Sunday, September 7, 2014

Menunggu hari

Susah betul nk guna laptop sekarang ni. Since ipad akif rosak, laptop ibu jadi hak dia. Nak guna internet pun susah juga. Akif dh kenal lambang WiFi. Jadi dia tahu bleh guna youtube. Kt umah tok takde unlimited internet. Kalau akif guna, tak sampai sehari bleh habis 1gig.

Alkisah pasal bersalin kt husm, dh tanya misi kt sini. Kawasan kg saya ni memang bersalin di husm. Selesai isu ni.

Buat check up, berat naik 1kg seminggu. Makan memang berselera. Babypun dh turun jd perut bleh muat byk. Hohoho....

Sekarang musim dokong dan cempedak. Angin, sakit urat, tak peduli dah. Hehe... pantang nnti dh takleh makan.

Masa pregnant kan akif dulu, takde rasa nak berurut. Sekarang ni dh tak sabar2. Sakit abes orat2. Nak basuh kaki time wuduk pun susah. Kakak saya cakap tak sama pregnant umur 20-an dgn 30-an. Sape yang masih muda tu, tingkatkan production. Dh masuk 30, bleh tutup kilang ^^

Tuesday, August 12, 2014

jatuh longkang

minggu lepas jatuh longkang. longkang kecik je. ada space antara penutup longkang. masa buka pintu kereta, kaki kiri terjerlus dlm longkang. luka la sket. sapu minyak gamat je. mungkin sebab bergesel dgn penutup longkang tu, jadi bengkak la jugak. dh dekat seminggu masih terasa sakit. kena air pun sakit. luka kat buku lali, susah nak elak dari kena air tiap kali masuk toilet. malas nak gi cari plaster. agak risau sebab masih rasa sakit. bila gi jumpa dr, dr tu kata normal. dia bagi ubat sapu.

tiba2 terlintas nak check tarikh due lesen dan buku library. seb baik. ada beberapa hari lagi.

sekarang risau satu perkara. akif kalau dia datang kt ibu, bukan boleh datang pelan2. dia akan lompat dan terkam. dalam pantang nnti macam mana la. lagi satu, suara dia yang selalu kuat. main sorang pun suara macam apa. tak tidurla baby nnti. atau baby pun dh kalih dengar suara akif ^^

barang2 semua dh prepare. baju akif yang lama dah basuh. stress jap bila basuh baju yg putih kt klate. air kuning. habis baju. saya angkut semua baju, bawa basuh kt tganu. tp hospital bag dan baby bag masih belum pack. masih ada 4 minggu lagi. patutnya dh prepare ni.

alkisahnya, saya plan nak bersalin di husm. ada org cakap kena ada surat refer dan buat check up sekali kt sana. bila call kaunter o&g, cakap tak payah. ntahle. kalau husm taknak terima, gi hkb je la.

org cakap, hkb ramai sangat org. silap haribulan bersalin kt koridor sebab labour room penuh. tp kalau kt husm pulak strict dari segi orang menunggu/peneman nak keluar masuk. ini pendapat org.

org lain sibuk nak gi private tp tak tahulah kenapa rasa nak cuba bersalin di hospital government kali ni. mmm... husm half private kan? hehehe... kalau kena dok hospital seminggu, dengan toilet share, jauh pula tu. agaknyer lepas ni taknak dah. hohoho... harapnyer kejap je dok spital.

minggu lepas ada appointment utk pregnancy check up di klinik kesihatan. tunggu 2jam. jumpa dr tak sampai 5 minit. ini yg buat rasa malas nak check up kt klinik kjaan ni.

Sunday, July 20, 2014

bad day

cerita semalam (hari sabtu).

-tghr, jatuh dalam toilet. nasib baik takde apa2. mula tu agak risau sebab baby macam kurang bergerak. tp malam tu aktif je.

-akif terlanggar pintu dan ipad yang dia pegang terjatuh. terus padam. tak boleh nak on dah. sebelum ni jatuh ok je. sebelum kejadian, memang dah ada dua tempat dah crack kt screen.

- ni yang paling best. terperangkap dalam bilik. dekat sejam jugak kot. keluar dari bilik air, tengok2 akif dah tutup pintu dengan rapat. pintu ni memang dah rosak tp malas nak bgtau tuan rumah. sebelum ni pernah jadi tp bila selit guna kad, boleh je buka. kali ni penat cuba selit kad tapi tak jadi juga. seb baik ada screw driver dalam bilik. buka tombol, tak jadi juga sebab latch dia dh loose. patutnya bila kita tarik, akan unlock. masa ni dah dekat tengah malam. adakah perlu call bomba? atau member? handset pulak kat luar. try itu try ini, saya cungkil kayu pintu kat tepi (habisla daun pintu) lock tu, jadi ada space untuk cungkil lock antara pintu dan dinding guna screw driver. akhirnya berjaya jugak buka. tangan abes blister.

Friday, July 18, 2014

drama

lepas asar, keluar mencari makanan utk berbuka. kalau hari bekerja, saya akan gi beli makanan kat pasar ramadan dulu kemudian gi ambil akif. hari cuti, memang takkan pergi pasar ramadan sebab kat sana ada jual toy. beli kat tepi jalan je. hari ni dh terbayang nak makan nasi kerabu malangnya kedai tu tak buka.

dalam perjalanan, tiba2 ada kucing melepak tengah jalan. pelankan kereta. akif siap jerit 'stop!!!' takut ibu langgar kucing tu. pastu jerit2 dalam kereta suruh kucing tu lari. padahal tak dengarpun sebab tak turunkan cermin. bila kereta dekat, kcing tu lari ke tepi. akif konon lap peluh kat dahi, 'phew! so close.' ibu nak tergelak. ni pengaruh kartun la ni...

selamat berbuka.

