semalam call ma, dia baru balik dari beijing. rupanya ada je tempat yang jual barang dengan murah kt sana. baju kulit harga dalam 60 ringgit je. tempat saya pegi tempat paling mahal, wangfujing street. hahaha.. pegi wangfujing st tu pun sebab dekat, jalan kaki je dari hotel. itupun pegi dalam sejam je sebab mlm tu dh nak check out.
dapat mesej dari member kt sana,zahrah, 3 hari lepas saya balik, start snow. huhu... masa ma kt sana, dapatlah merasa snow. huhu... jeles.
hari keenam di beijing, kami melawat great wall seperti yg diceritakan di entry sebelum. petang tu kami check out dari hotel kt changping, pindah ke bandar beijing. Hotel kt changping tu katanya 5 bintang. memang lawa la interior. Hotel kt bandar beijing tu tak tahu berapa bintang tp tetap puas hati. 50 dolar aje semalaman. tv dia bukan setakat ada channel, siap ada movie lagi. hotel ni nama Days Inn Fobidden City. Kami amik budget (basement), ada tingkap kecik je. tak kisahlah sebab bukannyer nak dok lama pun. Staff kt sini bleh cakap fluently in english. Masa naik teksi nak ke hotel tu agak risau sebab gps bagi jalan lorong kecik. papa akif dah risau, macam setinggan je. hohoho...
Esoknyer kami gi forbidden city. jalan kaki aje ke sana. tp agak confuse juga sebab takde signboard. tanya org, geleng2 kepala. seb baik ada polis, bleh speaking. sampai kt jalan nak masuk pun confused jugak. kami ikut je kebanyakan org. rupanya org2 yg ramai2 kt situpun nak ke forbidden city jugak. walaupun suhu masih lagi sejuk, tp lepas merasa kesejukan kt great wall, rasa mcm dh bleh tahan sejuk ;P . satu gloves saya dah hilang masa ni. malas nak beli lain sebab dah last day. rupanya walaupun tak pakai gloves, kalau kepal tangan, dan sembunyi dalam lengan baju winter jacket, lagi warm dari pakai gloves. zahrah cerita, kt sana trend berenang musim winter. tak tahula mcm mana derang bleh tahan sejuk.
rupanya nak sampai ke pintu masuk ke forbidden city kena jalan jauh lagi. by this time agaknyer akif dh biasa dengan sejuk sebab dia dah tak nak dukung, tp main naik turun tangga. dalam forbidden city ada byk kedai cenderahati tp kami beli satu keychain je sebab ingat kt tempat lain lagi murah.
forbidden city ni pintu masuk belah selatan dan pintu keluar belah utara. sebelum sampai pintu keluar, ada garden tp by this time dh kepenatan berjalan. seminggu kt sana rasa macam kurus, asyik berjalan aje. akif pun dah ngantuk. dari pintu keluar north gate ke hotel agak jauh. kami decide amik teksi. tapi kt tempat macam ni teksi pun charge mahal. tp kami amik je sebab dah penat. kalau jalan kaki dekat sejam juga kot. kt luar forbidden city, ada org jual cendera hati. dia jual 4 keychain 20 yuan (10 ringgit). kami tawar 8 keychain 20 yuan. dapat je. lepas beli tu, realized benda tu kayu, takut kastam australia tak lepas, tp nasib baik kastam tak check. kat forbidden city juga nampak sungai beku.
balik hotel, tanya kt receptionist mana kedai halal. dia bgtau niujie. lepas solat zohor, amik teksi ke sana. niujie adalah nama jalan. niu nie= ox street. ada nampak banyak kedai muslim sepanjang jalan tu. cam sebab tulis bismillah dalam bahasa arab. lepas turun teksi, confused juga nak gi mana tp jalan je. nampak ada pompuan pakai tudung, terus tegur, tanya kedai makan halal. seb baik org tu bleh cakap in english. dia bgtau atas pasaraya muslim tak jauh dari situ ada kedai makan. mula2 sampai dulu kami tak cam bangunan pasaraya sebab tak sama mcm kt malaysia. juga taksama mcm kt perth. mungkin juga sebab takde tulisan rumi.
