Thursday, September 27, 2012

toys

hari ni keluar rumah agak lewat sebab cari kunci kereta tak jumpa. pastu buat oat, akif pulak yg nak. perut pulak rasa lapar jd makan nasi dulu. sampai school, baru aje bunyi fire alarm dan org berduyun keluar dari building. ada fire drill kot. gelabah jap sebab kerja2 semalam tak back up. mana tahu kot btul2 ada kebakaran. pastu baru teringat semua kerja simpat kt server curtin, bukan dlm pc. jadi takde masalah.


kebetulan dan berapa lama cadang nak beli binokular utk akif. terus ke toys r us. bukan selalu pun datang sini.

Wednesday, September 19, 2012

kulit

dah dua org tegur kulit saya. nampak glowing katanya. hahaha.... hakikatnyer... glowing tu sebab pakai losyen. kulit saya ni cepat kering. bila sejuk, kerap guna air panas, maka lagi cepat ler kulit kering. tahap kena sentiasa sapu losyen tiap kali lepas amik wuduk. kalau malas sapu losyen, nnti pedih2.

akif pun sama, kulit cepat kering. kalau jarang sapu veselin, campur dengan kuku panjang, berdarah le ke garu. kalau dah tahap kronik, kalau sapu losyen pedih. dan veselin cepat sket recover. cuma saya malas guna veselin sebab berminyak. susah nak basuh time nak amik wuduk.

sekarang dah makin panas. siang hari amik wuduk tak guna air panas pun takpe, jadi kurang la sket kering.

penyakit pening2 datang balik. tak tahula mungkin high blood pressure ke  low blood pressure ke. kalau rajin gi check weekend ni.

Tuesday, September 18, 2012

cara keraskan balik awning tudung

beberapa awning tudung dah rosak. termasuklah tudung ariani yg beli dekat seratus selai tu. bila dh rosak, dh lama la tak pakai.
beberapa minggu lepas, borak dgn kakak, dia ada ckp pasal ada org baiki awning pakai iron je. terus terfikir, agaknyer guna spray ironing starch. cuma beberapa hari lepas baru buat. tudung yg awning rosak pun dah lupa simpan mana. penat mencari. akhirnya jumpa jugak. sangat happy bila awning tudung keras balik ^^
tp kt spray tu ada tulis tak sesuai utk silk. tp saya bedal aje. sape yg nak try, risiko tanggung sendiri ye. ironing starch  ni kat pasar raya besar ada kot. saya guna brand coles (brand cikai) je.

Friday, September 14, 2012

pet

saya ni jenis malas nak membela binatang.
papa akif dari dulu lagi berminat nak bela kucing.
kat sini ketat sket undang2 nak membela binatang.
vaccine aje mahal mengalahkan vaccine orang. beratus.
pastu wajib kena letak chip (kalau tak silap. macam pernah baca kt paper).

akif suka pet. binatang kecik dari nyamuk je dia takut. ;P
minggu lepas masa gi carousel (shopping center), singgah kedai pet.
kemain akif suka. bila dah blah dari kedai tu, dia gi patah balik ke kedai pet tu.

beberapa minggu lepas masa kat depan rumah, ada jiran bawa anjing dia jalan2. dia benti borak2 kejap. dari jauh lagi akif datang laju2 sambil sebut2 'dog.. dog..' . cepat2 saya pegang dia. jiran tu cakap boleh je nak pegang tp ibu malas nak ajar akif sentuh anjing. malas nak samak.

akif dah baik dari demam tp masih selsema dan batuk. masih cranky. semalam ingat blehla stay sampai petang. dh pesan kt papa akif amik lewat sket sebab dah 2 hari tak gi uni. tp pukul 3 papa akif dh datang amik. budak tu nangis tak berenti sampai takde suara. kt umahpun tak bleh nak buat apa. baru nak kemas sket, dia datang nak berdukung. pastu nak feeding. 

seb baik ada juga kerja sempat siap. bleh la tunjuk kt sv. ni ibu dan papa plak start sakit tekak, selsema, batuk2. mmm...

Tuesday, September 11, 2012

musim demam

winter sudahpun berlalu. mungkin winter terakhir kami di sini.
dah masuk spring ni, cuaca makin panas. dan ramai yg demam. mungkin sebab berubah musim. mingkin juga sebab debunga2. sape yg allergic siap le...
mlm jumaat, sempat jugak buat kek coklat kukus. esoknya ada dua tempat nak gi beraya. rumah member dan jamuan raya persatuan postgrad.
ada byk makanan best tp perut sudah penuh... akif kuat main tengah panas. hari ahad ke araluen, tgk tulips. byk kali dh datang tp pertama kali naik train. akif sambung main tengah panas. esoknya demam + batuk + muntah sket. makanya ibu tak gi uni hari isnin jaga akif yang merengek seharian. dh mlm tu dia galak balik tp sampai pagi ni badan masih panas. hari ni giliran papa jaga akif.

Sunday, September 9, 2012

Us


Friday, September 7, 2012

separuh jalan

semalam jumpa sv. sebelum keluar bilik dia lagi rasa mcm in the cloud. tak paham. ada satu phd comic ni...

tp kalau kes dlm bilik sv pun tak brape nak paham macam mana tu... tp try je buat dulu. macam ada idea tp rasanya approach tak sama mcm cadangan sv. hari ni jumpa lagi. dia suruh baca balik paper yang satu itu...

bila lihat balik, sebelum buat chapter ni dah tahu chapter ni yang paling susah setakat ni. sebelum start buat chapter ni dulu rasa macam nightmare. sekarang dah separuh jalan kiranya dah satu accompolishment dah tu. nak siapkan kerja lain dulu then baca balik paper yg satu itu word by word.

hehe... dlm hati tak sabar2 nak buat kek. esok nak sambung beraya. lusa nak gi tgk tulip kalau takde aral. semalam tangan tiba2 sakit kt sendi ibu jari. bangun pagi tadi bengkak. lelangit plak dah tiga hari bengkak.

semalam sorang member satu ofis dah dapat review thesis dia dari examiner. happy for him. kalau dulu ofis ni ramai lelaki. sekarang dah terbalik. awal tahun hari tu ada student perempuan dari arab saudi. tak lama lepas tu student perempuan dari indonesia. terbaru student perempuan dari libya.