Thursday, August 20, 2015
"ibu, akif degang"
ni 1st time lawat student buat LI. tahun lepas tak sebab dh dekat tarikh due. hehe lecturer dari nervous dari student ni. disebabkan papa tak dapat ikut, ajak tokma and poksu me. tak berani drive jauh sorang2.
cerita pasal akif pulak. satu hari dia cakap kt ibu, "ibu, akif degang". pelik ibu dengar. ape benda. pastu dia sambung lagi "akif nak milk". okaaay... baru faham. nak sebut 'dage' (dahaga) agaknyer...
berat rifqi tak berubah sejak 2 bulan lepas. beza dlm 0.1kg je kot. at 11month berat 6.8kg. dah masuk line kuning. dia kurang menyusu berbanding akif dulu. tapi makan ok je. ibu kena rajin suap. gigi pun tak tumbuh lagi. akif dulu 8 bulan dh tumbuh. tapi setiap budak tak sama. asal sihat je....
tapi selalu je demam batuk selsema. ni telinga berair tak berenti lagi... akif pulak lelah teruk 3 hari lepas. hari ni nampak rifqi selsema balik. mmm...
Monday, December 22, 2014
akif dan rifqi
Rifqi dah 3 bulan lebih. petang semalam, tgk dia dh boleh mengiring sendiri. malam tadi, dia meniarap. tapi..... leher tak kuat lagi, bila meniarap, nampak dia struggle angkat kepala. pastu muka sembam kt tilam. risau takut lemas kalau dia meniarap, org tak perasan. mmm... kalau atas lantai, kurang la possibility nak lemas tu sebab muka tak tertutup sepenuhnya kalau dia takleh angkat kepala.
rambut rifqi dah panjang balik dah. nak kena potong lagi ni. rambut akif pun nak kena botak dgn ibu ni...
Thursday, December 11, 2014
back to work
bila start kerja, baby tak reti guna puting. cuba dr baby, fifi yg jenis flat tu, avent. hari 1st dan 2nd, minum 1 oz je guna botol. ibu siap beli pacifier avent lagi. huhu... harga avent kt sini mahal ler. pacifier 30 lebih, puting 30 lebih. tapi bila cuba bagi pacifier, taknak pun. tak tahu pulak puting avent ada byk jenis. bila cuba pasang ke ring cap kt umah, huhu... tak sama saiz.
bulan depan insya-Allah ada kosong kt tempat nak hantar baby tu.
Tuesday, November 4, 2014
pengalaman bersalin di husm part 1
Sunday, September 7, 2014
Menunggu hari
Susah betul nk guna laptop sekarang ni. Since ipad akif rosak, laptop ibu jadi hak dia. Nak guna internet pun susah juga. Akif dh kenal lambang WiFi. Jadi dia tahu bleh guna youtube. Kt umah tok takde unlimited internet. Kalau akif guna, tak sampai sehari bleh habis 1gig.
Alkisah pasal bersalin kt husm, dh tanya misi kt sini. Kawasan kg saya ni memang bersalin di husm. Selesai isu ni.
Buat check up, berat naik 1kg seminggu. Makan memang berselera. Babypun dh turun jd perut bleh muat byk. Hohoho....
Sekarang musim dokong dan cempedak. Angin, sakit urat, tak peduli dah. Hehe... pantang nnti dh takleh makan.
Masa pregnant kan akif dulu, takde rasa nak berurut. Sekarang ni dh tak sabar2. Sakit abes orat2. Nak basuh kaki time wuduk pun susah. Kakak saya cakap tak sama pregnant umur 20-an dgn 30-an. Sape yang masih muda tu, tingkatkan production. Dh masuk 30, bleh tutup kilang ^^
Tuesday, August 12, 2014
jatuh longkang
tiba2 terlintas nak check tarikh due lesen dan buku library. seb baik. ada beberapa hari lagi.
sekarang risau satu perkara. akif kalau dia datang kt ibu, bukan boleh datang pelan2. dia akan lompat dan terkam. dalam pantang nnti macam mana la. lagi satu, suara dia yang selalu kuat. main sorang pun suara macam apa. tak tidurla baby nnti. atau baby pun dh kalih dengar suara akif ^^
barang2 semua dh prepare. baju akif yang lama dah basuh. stress jap bila basuh baju yg putih kt klate. air kuning. habis baju. saya angkut semua baju, bawa basuh kt tganu. tp hospital bag dan baby bag masih belum pack. masih ada 4 minggu lagi. patutnya dh prepare ni.
alkisahnya, saya plan nak bersalin di husm. ada org cakap kena ada surat refer dan buat check up sekali kt sana. bila call kaunter o&g, cakap tak payah. ntahle. kalau husm taknak terima, gi hkb je la.
org cakap, hkb ramai sangat org. silap haribulan bersalin kt koridor sebab labour room penuh. tp kalau kt husm pulak strict dari segi orang menunggu/peneman nak keluar masuk. ini pendapat org.
org lain sibuk nak gi private tp tak tahulah kenapa rasa nak cuba bersalin di hospital government kali ni. mmm... husm half private kan? hehehe... kalau kena dok hospital seminggu, dengan toilet share, jauh pula tu. agaknyer lepas ni taknak dah. hohoho... harapnyer kejap je dok spital.
minggu lepas ada appointment utk pregnancy check up di klinik kesihatan. tunggu 2jam. jumpa dr tak sampai 5 minit. ini yg buat rasa malas nak check up kt klinik kjaan ni.
Sunday, July 20, 2014
bad day
-tghr, jatuh dalam toilet. nasib baik takde apa2. mula tu agak risau sebab baby macam kurang bergerak. tp malam tu aktif je.
-akif terlanggar pintu dan ipad yang dia pegang terjatuh. terus padam. tak boleh nak on dah. sebelum ni jatuh ok je. sebelum kejadian, memang dah ada dua tempat dah crack kt screen.
- ni yang paling best. terperangkap dalam bilik. dekat sejam jugak kot. keluar dari bilik air, tengok2 akif dah tutup pintu dengan rapat. pintu ni memang dah rosak tp malas nak bgtau tuan rumah. sebelum ni pernah jadi tp bila selit guna kad, boleh je buka. kali ni penat cuba selit kad tapi tak jadi juga. seb baik ada screw driver dalam bilik. buka tombol, tak jadi juga sebab latch dia dh loose. patutnya bila kita tarik, akan unlock. masa ni dah dekat tengah malam. adakah perlu call bomba? atau member? handset pulak kat luar. try itu try ini, saya cungkil kayu pintu kat tepi (habisla daun pintu) lock tu, jadi ada space untuk cungkil lock antara pintu dan dinding guna screw driver. akhirnya berjaya jugak buka. tangan abes blister.