kedai makan kt pasaraya muslim tu macam foodcourt. risau juga, halal ke semua kedai ni. kami gi ke kedai yg ada org pakai kopiah. tanya 'halal?' sambil tunjuk kt makanan. dia tak faham. tanya lagi 'muslim food' dia angguk2. itulah, macam ayam dan itik bercakap. order tunjuk2 je. seb baik sempat belajar beberapa perkataan 'mi fan' =nasi. nampak pau dia macam sedap, beli 6 biji. tp pau kt malaysia lagi sedap. beli juga beberapa pastry. pastry ni kira nak makan sebeblum balik tp ada byk. tawakal je bawa balik perth. tuhan nak tolong, kastam kali ni langsung tak check. tp tak sedap sangat pun. kt pasaraya tu juga ada jual strawberry celup gula cair. ada nampak kt tempat lain tp tak yakin. since kali ni jual kt pasaraya muslim, jadi bleh la beli. agak mahal juga. satu cucuk strwbry dan satu cucuk ubi celup gula, 19 yuan. mungkin strawberry kt sana mahal. kami makan nasi dengan 4jenis lauk sorang, utk dua org baru 20 yuan. hujung minggu lepas try buat strawberry celup gula tp tak jadi. kena search cara buat dulu kot.
mulanya hasrat nak ke masjid niujie tp macam dah lewat jadi kami balik. winter maka maghrib awal, sebelum pukul lima dah maghrib . punya la susah nak dapat teksi. susahnyer bila tak tahu mana tempat nak tunggu teksi. dalam teksi plak, akif tak duduk diam. driver tu asyik pandang belakang je. akif plak nak makan. bila bunyi mcm saya keluarkan makanan, dia ckp apa entah, agaknyer tak bagi makan dlm teksi dia kot.
sampai hotel, tanya receptionist mana tempat shopping, dia bgtau wangfujing st, jalan kaki dalam 15 minit kot. since ada masa lagi, lepas asar, kami keluar ke wangfujing street. kalau kt kl tak tahula nak banding dengan apa tp kalau kt perth, lebih kurang murray st, hay st. barang kt sini barang branded, memangla mahal. pastu kedai semua jual winter coat. tak de pilihan sangat. pastu ada lorong yg jual makanan. ada nampak org jual sea horse bakar, cucuk2 kt buluh, buat macam satay. tak tengok sangat sebab geli. kot ada jual katak ke apa kt situ. takut lewat, kami patah balik. singgah beli baju, shawl dan fridge magnet kt kedai tak jauh dari hotel. jurujual tu bleh speaking maka senang la nak berurusan. pastu minta free toy utk akif. hikhik.
flight kami malam tu 1:30 pagi. sampai airport dah tak larat. akif pulak jumpa budak2 besar sket dari dia, galaklah main. yang kelakarnya, ada satu budak perempuan kecik sikit dari akif dok main dengan dia. masa saya nak amik dukung akif, dia siap pegang saya, tak bagi amik akif. sian, agaknyer anak tunggal jugak la tu, tak de kawan.
kami transit di klia, flight dari kl ke perth kami tak dapat duduk sekali. kt klia, masa nak masuk ke bilik menunggu, kt tempat staff akan amik boarding pass , bgtau staff kt situ, nak minta duduk sekali, seb baik dia bleh arrange.
sekian entry trip ke beijing. kalau rajin saya update gambar.
Thursday, December 20, 2012
Wednesday, December 19, 2012
Beijing 2012 part 2
winter kt perth masih bleh picnic kt park bila kena hari cerah dan tak berangin. dalam rumah memang la sejuk tp bila kena matahari, taknak pakai coat pun takpe. sebelum pegi beijing, try cari gloves, baju thermal dan tights. malangnyer sekarang kt sini summer jadi tak jumpa. ada gloves je. kt kedai kathmandu ade la tp mahal sangat. nak pakai sekali aje.
