Wednesday, May 30, 2012

penat!

penat mengejar budak kecik sorang tu bila keluar gi mana2...

bulan mac lepas, masa bawa member yg dtg jln sini gi tgk kangaroo, mula2 akif bagi makan kt kangaroo, tiba2 perasan mulut dia tgh menguyah. dia makan makanan kangaroo... hadoila... lapar agaknyer...

isnin lepas akif bawa tokbah dan umi gi tgk kangaroo (ibu tak ikut). tp takleh nak bergambar sangat. akif kejar kangaroo, papa kejar akif. hahaha...

hari ni nak siapkan kerja. esok nak keluar. mula tu taknak keluar. tp hubby dh pancing nak belikan something. kalau sempat siapkan kerja hari ni, blehla join derang esok.

huu... ngantuk ni... akif bangun kul 3 pagi mlm tadi.

Monday, May 28, 2012

akif nangis tgk tv

saya tak tgk sendiri tp papa akif yg cerita.
masa tu dia tgh tgk cartoon apa ntah. watak dlm kartun tu jadi kecik (shrink) dan hampir kena bola yg dibaling watak lagi satu.
mula2 muka sedih pastu bila hampir2 terkena, uwaa... terus nangis.

hahaha... pandai akif menghayati cerita...

baru pagi ni akif menunjukkan minat main scooter hadiah birthday dia. ingatkan buat besi buruk dah.

Friday, May 25, 2012

first impression

dulu masa amik kelas management, masa final ada case study. tp masa baca case study tu, dh tersalah tanggapan. jadi jawab ikut tanggapan kita tu lah. bila dapat contoh jawapan, laa... dh tersilap set dlm kepala rupanya....

kali ni jadi lagi. dok set dlm kepala benda yg sv suh buat memerlukan penyelesaian complicated jd kitapun try cari jalan susah. sebenarnyer benda tu senang aje..... sekarang bleh sambung writing yang terbengkalai dekat 3 minggu. fighting!!!

goodbye autumn


 nak gi hntr ibu gi uni.
suka sangat pakai selipar ibu.

 saun dh start bertukar warna

kononnyer nak bergambar dgn daun autumn tp tak menjadi.
salahkan camera hp ;P

masa tengah basuh pinggan mlm tadi, dengar akif dok sebut huruf2. bila pusing tengok, nampak dia tunjuk kt huruf (ada tulisan kt oven) dan sebut.eh, betul pulak. pastu masa gi basuh baju, saya tunjuk kt label sabun 'Fab', betul huruf yg dia sebut. tak tahula kebetulan atau memang dia dh kenal huruf2 tu. kalau 'F' memang dia dh kenal. 'a' dan 'b' tu mungkin kebetulan je sebab tu huruf kecik.

pagi tadi lepas dia breakfast, dia main dengan magnetic board. dia letak tgn dia atas board tu, suh lukis tangan dia. pastu papa tulis huruf, wah... ibu sungguh impressed  akif dh kenal banyak huruf. B, C, F, H, M, N, O, W, X, Y, Z.  

hari ni lagi sejuk. keluar rumah pagi tadi 10 degrees but feel like 7. dalam rumah lagi sejuk dari kt luar sebab belum pasang heater. ni gara2 heater masih dlm kotak dan masing2 malas nak gi cari. lagi seminggu nak masuk winter. nak kena keluarkan heater dh ni. sabtu ni plak in-laws sampai.

Thursday, May 24, 2012

salah siapa?

dah 3 biji mug pecah gara2 akif.
akif ni time mengamuk memang ler kalau bagi apa2 barang kt dia, dia akan baling.
masalahnyer time biasa2 pun kadang tu dia suka baling semua barang kt atas meja makan.
semalam lagi sebiji mug pecah.
tak boleh nak salahkan anak.
dah tahu anak suka baling barang2 atas meja, lain kali sila clearkan meja makan.

ada baca article how to say no pada budak2.
tipsnyer ialah kena specific apabenda yg 'no' atau 'jangan' nyer tu.
katakan dia main barang yg tak sepatutnyer, amik barang tu dan cakap kt dia 'ini bukan akif punya'. then amik toy, bagi kt dia dan cakap 'ini akif punya'.

baru aje beberapa hari lepas ckp akif start membilang dgn two. pagi ni semasa dlm kete nak hntr ibu gi uni, dengar akif sebut 'one, two'.

pagi tadi walaupun dh kul 9, masih lebih sjuk dari biasa. dlm keretapun terpaksa pasang heater kejap. bila check suhu, 10 degree rupanya. patutpun sejuk. ahad ni parents-in-law akan sampai. harap derang takde masalah ngan cuaca sejuk ni...

daun pokok mapple dah start bertukar warna. tp pokok maple depan building ni tak. mungkin terlebih kena cahaya matahari kot. daunnyer terus kering, takde merah2. tp kt building sebelah ada pokok menjalar kt dinding daunnyer bertukar kaler merah. sangat cantik. tp asyik tertangguh aje nak amik gambar, sekarang daunnyer dh banyak gugur, dah tak best nak bergambar.

Wednesday, May 23, 2012

how's your progress?

ni antara fav questions dikalangan member2 buat phd.
sorang member pernah bagi jawapan "it's confidential".
hahaha...
kalau saya biasanya malas nak cerita panjang. tp ada juga yg akan bercerita panjang berjela.

lebih kurang tinggal 6 bulan lagi akan cukup 3 tahun. dh bleh start isi borang pelanjutan cuti blaja nih. nak karang ayat tu yang lama nak kena pikir tuh...

borang progress pun satu, bagi org yg buat survey/experiment senanglah. kadang tu serba salah nak tulis apa kt bhgn data dan analysis. biasanya tulis progress kita je kt situ.

Tuesday, May 22, 2012

two thee four...

akif membilang start dari two. pernah dengar dia membilang sampai ten. biasanya sampai four , six aje.
tp kalau kita suruh, dia takkan buat.

dia selalu juga tgk video phonic song , dlm lagu tu ada apple tp akif sebut apul. kalau huruf f plak fish. dia bleh sbut btul fish.

alkisahnyer, sabtu lepas, masa gi kedai, dia dok sebut 'abu abu abu'. tak tahu lah dia nak sebut apple ke, ibu ke apa. luar kedai tu plak ada aboriginal aka abo. diaorg ni kadang sensitif sket. risau jugak bila akif dok sebut 'abu abu'. tp takde pape...

hari yg sama, singgah kt chemist aka pharmasy. semua supplement tgh sale 50% off. masa berjalan sebelah bangunan tu, tiba2 akif sebut fish. pelik juga, mana ada fish. rupa2 sebab huruf f. hohoho...