Saturday, July 30, 2011

stressful week

minggu ni dan minggu sebelumnya sangat stress. akif demam dekat 6hari.
bila dh demam tu, cranky le... asyik merengek dan nk duduk atas dukung aje... tidopun atas bahu. sakit pinggang dok mendukung budak tu... bila tido plak kejap2 sedar. langsung takleh study maka bertambah ler stress. akif nangis nak ibu, ibu pun mcm nak nangis i want my mummy...
dua tiga hari leaps, demam akif dh kebah.... lega... tp batuk dan selsema masih ada.

Tuesday, July 19, 2011

update gambar aje


Akif dh pandai stacking...

Wednesday, July 13, 2011

wah wah atah bukit budok buah bulih nyakit

dua minggu lepas akif jatuh dh mulutnya berdarah (rasa mcm ada cerita kt blog)
semalam, jatuh dan hidungnya berdarah. bukan sikit darahnya. byk. lap lap, kuar lagi. tp akhirnya stop. abes baju dia, baju ibu kena darah.
lepas tu dia ok. galak mcm biasa tp sebab dlm hidung yg tak nampak (mulut bleh nmpak), bawa dia gi after hour gp kt fremantle. doktor ckp luka sket je. akan sembuh sendiri. cuma jgn picit @ cuci hidung dia. harapnya tak selsema sebelum sembuh.

Sunday, July 10, 2011

sebutan

dah lama tak update gambar kt blog...tiap kali nk update selalu aje tak jadi.
akif semakin aktif. minggu lepas, dia masukkan berus gigi dia dlm heater. terkena kipas. seb baik heater dh tutup tp kipas masih bergerak. tadi dia nk masukkan hanger plak.
jumaat lepas, saya tertido masa susukan dia. sedar2 dia tengah pegang spek yg dh patah. dhlah hari tu nak gi jumpa sv. pinjam spek hubby. seb baik power lbey kurang. sekarang pakai spek yg diikat dgn getah. siang tadi dh gi buat spek baru. seminggu lebih baru siap. amik lense biasa aje.

perjumpaan dengan sv jumaat lepas adalah tidak memberangsangkan. ntah ape dia suh buat. tak brape nak faham. bila tanya, dia suh try buat dulu. okla.. try la pikir dulu apeke bendanya...
ada satu perkataan yg sebelum ni saya tak berapa pasti apeke benda sv sebut tp bleh agak maknanya. baru2 ni baru tahu. rupanya dia sebut algorithm. bunyi mcm igory. ;P

Friday, July 1, 2011

persimmon

ahad lepas kami pergi ke kebun persimmon atau melayu nyer pisang kaki. tak tahula kenapa dlm bm nama pisang kaki.
tapi sekarang ni dh abes musim. pokok persimmon pun dh dogol. patutnya pegi awal2 tp sebab buahnya takdelah sedap mana pun (tapi manis), jadi takdelah bersemangat sangat nak pegi.
ladang persimmon yg kami pegi ni sebenarnya tak buka hari ahad tapi pakcik yg baik hati tu buka utk kami. itupun kejap aje sebab dia ada hal.
sepanjang dok sini, dh 3 ladang saya pegi; anggur, strawberry dan persimmon. tiga2 tokey ladang bukan org local.

akif tengah cuba gigit kepala lutut saya jadi takleh tulis panjang2...

Monday, June 27, 2011

first words

akif memang kuat membebel tp perkataan yg takde makna. mama n papa tak dikira sebab saya rasa semua budak akan sebut bababa dan mamama.
first word akif (perkataan yg ada maksud) ialah 'eyo'. cuba teka ape dia.
kisahnya macam ni.... saya memang selalu bagi akif main handset sony ericson pink tu.
satu kali tu, lepas call k sofia, saya bagi dia main handset.
pastu tiba2 terdengar suara k sofia kt tepon. akif terdial. k sofia ckp akif ckp hello. k sofia ingatkan saya. hohoho. mula tu agak tak percaya akif sebut hello sebab tak pernah dengar. tp tak lama lepas tu saya dengar sendiri dia sebut (sambil tangan letak kt telinga kononnya tengah tepon).

perkataan kedua ialah tata (bye bye). sambil lambai tangan. oooh anak ibu dh besar...
beberapa hari lepas, pergi kardinya park (tempat shopping). papa tengah dukung akif kt kaki lima kedai, tunggu ibu masuk kedai oriental jap. ada satu kereta tengah keluar parking. akif tata kt kete tu. dan mat saleh tu lambai balik. hahahaha....

Friday, June 24, 2011

berat badan

I
dah lama tak timbang berat badan walaupun kt umah memang ada penimbang.
semalam timbang. tak percaya tgk berat 46kg. dh lama tak sekurus ni. haha... sebelum kawen kot. apakah rahsianya?
1. sekarang sambung balik menghantr katalog (demi mencari sesuap nasi.hikhik). dalam seminggu berjalan/berbasikal lebih kurang 3jam lebih.
2. dh tiga bulan kot tukar beras. sekarang guna beras basmati, (beras basmati kurang karbohidrat kan?)
agaknyalah sebab2 di atas ni.


II
nak upload gambar masa program bergambar utk salam perantau tp gambar dlm laptop kt umah. bercerita aje la ye. gambar upload kemudian....

alkisahnyer dlm email jemputan cakap bermula kul 11pagi. disarankan datang awal utk persiapan hidangan potluck. kami sampai sebelum kul 11 la kan. pusing punya pusing park tu tak nampak pun muka melayu. saya tak pernah pegi ke tempat tu jadi ingatkan ada park lain. jadi patah balik, tp takdepun. call member. rupanya memang betul dh tempat yg mula2 sampai td... org lain tak sampai lagi.

keluar kereta, dh nampak awan hitam. sekarang ni memang musim hujan. baru aje bentang picnic blanket, hujan start turun. masing2 lari ke kereta. tp hujan kejap aje. hujan benti, matahari keluar. lama jugak bergambarnyer... ingatkan dh habis, ada org baru sampai. jadi bergambar lagi. pastu ada org sampai lagi.....

akif pulak tengah galak. tak lekat nak pegang. tak tahula macam mana rupa kami dlm gambar tu. seronoklah dia explore tempat baru. pastu kutip batang kayu, nak suap kt ibu. sekarang ni bila ada majlis makan2, dh tak boleh nak menikmati makanan dengan bestnyer... kt umah pun sama. kadang2 bila bagi mangkuk dan sudu kt dia, oklah dia main sorang2. kadang2 tu tak nak. berlalu sudah hari2 menikmati makanan tanpa gangguan. nak makan chips pun susah. nanti dia nak jugak. benda tu masin dan ntah perisa apa lagi. tunggu besar ye akif. agaknya sebab ni jugakla boleh turun berat badan... baru sorang anak.


III
dekat sebulan jugakla tak bawa akif ke playgroup. bz dan hujan. lagipun tengok dia ok je main kt umah. tp kalau tak bersosial susah jugak. jadi selasa lepas bawak le dia ke playgroup. sampai aje dh nangis. adeh la... kan dh menunjukkan ciri2 antisosial tu.(yeke. suka hati aje ;P). lama dok atas riba ibu. tp lama2 bila dia tgk budak2 lain main dengan mcm2 toys, barulah dia nak main. rasa bersalah sebab dh lama tak bawa dia ke playgroup.