cuaca kt perth sekarang masih sejuk berbanding malaysia walaupun dah masuk summer. ada hari panas ada hari sejuk. hari sejuk tu kalau berangin terasa sejuk. kalau berangin, rasa angin macam kt malaysia, tu kira panasla. biasanya btul2 panas bulan 1,2 dan 3. nampak gaya tahun ni bulan 4 pun panas lagi ni... (hehe ramalan tak bertauliah)
back to cerita beijing. kami sampai subuh, suhu -2C. penuh dengan harapan nak merasa snow. malangnyer sejuk aje cecah sampai -10C tp tak de snow. rupanya beijing ni berangin jadi snow kurang berbanding tempat lain. yang kelakarnyer tingkap hotel bilik kami ada frost. bukan belah luar, belah dalam bilik. jadi airbatu terus....
kawan baru dari xinjiang, zahrah, jadi guide kami ke great wall. dia bawa sekali senior dia satu course kt uni, anifah, juga dari xinjiang. keluar awal, 6.30pg lagi. kena pulak hari tu windy, nak pengsan kesejukan tunggu bas. hari2 yg sejuk aje tp tak berangin bleh tahan lagi. tp bila berangin memang tak tahan. bas kt sana sangat murah. kalau guna card lagi murah. kalau naik teksi mahal sket. hari tu akif bangun awal, pukul 4 dah bangun. jadi dalam bas, dia tertidur. kami pegi badaling. great wall kan panjang, kami pegi tempat paling dekat. dlm kul 10 pagi sampai lepas sekali tukar bas. kat sana ada banyak kedai cenderahati dan pakaian winter. kebetulan gloves papa hilang, beli gloves dan hat. lepas tawar menawar dapat dengan 1/4 dari harga asal. kt sini ada snow tp snow yg start cair pastu keras balik. macam air batu rupanya.
masa kt pintu masuk, tercari2 kedai kopi. tak tahan sejuk. malangnyer tak nampak.
greatwall kan tinggi, jadi kena panjat tangga sket. bila naik kt wall, angin agak kuat, dengan sejuknyer, tak tahu nak cakap apa dah. takde tempat nak lari. masa ni akif start nangis. dia baru terjaga dari tidur, dengan tak cukup tidurnyer, campur dengan lapar, sejuk melampau, org dewasa pun tak tertahan, budak lagilah. jadi lepas amik gambar beberapa keping, kami turun semula. kat atas tu tak sampaipun 15minit. dalam sejuk2 mcm ni pun ramai jugak yg pegi. tp kalau tgk gambar musim lain, mak ai, great wall tu penuh dgn manusia.
lepas turun bawah, ternampak coffee shop. masuk dalam tu, order kopi. tp akif tak berenti nangis. org kedai tu suruh pegi toilet sebab sana lagi warm. berlari2 kami gi toilet sebab kt luar sejuk dan windy. since takde baby/parent room, saya susukan akif dalam toilet. tak lama lepas tu dia tidur. sah ngantuk lagi. saya bagi dia tidur setengah jam lepas tu balik. nak balik pun cabaran jugak. angin macam ribut. nak terbang rasanya. semua org berjalan ke belakang (belakang mengadap angin). kali ni balik dengan teksi sapu (teksi btul susah nak dapat kawasan ni). tak tahan dengan angin + sejuk, berlari2 ke van (prebet sapu). lepas beberapa ketika dalam van tu, dan warm, akif mula berbunyi. hohoho...
sebelum balik hotel, singgah kedai makan ala xinjiang. masakan berkuah (kambing) dengan roti. not bad cuma terlebih masin.
petang tu kami check out dari hotel, ke downtown beijing.

demam
lepas dua hari balik dari beijing, ibu dan akif start selsema. selsema aje, tak demam. lepas dua hari, selsema ibu dah stop tapi akif masih selsema dan bercampur batuk. semalam, badan akif panas sket. malam tadi terjaga bila akif merengek. rupanya hidung dia berdarah. byk juga, habis baju dia kena darah, dengan baju ibu skali. agaknyer dia genyeh hidung kuat sangat.
tak sampai seminggu sampai umah, dah book kereta dan motel utk trip seterusnya. kebetulan member2 nak berjalan ke busselton, kami join skali minggu depan. dh lama teringin nak ke cape leeuwin sekali lagi. sangat cantik tempat tu.