Thursday, July 10, 2014

letter t

satu pagi beberapa minggu lepas, bangun tidur, perasan huruf T kat keypad laptop dh takde. penat cari tapi tak jumpa. kalau keypad tertanggal sebenarnya boleh pasang balik.
bila akif bangun dari tidur, tanya dia, mana letter t? nak tahu dia gi ambil kt mana? dalam bakul sampah. nasib baik dlm bakul sampah dalam bilik. sampah kering mcm tisu atau kertas je dalam tu.

agak flat hari ni. tak sahur. masa berbuka pula makan kuih je. bila makan kuih dulu, perut dh penuh jadi tak makan nasi. air pun kurang malam tadi. tapi overall, sepanjang puasa ni kira beruntung jugalah. alhamdulillah, berselera je makan. masa sahurpun sampai tambah dua kali.

check up selasa lepas, kepala baby dh ke bawah. tak perasan pun. cuma dapat rasa byk pergerakan bhgn atas (kaki la tu). pergerakan baby semakin kuat. dh boleh tengok perut jadi bentuk pelik time dia bergerak tu... ada beberapa nama tapi masih belum decide.

pada awal pregnancy, boleh je makan vitamin yang klinik bagi. tapi beberapa bulan lepas tak boleh. bila makan je, sejam dua lepas tu loya. pernah sekali punyala tahan taknak muntah, tp akhirnya terkeluar juga. malangnya, masa tu tutup mulut dan tak sempat ke toilet. habis terkena spek, rambut, dinding, lantai, cadar. pengajarannya, kalau agak2 tak tahan tu, cepat2la pergi toilet. kalau tak lagi penat mencuci.

ada juga beli produk shaklee. tapi banyak sangat. tengok ubatpun tekak dah rasa semacam. minggu lepas beli blackmores. of course kandungan iron tak banyak mcm klinik punya. tp dari tak makan langsung, baikal makan sket.

akibat dh lama tak makan iron, hb rendah. sebelum ni main tipu. hehe... beberapa hari sebelum gi check up, saya akan makan iron yg klinik bagi 2 biji sehari. jadi bila check hb, atas pagar tp masih lepas. bila bawah 11, kena gi klinik kesihatan dan check darah. leceh sket. dh habis masa kt situ. ni lagi dua minggu ada appointment. risiko hb rendah ialah bleeding selepas bersalin. bila darah sukar berhenti, bahayala. boleh menyebabkan kematian. jadi kena usaha juga untuk makan ni. dua hari lepas makan sebelum tidur. ada rasa loya sket2 tp bila dh tertidur ok je.

Sunday, July 6, 2014

demam


since balik dari perth, akif selalu sakit2. setiap bulan ibu kena ambil cuti. mungkin dia nak catch up dengan segala virus yang ada kat sini. hohoho... dh sebulan lebih dh kot dia tak demam. semalam, dia tidur tghr. bila bangun, badan dia panas dan mengadu sakit perut. pujuk dia makan sebab dia minum susu dan makan biskut je pagi tu. taknak. bagi lollipop pun pegang je.

gi klinik. doktor bagi ubat demam, ubat sakit perut, ubat kembung. tiga-tiga dlm bentuk syrap. lollipop pun taknak makan. inikan pula ubat. jadi singgah kedai. suruh dia pilih apa dia nak. dia ambil vitagen dan potato chips. kt umah paksa makan ubat tp dia keluarkan balik. nak cari alternatif lainpun dh mlm. ibupun dh flat. tak sahur.  bila akif mengadu sakit perut, takboleh jalan, kenalah dukung dia masa kt kedai.

mlm tu badan dia makin panas. nak bagi ubat yg sumbat kot punggung tp ubat tu dh lembik. rupanya kena simpan dlm peti ais. contact k niza. seb baik dia ada. dh tengah malam dia dtg hntr. sejam lepas tu suhu dia start turun. hampir terlepas sahur. sempat minum ESP(energized soy protein ) dan kurma. minum air masak sebanyak yg mungkin. 

semalam juga, dapat msg dari ma. husband kepada sepupu saya meninggal mengejut. sepupu saya tu baru je bersalin anak ketiga. sepupu saya tu tua dua tahun dari saya. husband dia pun lebih kurang tu lah agaknya. semoga sepupu saya tu tabah.

pergerakan baby dalam perut ni makin kuat. masa check up bulan lepas, kedudukan breech. masa gi scan sebelum puasa pun breech jugak. esok ada check up. adakah masih breech? sekarang ni ruang masih banyak. masih boleh berpusing2. 



Friday, July 4, 2014

dh pandai bg alasan

bila ibu ckp kt akif jgn gigit (org), dia bg alasan takde roti, takde polipop (lollipop).

bila ibu ckp jgn jilat (agaknya gara2 tgk kartun paw patrol, dlm tu ada byk watak anjing ), dia bg alasan takde aiskrim.

bila dia minta 100 (gula2 Lot 100), ibu ckp nnti sakit gigi. dia balas balik brush teeth.