Wednesday, February 27, 2013

pelat

busy mengejar dateline tp sempat update blog. hihi...

kisahnyer sejak beberapa minggu lepas akif selalu sebut 'found you'.
budak2 biasalah kan tak boleh sebut betul2. masa mula2 dia sebut, bunyi macam swearing yg start dgn huruf f. dalam hati, abeslah... kena betulkan cepat2 ni, nnti kalau org lain dengar, susah...

dulu pernah baca dalam blog, blogger ni dengar anak dia mengeluarkan kata2 tak elok dengar, terus dia gi tampar anak dia, padahal anak dia pelat. sebut benda lain bunyi benda lain.

sekarang akif masih tak boleh sebut betul lagi tp dh ok sikit berbanding mula2 dulu.

Monday, February 25, 2013

drama

kadang2 akif suka berdrama. terbaru, overused word dia ialah 'look!' dengan nada terkejut. padahal nak cakap 'look! a house'.

dua tiga hari ni dia dah pandai letak 'a'. semua 'a'. a house, a triangle, paling tak tahan 'a cars'. tak tahu nak betulkan macam mana 'a cars' tu.

lagi satu 'and'.  sambil main kereta mainan , dia sebut colour kereta, 'white and blue and red and green ...'
beberapa bulan lepas dia confused green dan red. risau juga kot budak ni rabun warna. tp lepas tu ok, dia kenal green dan red.

Wednesday, February 20, 2013

baru ku tahu...

ini saya amik dari fb.



ceritanya, masa mula2 sampai perth lebih tiga tahun lalu, saya agak pelik kenapa ada member sebut 'hi' atau 'hello' bila jumpa. biasanya kalau kt malaysia sebut 'assalamualaikum'.

bila dah lama kat sini, jadi kepada diri sendiri. melainkan dengan kawan2 yg muslim, pegi mana2 atau bila jumpa sape2 mestilah say 'hello' atau 'hi'. tiap kali nak bayar kt kaunter, staf tu akan tegur. bila dah lama2, bila jumpa dengan kawan2 yg muslim pun autometik keluar 'hi' atau 'hello'. sebab sebut 'hello' atau 'hi' lagi kerap berbanding 'assalamualaikum'.

bila dh sedar benda ni, maka tiap kali jumpa kawan2 muslim, ingatkan diri sendiri utk sebut 'assalamualaikum'.
The end.

ini nak bercerita pasal akif pula. peramah budak ni. kalau berselisih dengan org suka tegur 'hello'. selalu je kalau gi shopping, jumpa budak besar dari dia, mesti nak join main atau ajak borak (borak dlm bahasa akif).    kalau pegi kt playground, kalau budak2 yg gentle sket mesti lari dari dia sebab suara dia kuat. hahaha... masa pegi kids gym, ada parent nak amik gambar anak2 dia, akif tanpa segan join skali sambil buat symbol peace. ^^
tak tahula kot bila besar sket nnti jadi pemalu pula. hahaha...

breakfast

basement cafe, engineering building, curtin uni.
suka cara dia design.
design kotak2 kt dinding tu pun cantik. dlm gambar ni tak nampak lawa.

dalam gambar ni akif baru bangun. semalam tak tahula tidur pukul berapa. ibu tertidur dulu. 
beli hashbrown utk dia tp taknak. dua tiga minggu ni dia kurang makan. minum susu je banyak. tp kalau nampak timtam (coklat), makan le. nugget pun bentuk dinasour je makan. itupun dia makan tepi je, pastu tinggal. pisang pun dh tak makan. nasi tak tahu bila last dia makan. try buat carrot juice sebab sayur lagilah dia tak makan. dia try juice tu sket dh tak nak. nnti nak try buat aiskrem carrot plak.




comel kerusi ni.. kelakarnyer, kerusi ada 4 tp meja secoet. hahaha...

Monday, February 18, 2013

first sentences

antara ayat pertama akif.

1. tengah main dengan monkey dan ted (soft toys), tiba2 cari elmo. 'elmo, where are you?'

2. shopping kt kedai, papa dan akif gi kt bhgn air, ibu gi amik pisang utk akif. (agaknyer sebab queensland banjir lagi, harga pisang dah naik). akif cari ibu, 'ibu, where are you?'

hari sabtu, masa dia tgk mickey mouse clubhouse, tiba2 akif jerit 'teeeeen', siap kuar air mata lagi. rupanya nombor '10' kena ikat dan ditarik masuk dlm kandang. tiap kali dia nangis sebab tgk cerita, mesti tergelak. ibu kena berusaha utk tak gelak ni. kena tunjukkan empathy.

malam tadi plak, ekor goofy kena gigit dengan ketam. dia dah sedih 'lalu...'.  tp tak nangis. (nota: watak anjing dlm pocoyo, namanyer 'lula', tp akif tak reti sebut. dia sebut 'lalu').

gambar kt bawah ni kat kids gym semalam. ni time budak2 yg hadir utk birthday party masuk dlm bilik utk tiup kek, itu tak ramai dlm gambar. masa datang sebelum ni tak ramai sangat. kali ni lagi ramai. dan bising. lepas balik dari tempat ni, akif suka terpekik2. agaknyer sebab dia dengar budak2 kt sini terpekik2.



akif tak berani nak explore bhgn atas. dia suka main kt dlm bola tu..


Friday, February 15, 2013

baiki lagi

seriously, rasa macam dah terlalu banyak masa spend utk bhgn intro. masih kena baiki lagi...
sabor je la.... nak kena menuntut ilmu writing lagi ni...

today rasa macam dh flat dah. sambung minggu depan.

Thursday, February 14, 2013

no + toksey = no se

agaknyer akif confuse kadang org sebut  'no', kadang 'tok sey (tak nak)'. jadi bila dia nak ckp tak nak, dia sebut 'no se'. bunyi mcm spanish dah. atau sebab dia dengar dlm pocoyo versi sepanyol?
tp dua tiga hari ni dah reti sebut 'tok sey'.


antara banyak2 lagu alif ba ta yg ada, saya tak sangka dia suka dengar satu video ni, sebabnyer sangat bosan bagi saya sebab takde music. cuma bunyi narator sebut huruf dan gambar huruf semata2. tp dia suka dengar yg ni. bagus la sebab takdelah dia confused. kalau yg lagu tu, huruf keluar cepat jadi dia confused beberapa huruf. ini videonyer...




sekali tu dengar dia tgk video alif ba ta yg slang mat saleh. alif jadi elif. tak lama lepas tu dengar dia sebut elif. seb baik dh tak tengok video yg tu. kalau tak lekat dengan elif.