Tuesday, December 18, 2012
Beijing Dec 2012
Kami bertolak petang Ahad 2 Dec. Sampai KLIA dlm pukul 10 mlm. Bergegas keluar jumpa Paksu Me sebab nak pass camera kt ma. ma dan abah juga akan ke beijing tp 2hari lepas kami balik. transit dua jam lebih je. flight ke beijing 6jam lebih. seb baik malam jadi akif tidur. kami dapat seat tengah. 4 seat tu kami punya. hehehe... senang nak baringkan akif. sampai airport beijing, agak confuse pasal barang nak kena declare. tp semua dia suruh guna lorong nothing to declare dan tak de nak check pun. keluar dari kastam terus nampak signboard teksi. tunjuk je alamat hotel kt driver taxi tu. dia ckp2 dlm bahasa cina pastu buat isyarat telefon. saya bagi no fon hotel, dia call hotel tu. agaknyer tanya hotel tu kt mana. tempat conference, changping, agak jauh. dlm 40km dari downtown beijing. hehe... duduk perth ni, 20minit drive dah kira jauh ye.
keluar je dari kawasan airport, terus jam. traffic sangat slow. dan driver sana suka hati change lane tanpa bagi signal. terlopong jap. tp tak de kemalangan plak. derang dah expert tukar lane kot. hahaha...
kt sana driver belah kiri kereta. perjalanan ke hotel amik masa hampir dua jam. taxi tu charge 185 yuan.
masa check in, staf dia macam tak berapa reti english je. dengan taxi nyer pun susah nak dapat, terus terbantut hasrat nak gi lawat ming tombs. patutnyer dekat je dlm 5km je. tengah hari keluar cari makan. awal2 dah google kt internet makanan halal kt changping. ada satu kedai, ada alamat sekali tp alamat dlm tulisan rumi, bukan cina. bila cari tak jumpa, try tanya beberapa org tp derang ni blum pape dah geleng kepala. dah berapa kali ulang alik tempat sama, akhirnya give up. balik makan sardin je la, atau minta makanan vege kt hotel. masa dlm perjalanan balik tu, ternampak sorang pompuan pakai tudung. cepat2 tegur. rupanya tempat tu depan university of political science and law. patutla ramai budak2 muda berduyun2 masuk. lega sangat bila jumpa org dpt speak in english. rasanya sebelum tu silap tanya org. kena tanya budak2 muda. kalau student uni mesti dpt speaking. budak prempuan tu cina ethnic uighur, dari xinjiang. tp muka tak nampak mcm cina. kalau ckp org melayu pun bleh percaya. namanya zahrah. ini nama arab. nama uighur dia lain dan nama cina dia lain. jadi zahrah ni la tolong tunjuk kedai makan halal.
menurut zahrah, ada dlm 20 kedai halal (kt sana dia panggil muslim restaurant) kt kawasan tu tp bukan semua bleh percaya. tempat dia bawa tu bleh percaya. dlm 10 minit jalan kaki ke hotel kot. lepas makan dia bawa gi masjid. dia ckp dekat je masjid tu tp bagi saya agak jauh. ye la nak kena dukung budak akif tu lagi. bawa stroller tp dia duk kejap je pastu nak dukung. sejuk agaknyer. tak berbunyi. bila masuk kedai makan, baru mulut dia berbunyi. hahaha... sampai masjid, akif dah tertidur. masjid tu style bangunan cina lama. bilik wuduk+shower kt tempat lain, toilet plak lain, bilik solat plak lain. 3 tempat nak kena pegi.
lepas solat, zahrah bawa ke tempat shopping. baju kt sana tak murah. kalau convert ke aud, lebih kurang sama. kalau convert ke rm, kira mahal. beli winter jacket utk akif sebab bawa yg kecik, yg besar tak jumpa cari kt umah. itu yg paling murah jumpa. 100 yuan. sepanjang kt sana, bila masuk kedai baju, semua pakaian winter. mostly winter coat. jadi takde benda nak beli. pastu kalau ada sale pun tak tahu sebab tulis dlm bahasa cina. dia bukan mcm kt kita, 50% off. tp tulis 5 pastu ada tulisan cina. jadi susah jugakla nak shopping. cuci mata aje.
