Monday, February 20, 2012

move in move out

kepenatan... sabtu dan ahad pindah. seb baik ada kawan2 yg tolong. kalau tak susah juga dgn akif. akhirnya org lain tolong packing dan angkut barang, saya keje mengejar akif. start packing dh lama dah tp takleh nak buat sangat sebab ada budak kecik yg suka sepahkan barang2 yg nak dipack. haha... baru dua tahun duk umah tu byk jugak barang...
akif masa mula2 masuk rumah baru mcm takut2... pastu ok. rumah ni pulak jenis pintu sliding. bila dia dh tahu, sibuk nak buka tutup pintu. risau tersepit tangan.

Sunday, February 12, 2012

neighbour

nak bergossip pasal orang sebelah ni....
tahun lepas rumah sebelah kena auction. tp owner baru tak masuk terus. derang buat renovation dulu... semalam baru pindah. young beautiful couple... rasanya lagi muda dari kami.
kereta kt sini kan murah 20 ribu dolar dh bleh kereta baru yg best2 dh... tetapi rumah kt sini pulak sangat mahal... sebenarnyer rumah takdelah mahal mana tp interestnyer tu... pastu interest kt sini tak tetap. dua hari lepas dua bank istihar interest naik lagi... kesian pulak kt org2 kt sini... sampai ke tua tak habis bayar mcm ni... inilah kebaikannyer islamic banking. ok, berbalik kepada cerita asal..... jadi bila derang pakai kereta biasa2 aje tp bleh beli rumah mcm pelik la... kami speculate ni mesti anak org kaya, pastu mak bapak tolong bli rumah... hahaha... suka hati aje buat andaian...

jiran baru ni tak de anak lagi, tp ada anjing kecik yg comel kaler putih. tgh kami makan tgh hari td, tetiba anjing sebelah muncul kt backyard. (rumah saya takde pagar tp rumah sebelah ada pagar. biasanya dia xlepas) pastu bleh dia tanda kawasan (kencing le tu) . tak lama pastu bunyi tuan dia panggil. masa makan tu ternampak la ikut tingkap ada org datang umah dia... selesai makan, masa tengah packing pinggan mangkuk (kan nak pindah minggu depan), datang pulak sekor anjing lain. yg ni bukan setakat kencing. dia pegi berak kt backyard. sabor je la... sambil gelak2 bergurau ngan hubby nk gi ketuk pintu jiran, anjing tetamu dia ke yg berak. suh dia kutip... ;P well, kt sini kalau ikut peraturan tuan punyer anjing kena kutip najis anjing kalau anjing dia berak kt tempat awam, kalau tak, boleh didenda. sesetengah park siap sediakan plastik lagi...

Quran android::photo


agak kuciwa bila upload kt sini gambar tak brape lawa... gambar sebenar sangat jelas... mcm baca quran biasa... gmbar kt atas di upload guna laptop. gmbar kt bawah guna phone.
nak gi ke page seterusnyer cuma slide je...

bleh bookmark. senang nak sambung baca...

quran android

saya ada download beberapa quran for android. tp semua tak puas hati...
beberapa hari lepas ntah mcm mana bleh kuar cerita pasal quran for android, rupa2nya dia sekali download aje dh jumpa yg puas hati. saya ni punyala dl beberapa jenis tp semua tak puas hati...
ok, nama applicationnyer ialah "quran android". ada mcm2 translation (hampir semua bahasa ada) dan mcm2 jenis bacaan. tp kalau nak translation atau dengar bacaan kena dowload atau stream. masa play bacaan tu, ayat yg dibaca akan di highlight. best la kiranya...


Wednesday, February 8, 2012

cara mengatasi hidung tersumbat

kul 3pg dua hari lepas... akif terjaga sebab tak selesa hidung dia tersumbat. tp tak nangis. biasanya kalau hidung tersumbat mesti nangis nak dukung.
bila dh terjaga tu, dia bangun duduk. saya bangun amik handset atas meja (1meter lebih aje). tgk2 separuh muka dia penuh ngan darah. kt tangan pun. banyak pulak tu. terkejut la jugak. baru beberapa saat dh mcm tu. rupa2nya hidung dia berdarah. biasala kt sini kering. saya pun selalu jugak tp tak teruk. agak2 rasa hidung kering semacam tu spray dgn salt water. agaknyer bila tak selesa hidung tersumbat dia genyeh hidung. itu yg berdarah tu kot. byk jugak. bila dh lap2 kuar lagi. agak lama baru stop bleeding.

sebelum ni saya tak tahu pasal saline nose spray. tengah tahun lepas masa akif selsema member bgtau. bleh juga guna untuk hidung tersumbat dan allergic. ada jual kt farmasy. nak jimat lg bleh buat sendiri resepi kt sini:
http://www.ehow.com/how_2384591_make-saline-nasal-spray.html

Thursday, February 2, 2012









bakal junior masterchef








Tuesday, January 31, 2012

kamus akif

bi (bee) = bird
bish = fish
kaa = cat

dh lama tak upload gambar akif. auntie sahida ckp lepas akif potong rambut mcm gangster. ahahaha....

hu~ gambar background blog dh takde. kena tukar yg lain la ni...