Thursday, March 31, 2011

timing

tengah enak menikmati lunch dgn salmon bakar (kat workstation), tiba2 sv jenguk. hoho seb baik tgh makan. baru aje ingat nak tgk drama taiwan jap.

akif dh bleh makan!!

hu~ susahnyer.... tgh tension baca paper ni.... walaupun susah, seb baik paper ni sv yg buat. tanya apapun, dia bleh jawab. masa amik master dulu kadang frustrated jugak bila ada yg sv takleh jawab. berita gembira: akif dh bleh makan!!! hoho so happy. walaupun buat muka mcm nak muntah, tak teruk macam sblum ni dan dia memang willingly buka mulut. sblum ni tutup kemah keming. tapi takleh bagi byk2, kena suap sket2. harapnyer lepas ni kurang le sket breastfeed. agak risau juga sebab lagi 2 minggu nak masuk setahun tapi masih bergantung pada susu semata2. dua tiga minggu lepas agaknya dia mengalami growth spurt. kuat giler nyusu. dua hari lepas ebm ada dekat 13 oz tp baru 3jam lebih kat school, cik yuni msg ckp susu dh abes. -o- pastu rasa mcm productivity macam berkurang. mungkin kurang air atau hormon atau makan tak seimbang?

Monday, March 28, 2011

he/she

sorang member kt sini dh setuju nak jaga akif. tp dua hari aje sbb hari lain dia keje. dan tup2 ada dua org bleh datang dari msia tp hanya bleh start bulan mei. cik yuni balik bulan 4. oklah tu. jumaat lepas dapat email dari pejabat fakulti (curtin) suh hntr result ielts sbb takde dlm record dia. nama mcm pompuan. tadi gi hntr, o0o lelaki rupanya.

Friday, March 25, 2011

kejap ada kejap takde

masih dalam usaha mencari tempat nak hntr akif.
org dari msia memang dh abes org tanya sume taknak.
mcm2 alasan. takpelah dh taknak.....
tanya member2 kt sini, ada sorang bleh jaga tp 2hari aje.

call murdoch child care. waiting list sesangat panjang. tahun depan le agaknya baru bleh.
curtin tak payah ckplah. selain waiting list panjang, memang tak mampu, 83 dolar sehari.
murdoch 63 dolar.
semalam call satu lagi childcare dekat umah, katanya ada kosong hari isnin. tp ckp nak fikir dulu. hari ni call, org lain ckp. katanya kena masuk waiting list dulu. dh ada org tunggu berderet rupanya....

dari segi financial dh redha dah kena hntr childcare ni agak2nya tak mampu le nak balik hujung tahun ni. itupun kalau dapat tempat. kalau tak dpt, kalut le....

Monday, March 21, 2011

visiting caversham wild life park for the 2nd time


kalau kt umah susah btul nak mengadap laptop skang ni.
kalau nampak ibu kt depan laptop, akif pun sibukla nak menekan2 jugak. kalau setakat tekan takpe lg. ini dicungkil2 nya keyboard. kalau letak laptop atas meja, dia takleh cakap nnti ngangis le. nangis olok2 sbenarnya. tak kuar air mata pun.
[akif tengah tido. mimpi sedih kot sebab teresak2 tu]
kat ofis plak malasla nak membazir masa update blog.

alhamdulillah rasa bertuah kerana walaupun ada benda yg sukar, setakat ni sv saya tidak mendatangkan masalah. kadang tu rasa mcm silly aje bila tanya sv perkara yg tak difahami dlm paper yg dibaca tp bila dia bg penjelasan, laaa... senang aje rupanya... nape tak terfikir. nak lg bila dia explain for the first time, tak faham. selepas beberapa kali baru faham.
cuba kalau benda yg kita tak faham tu dh berhari2 pikir dan bila gi jumpa sv, dia ckp awak fikirlah sendiri. hu... tak ke haru.
semoga tak timbul masalah ngan sv sepanjang pengajian ni.

semalam gi caversham wildlife park. tahun lepas dh pegi tp masa tu akif dlm perut.
sampai dlm kul 11. masa tu tak ramai org lg. masa kami nak balik, parking penuh. seb baik dtg pagi.
sebelum balik, sempat bergambar ngan signboard kangaroo. tercapai hasrat. hahaha... dh bergambar ngan kangaroo nak jugak bergambar ngan signboard.
tak tahula mcm obsessed ngan signboard kangaroo ni. hari tu kt kedai souvenir, beli byk2 keychain gambar signboard kangaroo.
berikut gambar kt caversham. upload gambar yg sama kt fb.













kali ni tak bagi makan kt kangaroo. malas ah. kena yg selebet habis air liur. ew!

akif sekarang ni kuat membebel. nnti amik vid masa dia membebel. tp susah jugak sebab budak ni kalau nampak kita guna handphone atau camera, terus dia terpa. dan byk le pose mcm ni:


gigi bawah dah ada 3batang. atas tak check la plak



Saturday, March 19, 2011

makan

kesian akif. dia nak sangat makan tapi tak boleh.
kadang bila nak suap dia nganga. tapi dia mcm nak termuntah. agaknya tongue reflex masih blum matang.
nasi @ biskut utk baby dia taknak makan tp biskut lain nak plak makan.
buahpun dia suka. tp mcm apple tu jilat ajelah.

masih belum dapat cari org nk jaga akif.
preparing mentally utk dok sorang. sometimes rasa ok sometimes down.

bercerita pasal makan.
dh 2kali masak lasagna.
sedaaaap.
ikut resepi ni:
http://www.myresipi.com/top/detail/576

kalau taknak kepingan lasagna menggeleding, itu tandanya tak cukup air jd kuah daging tu jangan kering sangat.

mlm ni buat lagi. tapi guna ayam plak. sblum ni guna daging.
esok nak bw cik yuni gi tgk kangaroo pastu nak picnic. itu buat lasagna tu.

minggu lepas buat utk bawa ke family day mypsa.
awal2 lagi habis (ayat tak tahan). sempat makan sket aje. jd buat lg. hohoho....

yum yum. nak gi mkn. lapar.

Tuesday, March 15, 2011

resilient people

pagi jumaat masa drive ke uni, ada berita pasal gempa bumi kt tgh laut dan warning tsunami dikeluarkan. tp tak amik kisah sangat berita masa tu.
mlm jumaat, masa tengah masak daging utk buat lasagna sempena family day pagi esoknya, hubby call bgtau sendai kena tsunami. terus teringat k hanis. bila buka fb k hanis, ada wallpost bgatau k hanis dan suami kt tokyo. alhamdulillah derang terselamat. utk k hanis dan termimi, tabahkan hati ye.

kalau terjadi kat saya, tak tahulah nak cakap apa.

dalam news kt yahoo hari ni, bercerita pasal betapa rakyat jepun dapat bertenang walaupun ditimpa bencana sebesar ini. masih lagi beratur masa membeli kat kedai yg hampir kehabisan bekalan makanan. takde kes kecurian dan rape. derang bandingkan masa taufan katarina kt new orlean dulu.