hari kedua kt sana, pagi2 tanya kt receptionist ada tak tourist guide yg bleh speak in english. dia geleng kepala. tak tahula tak paham ke takde. kali ni gi beli makan kt kedai halal tu main tunjuk2 je. seb baik derang pun guna istilah tapau utk bungkus. beria plan nak ke ming tombs dan summer palace. tp kalau bercakap mcm ayam dan itik, jawab nyer dok hotel diam2 tgk tv je. internet free jadi bleh tgk drama online hehe. hotel dia sangat warm. bleh pakai 1 lapis je baju. tengah hari saya gi register conference. gi sorang je. agak susah cari tempat tu walaupun dah diberi map. conference tu dalam china university of petroleum. tanya student kt situ, dia tolong tunjuk tempat.
hari ketiga, keempat dan kelima hadiri conference. saya present hari terakhir jadi tak bestla nak gi jejalan sebelum selesai present. lagipun dengan masalah komunikasinyer, malas nak bergerak.
hari keenam kami ke great wall. nnti update kemudian. see ya.

Tuesday, December 11, 2012
without fb for 8 days
8 hari di beijing tanpa fb rasa macam terpisah dari dunia luar. saya bukanlah aktif sangat pun. baca update dari kawan2 je. tp sebab fb dah jadi tempat berhubung. senang nak msg. fb tak bleh, blog tak bleh, youtube tak bleh. seb baik kt hotel bleh acces internet. bleh la check email. tak de la risau kot ada email penting.
cuti belajar dah lepas 10 hari tapi surat dari kpt masih blum dapat. dpt email minta invois sebab derang nak bayar yuran sblum hujung tahun. maksudnya tu dah lulus la tu kan. dapat email dari curtin tanya bila nak dapat financial affidavit baru. tak tahu nak jawab apa dah.
sampai sini petang semalam. masa lalu kastam autralia semalam, sangat bernasib baik. tak tengok pun makanan yg dibawa. dia tanya je. kami ada beli kuih cina. sayang la kalau kena buang kan. ada juga keychain yg dibuat dari kayu (kayu, batu, kena declare). walaupun murah je tp cenderahati.

Thursday, November 29, 2012
wedding
minggu lepas ayah cik kawen. sedikit sedih sebab tak dapat hadir. masa call kak sehari lepas majlis sambut menantu, dia cerita ma dah serik (buat kenduri). hahaha... ada dua lagi...
spring tinggal esok sehari je lagi. masuk bulan 12 dah summer. dah lama nak letak gambar2 spring kt sini. bila winter, sejuk, jadi kebanyakan daun gugur, tinggal ranting aje. bila spring, bunga start keluar dulu sebelum daun keluar. pokok yg dogol tanpa daun, bila bunga keluar, sangat lawa. tahun ni sangat suka bunga purple. dan minggu lepas perasan ada pokok yg daunnya merah. kadang tu ada pokok yg tak keluar bunga tapi tumbuh pucuk baru. pucuk baru pula kaler pink. sangat lawa. malangnyer tak berkesempatan nak amik gambar. sempat amik yg kaler purple je.
bila tengok rumah org yg penuh dengan bunga, wah teringin tp dah tahu saya tak reti jaga pokok.
nak bercerita pasal akif plak. dulu 'three' dia sebut 'tee'. sekarang ada improvement 'thlee'. 'no worries', sebut 'no wees'. sekarang 'no woyees'.
budak biasala suka main air kan. tapi bila suruh berendam dalam bath tub takut. dia berdiri sambil main air. pastu pandai, nak main air, datang kt ibu/papa sebut 'bobo' (poo poo / berak). kadang sebut wash. bila check tak berak pun. nak main air sebenarnya. tiap kali saya amik wuduk, dia pun mesti sibuk sekali. saya amik wuduk dlm bathtub, jadi air tak terpercik kt dia.
hujung minggu ni nak travel jauh. dah dapat bayangkan penat mengejar dia nnti.

Monday, November 26, 2012
powerpoint dah canggih
bila dapat tahu kewujudan TexPoint, sedikit excited sebab senanglah bleh copy dari latex terus, tak payah susah2. sekali problem plak. bleh install tapi bila nak guna, keluar error ckp takleh detect latex. tak tahula nape.
seb baik powerpoint dah canggih. equation tool bleh faham kalau taip R^n_+. kalau tak susahlah tiap kali nak guna upper/subscript, nak kena klik2.

Subscribe to:
Posts (Atom)