Monday, December 22, 2014

akif dan rifqi


Rifqi dah 3 bulan lebih. petang semalam, tgk dia dh boleh mengiring sendiri. malam tadi, dia meniarap. tapi..... leher tak kuat lagi, bila meniarap, nampak dia struggle angkat kepala. pastu muka sembam kt tilam. risau takut lemas kalau dia meniarap, org tak perasan. mmm... kalau atas lantai, kurang la possibility nak lemas tu sebab muka tak tertutup sepenuhnya kalau dia takleh angkat kepala.

rambut rifqi dah panjang balik dah. nak kena potong lagi ni. rambut akif pun nak kena botak dgn ibu ni...

Thursday, December 11, 2014

back to work

dah dua minggu start kerja. oleh kerana masih belum dapat tempat utk hantar baby, tokma ikut ke tganu. sekolah akif pun masih belum buka. asalnya nak tinggal akif kt umah umi. since tokma ikut, akif pun ikutla. budak akif masih tak boleh berak kt toilet. bila nak poopoo, minta nappy. dah umpan dengan macam2. masih tak nak.

bila start kerja, baby tak reti guna puting. cuba dr baby, fifi yg jenis flat tu, avent. hari 1st dan 2nd, minum 1 oz je guna botol. ibu siap beli pacifier avent lagi. huhu... harga avent kt sini mahal ler. pacifier 30 lebih, puting 30 lebih. tapi bila cuba bagi pacifier, taknak pun. tak tahu pulak puting avent ada byk jenis. bila cuba pasang ke ring cap kt umah, huhu... tak sama saiz.

bulan depan insya-Allah ada kosong kt tempat nak hantar baby tu.

Tuesday, November 4, 2014

pengalaman bersalin di husm part 1

Hari ni hari ke 52. Baru berkesempatan untuk tulis pengalaman bersalin di HUSM. Secara ringkasnya, kelebihan bersalin di HUSM:
1. staff ok
2. dr offer ubat tahan sakit- epidural dan option lain. dengarnya memang polisi kt sana mcm tu.
3. bilik bersalin dlm bilik, bukan tirai je, mcm hospital besar.

tapi ada juga yg tak bestnyer...
1. takde air! 3 hari terakhir kt sana takde air. cleaner tolong angkut air ke toilet.
2. duduk shared ward. sakit lepas bersalin membataskan keupayaan utk jaga aurat. nak dudukpun susah apatah lagi nak betulkan kain bila kain terselak. kadang tu, bila dr nak check perut, lupa nak tarik langsir, jadi kita kena ingatkan.
3. berbanding hospital besar, kt sini strict sikit berkenaan peneman. siang hari selain waktu melawat dia suruh keluar. malam je boleh.

Atas faktor susah nak jaga aurat, mungkin saya akan consider private lepas ni. Ada juga bilik berbayar cuma tak pasti itu Usains atau yg biasa. 

dah dua kali ceaser. kalau ada rezeki next time, risiko makin tinggi kalau cuba bersalin normal. next time nak ceaser terus. tak nak dah tunggu sampai lebih 24 jam menahan sakit. contraction 3-4 minit sekali tapi after 24hrs masih 3cm. huhu...


lepas bersalin, hilang sakit2 orat. terus lupa nak berurut. huhu...

Sunday, September 7, 2014

Menunggu hari

Susah betul nk guna laptop sekarang ni. Since ipad akif rosak, laptop ibu jadi hak dia. Nak guna internet pun susah juga. Akif dh kenal lambang WiFi. Jadi dia tahu bleh guna youtube. Kt umah tok takde unlimited internet. Kalau akif guna, tak sampai sehari bleh habis 1gig.

Alkisah pasal bersalin kt husm, dh tanya misi kt sini. Kawasan kg saya ni memang bersalin di husm. Selesai isu ni.

Buat check up, berat naik 1kg seminggu. Makan memang berselera. Babypun dh turun jd perut bleh muat byk. Hohoho....

Sekarang musim dokong dan cempedak. Angin, sakit urat, tak peduli dah. Hehe... pantang nnti dh takleh makan.

