan proposal utk candidacy tupun tak siap2 lg ni… hari ni plak hari aydin tido2 ayam. Tido 10 minit jaga. Pastu wat gaya ngantuk. Nak tidokan dia pun satu hal. Penat tidokan, tido tak sampai 10 minit jaga balik. Hu~ bila nk siap proposal nih. Janji ngan sv nk email kt dia isnin ni…

Kete pun satu hal jugak. Panjang rupanya queue kt inspection center tu. 2minggu lagi nak kena gi klinik. Klinik kt curtin dan child center. Klinik curtin bleh la gi ngan bas. Klinik budak tu plak takleh gi ngan bas. Dhlah skang ni asyik hujan aje… Mmm… ::thinking mode::

Friday, May 21, 2010

menghitung hari

sunyi je rasa bila bertiga ni.
tak pe la, jumaat depan ada tetamu. 6 orang dan akan tinggal selama 3minggu kt sini. riuh rendah la kali ni. ^^ haha.. kalau tiba2 dapat surat dari agent rumah nk buat inspection time ni?

kononnya semalam nk siapkan proposal utk candidacy tp tak siap2. harapnya isnin ni bleh hntr ke sv utk di check.

merah2 kt muka aydin dh penuh satu muka dan juga leher dan dada. hari ni satu pipi merah. sblum ni biji2. takdelah merah satu pipi. adakah sebab makan daging semalam? mmm... sblum ni pun ada jugak makan daging. since takde lauk yg diketahui tak berbisa- kalau ada ikan pun ikan yg takde@jarang kt msia yg tak diketahui bisa ke tak- jadi mak saya suh makan lempeng aje. hu~ kalau mcm ni gayanya lepas 40 hari pun masih blum bebas.

hehe... padahal bukannya pantang mana pun. apa yg tak makan. tomyam, kari, goreng2 sume makan... cuma telur ngan sesetengah sayur yg dikatakan sejuk sangat aje tak makan.

-semalam supplement yg dihantar oleh sepupu sampai. juga diperiksa dan lulus :)
-darah masih belum kering sepenuhnya. bukan org cakap kalau bedah lagi cepat kering ke?
-nak blog pasal pengalaman breastfeeding. tapi masih belum berkesempatan. bz ada budak kecik ni. skali tu pernah sampai 3 kali buat air. belum sempat minum dh nangis2 so tinggal air tu sampai sejuk. pastu buat air lain plak, minum sket, budak kecil itu memanggil2 lagi...

-masa abah ada ari tu dia yg basuh baju. baju saya pun dia basuhkan. hikhik. skang ni terpaksa la sental sendiri pakaian baby yg terkena najis. hukhuk. baby kencing masa tukar nappy atau lepas mandi tu perkara biasa. lebih2 lagi baby lelaki, kena bertindak pantas sket. biasanya letak tisu kat bird dia semasa proses nak tukar nappy. tapi kadang tu berak masa tukar nappy. ini kurang best sket. saya belum kena lagi tp mak saya masa nk lap punggung baby, masa tu la dia berak dan terkena tangan.

Wednesday, May 19, 2010

kisah org dulu

masa tgh express milk pg td terfikir, org dulu2 express jugak ke. so i asked my mom.
kuarlah cerita betapa susahnyer orang dulu2 yg mana ibu meninggal atau sakit.
dulukan mana ada susu formula. terpaksala si ayah gi cari org utk menyusukan anak.
tapi baby tahu2 la. kejap2 nak susu. jadi bagi minum air nasi atau air masak ajela.
kalau budak tu asyik nangis aje terpaksa la malam2 gi ketuk pintu rumah org.

betapa bertuahnya kita hidup zaman ni. breastmilk bleh simpan dlm freezer sampai 3 bulan. susu formula pun senang nk dpt.