Thursday, April 26, 2012

oh no

  1. kalau ada barang jatuh akif biasanya akan sebut 'ok ow'. tp sebab saya selalu sebut oopsy (bila ada brg jatuh), maka later akif sebut 'ok ow, oopsy' (tp kadang mcm dengar 'ok ow, sipsy' ;P). antara expression yg selalu juga dia sebut ialah 'waaaa'. sekarang ni perkataan yg selalu saaaangat dia guna ialah 'oh no'. lagi satu, dia sebut 'no' bunyi macam 'nyo'  hahaha....
  2. blogger dh berwajah baru. baru perasan masa buat new post ada location. nice....
  3. pagi td ada surat dari agent rumah lama. wah... seronok dpt balik semua bond. terbalas penat lelah bersihkan rumah tu.... sebenarnya risau jugak sebab blind byk rosak dan bilah kipas blower kt dapur tak bersihkan btul2 sbb tak sempat. sempat bersihkan cover aje. agent tak buka tgk kot... sesetengah member yg nasib tak berapa baik dapat agent yg cerewet, kadang tu dpt balik seratus aje. bond = 4 weeks rent. takkan lah org tu teruk sgt tinggalkan rumah sampai seribu dollar dia charge. memang tak patutlah.
  4. hadiah bday akif 


masa mula2 dapat tu, wah... nak tido pun ajak main lagi.  bila dh puas main, cukup 3 hari dia dh dismember. terus papa simpan dlm store.
papa in generous mood masa gi bli hadiah jd dia beli dua. ni lagi satu
bila gi umah member dia sibuk nak main org lain punya. tp bila dh bli ni mcm tak berapa berminat la pulak. dia buat handle tu microphone. beria nyanyi. semalam plak ada autralian got talent. org nyanyi kt tv dia pun bersemangat jugak nyanyi...


Monday, April 23, 2012

picnic in the park

lately dragging myself to school. bila baca tak paham baca tak paham ni cepatlah distracted dengan benda lain... tp kena paksa diri jugak....

ni nak update pasal birthday akif. buat kt park. dahlah dua tiga hari ni sejuk. tp takdelah sampai sejuk menggigil.
akif seperti biasa bila dh ramai kawan, dpt pulak main kt playground, terus tak ingat nak makan minum. sebelum pegi park singgah umah kawan. kt situ dia makan coklat sket sebab anak kawan tgh makan coklat jd dia offer kt akif. pastu main terus tak ingat nak makan. ada org bawa lollipop. bila nmpak budak2 lain makan dia pun nak jugak. belumpun habis dh jatuh kena pasir, ibu bg yg lain. bila masa nak potong kek, dia nampak coklat parut atas kek, dia kutip benda tu makan dan sedikit white cocholate. pastu gi sambung main. bila dh nak balik baru cari air.








bila buat kt park ni antara masalahnyer anjing. kalau yg leashed tu tak pe lagi. masa dekat nak balik tu, ada dua org lelaki baru sampai dengan 2 ekor anjing besar yg garang dan tak diikat. dengar dia menyalak pun dh risau. anjing dia ni nampak macam restless. kawan saya ckp mcm tuan dia jarang bw keluar. excited semacam. tak tahula kan...


Thursday, April 19, 2012

pembayaran elaun




biasanya elaun kpt masuk awal. kadang tu 20 hb dh masuk. org lain tak tahula... elaun umt plak masuk sebulan sebelum elaun kpt. jun, sept, dec (hujung bulan).


setakat ni saya dh terima rm 359 ribu dari kpt. bleh check kt sini https://payloan.mohe.gov.my/ledger/slabslai.php

UPDATE 12/02/2013: LINK KT ATAS TU XBTUL. NI YG BTUL: 
https://payloan.mohe.gov.my/ledger/index.php



byk ni kerajaan dh habiskan duit ni. jadi utk tidak mengsia-siakan (nape mcm tak btul je ejaan) duit rakyat, i will do my best (it's so damn hard!!!!! tgh stress nak buat bab polynomial eigenvalue nih)


Wednesday, April 18, 2012

senangnyer...senangnyer...

sekarang ni tengah buat bab yg susah. sv dh bagi tips tp macam susah jugak... huhu~

hahaha... lepas baca blog k niza tadi, samalah kita... menghitung hari elaun nk masuk. hubby selalu cakap kalau saya gi shopping selalunya beli barang yg takde dlm list. jadi utk mengelak beli benda yg takde dlm list, biar hubby gi shopping. sekarang ni maghrib awal, jadi petang2 saya dh malas nk gi kedai.

adik saya pernah cakap (masa tu dia tgh blajar), gaji pertama dia nnti dia nak bagi semua kt mak. saya gelak aje masa dengar. niatnyer tu murni cuma reality nya berbeza. masa zaman belajar dulu saya pun sama. dengar gaji 2ribu mcm dh byk dh. tp itu belum tolak rumah, kete, bil itu bil ini. kalau dok bandar besar lagilah... yang penting kena pandai manage, jangan sampai belanja lebih dari pendapatan sudah (nasihat diri sendiri jugak ni...)

Tuesday, April 17, 2012

2 y-o

sempat snap sblum ibu gi school.

Saturday, April 14, 2012

turning two

bday akif 3 hari je lagi.... papa dh blikan hadiah utk akif tp tak bukak lagi. tunggu bday. mula tu nak beli basikal utk budak tp yg berkenan takde kaler lain. pink je ada. yg lain plak mahal. jadinyer beli benda lain...

handphone dh hantar repair. seb baik gambar2 save dlm memory card. benda2 lain tu nasib la... dah try tanya member2 yg pakai htc tp batery tak sama jadi takleh nak tumpang charge makanya takleh nak back up. warranty pun dh nak expire, itu tak nak tunggu lama2.

enjoy your weekend everyone!

Thursday, April 12, 2012

gara2 malas nak larang

inilah padahnya bila bagi akif main handphone.
sekarang dh tak bleh charge. dh 3 hari dah handphone tu mati.
terpaksala guna hand phone lama. seb baik ada handphone lama....

akif suka sangat plug unplug charger. pastu pegang cable charger dengan hp tergantung, pusing2. mana tak rosak. bila dh takde hp nak main ni, dia plug unplug laptop plak. kalau setakat cable tu rosak tak pe senang nak cari. cuba kalau tempat cucuk kt laptop tu rosak. bukan setakat tu je, keyboard dh dua huruf rosak. adekah perlu beli laptop baru? hahaha....

malas nak gi kedai tanya, jadinyer email htc dulu tanya macam mana, warranty pun dh nak expire, sebulan je lagi. dh order battery dan charger (bukan ori) dari hong kong. tak sampai aud10. 2 bateri dan 1 external charger. kt sini mahal. kalau htc tak nak repair, nak try tanya optus sebab ada amik insuran. kalau derang taknak baiki, baru nak tanya kedai repair charge brape. kalau repair mahal bertahan je la charge guna external charger tu...

kesimpulannyer, kalau taknak baiki, jgnlah bagi anak main....