Masa pregnant kan akif dulu, takde rasa nak berurut. Sekarang ni dh tak sabar2. Sakit abes orat2. Nak basuh kaki time wuduk pun susah. Kakak saya cakap tak sama pregnant umur 20-an dgn 30-an. Sape yang masih muda tu, tingkatkan production. Dh masuk 30, bleh tutup kilang ^^

Tuesday, August 12, 2014

jatuh longkang

minggu lepas jatuh longkang. longkang kecik je. ada space antara penutup longkang. masa buka pintu kereta, kaki kiri terjerlus dlm longkang. luka la sket. sapu minyak gamat je. mungkin sebab bergesel dgn penutup longkang tu, jadi bengkak la jugak. dh dekat seminggu masih terasa sakit. kena air pun sakit. luka kat buku lali, susah nak elak dari kena air tiap kali masuk toilet. malas nak gi cari plaster. agak risau sebab masih rasa sakit. bila gi jumpa dr, dr tu kata normal. dia bagi ubat sapu.

tiba2 terlintas nak check tarikh due lesen dan buku library. seb baik. ada beberapa hari lagi.

sekarang risau satu perkara. akif kalau dia datang kt ibu, bukan boleh datang pelan2. dia akan lompat dan terkam. dalam pantang nnti macam mana la. lagi satu, suara dia yang selalu kuat. main sorang pun suara macam apa. tak tidurla baby nnti. atau baby pun dh kalih dengar suara akif ^^

barang2 semua dh prepare. baju akif yang lama dah basuh. stress jap bila basuh baju yg putih kt klate. air kuning. habis baju. saya angkut semua baju, bawa basuh kt tganu. tp hospital bag dan baby bag masih belum pack. masih ada 4 minggu lagi. patutnya dh prepare ni.

alkisahnya, saya plan nak bersalin di husm. ada org cakap kena ada surat refer dan buat check up sekali kt sana. bila call kaunter o&g, cakap tak payah. ntahle. kalau husm taknak terima, gi hkb je la.

org cakap, hkb ramai sangat org. silap haribulan bersalin kt koridor sebab labour room penuh. tp kalau kt husm pulak strict dari segi orang menunggu/peneman nak keluar masuk. ini pendapat org.

org lain sibuk nak gi private tp tak tahulah kenapa rasa nak cuba bersalin di hospital government kali ni. mmm... husm half private kan? hehehe... kalau kena dok hospital seminggu, dengan toilet share, jauh pula tu. agaknyer lepas ni taknak dah. hohoho... harapnyer kejap je dok spital.

minggu lepas ada appointment utk pregnancy check up di klinik kesihatan. tunggu 2jam. jumpa dr tak sampai 5 minit. ini yg buat rasa malas nak check up kt klinik kjaan ni.

Sunday, July 20, 2014

bad day

cerita semalam (hari sabtu).

-tghr, jatuh dalam toilet. nasib baik takde apa2. mula tu agak risau sebab baby macam kurang bergerak. tp malam tu aktif je.

-akif terlanggar pintu dan ipad yang dia pegang terjatuh. terus padam. tak boleh nak on dah. sebelum ni jatuh ok je. sebelum kejadian, memang dah ada dua tempat dah crack kt screen.

- ni yang paling best. terperangkap dalam bilik. dekat sejam jugak kot. keluar dari bilik air, tengok2 akif dah tutup pintu dengan rapat. pintu ni memang dah rosak tp malas nak bgtau tuan rumah. sebelum ni pernah jadi tp bila selit guna kad, boleh je buka. kali ni penat cuba selit kad tapi tak jadi juga. seb baik ada screw driver dalam bilik. buka tombol, tak jadi juga sebab latch dia dh loose. patutnya bila kita tarik, akan unlock. masa ni dah dekat tengah malam. adakah perlu call bomba? atau member? handset pulak kat luar. try itu try ini, saya cungkil kayu pintu kat tepi (habisla daun pintu) lock tu, jadi ada space untuk cungkil lock antara pintu dan dinding guna screw driver. akhirnya berjaya jugak buka. tangan abes blister.

Friday, July 18, 2014

drama

lepas asar, keluar mencari makanan utk berbuka. kalau hari bekerja, saya akan gi beli makanan kat pasar ramadan dulu kemudian gi ambil akif. hari cuti, memang takkan pergi pasar ramadan sebab kat sana ada jual toy. beli kat tepi jalan je. hari ni dh terbayang nak makan nasi kerabu malangnya kedai tu tak buka.

dalam perjalanan, tiba2 ada kucing melepak tengah jalan. pelankan kereta. akif siap jerit 'stop!!!' takut ibu langgar kucing tu. pastu jerit2 dalam kereta suruh kucing tu lari. padahal tak dengarpun sebab tak turunkan cermin. bila kereta dekat, kcing tu lari ke tepi. akif konon lap peluh kat dahi, 'phew! so close.' ibu nak tergelak. ni pengaruh kartun la ni...

selamat berbuka.